Sekolah di empat daerah ini ditutup mulai hari ini. Penutupan ini melibatkan hampir 400 buah sekolah dan sehingga ke satu tarikh ini dan harap semua maklum dengan hal ini

berita

Semua sekolah yang berada di zon merah Covid-19 di seluruh negara akan ditutup mulai hari ini.Ini termasuklah sekolah di empat daerah – Klang, Sandakan, Papar dan Tuaran – yang akan dikenakan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Jumaat ini.

Menurut kenyataan media Kementerian Pendidikan petang semalam, sekolah-sekolah di daerah itu akan ditutup sehingga 23 Oktober.Penutupan sekolah itu akan melibatkan sebanyak 142 buah sekolah di daerah Klang dan 242 buah sekolah keseluruhan di tiga daerah di Sabah.Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my.Sementara itu sebarang pemakluman berhubung penutupan sekolah bagi daerah-daerah lain akan dibuat dari semasa ke semasa.Sumber: Awani

Keputusan KPM Tutup Sekolah Berdasarkan Penelitian Data Dan Perbincangan – Radzi

KUALA LUMPUR, 7 Okt  — Sebarang keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan penutupan sekolah dibuat berdasarkan penelitian mendalam terhadap data yang ada serta perbincangan terperinci dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Radzi Jidin berkata KPM menghargai saranan dan sedar kegusaran serta kebimbangan ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah.“Saya menerima banyak pandangan dan cadangan daripada pelbagai pihak mengenai keperluan menutup sekolah apabila terdapat peningkatan kes penularan COVID-19.

Kami di KPM sentiasa memantau rapat keadaan di sekolah seluruh negara,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook rasminya malam ini.Radzi juga berkata kemungkinan terdapat pihak mendakwa KPM seolah-olah lambat membuat keputusan namun hakikatnya ia tidak begitu kerana negara tidak pernah berpengalaman menangani masalah seumpama ini.

“Ianya tidak pernah berlaku. Namun kita (KPM) mula belajar beberapa bulan kebelakangan ini mengenai pendekatan sesuai dalam keadaan tertentu,” katanya.Katanya lagi, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lepas, operasi  institusi pendidikan di bawah KPM tetap berjalan lancar.“Kita belajar bahawa ketelitian adalah penting dalam melahirkan keputusan yang tepat dan jitu,” kata Radzi.

Mengulas penutupan sekolah di kawasan Klang di Selangor, Sandakan, Papar dan Tuaran di Sabah  bermula esok, beliau berkata keputusan diambil setelah mendapat pengesahan daripada KKM bahawa kawasan terbabit adalah kawasan Zon Merah.

“Sepertimana yang dinyatakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya semalam, sebarang keputusan mengenai penutupan sekolah di seluruh negara sekiranya perlu akan dibuat di peringkat sidang khas MKN Mengenai Pengurusan COVID-19  setelah menerima nasihat KKM,” katanya.Justeru, beliau mengajak semua pihak termasuk rakyat negara ini untuk bekerjasama dalam menangani cabaran pandemik tanpa vaksin ini.— BERNAMA

Akhirnya Dapat Kenalpasti 2 Kluster Baru Jangkitan Pandemik Koronavirus. KKM Tampil Beri Ulasan Berkaitan Dua Kluster Ini Dan Punca Kluster Ini Berlaku

PUTRAJAYA – Kluster Bah Puchong dan Kluster Pnjara Reman merupakan kluster terbaru jangkitan pandemik koronavirus (Covid-19) yang dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Bah Puchong melibatkan daerah Petaling di Selangor, Matang, Larut dan Selama, Kinta di Perak.

“Tiga kes indeks bagi kluster tersebut iaitu kes ke-13,061, 13,065 dan 13,069 yang dikesan positif pada 5 Oktober lalu hasil saringan pulang dari Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.Menurutnya, pesakit tersebut telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.”Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan dua lagi kes positif Covid-19 dikesan di Perak iaitu di daerah Larut, Matang dan Selama serta daerah Kinta,” katanya.

Beliau berkata, pesakit dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak.”Sehingga hari ini, seramai 39 individu telah disaring dengan 34 orang lagi masih menunggu keputusan,” katanya.Sementara itu, Kluster Pnjara Reman dikenalpasti di daerah Timur Laut, Pulau Pinang.”Kes indeks kluster tersebut iaitu kes ke-13,499 merupakan kes pemergian ke-141 yang dijumpai tidak sedarkan di dalam pnjara pada Isnin lalu, sebelum disahkan sudah tiada di Hospital Pulau Pinang,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan.”Enam kes lagi dikesan positif dan dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang,” katanya.Sehingga kini, seramai 286 individu telah disaring yang mana 78 orang disahkan negatif Covid-19 dan 201 individu lagi masih menunggu keputusan.”Punca jangkitan bagi kedua-dua kluster berkenaan masih dalam siasatan,” katanya.-sinarharian

Semua sekolah di kawasan PKPB ditutup: KKM

Semua sekolah di daerah Klang, Selangor; daerah Sandakan, Papar dan Tuaran, Sabah ditutup bermula 8 hingga 23 Oktober.KUALA LUMPUR – Semua sekolah di daerah Klang, Selangor; daerah Sandakan, Papar dan Tuaran, Sabah ditutup bermula 8 hingga 23 Oktober.Perkara itu diumumkan Kementerian Pendidikan hari ini.Penutupan sekolah di daerah-daerah terlibat itu susulan tindakan kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan berkenaan bermula 9 Oktober ini akibat peningkatan kes koronavirus (Covid-19).-inarharian

150 penjaja Tamu Nabawan jalani ujian Covid-19

NABAWAN – Seramai 150 penjaja di Tamu Nabawan hari ini menjalani ujian saringan pandemik koronavirus (Covid-19) sebagai langkah waspada dalam menanggani penularannya di daerah berkenaan.Pegawai Daerah Nabawan, Peter Jonu@Peter J Moinjil berkata, walaupun Nabawan merupakan daerah yang dikategorikan sebagai zon hijau ketika ini, namun langkah itu perlu dilakukan demi keselamatan masyarakat setempat.

“Hari ini, kita melaksanakan pensampelan Covid-19 bersasar khas untuk penjaja di Tamu Nabawan yang belum pernah menjalani ujian dan seramai 150 penjaja terlibat.“Pensampelan itu diambil sebagai satu langkah untuk berjaga-jaga dan saringan daripada mereka yang mungkin ada gejala dapat dikawal lebih awal. Lebih awal kita tahu, itu lebih baik,” katanya ketika ditemui ketika program Pensampelan Cvid-19 Bersasar Khas untuk Penjaja Tamu Nabawan di sini hari ini.

Katanya lagi, pensampelan berkenaan juga dilaksanakan bagi memastikan penjaja selamat dan terhindar daripada wabak itu berikutan mereka yang berisiko kerana berhadapan dengan orang ramai ketika berniaga.“Program seumpama ini juga bertujuan memberi kesedaran kepada penjaja kita supaya mereka selamat dan terhindar daripada Covid-19 memandangkan mereka sering berhadapan dengan orang ramai,” katanya.

Program tersebut dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah Nabawan dengan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk Pejabat Penerangan Daerah Nabawan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Majlis Daerah Nabawan.Peter turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk menggunakan pelitup muka, mengamalkan penjarakkan fizikal dan sebagainya bagi menganggani penularan wabak Covid-19 di daerah ini.-sinarharian

Covid-19: Gesa lantik Menteri Kesihatan di Sabah bantu KKM

KOTA KINABALU – Bekas Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon mengesa kerajaan negeri baharu supaya segera membentuk barisan Kabinet termasuk melantik Menteri Kesihatan di negeri ini.Ia berikutan penularan dan peningkatan pandemik koronavirus (Covid-19) di negeri ini termasuk beberapa daerah kini dikategorikan sebagai zon merah akibat peningkatan kes di daerah terbabit.

Frankie yang juga Pengerusi DAP Sabah berkata, dalam situasi kini kerajaan negeri harus melantik seorang Menteri Kesihatan bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menanggani wabak tersebut.“Sabah mempunyai 26 daerah di mana keluasan negerinya hampir 40 peratus daripada Semenanjung, selain mempunyai populasi yang ketiga terbanyak di Malaysia.

“Jadi kita perlukan seorang menteri untuk bertindak dan menjaga hal kesihatan termasuk memastikan bantuan perubatan mencukupi dan tiba tepat pada masanya termasuk dalam kepakaran,” katanya Ketika dihubungi hari ini.Beliau mengulas mengenai isu ketiadaan Menteri Kesihatan sejak penubuhan kerajaan baharu dan berlaku peningkatan kes Covid-19 di negeri ini.Katanya lagi, perkara itu penting bagi menenangkan masyarakat umum sekiranya tindakan segera diambil oleh kerajaan negeri.“Perhatian dan tindakan segera amat diperlukan bagi menenangkan rakyat di negeri ini.

Mempunyai Lebih 40 Kes Positif. Ismail Sabri Umumkan Empat Zon Merah Ini Sahaja Dikenakan PKPB Bermula 9 Oktober Ini Dan Harap Semua Maklum

Kuala Lumpur, 7 Oktober – Empat kawasan di Sabah dan Selangor bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 9 Oktober.Empat daerah tersebut ialah Sandakan, Papar, Tuaran di Sabah dan Klang di Selangor, kata Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang media hari ini.

“Sidang khas hari ini mendengar pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) berkenaan situasi di beberapa kawasan yang diklasifikasikan sebagai zon merah iaitu di Sabah dan Selangor kerana mempunyai lebih 40 kes positif.“Melihat kepada peningkatan kes COVID-19 di kawasan tersebut, maka mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di empat kawasan tersebut bermula 9 Oktober 2020.”

Pelaksanaan PKPB ini bagi membendung penularan dan pengesanan kes secara bersasar sepanjang tempoh 14 hari, katanya.“Pergerakan keluar masuk ke kawasan tersebut dan dari kawasan tersebut adalah tidak dibenarkan. Hanya perkhidmatan perlu termasuk kilang-kilang dan rangkaian perkhidmatan perlu yang dibenarkan,” ujarnya.

Pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan menyenaraikan perkhidmatan perlu yang terlibat di kawasan tersebut, tambahnya.Antara SOP yang dikenakan ialah hanya dua orang sahaja dibenarkan keluar rumah untuk membeli barang keperluan.

Semua perniagaan bukan perkhidmatan perlu adalah ditutup manakala restoran, kedai makan, kedia runcit dan kedai serbaguna dibenarkan beroperasi 6 pagi hingga 6 petang. Sementara itu, pembelian makanan secara berbungkus dan pandu lalu sahaja dibenarkan.

Jelasnya, waktu operasi stesen minyak adalah dibenarkan dari 6 pagi hingga 6 petang manakala operasi pasar harian 6 pagi hingga 2 petang sahaja. Sementara itu, operasi pasar malam, pasar borong, pasar tani dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali.Perkhidmatan hospital kerajaan dan swasta dibenarkan beroperasi 24 jam, katanya.

Selain itu, perkhidmatan e-hailing hanya boleh membawa maksimum dua penumpang dan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam sahaja. Tambahnya, perkhidmatan bas ekspress dan bas henti-henti tidak dibenarkan.“Penduduk tidak dibenarkan keluar kawasan dan keluar bekerja sepanjang tempoh PKPB,” katanya, menggesa majikan agar tidak mengenakan tindakan kepada pekerja yang terlibat.-siakapkeli

Ismail Sabri Negatif COVID-19, Sidang Khas MKN Diteruskan Setiap Hari Secara Sidang Video

PUTRAJAYA, 7 Okt – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan keputusan saringan COVID-19 dirinya adalah negatif.Dalam pada itu jelasnya, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan diteruskan setiap hari secara sidang video.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan sangat prihatin terhadap situasi COVID-19 dalam negara,” katanya dalam sidang media mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.Ismail berkata demikian secara sidang video dari rumah ketika sedang menjalani tempoh kuarantin 14 hari.Sumber: Kementerian Pertahanan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *