Persoalan terbuka soal kekasih hati di khalayak umum. Azzam Sham keluarkan kenyataan ini bagi menjelaskan segalanya dan harap semua memahami dan hormat keputusannya

artis

Dengan yakinnya Azzam Sham yang merupakan Juara Big Stage 2020 (BS2020) tidak merasakan hubungannya bersama pujaan hati iaitu penyayi Sheryl Shazwanie akan menjejaskan populariti mereka berdua. Tambah Azzam lagi,dia dan Sheryl mempunyai kelompok peminat yang berbeza dan tidak ada yang perlu dirisaukan tentang hubungan mereka berdua

“Saya tak rasa peminat akan lari. Peminat saya sayang saya dan peminat dia sayang dia. Tidak ada apa yang perlu saya takutkan sebab peminat saya antara yang setia bersama saya. “Sheryl adalah seorang yang istimewa di hati saya. Dia selalu ada untuk saya, memang dah macam sebahagian daripada keluarga saya. Setiap minggu dia datang beri sokongan,” kata Azzam kepada Gempak. 

Azzam ditemui semasa menghadiri sidang media konsert akhir BS2020 yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada Ahad. Tambah Azzam lagi, dia tidak menolak jika dijodohkan bersama kekasih hati yang juga merupakan bekas peserta Big Stage musim kedua itu. “Kalau ada jodoh, saya tidak menolak sebab ini perkara baik. 

Katanya lagi, “Tapi untuk menuju ke arah itu, jauh lagi saya rasa. Dia pun masih lagi membina karier, saya pun sama baru nak bertapak dalam industri ni,” jelasnya lagi. Pada konsert akhir BS2020 yang berlangsung pada Ahad lalu menyaksikan Azzam Sham dinobatkan dinobatkan sebagai juara. Usop mendapat naib juara dan Qody Rany berada di kedudukan ketiga. Dinie Rashid dan Fadh Majid pula masing-masing berada di tempat keempat dan kelima. -gmpk

Sayang Semua Tapi Dia Lebih Sikit. Akhirnya Azzam Sham Dedahkan Hubungan Sebenarnya Dengan Seseorang Ini Setelah Sekian Lama Menjadi Tanda Tanya. Ini Yang Dibongkarkan

Selepas menjuarai program hiburan realiti, Big Stage 2020, timbul pula cakap-cakap yang menyifatkan penyanyi, Azzam Sham cukup terbuka dan tidak berselindung mengenai hubungan yang dijalin bersama rakan artis, Sheryl Shazwanie. Tidak menafikan perkara tersebut, Azzam yang ditemui memberitahu, Sheryl sememangnya teman istimewa kerana baginya, bintang muda itu selalu ada ketika saat susah dan senang.

Menurut Azzam lagi, dia percaya peminat akan faham dan menyambut baik mengenai perkara tersebut. “Dia selalu ada untuk saya, ibarat macam famili sendiri. Malah, setiap minggu dia datang untuk berikan sokongan, sama seperti peminat yang menyokong. “Saya sayang semua orang. Cuma dia lebih sikit. Dia special person bagi saya.

“Peminat saya sayang saya, peminat dia sayang dia. Tiada apa yang perlu saya takutkan,” katanya kepada MH. Azzam berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Akhir Big Stage 2020 di Putrajaya International Convention Center (PICC), Putrajaya pada Ahad.

Ketika ditanya mengani perancangan masa depannya bersama Sheryl, ini reaksi penyanyi berusia 23 tahun itu; “Kalau ada jodoh saya tidak menolak. Lagipun ini perkara baik. Akan tetapi, kami belum ada sebarang perancangan. Jauh lagi rasanya. “Dia pun sibuk untuk bina kerjaya, begitu juga dengan saya. Kalau semuanya dah kukuh, Insya-Allah harap dipermudahkan,” kongsinya tenang. Pada malam Konsert Akhir Big Stage 2020, Azzam telah dinobatkan sebagai juara seterusnya membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Sumber: Media Hiburan

Akhirnya setelah banyak tanda tanya hubungan Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie. Kini terbongkar juga perkara sebenar yang terjadi antara mereka berdua. Ini jawapan Azzam

MESKIPUN tidak pernah mengesahkan hubungan cinta dengan Sheryl Shazwanie namun peserta program Big Stage 2020 iaitu Azzam Sham mengakui dia menyayangi penyanyi tersebut. Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, 23, berkata Sheryl memahami dirinya yang serba kekurangan dan mempunyai sifat penakut. Malah, Azzam menyedari dirinya bukan seorang lelaki yang menjadi idaman wanita namun berasa bertuah kerana mempunyai teman rapat seperti penyanyi lagu Perasaan itu.

“Kalau orang tanya, saya akan cakap kami teman rapat. Kami dah lima tahun kenal. Saya sayangkan Sheryl dan dia sangat istimewa di hati saya. “Dia seorang penyayang dan paling penting dia sangat memahami saya. Bagi saya, susah nak cari perempuan yang faham perasaan lelaki. Saya ni banyak kekurangan dan penakut. “Rasanya perempuan tak suka lelaki macam saya ni. Saya bukan jenis yang gentleman atau manly. Saya lelaki yang biasa-biasa saja. Saya rasa bertuah mempunyai teman rapat yang menerima saya seadanya,” katanya kepada mStar.

Kalau ada rezeki jodoh kami, insya Allah.. doakan yang terbaik buat kami ya!

AZZAM SHAM

PENYANYI

Menerusi laporan mStar pada 9 Mei lalu, Sheryl mengakui dia mula menyimpan perasaan terhadap Azzam Sham sejak penyanyi itu menyertai realiti nyanyian kanak-kanak Idola Kecil. Menurut Sheryl atau nama sebenarnya Sheryl Shazwanie Shamsulbahri, 23, hubungan mereka mula rapat selepas masing-masing berada di bawah syarikat pengurusan sama sejak lima tahun lalu.

Malah, Sheryl juga datang ke konsert mingguan Big Stage 2020 yang berlangsung setiap Ahad di Pusat Kovensyen Antarabangsa (PICC) untuk memberi sokongan kepada Azzam. Ditanya mengenai perancangan membawa hubungan mereka diperingkat yang lebih serius, Azzam menjelaskan dia belum memikirkan perkara itu namun berharap peminat mendoakan yang baik sahaja. “Setiap minggu dia datang ke konsert Big Stage untuk menyokong saya. Kepada Sheryl, terima kasih kerana tidak pernah lelah untuk memberi semangat dalam apa jua yang saya lakukan. “Buat masa ini belum lagi (perancangan kahwin). Kalau ada rezeki jodoh kami, insya Allah.. doakan yang terbaik buat kami ya!” ujarnya.


SUMBER: MSTAR

Azzam Sham juara Big Stage 2020

PUTRAJAYA: Tepati ramalan, Azzam Sham, 23, diangkat sebagai juara Big Stage 2020 pada pentas akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam tadi. Kemenangan peserta kelahiran Kuala Lumpur itu membolehkannya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan trofi. Naib juara yang menawarkan hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi pula disandang peserta dari Kedah, Usop yang dianggap antara pesaing konsisten dalam musim ketiga program realiti itu.

Anak jati Kedah, Qody Rani pula diumumkan pemenang tempat ketiga dan meraih hadiah wang tunai RM25,000 serta trofi. Tempat keempat menjadi milik penyanyi berasal dari Pulau Pinang, Dinnie Rashid, manakala Fadh Majid hanya mampu berpuas hati menduduki tempat kelima. Konsert akhir Big Stage 2020 yang dihoskan Alif Satar dan Sherry Alhadad menampilkan juri tetap Ajai, Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, manakala Misha Omar sebagai juri jemputan. Sementara menanti keputusan diumumkan, penonton disajikan dengan persembahan Faizal Tahir yang menyampaikan single terbarunya berjudul Nobody.

Sumber: BH Online

Azzam baru je jadi juara big stage semalam. Mengejutkan tiba tiba TokTi tampil bagi komen pasal lagu dia. Terkedu sampai macam ni sekali TokTi komen pada Azzam.

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memuji cara juara Big Stage 2020 (BS2020), Azzam Shah yang membawakan lagu nyanyiannya Aku Bidadari Syurga di pentas akhir pertandingan itu malam tadi. Menurut Siti, Azzam mempunyai cara tersendiri membawakan lagu tersebut.

“Azzam terima kasih kerana menyampaikan lagu saya dengan cara tersendiri,” katanya melalui ciapan di laman Twitter. Selain Aku Bidadari Syurgamu, Azzam telah mendendangkan lagu hit Grenade nyanyian asal Bruno Mars.

PENYANYI Azzam Sham muncul sebagai juara program Big Stage 2020 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad. Kemenangan itu melayakkan Azzam, 29, membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.

Azzam menerusi ucapan kemenangan berterima kasih kepada semua yang menyokongnya terutama peminat sehingga membolehkan dia bergelar juara. “Saya tak sediakan ucapan tapi pertama sekali saya terima kasih kepada Allah. Bakat yang saya ada daripada Allah maha berkuasa. Terima kasih ibu bapa, keluarga, datuk dan nenek saya

“Terima kasih juga kepada peminat yang selalu undi saya, ” katanya. Pada pentas akhir itu, Azzam menyampaikan lagu Aku Bidadari Syurgamu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza dan lagu Grenade (Bruno Mars).

Dia menerima markah daripada juri dan undian penonton secara online sebanyak 67.85 peratus. Naib juara dimenangi oleh Usop dengan markah sebanyak 66.57 peratus dan tempat ketiga oleh Qody Rany dengan markah sebanyak 61.85 peratus.

Masing-masing membawa pulang wang tunai RM50,000 dan RM20,000 beserta trofi. Manakala, tempat keempat dan kelima menjadi milik Dinie Rashid (60.04) dan Fadh Majid (58.80). Usop selaku naib juara menyanyikan lagu Arjuna Mencari Cinta nyanyian asal Dewa 19 dan lagu Peluang Kedua (Nabila Razali).

Kesemua peserta dihakimi oleh dua juri tetap iaitu Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir dan Ajai serta juri undangan Misha Omar. Keputusan pemenang ditentukan oleh pemarkahan juri dan undian penonton secara online.

Big Stage musim pertama menyaksikan penyanyi Sarah Suhairi menjadi juara manakala juara untuk musim kedua pula milik penyanyi berasal dari Korea Selatan iaitu Han Byul. Big Stage 2020 disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123) dan ia dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber : GEMPAK, Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *