Ini merupakan pengalaman pertamanya. Bila dilihat perkongsian di instagramnya baru baru ini. Rupanya Wan Sharmila ke Syria atas satu urusan ini.

artis selebriti

Pelakon Wan Sharmila dilantik menjadi ikon Winter Mission 3.0 yang berperanan dalam usaha menyalurkan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik di Syria. Menurut Wan Sharmila atau lebih dikenali dengan panggilan Lala, dia mengakui berasa teruja apabila diberikan kepercayaan untuk mengggalas tugas sebagai ikon bagi sebuah projek sukarelawan.

“Saya memang tidak pernah terlibat dengan sebarang bentuk aktiviti sukarelawan seperti ini. Ini merupakan pengalaman pertama saya. “Saya harap usaha ini menjadi salah satu sumbangan yang boleh saya berikan kepada masyarakat. “Pada masa sama, ia juga memberi satu rasa kepuasan buat diri sendiri juga apabila kita dapat membantu dan memberi kegembiraan kepada orang di luar sana,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Terdahulu, menerusi sebuah entri di Instagram, Lala turut berkongsi pengalamannya sebagai ikon apabila berkunjung ke sebuah kediaman yang dihuni pel4ri4n Syria. Menurut Lala, ia merupakan satu pengalaman yang cukup bermakna apabila dia dapat mendekatkan diri dan menyelami sendiri nasib insan yang kurang bernasib baik.

“Pagi ini saya belajar lagi apa itu erti berkongsi . Saya bertuah terpilih utk menjadi ikon bagi winter mission 3.0. Saya dan team dapat berkongsi rasa dengan sebuah keluarga Syrian refugee. Alhamdulillah saya dan team berpeluang juga untuk berkongsi rezeki dgn mereka. Semoga apa yg saya dan team usahakan ini dapat menggembirakan mereka.”
.
“Saya nak ambil kesempatan disini utk ajak followers saya .. Kalau sudi… Jom sama2 join misi saya ini untuk berkongsi rezeki dengan mereka yg memerlukan. Seikhlasnya .. 🤍 , Akaun number Maybank :
550510970159. Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction)

“Apabila kita pergi berjumpa mereka sendiri, sebenarnya banyak pengajaran yang kita boleh ambil. Mereka mengajar kita agar jangan terlalu selesa dengan apa yang kita miliki. “Saya jadi seronok dan jadi lebih tenang bila mula terlibat dengan aktiviti sukarelawan sebegini,” katanya. Menurut Lala lagi, jika diberi peluang, semestinya dia mahu menyertai misi kemanusiaan di negara terlibat.

“Sebelum ini tengok kisah Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa ke Syria. Bila tengok tu rasa bimbang juga bila memikirkan soal keselamatan. Cuma, pada masa sama saya teruja juga jika dapat pergi ke sana merasai pengalaman sendiri beri bantuan. “Semalam pergi melawat pelrin Syria di sini je pun dah cuba kawal diri untuk tidak menangis. Maklumlah, saya ini hati tisu. Kalau dapat merasa ke negara mereka, tak tahulah apa jadi,” ceritanya.

Sumber: Gempak

‘Bismillah, doakan kami’ – Nadzmi Adhwa, Ardell Aryana ke Syria

Terdahulu, AKTOR Nadzmi Adhwa dan isterinya pelakon Ardell Aryana akan berlepas ke Syria untuk menjalankan misi kemanusiaan. Menurut Nadzmi, misi selama 20 hari itu dilakukan dengan niat untuk membantu mereka yang memerlukan. “Saya dipilih untuk menjadi ikon kemanusian Yayasan Dana Kebajikan bermula tahun lepas dan misi pertama saya adalah di Palu, Indonesia. “Untuk kali ini, kami akan bercuti di Turki dahulu sebelum dijemput oleh Yayasan Dana Kebajikan untuk masuk ke Syria. “Kami akan pergi bermula 27 Disember sehingga 18 Januari depan. Kami pergi tanpa dibayar, memang niat menyertai misi ini untuk meringankan beban mereka,” kata Nadzmi kepada Gempak.Nadzmi ditemui ketika majlis tayangan perdana filem Busut Bonang bertempat di E@Curve, Petaling Jaya pada 10 Disember lalu.

Terbaru menerusi laman sosial Instagram, Nadzmi turut berkongsi sebuah foto keberangkatan dia dan isteri ke Turki dan Syria. Bismillah, doakan kami. Malaysia – Turki – Syria. Kita jalan dulu sekejap lepas tu terus sambung misi kemanusiaan ke Syria selama 20 hari. Teruskan hulurkan bantuan di akaun rasmi @ydkmm_official. Kami sedia membantu saudara di Syria,” tulisnya sebagai kapsyen.Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut mendoakan perjalanan pergi dan pulang mereka dilindungi.- ASTROAWANI

Beri cincin sebagai kejutan. Syazwan Zulkifli dedah dia beri cincin kepada Wan Sharmila sebagai satu tanda ini sehinggakan meraih perhatian warganet

Keserasian gandingan dari pelakon Syazwan Zulkifly dan Wan Sharmila membuatkan peminat ‘merestui’ hubungan mereka. Hubungan mereka mula akrab selepas bergandingan dalam drama 7 Hari Mencintaiku sebagai Helmi dan Sofi. Terbaru, kedua-dua pelakon ini melakukan Live Instagram bersama dan tak sangka Syazwan beri kejutan sweet kepada Wan Sharmila. Ada segelintir peminat didkwa seolah menghidu hubungan percintaan mereka. Betul ke?

Sanggup belikan cincin

Rakaman live tersebut dikongsikan menerusi pengguna Twitter Asyqstna, memaparkan Syazwan Zulkifly memohon maaf kepada Wan Sharmila atas sebab tertentu. Kemudian, Syazwan mengupah seseorang untuk memberikan sesuatu kepada Wan Sharmila ketika itu.Apabila Wan Sharmila membuka kotak hadiah tersebut terdapat sebentuk cincin. Kata Syazwan, cincin tersebut sebagai tanda minta maaf. You minta maaf lepas tu you bagi cincin? Cincin ni sebenarnya macam untuk orang kahwin tau. Kita kawan, bukan kahwin.Bagaimanapun, Wan Sharmila kena pakai cincin tersebut sebagai tanda memaafkan kesilapan Syazwan.

Secara tiba-tiba, Syazwan tiba di lokasi di mana Wan Sharmila melakukan Live Instagram. Ramai tertanya-tanya sama ada Wan Sharmila memakai cincin tersebut atau tidak?khirnya, pelakon wanita itu menyarungkan cincin tersebut di jarinya sebagai tanda menerima permohonan maaf dari Syazwan. Sweetnya…-ohbulan

Wan Sharmila Baru Nak Nangis. Tapi Boleh Pula Syazwan Zulkifli Buat Sesuatu Ini Sampaikan Lala Naik Angin Dengan Syazwan

Meskipun ‘7 hari Mencintaiku 2’ berakhir beberapa hari lepas, peminat bagaikan masih tidak move on dengan drama berkenaan. Kini, hampir kesemua pelakon drama tersebut sudah mula menjalani tugas untuk projek baru masing-masing. Akan tetapi, ada yang masih bertuah kerana berpeluang untuk berganding semula seperti Syazwan Zulkifli dan Wan Sharmila ini.

Melalui Instagram, Syazwan Zulkifli sempat berkongsi sedikit behind the scene untuk telemovie baru bertajuk ‘Kala Malam’. Ketika Wan Sharmila atau lebih mesra disapa sebagai Lala sedang mendalami mood untuk menangis, pelakon lelaki berusia 33 tahun itu tidak habis-habis mengusik untuk mengalihkan fokusnya. Dia malah berseloroh bahawa pengarah untuk telemovie berkenaan iaitu Hashim Rejab juga sudah naik pening melihat keletah mesra dan manja mereka berdua.

Naik geram dengan segala usikan, wanita berusia 39 tahun itu bertindak menepuk tubuh lelaki berkenaan sebanyak 2 kali. Di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat adegan usikan manja mereka berdua. Tidak kurang juga, peminat pelakon watak Helmi & Sofi ini malah sempat berseloroh supaya mereka mempunyai jodoh bersama.

Sumber: IG Syazwan Zulkifly

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *