Selepas menjalani ujian saringan covid 19. Nabil Ahmad kongsikan reaksinya menerusi satu video ketika menjalani ujian itu sehingga meraih perhatian orang ramai.

artis ISU SEMASA selebriti Semasa Viral

Pengacara dan pelawak terkenal Nabil Ahmad menjalani ujian saringan COVID-19 sebagai langkah awal pencegahan pandemik tersebut. Menerusi laman sosial Instagram, Nabil berkongsi sebuah video ketika mengambil ujian saringan tersebut untuk tatapan umum. 

“Memang muka swab test macam ni eh rupa dia? Kalau masuk news, shoot muka ni yang diorang highlight ni,” tulis Nabil di ruangan kapsyen. Menerusi perkongsian berdurasi 30 saat itu lagi, Nabil dilihat menahan kesakitan dan terbatuk ketika alat dimasukkan ke dalam hidungnya untuk mengambil sampel. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya mendoakan kesihatan Nabil dan keputusan ujian yang diperolehinya kelak negatif.  Malah, tidak kurang juga yang terhibur melihat aksi menahan sakit Nabil dengan wajah hampir tebersin. “Haaa, sakit kan? Bayangkan kalau anak-anak kita buat swab test. Kesian anak-anak. Jadi, kita jaga kita ya,” komen seorang wargamaya.

“Sakit dia tu tak kelakar ye. Semoga semua urusan Nabil dipermudahkan,” kata seorang wargamaya. “Hahaha sorry Nabil tapi ni memang lawak,” usik seorang wargamaya. “Awat kami yang berair mata tengok,” tulis seorang wargamaya. “Muka macam kena bersin singgah tu bang, jaga-jaga kang kejang,” pesan seorang wargamaya lagi.  Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan daripada warga Instagram. 

Sumber: Gempak

Reaksi Tunku Hajah Azizah Aminah dan anakandanya meraih perhatian orang ramai selepas melakukan swab test. Ini reaksinya sehingga membuatkan ramai terhibur.

Pandemik Covid-19 di Malaysia kembali menunjukkan peningkatan sejak beberapa minggu lalu. Hal tersebut pasti membimbangkan semua pihak kerana hampir kesemua sektor sudah mula beroperasi. Oleh itu, ramai yang mulai menyedari kegawatan tersebut dengan mengambil inisiatif untuk melakukan swab test atau ujian saringan bagi memastikan diri bebas daripada wabak tersebut.

Lakukan ujian saringan Covid-19. Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut tidak ketinggalan melakukan swab test dan perkara itu dikongsikan baginda di laman Instagram miliknya. Selain Tunku Azizah, anakanda baginda iaitu Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah turut sama melakukan proses ujian saringan berkenaan. Namun begitu, kapsyen comel daripada Raja Permaisuri Agong telah berjaya meraih perhatian warganet kerana berseloroh dengan reaksi anakandanya semasa melakukan proses tersebut.

Comellah Tuanku & Tengku Ahmad. Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah tinggalkan pelbagai komen selepas menonton video tersebut. Rata-rata memuji kecomelan Tunku Azizah dan Tengku Ahmad Ismail selain mendoakan agar baginda dan keluarga dilindungi Allah SWT. Kita jaga kita. Semoga Tuanku & anakanda diberi kesihatan yang baik

Sumber: Airtangan_TunkuAzizah

Jalani ujian saringan COVID19 . Rebecca Nur Al Islam dedah punca dia buat ujian saringan dan pengalaman dia sepanjang melalui proses tersebut

Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam menjalani ujian saringan COVID-19 selepas pulang dari Sabah.Menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya, Rebecca atau lebih mesra disapa Becca berkongsi beberapa foto ketika mengambil ujian saringan tersebut.Menurut Becca, tindakan itu dilakukan sebagai tanda seorang rakyat yang bertanggungjawab selain untuk memastikan keselamatan keluarganya.

“Baru tiba di KLIA dari KK, Sabah. Alhamdulillah. Mummy Becca telah menunaikan tanggungjawab mummy sebagai seorang RAKYAT dan IBU yang mempunyai ramai anak-anak kecil dirumah.“Alhamdulillah.Dalam pada itu, Becca juga berkongsi pengalaman melakukan ujian saringan berkenaan.“Swab test dihidung dan tekak telah dilakukan. Sakit? Sumpah tak sakit langsung. Alhamdulillah… Terima kasih petugas barisan hadapan.

“P/s- Mummy sudah, you all bila lagi? Walaupun anda tak pergi ke tempat berisiko tetapi swab test adakalanya perlu buat supaya kita rasa selamat untuk bersama keluarga dan insan tercinta,” tulisnya.Minggu lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mewajibkan individu yang baru tiba dari Sabah bagi menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah serta dipakai gelang kuarantin sehingga 10 Oktober depan.-gmpk

Kes Positif Covid 19 Makin Meningkat Setiap Hari. Disebabkan Itu Ayda Jebat Mahu Kawalan Pergerakan Dikuatkuasakan Tapi Ini Reaksi Warganet Terhadap Kenyataannya.

Penyanyi Ayda Jebat memohon agar ‘lockdown’ atau mengetatkan lagi kawalan pergerakan dikuat kuasakan berikutan kes jangkitan pandemik Covid-19 di negara kian meningkat sejak kebelakangan ini. Jelasnya menerusi satu hantaran terkini di Instagram, kes jangkitan boleh meningkat sekiranya Standard Operating Procedures (SOP) tidak diperketatkan kerana masing-masing akan keluar untuk bekerja dan sebagainya.

Justeru penyanyi Mata ini turut bertanya hal sama kepada para pengikutnya di platform berkenaan. “Assalamualaikum. Dengan dukacitanya, saya mohon tolonglah lockdown atau ketatkan kawalan pergerakan. “Kalau tak lockdown atau ketatkan SOP, kes meningkat, family dan kawan kawan akan keluar selain bekerja, ke sekolah, pergi makan, jalan-jalan dan sebagainya.

“Saya risau. Saya sayang family saya dan semua. Please.. Korang rasa? I’m so sorry. Need to post this. Semoga kita semua dilindungi dari gejala ni,” tulisnya. Bagaimanapun, perkongsian tersebut mendapat reaksi pelbagai peminat. Ada yang bersetuju dan tidak kurang yang turut memberikan pandangan berhubung perkara tersebut. Malah ada di antara komen yang ditinggalkan mendapat respon Ayda.

Kami tak mampu nak hadap lockdown. Namun, dalam pada itu permohonan perintah berkurung itu mendapat tentangan daripada warganet, yang rata-ratanya tidak bersetuju kerana ia boleh menjejaskan punca rezeki dan mengundang masalah kewangan. “Takut kena buang kerja lagi”. “Kalau lockdown susah la”. ” kami pon ada keluarga jugak”. Dalam setiap keputusan yang harus dibuat pasti ada kebaikkan dan keburukkannya, diharapkan rakyat Malaysia terus mematuhi SOP dan menjaga diri masing-masing dalam usaha mengekang penularan virus.

Foto: Instagram Ayda Jebat

Sumber: MediaHiburan, Oh My Media

Kes melonjak naik lagi. Terkini 691 kes positif disahkan pada 6 Oktober. Mengejutkan Dr Noor Hisham bongkarkan puncanya buat orang ramai tak senang duduk.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media Covid-19 memaklumkan bahawa terdapat pertambahan kes positif Covid-19 kepada 691 kes setakat 6 Oktober 2020. Hal ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 13504 kes. Daripada jumlah tersebut, terdapat kes aktif. Sehingga setakat hari ini, terdapat 87 kes sembuh. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh beralih angka kepada 10427 kes. Duka cita dimaklumkan empat kes pemergian direkodkan hari ini

Sumber: Sidang Media KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *