Dianggap tidak profesional selepas menegur etika kerja di laman sosial. Ini respon susulan Que Haidar selepas berbuat sedemikian dan ini rupanya yang terjadi antara mereka

artis

Terbaru, Wanie kesal Que Haidar buat teguran secara terbuka di media sosial.SEORANG wanita mengaku dirinya pengurus produksi dalam perbualan WhatApps yang didedahkan pelakon Que Haidar pada Khamis berasa kesal apabila dikatakan sebagai tidak beretika.Pengurus produksi yang hanya mahu dikenali sebagai Wanie itu berkata, tindakan dia bertanyakan soal tarikh adalah perkara biasa dalam memulakan tawaran untuk sesebuah drama.

“Itu adalah ayat yang selalu digunakan PM untuk tanya pelakon soal tarikh. Bukan saya tidak ada etika kerja tapi memang saya dan PM lain sudah menggunakan cara mesej macam itu.Que memuat naik paparan skrin mesej perbualan mereka.“Kami akan terlebih dahulu perkenalkan diri dan tanya tarikh sebab tak nak menganggu artis atau buang masa dia yang pasti sibuk dengan kerja.

“Bila artis beritahu yang mereka free barulah kami akan jelaskan lebih terperinci tapi jika tarikh yang dicadangkan itu tidak available. Kami pun tak nak buang masa artis dengan bercerita panjang lebar,” katanya kepada mStar.Menerusi laporan mStar pada Jumaat, Que memberitahu individu tersebut sepatutnya terlebih dahulu menerangkan lebih terperinci mengenai projek yang ditawarkan.

Satu-satunya Wanie yang bekerja sebagai PM memang saya seorang saja

Kesal dengan tindakan individu tersebut, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 41, terpaksa menolak tawaran tersebut tanpa mengetahui terlebih dahulu nashkah tersebut.Dalam pada itu, Wanie menganggap tindakan Que memuat naik paparan skrin mesej tersebut sebagai tidak profesional memandangkan mereka sudah menyelesaikan masalah itu secara peribadi.

“Sebenarnya selepas kami mesej itu, saya ada hubungi Que dan minta maaf kepada dia sekiranya ada berlaku salah faham atau kesilapan. Sepatutnya bagi saya tak ada isu atau masalah lagi la antara kami.Tindakan Que dianggap tidak profesional dengan memuat naik perbualan tersebut,

“Tapi saya terkejut apabila ramai kenalan saya yang bekerja sebagai PM… mesej saya bertanyakan mengenai status Que itu. Sebab gambar mesej yang dimuat naik Que itu ada tulis nama saya.”Satu-satunya Wanie yang bekerja sebagai PM memang saya seorang saja. Bila dia berkongsi perkara itu hanya memalukan saya dan saya anggap tindakannya itu pun tidak profesional,” ujarnya.-mstar

“Ketika ini ada insan yang menghitung baki beras” – Que Haidar ajak orang seni pernah dapat kejayaan berganda bantu kru belakang tabir

Que tidak dapat membayangkan keadaan krew produksi yang mempunyai keluarga kehilangan sumber pendapatan akibat PKP. SELAIN penyanyi Black Hanifah dan Tomok, pelakon Que Haidar turut menyeru mana-mana pihak terutama golongan seni membantu pekerja belakang tabir yang turut terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi Instagram Que, 41, berkata ramai rakannya yang mempunyai keluarga bergantung kepada gaji harian kini kehilangan sumber pendapatan selepas semua aktiviti seni termasuk penggambaran terpaksa ditangguhkan.”Dalam situasi sekarang ramai sahabat saya hilang sumber pendapatan. Turut terkesan juga adalah penerbit yang baru separuh jalan sho0ting namun terpaksa tangguhkan sementara keadaan reda. Terbungkam saya memikirkan.

Que bersama isteri dan anak-anaknya.“Bagaimana nasib sahabat saya dalam menghadapi hari-hari mendatang. Kru produksi antara yang paling terkesan dalam situasi ini termasuk creatif team.”Dengan pendapatan gaji harian, mereka berkeluarga dan perlu meneruskan kehidupan seperti yang lain. Peristiwa yang berlaku ketika ini memberikan pengajaran kepada kita untuk bersatu hati.

“Saya dengan rasa rendah hati dan insaf menyeru agar jika ada ruang-ruang keinsafan bersama barisan penerbit atau individu yang telah dan pernah menerima kejayaan berganda dalam industri ini, bantulah insan-insan yang bergelar hero belakang tabir ini,” katanya.Que berkongsi perkara itu di laman Instagram dan berharap ia dapat membuka ruang kepada mana-mana pihak memberi bantuan kepada yang memerlukannya.

Tidak lupa juga kepada persatuan seni yang mendahului tindakan membantu ahli-ahli persatuan.

Sebelum ini, penyanyi Black Hanifah dan Tomok menjadi sasaran kritikan warganet yang mempertikaikan tindakan mereka meminta kerajaan agar tidak melupakan golongan pekerja seni.Bagaimanapun terdapat salah faham kerana tidak memahami suara mereka itu adalah bagi mewakili pekerja seni lain khususnya di belakang tabir dan selebriti veteran.

Dalam pada itu, pemilik nama Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar ini berterima kasih kepada persatuan seni yang bertindak terlebih dahulu memberi sumbangan kepada ahli persatuan.Haniff dan Radin gunakan sebahagian gaji bulan Mac untuk disumbangkan kepada yang memerlukan.“Tidak lupa juga kepada persatuan seni yang mendahului tindakan membantu ahli-ahli persatuan. Tahniah! Inilah masa dan ketika semuanya jadi satu jentera.

“Kita jadikan #kitajagakita adalah pandemic kepada rasa perikemanusiaan, bertimbang rasa dan kasih sayang kepada seluruh team produksi.”Cahaya matahari kini tidak seceria dulu kerana ketika ini ada insan-insan yang masih menghitung baki beras,” ujarnya.Penyampai radio Era FM iaitu Radin Amir Effendi dan Haniff Hamzah bersama rakannya, Diyana Amira menggunakan sebahagian gaji bulan Mac untuk disumbangkan kepada pekerja seni dan golongan yang memerlukan.-mstar

Que Haidar tegur pengurus produksi tiada etika, terpaksa tolak tawaran berlakon – “Mungkin pelakon lain boleh tutup mata”

Que terpaksa menolak tawaran tersebut tanpa perlu mengambil tahu maklumat lebih lanjut.PELAKON Que Haidar menegur sikap individu yang tidak menggunakan etika kerja dengan betul ketika ingin menawarnya berlakon dalam sebuah telefilem.Menurut Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 41, individu tersebut sepatutnya terlebih dahulu menerangkan lebih terperinci mengenai projek yang ditawarkan sebelum bertanya soal tarikh.

Kesal dengan tindakan tersebut, Que terpaksa menolak tawaran tersebut tanpa mengetahui terlebih dahulu naskhah terbabit.Que memuat naik paparan skrin mesej individu tersebut.“Mungkin pelakon lain boleh tutup mata, tapi saya memang tidak gemar bila anda nak saya menyertai sesuatu projek anda bertanya tentang masa saya dahulu.

“Maaf sekali lagi… saya rasa etika kerjanya tak betul. Anda sepatutnya bentangkan apa isi projek tersebut, pengarahnya, jalan ceritanya, wataknya, barisan pemain yang lain, lokasinya dan lain-lain.”Biar pelakon itu sendiri bertanyakan date tersebut. Ini bukan untuk pelakon saja tapi gunakan cara ini dengan semua pekerja filem. Maaf sekali lagi saya terpaksa menolak tawaran anda sebelum saya ambil tahu tentangnya,” katanya.

Saya post untuk kongsi dan beri pengajaran semua yang kerja hubungi pelakon atau pekerja filem yang selalu buat benda mcm ni

Pelakon filem Ophilia ini memberi teguran tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Khamis.Que turut memuat naik paparan skrin perbualan mesej individu yang dipercayai bertanggungjawab sebagai pengurus produksi.Bagaimanapun, tindakan Que itu mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya kurang setuju apabila aktor itu berkongsi perbualan tersebut di laman sosial.

“Post benda macam ini pun kira tak beretika juga. Umpama awak ajak orang ramai hntam dia. Benda mudah dia tanya awak free ke tidak kemudian baru dia boleh jelaskan lebih lanjut. Kalau dah jelaskan kemudian awak tak free kan buang masa.Que menjelaskan tindakan berkongsi mesej itu untuk memberi kesedaran kepada pengurus produksi.

“Etika kerja banyak cara bro… mungkin cara dia macam itu. Mungkin cara bro pun macam itu. Sama-sama cari makan… tak salah pun memberi dan menerima,” komen beberapa warganet.Dalam pada itu, Que menjelaskan perkongsiannya itu hanya untuk memberi kesedaran kepada pihak tertentu tentang etika kerja yang betul seperti yang pernah dipelajarinya dahulu.

“Maaf puan, niat saya untuk semua yang berjawatan production manager kena tahu perkara asas ini. Saya post untuk kongsi dan beri pengajaran semua yang kerja hubungi pelakon atau pekerja filem,” ujarnya.Tags/Kata -mstar

“Saya tak paksa pun orang beli” – Que Haidar jawab jual baju Melayu mahal

PELAKON Que Haidar tidak berasa marah dengan komen warganet mempertikaikan harga Baju Melayu yang dijualnya dikatakan agak mahal seperti yang ditulis sebuah blog.Que, 39, berkata tujuan dia berkongsi komen tersebut di Instagramnya supaya tindakan individu itu tidak menjadi ikutan.”Allah, yang ni pun satu hal pula tajuk tu. Mana ada saya bengang, terguris pun tidak.

“Tujuan saya muat naik adalah untuk berkongsi saja dengan harapan warganetn yang lain tidak bertindak seperti beliau,” tulis Que.Que menjelaskan keadaan sebenar tidak seperti yang ditulis blog. Que memuat naik paparan skrin di Instagram dengan tajuk artikel sebuah blog yang mengatakan dia bengang apabila dikatakan menjual Baju Melayu mahal sebab tiada tawaran berlakon.Tambah pemilik nama Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar ini, dia berharap individu tersebut tidak mengulangi perbuatan berkenaan lagi.

Malah, dia juga telah memaafkan dan mendoakan agar lelaki itu dimurahkan rezeki.”Moga beliau yang maki hamun saya di Twitter tu tidak mengulangi perbuatannya.Komen warganet yang mempertikaikan Baju Melayu Que dijual dengan harga yang mahal.“Saya dah pun maafkan beliau dan mendoakan agar beliau dimurahkan rezekinya. Itu saja,” Katanya.

Rata-rata pengikut di laman sosial meminta Que untuk bersabar dengan dugaan di bulan Ramadan.Sebelum ini, pelakon filem Ophilia itu ada memuat naik komen warganet yang mempersoalkan harga Baju Melayu yang dijual mahal disebabkan tiada tawaran berlakon.Namun, Que menjelaskan dia tidak pernah memaksa sesiapa pun untuk membeli barang yang dijualnya.

Antara baju melayu yang dijual Que.Kata Que, ibu dan bapanya pernah berpesan untuk membeli sesuatu dengan mengikut kemampuan sendiri.”Saya tak pernah paksa beliau untuk sokong saya atau beli daripada saya. Selalu orang tua saya pesan, ukur baju di badan sendiri. Ikut kemampuan kita.”Masih ada yang berpatutan harganya tapi tak ditanya, yang ditanya baju yang Exclusive jadi saya pun beritahu la harga untuk baju yang ditanya, pula diburuk-burukkan saya,” ujarnya.Que menjual baju melayu biasa RM190 dan manakala baju melayu Exclusive berharga RM380 dijual secara online di laman Instagram @qierahman dan boleh juga didapati di booth The Haidars cawangan Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur.-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *