Tetap cadangkan vaksin diberi percuma kepada rakyat. Khairy Jamaluddin maklumkan dalam satu ciapannya di Twitter dan dia dedahkan juga harga vaksin untuk satu individu

berita

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencadangkan agar vaksin COVID-19 diberikan kepada rakyat secara percuma.“Menjelaskan beberapa perkara berkenaan perolehan vaksin COVID-19. Kumpulan berisiko tinggi akan diutamakan seperti saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) contohnya pekerja frontliners (dan) warga emas.

“Kerajaan akan sediakan jadual pemberian vaksin kepada rakyat. Saya tetap cadangkan vaksin diberi percuma kepada rakyat,” katanya menerusi satu ciapan di Twitternya hari ini.Sebelum ini, Khairy pernah mengumumkan tentang kadar harga vaksin COVID-19 yang bakal diberikan kepada rakyat di negara ini.“Mengenai harga, kita sedang meninjau sekitar antara AS$5 (RM21) hingga AS$20 (RM83) bagi setiap orang. Ia adalah harga indikatif buat masa ini dan ia bergantung kepada rundingan.

“Ada beberapa vaksin ditawarkan kepada kita dengan harga AS$5 dan ada juga lebih AS$20. Kita belum tahu lagi kerana ada beberapa vaksin mempunyai dos yang pelbagai dan kita perlu mengkajinya,” katanya, memetik laporan Astro Awani pada 1 Oktober lalu.Sumber: Twitter Khairy Jamaluddin, Astro Awani

Kerajaan Negara Matahari Terbit Sanggup Tanggung Semua Kos. Jepun Dilaporkan Rancang Agih Vaksin COVID19 Secara Percuma Untuk Rakyatnya Atas Satu Sebab Ini

Kerajaan Jepun dilapor merancang untuk mengagihkan vaksin COVID-19 secara percuma kepada seluruh rakyatnya.Menurut laporan Japan Times, kerajaan negara matahari terbit itu akan menanggung semua kos dan merancang untuk mendapatkan bekalan yang mencukupi menjelang hujung Jun tahun depan.

Sekurang-kurangnya 670 bilion Yen daripada rizab negara berkenaan akan dibelanjakan untuk tujuan itu.Ketika ini, vaksin COVID-19 sedang dibangunkan diseluruh dunia, termasuk di Jepun.Polisi pemberian vaksin secara percuma itu akan dibincangkan dalam mesyuarat panel Kementerian Kesihatan Jepun pada awal minggu depan.

Melalui polisi ini, kerajaan Jepun berharap ia dapat menggalakkan warganya mendapatkan vaksin berkenaan secepat mungkin, apabila ia ditawarkan kelak.Kerajaan Jepun juga ketika ini sedang bersiap sedia untuk berdepan wabak berganda iaitu COVID-19 dan influenza bermusim. Malah, program vaksin tahunan bagi menentang influenza bermusim sudahpun dimulakan pada Khamis lepas.

Ketika ini, Amerika Syarikat dan Britain sedang mendahului usaha pembangunan vaksin COVID-19. Oleh itu, kerajaan Jepun dilaporkan sedang bergiat menandatangani perjanjian persefahaman dengan pembekal-pembekal vaksin berkenaan daripada kedua-dua negara tersebut.

Jepun ketika ini juga sedang mempersiapkan diri dengan sistem bersesuaian bagi mengagihkan vaksin ke seluruh negaranya dengan ramalan vaksin COVID-19 mula ditawarkan pada penghujung tahun ini ataupun awal tahun depan.Selain itu, mereka turut dalam perancangan untuk memperuntukan dana khas dalam bajet 2021 yang dijangka diumumkan pada April depan yang akan digunakan untuk menambah stok vaksin.Sumber: Japan Times

Isu Vaksin COVID19 China. Berikut 3 Negara Yang Menjadi Penerima Terawal Vaksin Dan Berikut Anggaran Harga Bagi Sebuah Harga Vaksin Tersebut

VAKSIN Sinovac Biotech ditayang pada sidang media selepas lawatan di kilang pengeluaran baharu vaksin Covid-19 di Beijing pada Khamis. Beijing: Brazil, Indonesia dan Turki yang mencalonkan sukarelawan bagi ujian klinikal vaksin Covid-19 dibangunkan China, akan mempunyai akses ke atas vaksin terbabit serentak dengan negara itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SinoVac Biotech, Yin Weidong, ujian klinikal fasa ketiga dilakukan di Brazil pada 21 Julai lalu, manakala Indonesia pada 1 Ogos lalu dan Turki 16 September lalu.”Kami juga menerima kebenaran untuk ujian klinikal di Bangladesh. Keluaran pertama akan diagihkan mengikut keutamaan di China dan bersekali dengan negara yang terbabit ujian klinikal iaitu Brazil, Indonesia dan Turki,” katanya kepada media seperti dilapor agensi berita Sputnik, hari ini.

Katanya lagi, syarikat membangunkan kilang pembuatan untuk menggalakkan kapasiti pengeluaran vaksin dikenali CoronaVac itu kepada tiga juta dos setahun.Yin bagaimanapun enggan mengumumkan kos anggaran vaksin dan berkata, harganya akan bergntung kepada pelbagai faktor.SinoVac menjangkakan vaksin itu berada di pasaran menjelang hujung tahun ini.Lagi berita berkaitan Covid-19-bh

Memastikan Malaysia Mendapat Bekalan Vaksin Mencukupi Serta Pada Kadar Segera Dengan Harga Berpatutan. Malaysia Bongkarkan Akan Sertai COVAX Untuk Sesuatu Ini

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menyertai pelan peruntukan vaksin COVID-19 global, COVAX, bagi memperoleh sebahagian daripada bekalan vaksin yang diperlukan terhadap wabak itu.Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ketika memaklumkan perkara berkenaan dalam satu kenyataan, hari ini, berkata kerajaan sedang membincangkan terma penyertaan Malaysia itu dengan Pakatan Vaksin Global (GAVI) yang mengendalikan COVAX.

“Kerajaan Malaysia juga sedang menyediakan perjanjian untuk menyertai Gabungan Bagi Inovasi Persediaan Epidemik (CEPI) dan perjanjian kerajaan dengan kerajaan (G2G) bersama Kerajaan China untuk mendapatkan akses kepada vaksin yang dibangunkan syarikat farmaseutikal di negara itu,” katanya.Menurut kenyataan itu lagi, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan juga telah menandatangani ‘non-disclosure agreement’ dengan beberapa syarikat farmaseutikal antarabangsa yang sedang menguji vaksin COVID-19 pada peringkat fasa ketiga, untuk berunding mengenai bekalan vaksin yang bakal mendapat kelulusan.

“Pendekatan menyertai COVAX, menjalinkan kerjasama strategik bersama negara lain dan berunding terus dengan syarikat farmaseutikal itu akan memastikan Malaysia mendapat bekalan vaksin mencukupi serta pada kadar segera dengan harga berpatutan apabila vaksin berkenaan terbukti selamat dan berkesan,” katanya.Justeru, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, akan menyelaraskan perjanjian itu bagi pihak Kerajaan Malaysia.Laporan media sebelum ini memetik Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr N Ganabaskaran, sebagai menggesa supaya Kementerian Kesihatan lebih telus dalam rancangan mendapatkan vaksin COVID-19 untuk negara ini.-bh

Sudah Bersedia Untuk Pasarkan Vaksin COVID19 Dalam Tahun Ini. China Baru Sahaja Keluarkan Kenyataan Berkenaan Vaksin Dan Jumlah Sukarelawan Yang Sanggup Mengambil Vaksin Tersebut

Disember lalu dunia dig3garkan dengan munculnya wabak Covid-19 yang didkwa bermula dari pasar basah di Wuhan China.Sebelum ia mula merebak ke seluruh dunia dengan lebih 29 juta disahkan positif sehingga kini. China umum vaksin Covid-19 dah ready!

Terbaru semalam, China mengeluarkan kenyataan bahawa vaksin Covid-19 yang dibangunkan mereka dijangka boleh dipasarkan seawal November ini, lapor Harian Metro.Wow!Pengeluar vaksin itu yakin dengan perkembangan yang ditunjukkan selepas turut melakukan ujian ke atas calon-calon mereka.Sekitar November atau Disember.Berdasarkan keputusan ujian klinikal fasa tiga, perkembangan semasa sangat lancar”– Wu Guizhen/Ketua pakar keselamatan bio di Pusat Kawalan Penyakit China

Namun mereka tidak mendedahkan vaksin mana yang dimaksudkan mereka cuma mengulas lanjut terdapat sembilan calon vaksin kini dalam fasa terakhir ujian ke atas manusia.Dilaporkan puluhan ribu orang secara sukarela telah mengambil vaksin tersebut termasuk 90 peratus pekerja dan keluarga iaitu antara 2,000 hingga 3,000 orang.-lobakmerah

BERITA BAIK! Rusia Berjaya Hasilkan Vaksin Covid-19 Pertama Di Dunia

Nampaknya ada berita baik buat seluruh dunia apabila Rusia telah berjaya menghasilkan vaksin yang pertama didunia untuk Covid-19. Namun apa yang lebih menarik lagi, Rusia bakal menamakan vaksin itu  sebagai ‘Sputnik V’ untuk pasaran luar negara.Menurut sumber, nama berkenaan merujuk kepada era perng dingin dimana Sputnik adalah nama satelit pertama di dunia yang dibina Rusia ketika prang angkasa lepas dengan Amerika Syarikat. Rusia dikatakan menganggap pencapaian dalam menghasilkan vaksin COVID-19 pertama di dunia sebagai satu kejayaan besar dan bukti kemajuan ilmu sains negaranya.

Kirill Dmitriev, Ketua Dana Pelaburan Rusia berkata, setakat ini pihaknya sudahpun menerima pesanan lebih daripada 20 buah negara membabitkan 1 bilion dos vaksin. Beliau berkata demikian sebaik sahaja Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan kelulusan terhadap vaksin tersebut lapor sumber.

Malah, anak perempuan Putin dilaporkan antara individu terawal menerima suntikan vaksin tersebut.Rusia turut dilaporkan merancang untuk membuat pengeluaran secara besar-besaran bermula September ini dan penggunaan ke atas penduduk negara itu akan dilakukan bermula Oktober.-lobakmerah

Pakar Dari Itali Berpendapat Virus Covid19 Semakin Lemah Dan Tak Perlukan Vaksin. Ini Keterangan Lanjut Dari Pakar Tersebut

Kita sendiri dapat lihat, semakin hari kadar jangkitan wabak Covid-19 semakin menurun dan sejak kebelakangan ni, kes di Malaysia pun hari mencatat kes sebanyak satu ke dua angka sahaja setiap hari.Bukan dekat Malaysia je tau, negara-negara lain pun kes jangkitan dah semakin berkurang. Sebagai contoh, dulu Itali pernah direkodkan negara yang paling teruk terjejas dengan wabak ini, sekarang mereka hanya mencatatkan lebih dari 238,000 kes positif dan 34,000 kes kematian.

Ekoran ini, seorang Profesor pakar penyakit berjangkit di Itali mendakwa wabak Covid-19 mungkin akan berakhir tanpa perlu tunggu vaksin.Menerusi Daily Mail, Profesor Matteo Bassetti berkata, virus yang dahulunya gnas ini dah semakin lemah. Ia seperti harimau agres1f pada Mac dan April tetapi sekarang ia macam kucing l1ar sahaja”

Katanya, walaupun virus ini telah mengambil lebih 470,000 nyawa di seluruh dunia, vaksin tidak diperlukan lagi kerana virus boleh pergi dengan sendiri.Ini berdasarkan pemerhatiannya di sebuah hospital di mana dia dapat tengok sendiri pesakit warga emas berumur 80 ke 90 tahun boleh survive tanpa bantuan alat pernafasan.Dia juga percaya, SOP yang diberi oleh kerajaan turut membantu mengurangkan kadar jangkitan dan melemahkan virus.Pun begitu, korang jangan seronok sangat tau, sebab saintis lain telah membids dkwaan Matteo ini kerana tak ada bukti saintifik yang menunjukan perubahan pada virus tersebut.-lobakmerah

COVID-19: Indonesia terima vaksin dari China mulai November

JAKARTA: Indonesia dijangka menerima bekalan vaksin COVID-19 daripada China bermula November ini berikutan persetujuan syarikat biofarmaseutikal China, Sinovac Biotech (Sinovac) membekalkan 50 juta dos vaksin kepada negara itu.

Bekalan vaksin CoronaVac itu akan tiba secara berperingkat mulai November ini hingga Mac tahun depan dengan anggaran 10 juta dos vaksin dibekalkan setiap bulanKetika ini negara-negara dia Asia Tenggara berusaha mendapatkan bekalan ketika kes jangkitan semakin meningkat.

Dalam lawatan ke China, Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi, berkata perjanjian awal sudah ditandatangani dengan Sinovac untuk pembelian dan pembekalan vaksin CoronaVac secara pukal dengan syarikat milik kerajaan, Bio Farma diberi akses keutamaan hingga akhir 2021.

“Indonesia melihat komitmen yang kuat daripada industri China untuk menjalin kerjasama,” katanya pada Khamis menerusi video.Bio Farma dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata bekalan 50 juta vaksin secara pukal akan tiba secara berperingkat iaitu 10 juta setiap bulan mulai November ini.

Indonesia berusaha mendapatkan vaksin untuk 260 juta penduduknya selain mencari jalan membangunkannya sendiri di tengah keprihatinan beberapa negara sedang membangun yang berdepan persaingan mendapatkan akses kepada bekalan itu.

Indonesia melaporkan 2,197 kes jangkitan baharu COVID-19 pada Jumaat menjadikan jumlah kes kumulatif 149,408.Data kementerian kesihatan menunjukkan 82 pemergian baharu, dengan jumlah keseluruhan 6,500 pemergian setakat ini, sekali gus tertinggi di Asia Tenggara.

Ujian fasa ketiga vaksin CoronaVac bermula minggu lalu di Indonesia membabitkan 1,620 sukarelawan.Bio Farma terbabit dalam membangunkan vaksin dan menyatakan Indonesia seharusnya mempunyai kemampuan untuk menghasilkan 250 juta dos setahun pada akhir 2020. Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *