Pakai sut PPE sampai berjam jam. Frontliners dari negara seberang ini ada yang sampai jatuh terbaring di bawah meja malahan ada yang sesak nafas

Viral

Terkini di Indonesia, jumlah kes positif Covid-19 yang direkodkan telah pun mencecah sehingga lebih daripada 300,000 kes. Peningkatan kes positif secara mendadak ini telah menyebabkan para frontlinersnya terpaksa bekerja kers untuk membendung penularan wabak ini. Faktor bilangan penduduknya yang terlalu ramai selain sikap masyarakat yang enggan mematuhi SOP menyebabkan kes positif Covid-19 ini terus meningkat setiap hari.

Tambahan pula, Para frontliners pula menjadi sasaran terpaksa bekerja lebih masa sehingga terpaksa mengrbankan waktu rehat demi membendung pandemik ini.Baru-baru ini, seorang wanita yang bertugas sebagai salah seorang frontliner telah memuat naik sebuah klip video di aplikasi Tik Tok miliknya dengan menggunakan nama akaun @pujiismalita yang menunjukkan keadaan di salah sebuah pusat rawatan di sana.

Menyaring ratusan sampel Covid-19 setiap hari.Rakaman video tersebut jelas menunjukkan frontliners yang masih memakai sut PPE sedang terbaring sampai di bawah meja kerana terlmpau penat bertugas.Malah caption yang ditulis juga menunjukkan bahawa mereka penat disebabkan terpaksa menyaring sampel-sampel Covid-19 yang bertambah setiap hari sehingga mencecah sampai ratusan sampel!Ketika sampel covid setiap hari bertambah dengan jumlah ratusanWow, banyak tu. Berjam-jam menyarung sut PPE

Menurut wanita itu lagi, mereka terpaksa memakai sut Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) sehingga berjam-jam lamanya!Hal ini kerana, mereka telah ditugaskan di bahagian makmal dan perlu sentiasa menyarung sut tersebut ketika melaksanakan tugas penyaringan sampel Covid-19 yang diterima.Disebabkan sut tersebut diperbuat daripada bahan-bahan yang tidak menyerap peluh untuk tujuan perlindungan, sudah tentu si pemakainya akan berasa panas dan sesak nafas apatah lagi apabila terpaksa memakainya dalam tempoh waktu yang sangat lama.

Susulan itu, mereka turut mengalami sesak nafas dan kepanasan sehingga ada yang terbaring di lantai kerana tidak tahan panas.Berjam-jam menggunakan hazmat, sesak nafas kami rasakan.Ini adalah pilihan kami.Dalam video tersebut, dia ada juga meletakkan caption yang mengatakan bahawa menjadi seorang frontliners ini adalah sememangnya pilihan mereka.

Sungguh berjasa.Mereka sanggup mengrbankan masa, tenaga dan nyawa demi memastikan pandemik Covid-19 ini dapat dibendung penularannya.Wanita itu juga sempat menitipkan kata-kata semangat kepada rakan-rakannya yang lain supaya tidak berputus asa dan terus gigih melaksanakan tugas mereka.Iya tau, ini adalah pilihan kami. Tetap semangat guys

Kuatkan semangat wahai wira – warganet. Klip video yang berdurasi selama beberapa saat itu berjaya meraih sebanyak lebih daripada 1 juta tontonan.Rata-rata warganet juga turut memberikan komen-komen yang positif dengan memuji ketabahan para frontliners ini dalam mencegah wabak Covid-19.

Terdapat juga komen-komen yang meluahkan rasa simpati melihat keadaan frontliners yang bergelimpangan seperti itu. Apa-apa pun, semoga para frontliners ini dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi daripada wabak Covid-19 ini. -lobakmerah

Tak Nak Pakai Mask. 8 Lelaki Indonesia Ini Terpaksa Buat Sesuatu Selepas Sahaja Mereka Tidak Mematuhi Arahan Memakai Pelitup Muka Di Tempat Awam

Dekat Malaysia kalau tak pakai pelitup muka, kita boleh disaman dan perlu membayar denda sebanyak RM1,000. Tapi di Indonesia lain pula ceritanya…Lapan lelaki dari Gresik, Jawa Timur telah diminta untuk mengg4li tempat persemadian pesakit Covid-19 yang sudah tiada kerana gagal mematuhi arahan memakai pelitup muka di tempat awam.

Menurut Tribun News, pemerintah tempatan, Suyono mengatakan yang dia membuat keputusan ini kerana tenaga kerja untuk mengg4li tempat persemadian memang tengah tak cukup orang.“Yang mengg4li tempat persemadian ada tiga saja, ya sudah mereka dihukvm ikut membantu mengg4li saja. Tidak ikut mengvbur.”

Jadi, dia telah meminta setiap dua orang untuk menyediakan satu tempat persemadian. Seorang ditugaskan untuk mengg4li dan seorang lagi perlu menyusun kayu bagi menampung orang yang sudah tiada Sumber: The Jakarta Post. Kalau korang nak tahu, peraturan di sana mengatakan orang yang tak memakai pelitup muka boleh dikenakan denda atau akan disuruh untuk melakukan khidmat masyarakat.

Hukuman yang ditetapkan untuk orang yang tak memakai pelitup muka ini pula bergantung kepada pemerintah tempatan. Suyono turut berharap yang hukumn ini akan tinggalkan kesan kepada pesalah serta orang lain agar terus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Peraturan memakai pelitup muka di Jawa Timur telah diperketatkan sejak Julai lalu apabila kes semakin meningkat dan tinjauan menunjukkan hampir 70% penduduk di sana tak mahu memakai pelitup muka.-ctto

Seramai 100 Doktor Muda Pergi Buat Selamanya. Indonesia Dedahkan Punca Berlakunya Pemergian Yang Berlaku Di Kalangan Barisan Hadapan

Kebimbangan  terhadap wabak Covid-19 masih menghantuii orang ramai sehingga ke hari ini, saban hari kes jangkitan semakin meningkat malah jumlah pemergian telah mencatat lebih 800 ribu pemergian. Pada Isnin, Ikatan Doktor Indonesia (IDI) telah memaklumkan seramai 100 doktor telah disahkan pergi buat selamanya akibat jangkitan Covid-19.

Lebih menyedihkan ,kebanyakan mereka masih muda dan berumur dalam lingkungan 29 hingga 38 tahun. Dilaporkan bahawa antara doktor yang terkesan adalah daripada Fakulti Perubatan Universiti Airlangga dan Hospital Soetomo di Surabaya, Jawa Timur.

Menurut Pengerusi IDI, Daeng M. Fikih memberitahu susulan kejadian ini, pihaknya telah bekerjasama dengan gerakan pasukan khas Covid-19 bagi memastikan peralatan perlindungan di hospital dan kemudahan kesihatan mencukupi untuk mencegah lebih banyak pemergian dalam kalangan pekerja kesihatan. Selain itu, dia juga mendesak agar pihak hospital membuat jadual kerja yang sesuai dengan keadaan kesihatan para doktor bagi mengelakkan keletihan melampau.

Sehingga kini, Indonesia telah mencatatkan 172,053 kes jangkitan dengan 7,343 pemergian, lapor The Jakarta Post.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MstarkiniSumber:lobak merah

Kes Meningkat Saban Hari. Indonesia Sahkan Mutasi Berbahaya COVID19 Iaitu D614G Dikesan Di Negara Itu Atas Satu Faktor Ini

Pada pertengahan Ogos lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa pasukan kesihatan telah mengesan kewujudan mutasi jenis D614G dalam negara. Bahayanya mutasi itu adalah kerana ia boleh menular 10 kali ganda lebih cepat, dan mudah merebak sekiranya disebarkan oleh individu super spreader.

Selepas Malaysia, ia kini dilaporkan sudah mula dikesan di Indonesia. Memetik laporan The Jakarta Post, Lembaga Biologi Molekuler Eijkman (LBME) yang berpusat di Jakarta telah mengesahkan perkara tersebut.Dalam laporan itu, LBME berkata D614G telah dikesan dalam lapan daripada keseluruhan 22 genom yang dilaporkan di republik itu sebelum ini.

Para pengkaji ketika ini masih belum memperoleh peratusan sebenar individu yang menjadi pembawa virus mutasi tersebut, namun LBME percaya bahawa ia telah merebak secara meluas dalam kalangan kebanyakan pesakit di Indonesia.

Dalam satu laporan lain yang diterbitkan Detik Health pula melaporkan, mutasi itu sebenarnya telah ada di Indonesia sejak Mac lalu. Prof Chairul A Nidom dari Universitas Airlangga berkata jumlah pengesanan juga akan lebih banyak dilaporkan, sekiranya ujian saringan dibuat dengan lebih giat. Untuk rekod, selain Malaysia dan Indonesia — mutasi itu turut telah dikesan di beberapa negara ASEAN lain termasuk Myanmar dan Singapura.

Catat Kes Baharu Lebih 2000 Setiap Hari. Seorang Menteri Indonesia Keluarkan Kenyataan Berkaitan Rantai Yang Boleh Merawat Covid19 Dan Dikatakan Mahu Ikut Jejak Negara Lain Untuk Buka Penggung Wayang

Walaupun keadaan kes di negara kita dilihat berkurangan namun bagi negara jiran, Indonesia, kes Covid-19 di sana tetap meningkat setiap hari. Hari ini saja Indonesia mencatatkan 2,306 kes baru dan 86 pemergian. Menurut Bloomberg, bagi memulihkan ekonomi negara selepas beberapa perniagaan terpaksa ditutup angkara pandemik yang melanda dunia ini, pihak berkuasa di sana membuat keputusan untuk buka semula panggung wayang selepas lima bulan ditutup.

Gabenor Jakarta, Anies Baswedan mengatakan yang panggung wayang di Jakarta akan dibuka semula tapi perlu mengikut garis protokol yang ktat seperti penggunaan topeng muka dan hanya orang berusia 12 ke 60 tahun sahaja dibenarkan masuk.Jadi 47 negara saat ini kegiatan bioskop sudah berjalan seperti biasa. Bahkan di Korea Selatan, selama pandemi termasuk puncak pandemi mereka di sana bioskop tidak ditutup.”

Sebelum ini, pihak berkuasa di sana pernah bersetuju untuk membuka panggung wayang pada Julai lalu namun dibatalkan kerana kes di sana tak menunjukkan penurunan. Tapi mungkin untuk selamatkan ekonomi dekat sana, dorang terpaksa buka juga dengan mengikut SOP yang ketat.-lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *