Datuk M Daud Kilau terkejut apabila terima sesuatu ini selepas berkongsi masalahnya. Pihak ini menjelaskan sebab beri bantuan sebegitu kepada Datuk M Daud Kilau dalam keadaan tidak sihat sekarang.

artis ISU SEMASA selebriti Semasa

KUALA LUMPUR: Ketika rombongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) diketuai Pengerusi, Zakaria Abdul Hamid mengunjungi seniman veteran, Datuk M Daud Kilau yang uzur di kediamannya di Kampung Sungai Balai Baroh, Bagan Datuk, Perak, Jumaat lalu, ada sesuatu yang disuarakannya. Penyanyi Cek Mek Molek itu menyarankan agar kerajaan memperkenalkan pencen berupa elaun penghargaan bulanan untuk warga seni yang berusia lebih 80 tahun.

Amaun yang dicadangkan penyanyi yang mendapat jolokan Raja Gelek Malaysia itu kepada Zakaria adalah antara RM200 hingga RM300 sebulan. Bagi M Daud, sumbangan itu bukanlah bertujuan menanggung sara hidup, sebaliknya lebih kepada tanda penghargaan kerajaan kepada penggiat seni berjasa.

Mengakui tersentuh dengan saranan yang dikemukakan M Daud atau nama sebenar, Muhammad Daud Kilau, 82, Zakaria berjanji mengemukakan idea itu kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMK) untuk diperhalusi. “Saya sangat terkejut dengan saranan yang diluahkan M Daud.

“Nyata beliau sangat telus apabila sudi berkongsi permasalahan. Lebih membuatkan saya sebak adalah apabila mendengar jumlah amaun yang diminta hanyalah RM200 hingga RM300 yang disifatkan sudah memadai. “M Daud berharap permintaannya dapat dipertimbangkan berikutan jumlah penggiat seni yang berusia lebih 80 tahun tidaklah begitu ramai. “Saya melihat permintaan beliau dari sudut positif dan bukanlah sesuatu yang membebankan. Sepanjang hayat mereka, banyak sumbangan diberi mereka untuk menghiburkan kita semua,” katanya kepada BH Online.

Zakaria berkata, beliau sudah mengarahkan pegawai menyiapkan kertas kerja bagi menjelaskan rasional cadangan itu sebelum diserahkan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah untuk dipertimbangkan. “Bagaimanapun, kelulusan pemberian elaun penghargaan itu bergantung kepada keadaan kewangan negara,” katanya.

Ditanya apakah jumlah itu mencukupi untuk dibelanjakan, Zakaria berkata, perkara itu hanya diputuskan selepas kelulusan diberi. “Apa sahaja yang membabitkan kewangan kerajaan, perlu mendapat persetujuan Kabinet. “Selepas diluluskan, barulah kita akan kaji apakah amaun dicadangkan mencukupi atau perlu ditambah. Saya faham, ketika M Daud menyatakan jumlah itu, ia mungkin berdasarkan keadaannya yang sudah memiliki rumah atau ditanggung anak-anak.

“Setiap individu berbeza daripada segi tanggungannya. Namun, seperti yang dinyatakan tadi, saranan itu bukanlah bermakna mereka mengharapkan FINAS untuk menyara hidup, sebaliknya lebih kepada penghargaan atas jasa yang disumbangkan sepanjang hayat,” katanya. Zakaria menambah, dalam soal kebajikan, FINAS cuba berlaku adil tanpa membezakan apakah individu terbabit pelakon atau penyanyi.

“Walaupun FINAS terikat dengan akta berkaitan perfileman, namun, daripada segi kebajikan, kita cuba bantu semua. “Disebabkan itu, kami membuat kunjungan ke rumah M Daud dan menghulurkan bantuan setakat mana yang mampu. Tiada pilih kasih dalam soal menjaga kebajikan.

“Golongan penyanyi tidak seperti penggiat filem yang ada agensi seperti FINAS untuk membantu mereka. “Kami sangat terbuka dengan sebarang cadangan dan sentiasa menyantuni saranan yang boleh membawa kebaikan serta kemakmuran kepada warga penggiat seni,” katanya. Apabila memperkatakan mengenai kebajikan artis veteran, tidak dinafikan dua persatuan yang turut menyalurkan bantuan kepada golongan terbabit adalah Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) dan Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM).

YKAT yang dipimpin oleh Datuk DJ Dave memberi pencen kepada artis tidak berkemampuan sebanyak RM500 sebulan. Jika permohonan FINAS untuk menyalurkan bantuan kepada penggiat seni berusia lebih 80 tahun diluluskan, tidakkah ia bertindih dengan apa yang sudah dilakukan pertubuhan terbabit? Mengulas perkara itu, Zakaria menjelaskan, ia bukanlah suatu masalah, asalkan tidak bertindih dengan bantuan diberi kerajaan.

“Bentuk bantuan yang FINAS sedang usahakan ini berkait rapat dengan dana kerajaan. Jika seseorang penggiat seni pernah mendapat bantuan kerajaan, contohnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), secara automatik, dia tidak layak kerana JKM di bawah kerajaan. “Bagaimanapun, jika bantuan itu diberikan mana-mana persatuan kebajikan yang bukan daripada dana kerajaan, mereka masih boleh memohon. “Anggap sahaja itu adalah rezeki mereka apabila banyak pihak tampil membantu,” katanya

Sumber: BHONLINE

Kali Pertama Kena Suap Makan Dengan Ustaz Ebit Lew. Ustaz Ebit Lew Luah Rasa Sebak Dengan Keadaan M Daud Kilau Dan Ternyata Perkongsian Ini Terus Meraih Perhatian Warganet Setelah Mengetahui Perkembangan Raja Gelek Tersebut

Pendakwah bebas Ebit Lew mengakui sebak ketika melihat keadaaan penyanyi veteran Datuk M Daud Kilau saat meluangkan masa menziarahi beliau di rumahnya, di Bagan Datoh, Perak semalam.Menurut Ebit, meskipun penyanyi yang popular dengan lagu Cek Mek Molek itu sedang sakit namun masih ceria dan semangat melayan tetamu.

“Sebak sayu hati rasa baru ziarah Datuk M Daud Kilau dan datin di Bagan Dato. Walau sakit beliau masih senyum ceria semangat melayan tetamu. “Sedap laksa. Beliau berdoa bersama-sama tadi. Lemah lembut orangnya. Tak bagi kami balik kalau tak makan. Semua kru kena makan..saya suap beliau. Katanya kali pertama ni kena suap dengan ustaz,” ceritanya.

Ebit berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.Menerusi perkongsian itu, Ebit memuat naik rakaman video sewaktu melawat M Daud Kilau.Selain itu, Ebit yang turut memberikan sumbangan kepada M Daud Kilau. Dia juga teruja apabila Raja Gelek itu sempat menyanyikan sebuah lagu.“Alhamdulillah saya berkongsi sedikit hadiah dengannya. Ulang-ulang cakap terima kaseh. Dan banyak sangat ni. Tak nak ustaz susahkan ustaz. 

“Apalah sangat dengan hadiah berbanding doa dari yang baik dan mulia. Doakan saya yer. Doakan supaya Dato M Daud Kilau sihat dan diberi kekuatan umur panjang memberi manfaat untuk ummah dan ibadah.“Tadi beliau sempat menyanyi bersama. Macam dengar dekat radio lagi. Sedap suara,” katanya lagi.Sebelum ini media melaporkan kesihatan terbaharu M Daud Kilau yang sakit dan memerlukan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan sehari hariannya.Penyanyi berusia 82 tahun itu dipercayai mengidap beberapa jenis sakit termasuk kncing manis dan drah tinggi.-gmpk

Datuk M.Daud Kilau terpaksa tolak banyak tawaran menyanyi kerana sebab ini. Rupanya ini keadaan Datuk M.Daud Kilau sehingga tak mampu untuk berdiri di pentas lagi.

Figura bernama Datuk M.Daud Kilau bukanlah nama asing dalam industri hiburan. Digelar sebagai ‘raja gelek’ Malaysia, lagu-lagu nyanyian beliau masih diminati. Bagaimana pun, dalam perkembangan terbaru dikhabarkan M.Daud Kilau yang kini berusia 83 tahun, dikatakan sudah semakin uzur. M.Daud kilau kian uzur. Keadaan bertambah sejak PKP, dengan keadaannya yang kian uzur adalah mustahil untuknya meneruskan persembahan di pentas.

“Setiap kali kalau rindukan peminat, saya tatap koleksi baju labuci yang masih saya simpan dengan rapi…”. Berdiri pun dah tak larat. Beliau juga terpaksa menolak banyak tawaran menyanyi biarpun hanya dikehendaki duduk di pentas tanpa memerlukan tenaga yang banyak. Bukan malas, tetapi kudratnya sudah tidak mampu aktif seperti dahulu. “Saya dah tak larat nak berdiri dan bergeIek di atas pentas lagi. Tak boleh nak buat persembahan lagi…”. “Datanglah lihat keadaan saya…” – M. Daud Kilau

Ditambah pula dengan PKP akibat covid-19, nasib penyanyi veteran itu bertambah tidak baik apabila wang simpanannya banyak dihabiskan membeli ubat. Justeru, beliau berharap ada mana-mana pihak yang prihatin dengan nasib hidup, dan sudi untuk membantu meringankan beban yang ditanggungnya. “Saya merayu pihak berkenaan agar dapat menolong saya, datanglah lihat keadaan saya. Saya hanya mahu menghabiskan sisa hidup ini, berapa lama lagi Allah bagi saya…” Semoga dipermudahkan segala urusan, terima kasih telah pernah menghiburkan rakyat Malaysia.

Hidup hanya sekali. You only live once (YOLO). Ramai orang muda berkata begini. Yang dah tak berapa muda pun adakala cakap begini juga. Oleh kerana hidup hanya sekali maka semestinya ia perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk anda mencapai impian hidup hingga ke tahap maksima. Dan hidup anda bukan hanya untuk mencapai impian tetapi juga untuk hidup bahagia. Jika ini yang anda mahukan kenalah jadi bijak dan merancang dari muda. -THEVOCKET

Namun, setelah menginjak usia 30, kebanyakan daripada kita sudah mula menginjak usia ‘keemasan’, seperti yang dilaporkan oleh kajian melalui Majalah TIME. Secara tepatnya, kajian tersebut menyatakan bahawa usia paling bahagia adalah 33 tahun kerana ramai yang memiliki tujuan hidup yang lebih jelas, percayakan kebolehan diri, dan kestabilan emosi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *