Sanggup datang rumah belajar masak. Rupanya bakal menantu Sheila Rusly merupakan adik kepada pelakon wanita terkenal ini dan tanpa ragu Sheila balas satu komen yang menjelaskan segalanya

artis

Kebanyakan orang mungkin tak tahu, pelakon cantik ini pernah dikaitkan sedang menjalin hubungan istimewa dengan anak penerbit dan pelakon terkenal, Sheila Rusly, Uzair Haqimy beberapa tahun lalu. Namun mereka menafikan hal tersebut dan hanya mengakui bahawa hubungan mereka tidak lebih sebagai seorang kawan.

Tak lama kemudian menerusi satu entri di Twitter yang dimuat naik Uzair, memberi gambaran bahawa kedua-dua mereka sudah berada dalam fasa serius.Dalam entri tersebut, Uzair memuat naik sekeping foto yang dikirimkan ibunya menunjukkankan Elisya Sandha yang datang ke rumahnya untuk belajar memasak.

” Apabila ibu menghantar saya gambar ini ketika saya keluar bekerja, i knew i won life”, tulisnya. Perkongsiannya itu menerima lebih 3,000 ulang kicau di Twitter. Manakala, di ruangan k0men, Uzair turut memanggil Elisha dengan panggilan ‘sayang’..” The fact that you like to cook, sedap tak sedap, i’m already wining sayang,” katanya yang membalas k0men Elisya.

Dapat restu bila Sheila sendiri kongsi gambar.Bahkan, hubungan mereka juga seolah-olah mendapat restu daripada Sheila sendiri apabila memuat naik gambar Elisha sedang belajar memasak dengannya di Instagram.” Dia kata nak belajar masak lauk Minang. Komer rasa kenapa?,” tulis Sheila yang memuat naik gambar Elisya sedang memasak.

Di ruangan komen, tanpa ragu Sheila turut memberi gambaran bahawa dirinya bakal menyambut menantu tidak lama lagi. Perkara itu dikongsikan Sheila menerusi komen balas yang diberikan kepada dua sahabat baiknya, Maria Tunku Sabri dan Sharifah Shahora yang mahu mula mencari baju majlis kahwin.” Silakan, baju pereka fesyen tersohor je, Kenanga tak boleh tau, Janji!”, jawab Sheila.

Tambahan pula, Sheila turut memuji masakan Elisya ketika menjawab pertanyaaan penyanyi Naim Daniel mengenai hidangannya itu.” Naim Daniel rasanya dua-dua ter-sandha tadi Uzair Haqimy, Elisya Sandha,” tulisnya. Bagaimanapun, Elisya ketika dihubungi Gempak melalui aplikasi WhatsApp memilih untuk tidak memberikan sebarang komen ketika ditanya mengenai status hubungannya dengan anak Sheila Rusly sebentar tadi. Pelakon itu hanya mengatakan terdapat masalah pada telefonnya saat dihubungi Gempak dan apabila diminta menjelaskan status hubungan dengan Uzair, Elisya tidak membalas pertanyaan tersebut.

Berikut info tentang Elisya Sandha.Sebelum ini, Elisya atau nama sebenarnya, Nur Elisya Sandha Mohd Faisal, 21, mengakui mula berkawan dengan Uzair sejak dari zaman belajar.Elisya merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik.Beliau juga adalah adik kepada pelakon terkenal, Fasha Sandha dan memanggil kakaknya itu dengan gelaran ‘Angah’..

Menyambung pendidikan di SMK Convent Bukit Nenas, Elisya aktif dalam bidang lakonan sejak berusia 15 tahun lagi.Menidakkan menggunakan nama Fasha sebagai batu loncatan untuk mencipta nama dalam industri, Elisya mengakui dia juga menghadiri ujibakat sebagaimana bintang-bintang baru lain demi mendapat tempat dalam sesebuah produksi drama ataupun filem.Sumber:limauais

Graf Populariti Tak Seperti Fasha Sandha. Elisya Sandha Bongkarkan Perkembangan Dia Terkini Dan Jawab Persoalan Perbandingan Dia Dan Kakaknya Dalam Industri Hiburan

KUALA LUMPUR: Momentum perjalanan seni pelakon manis, Elisya Sandha tidak sebaik kakaknya, Fasha Sandha. Hingga kini, graf popularitinya tidak naik mendadak dan memuncak.Sesukar mana memahat nama dan populariti, Elisya atau nama sebenarnya, Nur Elisya Hassan, 21, tidak sesekali berputus asa, sebaliknya akan terus mengejar impian untuk berdiri sehebat kakaknya.

Dijadikan bahan perbandingan dengan Fasha sudah menjadi perkara biasa, hati pelakon drama Pujaan Hati Kanda dan Nasi Kerabu Untuk Cik Abe itu tidak sedikitpun terusik.Sambil tersenyum, Elisya mengakui: “Saya lambat naik, tetapi saya tidak terdesak mengejarnya. Saya menerima perjalanan takdir ini seadanya.

“Namun, saya tak pernah lupa pesanan kakak, nak naik memang sukar, tetapi lebih p3rit untuk mengekalkannya. Hingga hari ini, ‘azimat’ diperturunkan kakak digenggam kemas.”Jadi, biarlah saya perlahan-lahan bertapak, lambat laun saya akan tiba di kemuncak juga. Saya tidak mahu cepat naik dan merudum.”

Dikatakan kurang ledakan kontroversi antara punca nama tidak sehangat kakaknya, Elisya tidak menafikannya. Bagaimanapun, setiap manusia berbeza jalan hidup.”Saya gembira hidup tanpa dilingkari gosip teruk dan kontroversi. Saya tak mahu mencipta kontroversi disebabkan mengambil jalan pintas untuk popular.”Saya tak suka melakukan tindakan tular untuk memancing perhatian. Saya mahu dikenali menerusi bakat, bukan isu remeh-temeh dan memalukan. Syukur, saya masih berpegang teguh dengan prinsip ini,” katanya kepada BH Online.

Elisya berkata, dia tidak berkecil apabila ada yang membuat perbandingan antaranya dengan Fasha.”Ramai yang menganggap kakak cepat naik dan masih relevan hingga hari ini. Sedangkan, saya pula berbeza kerana mengambil masa lama untuk dikenali.”Saya tak kisah jika ada yang terus membuat perbandingan. Itu adalah senario biasa sejak dahulu lagi. Saya tak mampu mengawalnya.

“Saya berlakon sebab nak berkongsi bakat. Jadi, saya tak mahu mengkritik bakat orang lain kerana setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan,” katanya.Elisya berkata, dia belum layak menggantikan tempat kakaknya.”Jika diukur, jauh lagi perjalanan saya nak berada pada tahap kakak. Bagaimanapun, saya tetap bersyukur kerjaya menunjukkan perkembangan yang positif.

“Mungkin belum memuncak, tetapi saya semakin diterima. Saya juga berjaya membuktikan tidak menggunakan pengaruh atau menumpang populariti kakak untuk kesenangan diri.”Bukanlah kakak tidak pernah dibantu, tetapi dia hanya memberikan pendedahan mengenai dunia hiburan, tips dan nasihat sebagai bekalan membina kerjaya,” katanya.

Pelakon yang diperkenalkan menerusi drama Bila Chacha Masuk Asrama pada 2014 itu berkata, Fasha mengajarnya hidup bersusah payah jika ingin berjaya.”Kakak tidak pernah bertemu dengan penerbit atau produksi minta mengambil saya berlakon. Apa yang dilakukan hanya berkongsi pengalaman serta dan nasihat.

“Jika saya menggunakan nama kakak sebagai batu loncatan mendapatkan projek, itu belum tentu menjamin kerjaya. Saya melihat bakat adalah perkara utama dinilai.”Tiada bakat, kerjaya lakonan tidak akan ke mana. Ikut jalan pintas sekalipun tidak berguna,” katanya yang kini sibuk dengan penggambaran drama, Hello Jangan Tapau Cintaku bergandingan dengan Nafiz Muaz.-bh

Elisya Sandha sambut ulang tahun ke-21, Fasha Sandha titip ucapan istimewa – “Tak percaya adik perempuan saya dah dewasa”

Fasha memberikan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran adiknya, Elisya yang ke-21.HUBUNGAN pelakon Fasha Sandha dengan adiknya yang juga aktres Elisya Sandha sememangnya sangat rapat dan sentiasa menyokong satu sama lain dalam industri seni.Sempena ulang tahun kelahiran Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Hassan pada Isnin, Fasha berkongsi ucapan istimewa untuk adiknya yang kini sudah mencecah 21 tahun.

Menurut Fasha, biarpun Elisha kadang-kala seorang yang dgil dan suka memberontak seperti kanak-kanak namun dia tetap menyayangi adiknya. Fasha memuat naik ucapan istimewa itu di Instagramnya.“Selamat hari lahir adik bongsu perempuan saya, Elisya. Awak lahir pada 8 Jun 1999, angah yang beri nama awak Nur Elisya. Nur adalah cahaya, Elisha bermaksud bangsawan, seseorang yang mempunyai sifat dan akhlak yang tinggi.

“Selepas hari lahir ke-20 tahun, dia kini bukan lagi remaja. Tak percaya adik perempuan saya dah jadi dewasa. Awak sudah 21 tahun hari ini. Wow, 21 tahun pada 2020. Nombor bertuah.”Selamat hari lahir sayang angah, walaupun ada masa awak sangat dgil, membrontak macam budak kecil, tak dengar nasihat angah, suka membazir beli kentang tapi tak habis, angah tetap sayang semua,” kata Fasha.

Jadilah insan yang mempunyai hati yang baik, secantik rupa parasmu.

Isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini memberi ucapan hari lahir tersebut dengan memuat naik foto bersama adiknya di laman Instagram miliknya pada Isnin.Ruang komen di perkongsian tersebut turut dipenuhi dengan ucapan hari lahir buat Elisya dan doa agar aktres itu berbahagia bersama keluarganya.Dalam pada itu, Fasha yang kini menantikan kelahiran cahaya mata sulungnya dengan Aidil mendoakan agar Elisya menjadi seorang anak yang baik dan segala impiannya tercapai satu hari nanti.

Elisya dan Fasha bersama ibunya.“Hari-hari tengok gambar semua adik-beradik sebab semua gambar ada di cermin bilik angah. Selamat hari lahir Elisya. Jadilah anak yang baik kepada mama dan ayah yang mendengar kata serta mempunyai akhlak yang baik.”Jadilah insan yang mempunyai hati yang baik, secantik rupa parasmu. Semoga awak capai segala impian dalam hidup.”Saya doakan yang baik-baik dan selamat hari lahir. Semoga kehidupan anda bahagia dan selamat menikmati hari awak,” ujarnya.-mstar

Adik simpan rahsia kakak! Elisya Sandha tak berani ‘buka mulut’ – “Hamil atau tidak, biarlah Fasha yang kongsi”

Elisya memilih untuk tidak berkongsi mengenai teka-teki kakaknya, Fasha Sandha yang dikatakan sedang hamil.PELAKON Elisya Sandha memberitahu biarpun mempunyai jawapan terhadap teka-teki warganet mengenai kehamilan kakaknya iaitu Fasha Sandha, namun dia memilih untuk mengunci mulut.

Bagi Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Hassan, 20, dia bukan individu yang sesuai untuk mengesahkan atau berkongsi perkara itu memandangkan kakaknya sendiri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan.“Saya tidak boleh beritahu atau kongsi apa-apa mengenai keadaan Fasha sekarang ini walaupun memang saya sudah mengetahuinya.

“Bagi saya hamil atau tidak, biarlah Fasha sendiri yang kongsi berita itu. Tapi Alhamdulillah, tak kisah apa-apa pun, saya tumpang gembira untuk Fasha sekeluarga,” kata Elisya kepada mStar.Elisya kini berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.Elisya ditemui ketika sidang media Havoc Food Festival di Red Box, The Garden, Mid Valley, Kuala Lumpur pada Rabu.

Sebelum ini, Fasha seakan memberi bayangan sedang hamil apabila memuat naik foto bersama suami, pelakon Aidil Aziz dan dua orang anaknya dengan kapsyen ‘berlima’ di Instagram.Menurut Elisya, ada kemungkinan kakaknya enggan mendedahkan perkara itu lagi disebabkan kesilapan lalu yang terlalu awal berkongsi tentang kehamilan namun akhirnya mengalami kehilangan kandungan.

“Insya-Allah apabila sudah tiba masanya mesti dia akan kongsi, kena tunggu betul-betul dah disahkan mengandung atau tidak. Saya rasa, mungkin Fasha kini lebih berhati-hati nak kongsikan sesuatu.Kapsyen Fasha di foto tersebut mengundang spekulasi warganet mengenai dirinya kini sedang hamil

“Sebelum ini, dia pernah tersilap kongsi kehamilan terlalu awal sebab terlalu teruja tapi Allah nak uji dia kehilangan kandungan. Jadi, kali ini dia belajar daripada kesilapan sendiri,” ujarnya.Pada 10 Jun lalu, Fasha berkongsi berita sedih apabila dia mengalami kehilangan kandungan pada usia kandungannya hampir enam minggu.

Dalam pada itu, pelakon drama Puteri Yang Ditukar ini meluahkan rasa teruja dapat sertai Havoc Food Festival buat kali pertama yang akan diadakan pada 1 hingga 3 November depan di Perkarangan Stadium Malawati, Shah Alam.“Saya sangat teruja sebab buat pertama kali saya akan sertai festival makanan dengan membuka gerai makanan di sana.“Sebelum ini saya tak pernah sertai mana-mana program perniagaan dan boleh dikatakan ini baby step untuk saya menceburi bidang perniagaan makanan,” katanya.-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *