Bimbang kes Covid 19 semakin meningkat dan memberi kesan kepada anak kecil. Terkini doktor kongsikan tips supaya imuniti badan anak anak kecil akan kekal kuat.

berita Info Infomaklumat ISU SEMASA Semasa tips

Keadaan COVID-19 di Malaysia masih lagi berada pada tahap membimbangkan dengan rekod yang dicatatkan baru-baru ini sangat tinggi sejak virus tersebut melanda negara. Susulan itu, orang ramai mula risau terhadap kesihatan masing-masing. Paling menakutkan apabila memikirkan jika virus itu merebak kepada anak-anak kecil.

Dalam keadaan ini, pastinya ramai ibu bapa yang risau untuk melepaskan anak ke sekolah. Pun begitu, ibu bapa juga seharusnya perlu memastikan imuniti badan anak-anak kekal kuat dan berada pada tahap yang terbaik bagi membendung jangkitan virus.

Menerusi kiriman terbaru  di Facebook, Dr Ahmad Luqman Bukhari, berkongsi mengenai lima perkara yang perlu dijaga apabila kes COVID-19 semakin meningkat pada masa kini. ” Saya pun sama macam korang semua ni. Runsing duk pikirkan nasib kesihatan anak-anak bila jumlah yang dijangkiti Covid19 ni makin melambung naik. Semalam je dah cecah 600 lebih kes sah positif. Tu yang buatkan ramai tengah duk berkira-kira untuk nak lepaskan anak ke sekolah buat masa ni. Ye lah, susah payah isteri kita menanggung sakit perit mengandung 9 bulan, kita jaga elok-elok budak tu dari dia kecil, takkan lah tiba-tiba kita sanggup nak biarkan dia terdedah pada risiko jangkitan virus yang dah mengambil lebih sejuta nyawa manusia ni.

Sebab tu nak tak nak, selain elakkan anak kita tu hadir ke kawasan berisiko tinggi buat masa ni, tolong jugak pastikan kita jaga betul-betul 5 perkara ni supaya imuniti badan si kecil tu kekal kuat dan berada pada tahap yang terbaik

.#1- Tolong jauhkan junk food dan fast food dari anak kita. Benda ni mudah benar nak lemahkan antibodi anak kita hingga senang terkena penyakit.Cek balik stok makanan kat rumah tu. Lebih baik kita penuhkan peti sejuk dengan buah-buahan yang kaya vitamin C daripada letak jajan dan keropok yang akan rosakkan gigi dan gusi.

#2- Semak balik berapa lama waktu si kecil tu tidur setiap hari. Tak cukup tidur akan kurangkan production Cytokines, sejenis protein yang sangat penting untuk kuatkan imuniti badan anak kita. #3- Kita galakkan mereka untuk banyakkan aktiviti fizikal samada kat dalam rumah atau dekat laman. Kalau kita dapat join sekali lagi cantik. Regular physical activities ni bagus untuk support perkembangan tubuh badan dan mental kanak-kanak seterusnya kurangkan risiko dia jatuh sakit.

#4- Tolong halang perokok dari hisap benda beracun tu duduk dekat dengan anak kita. Yang hisap vape pun sama. Naudzubillah, kalaulah perokok tu positif covid19, asap rokok atau wap vape yang dia hembuskan tu akan bawak sekali partikel virus maut tu lalu tersebar kat udara dan menjangkiti orang lain kat sekeliling.

#5- Ingatkan si kecil tu setiap hari tentang tabiat jaga kebersihan yang tepat. Kita pun kena tunjukkan contohnya sekali ye. Pakai mask bila berada kat tempat awam, selalu bersihkan tangan dan amalkan social distancing. Kuman dan virus sukar nak membiak kat tempat yang bersih. Tolong #share artikel ni dan bantu saya kongsikan ilmu penting ni pada semua mak ayah kat Malaysia ni ye. Ini tanggungjawab besar kita semua untuk nak pastikan nyawa anak-anak kita sentiasa dalam keadaan selamat.

DrAhmad Luqman Bukhari

Sumber: Siakap Keli

TERKINI: Seorang Bayi Berusia 1 Tahun Antara terlibat Kes Pemergian Baharu Covid-19 Semalam

Dukacita dimaklumkan, 4 kes pemergian dilaporkan pada melibatkan kesemua warganegara. Namun, paling menyedihkan salah seorang mangsa kes pemergian adalah bayi berusia 1 tahun. Justeru, jumlah kumulatif kes pemergian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 141 kes (1.04 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Rujuk keterangan penuh bagi laporan penuh setiap kes pemergian. Kes pemergian ke-138 (iaitu kes ke- 11154) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun. Kes telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan pada 25 September 2020. SaringanCovid-19 didapati positif pada 26 September 2020. Keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 4 Oktober 2020 jam 6.50 pagi.

Kes pemergian ke-139 (iaitu kes ke-12431) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun. Kes mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna pada 1 September 2020. Saringan Covid-19 didapati positif pada 30 September 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 4 Oktober 2020 jam 5.05 pagi.

Kes pemergian ke-140 (iaitu kes ke-12432) merupakan bayi lelaki warganegara Malaysia berumur 1 tahun. Kes dibawa mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna pada 1 Oktober 2020. Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan memerlukan bantuan pernafasan. Saringan Covid-19 didapati positif pada 5 Oktober 2020. Kes disahkan meninggal dunia pada 5 Oktober 2020 jam 4.25 petang.

Kes pemergian ke-141 (iaitu kes ke-13067) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 85 tahun. Kes mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit kesihatan mental. Kes ditemui tidak sedar diri pada 5 September 2020, jam 7 pagi dan terus dibawa terus ke Hospital Pulau Pinang. Kes didapati tidak bernafas di Hospital Pulau Pinang dan disahkan meninggal dunia 5 September 2020 jam 7.50 pagi. Saringan Covid-19 dikesan positif. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Sumber: KKM

Kes melonjak naik lagi. Terkini 691 kes positif disahkan pada 6 Oktober. Mengejutkan Dr Noor Hisham bongkarkan puncanya buat orang ramai tak senang duduk.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media Covid-19 memaklumkan bahawa terdapat pertambahan kes positif Covid-19 kepada 691 kes setakat ini, 6 Oktober 2020. Hal ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 13504 kes. Daripada jumlah tersebut, terdapat kes aktif. Sehingga setakat semalam, terdapat 87 kes sembuh. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh beralih angka kepada 10427 kes. Duka cita dimaklumkan empat kes pemergian direkodkan pada 6 Oktober.

Sumber: Sidang Media KKM

Mengejutkan ada lagi kluster baru dikenal pasti selepas kes melonjak tinggi pada harini. Rupanya ini punca muncul kluster baru itu.

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan kluster baru di Perak dan Sabah iaitu Kluster Batu dan Kluster Ramai-Ramai. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Batu dikenal pasti di Taiping, Perak yang mana hasil saringan dalam kalangan kakitangan dan ahli keluarga sebuah kem tahanan.

Menurutnya, hasil saringan mendapati sebanyak tujuh kes dikesan positif Covid-19 semalam dan mereka semua dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak. “Sehingga jam 12 tengah hari ini, sejumlah 860 individu disaring iaitu tujuh positif, 182 negatif dan 671 masih menunggu keputusan.

“Kluster Ramai-Ramai dikenal pasti di Sandakan, Sabah yang mana kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-12,161) adalah seorang pemandu bas dan mengalami gejala sakit tekak dan demam bermula 27 September lalu,” katanya pada sidang media hari ini. Dr Noor Hisham berkata, kes dikesan positif Covid-19 pada 3 Oktober dan dimasukkan ke Hospital Dutchess of Kent, Sandakan, Sabah untuk rawatan.

“Susulan itu, saringan kontak rapat dijalankan dan 19 lagi kes positif Covid-19 dikenal pasti. Semua kes positif ini membabitkan warga negara Malaysia. “Mereka dimasukkan ke Hospital Dutchess of Kent untuk rawatan,” katanya. Beliau berkata, sehingga jam 12 tengah hari ini, sejumlah 166 individu disaring iaitu 20 dikesan positif Covid-19 dan 146 individu masih menunggu keputusan. “Punca jangkitan masih dalam siasatan,” katanya.

Sumber: HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *