Salah seorang kakitangannya disahkan positif Covid 19. Mengejutkan Agro Bank Sungai Buloh terpaksa ditutup buat masa ini. Ini maklumat selanjutnya

Info Infomaklumat ISU SEMASA Semasa

SUNGAI BULOH, 7 Okt – Agrobank hari ini mengesahkan salah seorang kakitangannya di cawangan Sungai Buloh telah diuji positif COVID-19. Menerusi satu kenyataan, difahamkan pekerja terbabit kini sedang menjalani rawatan perubatan di sebuah hospital kerajaan dan penjejakan kontak rapat juga telah dilakukan.

“Cawangan yang terjejas juga akan ditutup sementara bermula 7 Oktober (hari ini) sehingga pemberitahuan lebih lanjut kelak bagi tujuan menfasiliti aktiviti sanitasi dan pembersihan secara menyeluruh. “Semua pekerja Agrobank di cawangan berkenaan akan diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari bermula hari 7 Oktober hari ini sebagai langkah-langkah berjaga-jaga tambahan,” kata kenyataan tersebut, hari ini.

Dalam pada itu, kerja-kerja sanitasi dan pembersihan akan dijalankan berpandukan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM). “Agrobank telah mengambil semua langkah pencegahan yang diperlukan untuk memastikan keadaan kesihatan dan keselamatan para pelanggan, pekerja dan masyarakat pada tahap terbaik,” tambah kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, pengguna boleh menjalankan aktiviti perbankan dan berurusan di kaunter Agrobank cawangan Selayang atau mana-mana cawangan terdekat yang lain sebagai alternatif. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Pusat Panggilan Agrobank di talian 1-300-88-2476 atau layari laman sesawang www.agrobank.com.my.

Sumber: Agro Bank, Siakap Keli

Ekoran Dengan Peningkatan Kes Secara Mendadak Sekarang. Hospital Sungai Buloh Siap Sedia Dijadikan Pusat Rawatan Disebabkan Penularan Covid 19 Lebih Lebih Lagi Di Negeri Ini.

KUALA LUMPUR: Jabatan Kesihatan Selangor mengarahkan 12 hospital di negeri itu meningkatkan mod kesiapsiagaan masing-masing untuk menerima pesakit selain COVID-19 dari Hospital Sungai Buloh (HSB). Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman, berkata ia berikutan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak di seluruh negara sejak kebelakangan ini terutama di Selangor. Sehubungan itu, beliau meminta HSB bersiap sedia bagi penukaran status dari hibrid kepada hospital penuh COVID-19.

“Berikutan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak di seluruh Malaysia sejak akhir-akhir ini dan khususnya di negeri Selangor, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memohon meningkatkan tahap kesiapsiagaan untuk menerima pesakit selain COVID-19 dari HSB pada bila-bila masa. “Ini adalah selaras dengan Edaran Garis Panduan Preliminari Pelaksanaan Perkhidmatan Hospital Pasca Perintah Kawalan Pergerakan, Perkara 5.3.1 (iv) dengan jelas menyatakan bahawa hospital bukan COVID-19 perlu sentiasa bersedia untuk membantu sekiranya terdapat peningkatan kes COVID-19.

“Jabatan memohon pihak HSB untuk bersiap sedia bagi penukaran status dari ‘Hybrid COVID-19 Hospital’ ke ‘Full COVID-19 Hospital’ mengikut arahan dari semasa ke semasa,” katanya kepada BH, hari ini. Dalam satu surat edaran dalaman mengenai pemakluman kesiapsiagaan hospital di Selangor untuk menerima pesakit selain COVID-19 dari HSB bertarikh 2 Oktober 2020, ia menyenaraikan edaran untuk rujukan 12 pengarah hospital di negeri itu. Ia membabitkan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang; Hospital Selayang; Hospital Serdang; Hospital Ampang; Hospital Ampang; Hospital Sungai Buloh; Hospital Kajang; Hospital Banting; Hospital Tanjong Karang; Hospital Kuala Kubu Bharu, Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam dan Hospital Orang Asli Gombak.

Kes jangkitan COVID-19 di negara ini kembali merekodkan tiga angka sejak tiga hari lalu menyaksikan kemungkinan tercetus gelombang baharu. Berdasarkan taburan kes COVID-19 Jabatan Kesihatan Selangor setakat semalam, 15 daripada 41 mukim di negeri itu dilabelkan zon kuning kerana mempunyai tidak lebih 40 kes aktif. Tiada mukim merekodkan lebih 41 kes aktif di negeri berkenaan sehingga menjadikan kawasan terbabit zon merah.

Sumber: BHONLINE

Baru dapat sahkan kes COVID19 melibatkan salah seorang kakitangan outlet di Pusat Beli Belah 1 Utama. Menurut kenyataan di FB mereka gunakan cara ini untuk kenalpasti individu terbabit.

Pusat beli belah 1 Utama sebentar tadi memaklumkan bahawa salah seorang kakitangan outlet di Pusat Perkhidmatan Mac City (Lot S330, Tingkat 2 1 Utama) telah dijangkiti COVID-19.Menurut kenyataan yang dikeluarkan di Facebook, hasil siasatan mendapati kakitangan itu tidak memasuki premis pusat beli-belah tersebut sejak 30 September lalu dan bercuti pada 1 Oktober.

“Kami telah mengesan pintu yang dimasuki olehnya ke pusat beli-belah dan Pusat Perkhidmatan Mac City dan mengesahkan bahawa suhunya berada pada bawah 37.5 Celcius. Dia kini berada di bawah jagaan hospital kerajaan,” kata mereka dalam satu kenyataan.Langkah-langkah mitigasi awal dan langkah-langkah keselamatan masyarakat juga telah diaktifkan dengan cepat untuk mengawal sebarang potensi risiko.-siakapkeli

Dapat kenalpasti kakitangan positif COVID19. UnisZa hanya ditutup 3 hari dan ini rupanya punca satu individu tersebut disahkan positif COVID19

KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ditutup selama tiga hari sehingga Rabu ini selepas seorang kakitangannya disahkan Covid-19 hari ini.Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, semua kakitangan UniSZA juga diarahkan untuk bekerja dari rumah sepanjang tempoh penutupan itu.

Beliau memberitahu, ia membolehkan aktiviti disinfeksi secara menyeluruh dilakukan di seluruh kampus UniSZA iaitu Gong Badak di sini; Tembila, Besut dan Perubatan, Kuala Terengganu.“Begitupun, kakitangan UniSZA yang bekerja di perkhidmatan perlu seperti keselamatan, kesihatan, kewangan, hal ehwal pelajar dan kolej kediaman dikecualikan daripada arahan bekerja dari rumah itu.

“Kebajikan semua 584 pelajar yang menghuni semua kolej kediaman UniSZA juga sentiasa dijamin. Pengajaran dan pembelajaran tetap diteruskan secara dalam talian sepanjang tempoh tiga hari penutupan kampus ini,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Hassan Basri menjelaskan, kakitangan UniSZA terlibat dipercayai terdedah dengan Covid-19 setelah menaiki pesawat sama dengan seorang individu yang disahkan positif pandemik tersebut baru-baru ini.“Kakitangan UniSZA itu menaiki pesawat berkenaan untuk kembali ke Kuala Terengganu setelah menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur manakala individu positif Covid-19 itu pula pulang dari Sabah.

“Beliau telah diarahkan untuk menjalani ujian saringan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan kini ditempatkan di Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan setelah disahkan positif Covid-19,” katanya.Dalam perkembangan sama, Hassan Basri memberitahu, seramai 14 kakitangan UniSZA lain yang telah dikenalpasti sebagai kontak rapat pesakit itu juga telah ditempatkan di sebuah pusat kuarantin di daerah ini. – K! ONLINE

Kes melonjak naik lagi. Terkini 691 kes positif disahkan. Mengejutkan Dr Noor Hisham bongkarkan puncanya buat orang ramai tak senang duduk.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media Covid-19 memaklumkan bahawa terdapat pertambahan kes positif Covid-19 kepada 691 kes setakat ini, 6 Oktober 2020. Hal ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 13504 kes. Daripada jumlah tersebut, terdapat kes aktif.

Sehingga setakat hari ini, terdapat 87 kes sembuh. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh beralih angka kepada 10427 kes. Duka cita dimaklumkan empat kes pemergian direkodkan hari ini

Sumber: Sidang Media KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *