Letakkan harapan yang tinggi. Adik kepada Haqiem Rusli beranikan diri dan dia tidak mahu dibayangi populariti abangnya walaupun lagu tersebut dicipta oleh abangnya

artis

Jangan lupa LIKE dan SHARE page kami,Kucingasm Media

Seperti mengikut jejak langkah abangnya, Haqiem Rusli yang berjaya mencipta nama dalam industri pada usia masih muda, pendatang baharu, Zali Rusli, 15, memberanikan diri berkongsi bakatnya kepada umum. Single pertama, Pewangi, sebuah karya ciptaan oleh Haqiem Rusli dan Ibnu, Zali mengharapkan agar kehadirannya diterima baik peminat muzik tanah air.

“Saya meletakkan harapan tinggi pada lagu ini dan dalam masa sama berharap agar pendengar tidak membandingkan saya dengan Haqiem.“ Lagu Pewangi ini saya sampaikan dengan cara nyanyian sendiri dan tidak terpengaruh dengan cara nyanyian Haqiem walaupun lagu tersebut dicipta oleh dia,” ujar Zali.

Walaupun begitu, Zali berkata, jika ada peluang, dia berhasrat untuk berkongsi pentas dengan Haqiem.“Sebelum ini saya sering mengikuti dan menonton persembahan Haqiem  sehinggakan timbul rasa teruja untuk turut beraksi di pentas.“Saya juga menyimpan hasrat untuk berkongsi pentas dengannya suatu hari nanti,” akuinya yang bernaung di bawah label FMC Music.

Dia sedar dalam pada mengejar impian untuk sukses dalam bidang nyanyian, Zali yang merupakan pelajar tingkatan tiga itu, berjanji tidak mengabaikan pelajarannya.“Setelah dilamar oleh syarikat rakaman FMC Music, saya dikenakan syarat oleh kedua ibu bapa agar tidak mengabaikan pelajaran.“Malah abang saya juga mempunyai pendirian sama biarpun dia memberikan sokongan penuh untuk saya terlibat dalam bidang seni.

“Pelajaran tetap akan menjadi keutamaan saya,” kata Zali.Sementara itu, Haqiem mengharapkan agar single Pewangi dapat menjadi permulaan baik untuk Zali dalam dunia nyanyian.“Sebagai abang, saya memberikan galakan sepenuhnya kepada Zali untuk menceburi bidang muzik.

“Bukan sahaja sebagai penyanyi, tetapi banyak lagi perkara baharu tentang muzik yang dia boleh belajar termasuk penghasilan lagu dan sebagainya,” katanya.Single Pewangi dilancarkan pada 2 Oktober lalu dan kini boleh didengari di semua platform streaming seperti Joox, Spotify, Deezer dan lain lain. Manakala muzik video lagu itu boleh ditonton di saluran YouTube FMC Music.(FOTO: FMC Music)

Inspirasi Dari Kisah Tular Adlina Marie Cetus Idea Buat Haqiem Rusli Hasil Lagu Baru. Dia Buka Mulut Dedah Status Dengan Budak Itu Pada Khalayak Ramai

Haqiem Rusli seorang penyanyi dan komposer muda yang berbakat besar. Sebelum ini, dia telah menghasilkan lagu-lagu yang terbaik sehingga layak beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu termasuk Tergantung Sepi, Jatuh Bangun dan Lembah Kesepian. Terbaru, hasil ciptaan dan nyanyiannya sendiri menerusi lagu terbaru iaitu Adlina Marie juga mendapat perhatian ramai pendengar sehingga trending di alam maya. Adlina Marie diinspirasikan dari sebuah petikan video yang pernah viral dan video tersebut juga undang sebak warganet.

Inspirasi dari kisah benar

Muzik video Adlina Marie ini baru saja dimuatnaik menerusi akaun FMC Studios dan mencecah tontonan melebihi 102 ribu.Pembukaan muzik video ini memaparkan video asal perbualan antara seorang ibu dan anak perempuan yang berada di tempat persemadian. Lebih menyedihkan lagi, kanak-kanak tersebut sering menanyakan mengenai ayahnya yang sudah pergi menghadap Illahi.

Berdasarkan situasi demikian, Haqiem Rusli menghasilkan sebuah lagu istimewa untuk kanak-kanak itu. Dipercayai ayah kepada Adlina Marie terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya dan pergi buat selama lamanya. Rakaman video dari ibunya ini pernah tular di media sosial menyaksikan kanak-kanak tersebut sering bertanyakan mengenai ayahnya.-Oh Bulan

Ziarah tempat persemadian suami, isteri tergamam anak tanya soalan ‘ikhlas dari hati’… jawab sambil menangis undang sebak

Demikian soal seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun kepada ibunya, Siti Sukainah Rahim sejurus dia melawat tempat persemadian bapanya pada Rabu lalu di Sendayan, Negeri Sembilan. Video melibatkan kanak-kanak comel, Adlina Marie Adli Soul itu kemudiannya dikongsi menerusi Twitter oleh ibu saudaranya, Nadia Anne Mokhtar, 24, sebelum menjadi tular dan mengundang sebak warganet.

Menurut Anne, Adlina merupakan satu-satunya anak kepada abangnya, Adli Soul Mokhtar yang pergi buat selama lamanya akibat suatu kejadian tak diduga di jalan raya pada tahun 2017. “Masa abang saya telah pergi, Adlina baru umur dua tahun. Jadi pada hari Rabu lepas mereka sekali lagi ke tempat persemadian. “Kakak ipar saya hantar video tu kepada kami. Masa tu saya tengah drive, mak saya yang buka video tu. Perkongsian Anne di Twitter.

“Kami berdua pun menangis juga. Saya pun rapat dengan Adlina. Setiap kali hujung minggu dia datang tidur di rumah atuk dan neneknya,” ujar Anne kepada mStar. Menurut Anne lagi, Adlina merupakan seorang kanak-kanak yang ceria dan menyenangkan. Malah katanya, sikap kanak-kanak itu juga saling tak tumpah seperti bapanya.

Susah masa tu, dia rapat dengan ayah dia. Kalau nangis je mesti cara ayah dia. Lama-lama baru dia faham

“Dia ceria, kelakar. Macam perangai ayah dia, suka buat benda pelik-pelik. “Suka menyanyi, suka menari. Kalau kat rumah, dia selalu ajak saya menari, main mekap,” katanya lagi Mengimbas semula situasi sekitar tahun 2017, Anne menganggap ia satu fasa yang sukar buat mereka sekeluarga.

Adlina bersama bapa dan ibunya. Ujarnya, mereka sering berendam air mata, tambah-tambah lagi Adlina masih lagi kecil dan tidak mengerti punca ketiadaan bapanya pada waktu itu. “Susah masa tu, dia rapat dengan ayah dia. Kalau nangis je mesti cara ayah dia. “Lama-lama baru dia faham. Dia tahu ayah dah tak ada, tapi kadang-kadang dia tanya juga,” katanya lagi.

Dalam pada itu, video yang memaparkan celoteh Adlina sehingga kini menerima lebih setengah juta tontonan di Twitter. Dalam video sama, dia turut bertanya kenapa bapanya tidak keluar sewaktu dia menziarahi tempat persemadian , sekali gus mengundang rasa simpati warganet. “Tapi ayah tak keluar pun?” soal Adlina kepada ibunya. Posting berkenaan turut dihujani pelbagai komen warganet yang mana rata-ratanya menyuarakan rasa simpati ke atas nasib kanak-kanak itu.-Mstar

“Kenapa Ayah Tak Keluar Pun” – Kisah Adik Adlina Marie Yang Tular Ini Akan Diangkat Menjadi Lagu Terbaru Haqiem Rusli

Awal tahun lalu Malaysia dikejutkan dengan kisah menyayat hati apabila seorang kanak-kanak berusia enam tahun menziarah tempat persemadian bapanya. Lebih meruntun jiwa, Adlina Marie bertanyakan kepada ibunya mengapakah ayahnya tidak keluar dari tempat persemadian untuk melihatnya. Video berkenaan tular di media sosial sekali gus menyentuh ramai warganet di luar sana yang bersimpati dengan nasib malang kanak-kanak tersebut.

Menurut Haqiem, single tersebut telah pun siap dan muzik video juga bakal dilancarkan tidak lama lagi. “Siapa yang tak sebak bila tengok video yang viral tu. Malah ia telah beri saya inspirasi dan ilham buat lagu khusus untuk adik Adlina. “Saya akan mengangkat kisah benar Adlina Marie rindukan bapa yang terbabit dalam suatu kejadian yang tak diduga ini. 

“Kisahnya memang tentang Adlina tapi lebih kepada positif, cinta anak kepada ayah. “Lagu ini agak lain sikit dengan lagu saya sebelum ni, ia power ballad tapi modern,” katanya. Ditanya sama ada muzik video single terbaru itu akan turut menampilkan adik Adlina, Haqiem berkata seorang kanak-kanak lain akan digunakan sebagai pengganti. “Saya baru je siapkan muzik video dua minggu lepas.

“Memandangkan COVID-19 ni, kami buat muzik ni cepat-cepat. Akan ada seorang kanak-kanak yang akan membawa watak Adlina. “InsyaAllah Muzik Video akan keluar 21 Ogos ni,” katanya. Haqiem berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian restoran mliknya iaitu SanThai Village di Platinum Walk, Setapak, baru-baru ini.-Gempak

Haqiem Rusli buka restoran pada usia 22 tahun

Istilah serik tidak pernah wujud dalam kamus hidup penyanyi dan komposer, Haqiem Rusli untuk terus berjaya dalam perniagaan biarpun pernah beberapa kali ‘gulung tikar’. Seperti lagu nyanyiannya, Jatuh Bangun, Haqiem, 22, menyifatkan apa yang berlaku sebelum ini adalah pengalaman berharga untuk dia bangkit memburu cita-cita.

“Sebelum ini, banyak bisnes saya usahakan tidak menjadi. Antara sebabnya adalah lokasi perniagaan kurang sesuai dan tiada kumpulan membantu apabila saya ada banyak komitmen. “Namun, bagi saya, semua itu pengalaman. Kalau kita gagal sekali, bukanlah bermakna kita gagal selama-lamanya. Saya banyak berkawan dengan usahawan. Merekalah yang memberi saya semangat agar tidak berputus asa.

“Mereka menggalakkan saya menceburi bidang perniagaan berasaskan makanan kerana lebih terjamin. Biar dalam apa situasi sekalipun, orang akan makan,” katanya pada majlis pelancaran restoran diusahakannya, San Thai Village di Setapak, di sini. Ditanya apa yang membuatkan dia terdetik membuka restoran, penyanyi yang popular dengan lagu Tergantung Sepi dan Lembah Kesepian ini mengaku industri seni ada pasang surut dan dirinya perlu serius memikirkan masa depan.

“Saya suka memikirkan apa yang akan berlaku pada masa depan. Adakah saya akan terus kekal dalam industri atau sebaliknya, saya sendiri tak tahu. “Justeru, perniagaan ini adalah sebagai persediaan untuk menampung kehidupan saya pada masa akan datang.

“Kerjaya seni saya tetap seperti biasa. Berikutan kedai ini baru dibuka, dalam masa seminggu pertama, saya akan berada di sini untuk memantau sebelum sibuk dengan komitmen nyanyian,” katanya. Selepas agak lama menyepi, Haqiem atau nama sebenar, Ridzuan Haqiem Rusli berkata, dia sudah bersedia untuk bertemu peminat dengan lagu baharu, Adlina Marie yang diangkat daripada kisah benar di Twitter.

“Lagu ini secara rasmi akan dilancarkan pada 21 Ogos ini dengan muzik video. Lama rasanya tidak muncul dengan lagu baharu. “Ini bermakna saya akan kembali sibuk dengan urusan promosi dan sebagainya… Saya sangat teruja,” katanya.-Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *