Rupa rupanya Raja Afiq dan isteri sudah berkenalan sejak umur ini lagi. Lebih mengejutkan perkongsiannya itu menimbulkan persoalan warganet. Ini penjelasannya.

artis selebriti Semasa

Penyanyi yang juga bintang Suara Viral, Soffwany memuat naik sekeping foto lama ketika zaman kanak-kanak yang memaparkan dirinya bersama suami, pelakon Raja Afiq di Instagram. Gambar tersebut kemudian mengundang persoalan dalam kalangan warganet yang menyangkakan bahawa pasangan tersebut sudah mula mengenali antara satu sama lain sejak zaman budak lagi.

“Kecil-kecil memang dah kenal ke?..comel,” komen @marzita84. “Alahai, dari zaman kecil lagi dah berkawan ya..kuat jodoh,” tulis @fau_bee. “Seriuslah mereka dah kenal dari kecil?,” tanya @sakinah.asmara.
Bahkan, ramai juga yang menyifatkan jodoh mereka memang cukup kuat lebih-lebih wajah kedua-duanya dikatakan seiras sewaktu kecil.

“Alaaa, comelnya, Kecil-kecil pun iras dah,” tulis mommyhana_my “Uissh muka samalah, memang jodoh kuat!,” komen adamcole8204. Begitupun, Soffwany ketika dihubungi Gempak menjelaskan bahawa gambar tersebut sebenarnya sudah menjalani proses suntingan. “Gambar ni edit, tapi mereka banyak ingat gambar betul (diambil bersama ketika kecil).

“Afiq masa tu berumur 6 tahun, saya pula berumur 5 tahun. Saya cuma guna aplikasi Split Camera,” jelasnya ringkas. Bahkan Soffwany turut berkongsi kepada Gempak, gambar asal sebelum disunting. Terdahulu, pasangan tersebut selamat diijabkabulkan pada 19 September 2020. Sebelum ini, berita percintaan mereka mencuri tumpuan selepas Raja Afiq bertunang secara senyap dengan Soffwany pada Mac lalu.

Sumber: gempak

Baru je kahwin tiba tiba ada pihak yang mempersoalkan tentang rumahtangga Raja Afiq. Sekali Raja Afiq bersuara memang win habis.

Pelakon, Raja Afiq ada memberikan reaksinya berhubung tanggapan segelintir pihak yang mempersoalkan mengenai perihal rumah tangganya. Menurut Afiq, di mata orang lain mungkin proses perkahwinan mereka ini dianggap mudah, namun dia menyifatkan hanya mereka sahaja yang tahu apa yang telah mereka lalui.

“Rasa macam tak percaya je yang kite dah kahwin kan. Mesti orang lain nampak macam senang je kan. “Hanya kita berdua je yang tahu macam mana kan. Orang tahu bercakap je tapi takpelah cakap orang tu semua tak penting yang penting sekarang ni kite dah halal. “Apa pun husband nak ucapkan terima kasih sebab sudi terima husband yang banyak kekurangan ini.

“Semoga jodoh kite sampai jannah dan cinta kite kekal sampai bila-bila aminn. Satu je husband nak cakap i love you so much,” tulisnya. Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon yang popular menerusi drama Sayangku Captain Mukriz itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Afiq turut meluahkan rasa syukur terhadap isterinya, Soffwany Yusoff kerana telah menerima segala kekurangan yang ada pada dirinya. Meninjau pula di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan semoga perkahwinan Afiq dan Soffwany kekal bahagia hingga ke jannah.

Terdahulu, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 19 September 2020 bertempat di Masjid Diraja Tenku Ampuan Jemaah, Shah Alam. Sumber: Instagram Raja Afiq. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: MH

Perbezaan Umur 5 Tahun. Raja Afiq Bongkarkan Kisah Percintaannya Terdahulu Dengan Wanita Yang Lebih Berusia Dan Tempoh Perkenalan Dia Dan Soffwany Yang Mengambil Masa Yang Agak Singkat

Perkenalan singkat Raja Afiq dan Soffwany akhirnya membawa ke jenjang pelamin. MESKIPUN isteri lima tahun lebih tua, pelakon Raja Afiq tidak melihat jarak umur itu sebagai penghalang untuk dia dan Soffwany Yusoff mengecapi kebahagiaan dalam rumah tangga yang dibina.Menurut Afiq, 26, umur hanyalah angka dan dia tidak malu mengakui pernah berkawan dengan ramai wanita yang lebih berusia sebelum ini.

“Berbeza hanya lima tahun… tiada masalah usia kerana saya rasa pengalaman dan sejarah saya sebelum ini memang dengan wanita lebih berusia.”Tentang Soffwany… saya jarang jumpa perempuan lembut, bila tengok dia terus tertarik dan rasa menyenangkan hati. Dia pun faham dengan kerja kita dalam industri ini, jadi banyak keserasian kami.”Tengok Soffwany terus rasa nak kahwin. Saya mula serius kenal dia pada awal tahun ini, walaupun perkenalan singkat bermula awal tahun tapi rasa macam dah lama kenal!,” katanya kepada mStar.

Raja Afiq dan Soffwany miliki banyak keserasian. Raja Afiq dan Soffwany, 31, bernikah secara tertutup di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor pada Sabtu.Pada majlis itu, Raja Afiq menyerahkan wang hantaran berjumlah RM15,000, mas kahwin sebanyak RM1101 beserta lima dulang dan dibalas dengan tujuh dulang pihak perempuan.

Sumber: Mstar

Walaupun perkenalan singkat bermula awal tahun tapi rasa macam dah lama kenal!

Pasangan ini kemudiannya diraikan dalam satu majlis sederhana untuk kenalan dan media di Bukit Jelutong, Shah Alam.Sementara itu, Soffwany yang bertugas sebagai Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata dia akan meneruskan kerjaya sebagai anggota badan beruniform itu.

Soffwany akan teruskan kerjaya sebagai anggota PDRM. “Selepas kahwin saya akan teruskan tugas sebagai anggota PDRM… tapi dalam masa sama saya masih aktif dalam bidang nyanyian dan tiada masalah untuk saya penuhi undangan nyanyian jika jadual itu bersesuaian.”Suami juga tidak membenarkan saya untuk teruskan kerjaya sampingan sebagai penyanyi kerana dia pun orang industri dan memahami kerjaya ini,” ujarnya.Raja Afiq dan Soffwany mula serius menjalinkan hubungan pada awal tahun ini dan mengikat tali pertunangan pada Mac lalu.Pasangan ini sepatutnya mendirikan rumah tangga pada Ogos lalu namun terpaksa menangguhkan majlis tersebut kerana penularan wabak Covid-19.-mstar

Acara Pernikahan Diadakan Secara Tertutup. Raja Afiq Akhirnya Sah Jadi Suami Polis Tular Soffwany Yusoff Pagi Semalam Dan Ini Jumlah Hantaran Yang Raja Afiq Serahkan

Raja Afiq dan isteri dinikahkan di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor pada pukul 9 pagi.DENGAN sekali lafaz, pelakon Raja Afiq sah menjadi suami kepada anggota polis yang juga penyanyi baharu, Soffwany Yusoff, 31, pada Sabtu.Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Mohamad Yusoff Lebai Hamzah di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor pada pukul 9 pagi.

Majlis pernikahan diadakan secara tertutup dihadiri oleh keluarga terdekat.Pada majlis itu, Raja Afiq menyerahkan wang hantaran berjumlah RM15,000, mas kahwin sebanyak RM1101 beserta lima dulang dan dibalas dengan tujuh dulang pihak perempuan.Pasangan ini kemudiannya diraikan dalam satu majlis sederhana untuk kenalan dan media di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Acara pernikahan diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh keluarga terdekat.Sementara itu, pelakon drama Sayangku Kapten Mukhriz ini bersyukur apabila pernikahan mereka dipermudahkan.“Alhamdulillah syukur dipermudahkan semuanya, memandangkan sekarang kita dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, jadi kita adakan majlis pernikahan mengikut prosedur operasi standard.

“Biarpun perkenalan kami singkat, jodoh itu kuat mendekati kami. Kami berkenalan sejak hujung tahun lalu. Rapat dalam awal tahun ini, ” katanya.Raja Afiq atau nama sebenar Raja Muhammad Afiq Raja Razali dan bekas peserta program Suara V1ral ini akan berbulan madu di Pulau Langkawi.Ditanya mengenai cahaya mata, Raja Afiq berkata mereka tidak merancang dan bersedia menerima rezeki itu pada bila-bila masa.Menerusi laporan mStar pada Mei lalu, pasangan ini berkata sepatutnya melangsungkan pernikahan pada Ogos tetapi terpaksa ditangguhkan.-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *