Sayu melihat anak anak Shuk Sahar apabila terpaksa berjauhan dengan ayahnya gara gara sesuatu ini. Rupanya ini yang berlaku kepada keluarganya sekarang.

artis selebriti Semasa

Isteri kepada penyampai radio Shuk Sahar, Rossalennah Natassyiah Asshaferah sayu melihat anak-anaknya yang merintih untuk memeluk bapanya sepanjang dikuarantin di rumah. Dalam sepotong video yang dikongsikan Rossa, kedua-dua anak perempuannya kelihatan menghampiri pintu geriji besi untuk bertemu dengan Shuk.

Bagaimanapun, Shuk terpaksa menjauhkan diri daripada dipegang oleh anak-anaknya biarpun mereka menjerit-jerit memanggil namanya ketika itu. “Anak-anak pun rindu. Nampak je gembira tapi dari riak dan telatah pun tahu happy semacam tengok ayah mereka luar pintu.

“Ain cakap tadi ‘Ain nak pegang ayah, sinilah pegang tangan Ain’. Sayu je dengar. “Nanti ayah balik kita lepak macam selalu. Tengok TV sambil makan keropok yang mama goreng. Tidur ruang tamu,” kata Rossa. Rossa dan kedua-dua anaknya dikuarantin di kediaman mereka selepas pulang dari Sabah baru-baru ini. “Saya baru balik dari Sabah. Gelang pink. “Nampak tak, walaupun kuarantin di rumah tetap sedih macam ni. Patuh SOP semua,” ujar Rossa lagi.

Sumber: Gempak

Kontroversi Shuk tak gugat hubungan dengan isteri

PELAWAK, pelakon, dan penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar, 34, menjelaskan hubungannya dengan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah baik-baik saja meskipun dirinya terpalit dengan satu kontroversi panas, sebelum ini.

Shuk atau nama sebenar Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkata, dia dan isterinya tidak pernah berenggang atau  masing-masing bersikap dingin ketika kontroversi itu tercetus. “Sewaktu hal itu tercetus di media sosial, saya sekeluarga dalam perjalanan pulang ke kampung di Pulau Pinang untuk menyambut Aidiladha. Berita itu, tidak menggugat langsung atau renggangkan hubungan kami.

“Cuma, sebagai seorang lelaki, ketua keluarga dan suami, kita tak mungkin lari daripada buat kesilapan. Alhamdulillah, isteri memahami dan tahu hal itu adalah perkara yang tak perlu dibangkitkan. “Dalam fikiran saya cuma mahu mengutamakan yang terbaik buat kedua belah keluarga, baik saya punya mahupun di pihak isteri. Disebabkan itu, lebih baik saya berdiam diri daripada membuka ruang untuk hal berkenaan lebih diperkata ketika itu,” katanya.

Berkongsi lanjut, Shuk juga mengakui bersyukur niat untuk meraikan Aidiladha ketika itu tidak terjejas dengan berita terbabit. Enggan membuatkan orang ramai musykil, dia turut ambil keputusan memuat naik video kemesraannya dengan isteri. “Ketika itu, saya rasa perlu tampil dengan sesuatu untuk meleraikan persoalan orang ramai. Itupun, selepas saya berbincang mengenainya dengan kedua pihak keluarga kami,” katanya.

Menjelaskan mengenai dakwaan dirinya dikaitkan pernah menduakan isterinya dengan individu dikenali Fara Salleh, Shuk berkata hal itu sebenarnya sudah selesai beberapa tahun lalu. “Permasalahan itu sebenarnya sudah selesai lama. Malah saya dan isteri sudah berbincang mengenainya serta memilih untuk lebih fokuskan kepada hal-hal ke depan.

“Keluarga adalah keutamaan paling penting untuk saya sekarang. Saya mahu pertahankan apa yang dimiliki sekarang, orang tersayang, selain kerjaya dengan sebaiknya,” katanya yang mengakui banyak belajar dari kesilapan lalu. Pengacara program I Can See Your Voice Malaysia itu ditemui pada acara sesi ramah mesra Hot FM dan Kool FM bersama media, semalam. Shuk dan Rossanellah mendirikan rumah tangga pada 2015 dan  mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan.- HMETRO

Mengejutkan Shuk mengaku pernah kenal dengan perempuan tu. Akhirnya setelah sekian lama menyepi Shuk tampil bongkarkan sesuatu. Rupa rupanya ini yang terjadi.

Penyampai radio, pengacara dan pelawak, Shuk Sahar mengakui pernah mengenali wanita yang dikaitkan dengan dirinya. Walaubagaimanapun, penyampai radio Hot FM ini enggan mengungkit lagi kisah terbabit. “Saya mengaku pernah kenal dia, isteri saya pun tahu. Tapi, benda itu dah selesai pun. Saya sudah berbincang dengan isteri dan saya enggan memberikan komen mengenai perkara yang sudah lepas.

“Saya mahu move on dan fokus kepada kerjaya serta keluarga. Apa yang penting bagi saya adalah isteri ada bersama di sisi. Saya sangat bersyukur,” katanya. Hujung bulan lalu, beberapa pengguna laman sosial Twitter tampil membuat dakwaan mengenai sikap buruk Shuk yang ditudh bermain kayu tiga.

Dakwa pengguna yang dikenali sebagai @laudyaTaylor, wanita yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan Shuk dikenali sebagai Fara Salleh. Tambah Shuk, dia bukanlah orang yang tepat mahu menjawab semua persoalan yang dibangkitkan.

“Saya sendiri tak dapat bagi komen kerana saya tak kenal pun individu yang mengeluarkan cerita terbabit. “Saya bukanlah orang yang tepat untuk menjawab semua persoalan. Saya mengakui pernah mengenali wanita yang dikaitkan itu beberapa tahun lalu tetapi semuanya telah pun selesai.

“Hubungan saya dan isteri juga baik-baik sahaja. Sebagai seorang lelaki dan suami, saya tak lari dari melakukan kesalahan. Saya sudah belajar dari pengalaman dan mahu mempertahankan keluarga saya sampai bila-bila,” katanya.

Shuk ditemui di majlis media bersama stesen radio Hot FM dan Kool FM yang diadakan di Red Box, The Gardens baru-baru ini. Di majlis terbabit, dua stesen radio yang menampilkan penyampai mereka telah meraikan media mengikut SOP dengan beberapa acara seperti karaoke serta cabutan bertuah. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Kucing Media Online

Sumber : GEMPAK

Setelah Sekian Lama Menyepi Lepas Tular Isu Ada Perempuan Lain Kali Ni Shuk Sahar Tampil Bongkarkan Sesuatu Tentang Perkahwinannya. Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi Antara Dia Dan Isteri.

SELEPAS lama mendiamkan diri, penyampai radio Hot FM iaitu Shuk Sahar akhirnya tampil menjelaskan dakwaan berlaku tidak setia terhadap isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah. Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 34, mengakui pernah mengenali wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh dan isterinya mengetahui tentang perkara itu.

Menurut Shuk, dia dan isterinya sudah berbincang untuk tidak memberi sebarang kenyataan lebih lanjut lagi mengenai isu tersebut kerana fokus utamanya kini hanya keluarga serta kerjaya. Shuk belajar daripada kesilapan dan akan lebih berhati-hati di masa kelak.

“Saya mengaku yang saya pernah kenal insan terbabit dan isteri pun mengetahui perkara itu. Sebenarnya masalah tersebut sudah lama selesaikan. “Tapi saya tak tahu apa niat individu yang menyebarkan perkara itu. Saya pun dah berbincang dengan isteri dan ambil keputusan untuk tidak mengulas lebih lanjut.

“Apa yang berlaku sudah berlalu dan saya nak fokus kepada keluarga serta kerjaya sahaja sekarang ini,” kata Shuk kepada mStar. Pengacara dan pelawak terkenal itu ditemui ketika media night bersama HotFM & KoolFM di Red Box, The Gardens, Mid Valley, Kuala Lumpur pada Rabu.

Sebelum ini, Shuk didkwa berlaku tidak setia dan mempunyai hubungan dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh. Kisah tersebut menjadi tular pada awal Ogos lalu selepas seorang pengguna di Twitter mendedahkan beberapa bukti. Malah individu tersebut juga membuat pelbagai dkwaan bruk terhadap Shuk dan Fara.

Dalam pada itu, anggota kumpulan lawak Balas ini menjelaskan dia mengambil keputusan untuk berdiam diri ketika itu kerana sedang dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidiladha. Shuk akui mengenali wanita yang didkwa kekasihnya.

Shuk meluahkan rasa syukur kerana hubungannya dengan isteri sentiasa baik malah mereka tidak berenggang sepanjang kontroversi itu hangt diperkatakan. “Ketika benda itu (isv tidak setia) berlaku, saya dan isteri serta anak dalam perjalanan pulang ke kampung di Pulau Pinang untuk sambut hari raya sebab itu saya ambil keputusan untuk berdiam diri.

“Sepanjang waktu itu, isteri dan saya tak pernah berenggang dan Alhamdulillah, hubungan kami baik saja. Sebagai seorang lelaki, ketua keluarga dan suami… kita tak mungkin lari daripada buat kesilapan. “Itu keluarga saya dan saya akan cuba pertahankan sampai bila-bila. Saya belajar daripada kesilapan dan akan lebih berhati-hati selepas ini,” ujarnya.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Apam Pink

Sumber : Mstar

Shuk Sahar menduakan isterinya? Isteri dikatakan tahu cerita sebenar

Tiada angin tiada ribut, secara tiba-tiba muncul cerita kurang enak membabitkan pelawak Shuk Sahar yang dikatakan menduakan isterinya. Menerusi perkongsian seorang individu di Twitter, penyampai radio Hot FM itu dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang wanita dikenali sebagai Fara Salleh. Individu itu juga membuat pelbagai perkara buruk terhadap Shuk dan Fara.

“Perempuan ini memang suka menggoda laki (suami) orang saja. Kalau boleh yang kepuk (berduit) kemudian dia sara hidup mana-mana lelaki yang solo baru nak up. Apa punya perangai. “Nanti I kongsi pula tentang perempuan itu sama laki orang lain pula,” tulisnya di Twitter. Antara kenyataan yang dikongsikan di Twitter.

Menerusi pemerhatian mStar, wanita yang dikatakan sebagai kekasih Shuk itu sudah memadam akaun laman sosialnya. Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Shuk dan pihak stesen radio Hot FM gagal apabila mereka tidak menjawab panggilan dan mesej. Semakan di Instagram Shuk juga mendapati dia sudah menutup ruang komen.

Berdasarkan perkongsian balas di Twitter, difahamkan isteri Shuk iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah sedia maklum mengenai perihal suaminya dan dia dikatakan pernah berinteraksi dengan Fara bagi membincangkan isu mengenai Shuk.

Dalam pada itu, individu tersebut juga berkongsi paparan skrin status yang dipercayai dimuat naik oleh adik ipar kepada Shuk bagi meluahkan rasa berang terhadap wanita yang didakwa bercinta dengan pengacara tersebut. “Sebenarnya, kau yang dedahkan perangai yang tak baik kau sendiri. Lepas itu meroyan macam kakak aku yang kacau hidup kau. Sedar la perempuan. Berapa tahun sudah kau siksa hidup kakak aku.

“Cukup la aku sabar dengan hanya mampu menatap ratapan tangisan kakak aku. Aku mahu buat kau malu pun kakak aku sendiri tak suruh sebab kesian dengan kau. “Tapi kau tiada hati langsung buat kakak aku begitu. Now you know, Allah itu maha adil,” tulisnya. Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *