Mengejutkan kes terbaru harini masih 3 angka. Terbaru 489 Kes Positif disahkan hari ni. Ini yang dibongkarkan Dr Noor Hisham buat orang ramai bimbang.

Infomaklumat ISU SEMASA Semasa

Kes baharu Covid-19 di Malaysia terus meningkat dan hari ini mencatatkan 489 kes, antara angka tertinggi sejak wabak itu melanda negara. Perkara ini disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian daripada laman Facebook rasminya. Sehingga setakat hari ini, terdapat 74 kes sembuh. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh beralih angka kepada 13993 kes . Daripada jumlah tersebut kes baharu hari ini, terdapat 3,351 kes aktif. Sehingga kini, terdapat 40 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi , di mana 13 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sumber: KKM

PKP kembali. Dr Noor Hisham bongkarkan petanda yang sudah ada. Akhirnya terbongkar sama ada PKP akan diisytiharkan atau tidak. Rakyat harus siap sedia.

MALAYSIA mungkin melaksanakan kembali prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama, jika majoriti rakyat terutamanya mereka yang menjalani perintah kuarantin di rumah, terus mengamalkan sikap tidak bertanggungjawab ‘saya tidak peduli’.

Petandanya sudah pun ada, dengan peningkatan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini, manakala perintah kuarantin mandatori 14 hari di stesen yang ditetapkan bagi mereka yang pulang dari luar negara diwajibkan semula, sejak Jumaat.

Lebih buruk lagi, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan semalam berkata Kuching, Sarawak diisytiharkan sebagai zon merah selepas mencatatkan 41 kes baharu. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga berkata, kerajaan semalam bersetuju secara dasar untuk mengetatkan semula SOP berkaitan PKP yang dilonggarkan di bawah pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP) dan dijangka akan membuat pengumuman mengenainya selepas mesyuarat menteri-menteri Isnin ini.

Beliau berkata, perkara itu tidak menghairankan apabila 2,897 individu di bawah kuarantin mandatori di rumah masih belum melakukan ujian saringan kedua Covid-19 selepas 13 hari pulang dari luar negara. Secara statistik, kes jangkitan baharu Covid-19 terus meningkat dengan 23 kes dilaporkan semalam berbanding 21, sebelumnya.

Dr Noor Hisham berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 sebanyak 8,884 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan 167 kes. Dua hari lalu, beliau berkata, Malaysia mungkin berdepan peningkatan mendadak kes baharu Covid-19 dalam tempoh terdekat jika kadar kebolehjangkitan atau R-naught (R0) naik lebih 1.6.

Semasa menyatakan kebimbangan itu, Dr Noor Hisham berkata, ketika ini kadar R0 naik kepada 1.36 berbanding 0.3 ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berakhir 9 Jun lalu. Katanya, jikalau R-naught (R0) meningkat, ini bererti semakin ramai akan dijangkiti. Apa yang membahayakan adalah kalau R-naught meningkat lebih 1.6.

Mengejutkan semalam kes paling tinggi dalam sejarah. Ini jawapan Perdana Menteri samada PKP dilaksanakan atau tidak.

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara seperti sebelum ini, sebaliknya menggunakan kaedah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ekonomi dan sosial penduduk di negara ini bakal menerima ‘tempias’ amat besar sekiranya ia dilaksanakan semula.

“Jika dilaksanakan sekali lagi, ia akan bawa kesan besar, runtuhkan sistem sosial dan ekonomi negara, nauzubillah. “Tetapi sekarang kita laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Bersasar di kawasan yang ada kes COVID-19 tinggi,” katanya menerusi perutusan khas, hari ini.

Muhyiddin berkata menerusi pendekatan sedemikian, katanya, aktiviti ekonomi dan sosial di kawasan lain yang tidak terjejas boleh diteruskan dengan amalan prosedur operasi standard (SOP) ketat serta penguatkuasaan undang-undang tegas. “Saya percaya kesiapsiagaan sistem kesihatan kita akan membolehkan kita menangani penularan COVID-19 tanpa perlu kita menutup sektor-sektor ekonomi yang pernah dilakukan sebelum ini.

“Setakat ini, proses pemulihan ekonomi berjalan dengan lancar. Apa jua keputusan yang diambil, perlu mengambil kira kepentingan 15 juta rakyat kita yang keluar bekerja. Ini penting bagi menjamin kelangsungan hidup rakyat dan kestabilan ekonomi negara,” katanya.

Sumber: BHONLINE

Bersedia Dengan PKP 2.0. Berdebar Sehingga Timbul Banyak Spekulasi Dari Orang Ramai Bila Dr Noor Hisham Seakan Beri Petanda Tentang Pelaksanaan PKP Baru Baru Ini. Ternyata Ini Yang Dibongkarkan.

KUALA LUMPUR – “How about all stay at home for a while again?”. Ciapan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter hari ini menimbuIkan pelbagai persoaIan dan tanda tanya kepada semua. Ia seolah-olah memberi byangan Perintah KawaIan Pergerrakan (PKP) akan diIaksanakan semula.

Menerusi ciapan itu, Noor Hisham seperti mencdangkan agar semua kekaI berada di rumah seketika waktu. Ia mungkin ada kaitan dengan penuIaran C0vid 19 yang semakin bertmbah semula sejak kebeIakangan ini terutama di Sabah.

Bagaimanapun , segalanya mungkin terjwab dalam sidang medla Noor Hisham petang ini. Apapun sama-sama kita doakan yang terbaik buat semua dan negara kita. Jika benar PKP diIaksanakan kembali, sudah pasti akan ada kebaikan dan keburukkannya yang sndiri. Diharapkan agar pihak kerajaan dapat mencari soIusi yang terbaik dalam menyeIesaikan masaIah wbak yang sedang meIanda negara kita ini.

Sumber : MalaysiaGazette

Terkini Puchong Catat Kes Lagi. Terkini Penduduk Dari Apartment Sri Anggerik 1 Pula Disahkan Positif Covid 19. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Punca Buat Orang Ramai Tak Senang Duduk.

Macam yang korang semua tahu, Selangor merupakan negeri ke-3 yang mempunyai kes tertinggi selepas Sabah dan Kedah. Baru-baru ini pula, menurut posting yang dikongsikan oleh Puchong TODAY di Facebook, seorang penduduk dari Apartment Sri Anggerik 1 pula telah disahkan positif Covid-19 semalam.

Perkara ini disahkan sendiri oleh pihak pengurusan apartment tersebut. Pihak pengurusan dengan ini memaklumkan bahawa salah seorang penduduk dari Blok B telah dijangkiti Covid-19 pada 5 Oktober dan pesakit tersebut telah dipindahkan oleh KKM dan sedang menjalani rawatan.”

Sumber: Property Guru

Dalam notis yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan ini juga, mereka turut memberitahu yang proses sanitasi telah pun dijalankan di kawasan apartment tersebut seperti tangga, koridor dan tempat awam di semua blok bagi memastikan keselamatan penduduk lain terjamin.

Selain itu, pihak pengurusan turut menasihati penduduk di sana untuk mengamalkan SOP yang telah disarankan oleh kerajaan, menjaga kebersihan dan elak dari bersentuhan atau berkumpul di tempat-tempat sesak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *