Akhirnya Jasmine Suraya buat satu pengakuan mengenai hubungannya dengan Sufian Suhaimi setelah timbul banyak spekulasi mengenai mereka. Ini jawapan Jasmine Suraya.

artis selebriti

PELAKON Jasmine Suraya Chin, 30, tidak tahu kenapa ramai pihak membuat spekulasi dia sedang menjalin hubungan istimewa dengan penyanyi Sufian Suhaimi yang dianggapnya sebagai rakan selebriti paling rapat.

“Saya tidak tahu, kenapa orang selalu ingat saya dengan dia? Kami selesa berkawan baik sejak lebih setahun lalu. “Memang tiada masalah ketika berkawan dengan Sufian, cuma setakat ini kami hanya teman rapat. Saya dengan Sufian sepadankah? Jujur, Sufian seorang lelaki yang sangat ‘sweet’. Namun kami jarang berhubung. Kalau ada masa, barulah saling bersembang. Dia pun ada komitmen sendiri, begitu juga dengan saya,” katanya.

Menurut Jasmine, dia tidak menafikan pelantun lagu Dimatamu itu memenuhi kriteria lelaki idamannya. “Hampir 70 peratus kriteria ada pada dirinya. Dia memenuhi ciri-ciri lelaki pilihan saya. Sufian seorang yang cukup merendah diri.

“Pada masa sama, dia juga bijak menguruskan kewangan. Misalnya jika dia ada RM10,000 dalam tangan, dia tidak mudah boros. “Bagi saya, itu antara ciri penting yang perlu ada bagi seorang lelaki. Seorang yang berjimat cermat, tapi tak kedekut,” katanya yang bakal terbabit dengan penggambaran drama bersiri Bidadari Salju terbitan A Aida Production Sdn Bhd bulan depan.

Ditanya sekiranya bertemu jodoh dengan lelaki Melayu, Jasmine mengakui tiada masalah dan tidak menolaknya. “Saya okey saja sebab teman lelaki pertama saya dulu pun seorang Muslim. Lima tahun kami bersama, tapi tiada jodoh. Saya tidak melihat soal perbezaan agama sebagai satu masalah memandangkan rakan-rakan pun kebanyakannya Melayu.

“Keluarga pun tidak memberikan apa-apa syarat. Selagi anaknya gembira dan lelaki terbabit baik dan boleh terima saya seadanya, itu sudah memadai,” katanya. Dalam perkembangan lain, Jasmine baharu saja selesai menjalani penggambaran telefilem berjudul Subcribe Cintaku dengan Sufian yang bakal ditayangkan di Astro Citra tidak lama lagi.

Sumber: HMETRO

Pernah diuji dalam hubungan cinta. Sufian Suhaimi kejutkan orang ramai dengan mendedahkan dia sudah menghadiri kursus kahwin

KUALA LUMPUR – Sentiasa bersedia untuk mendirikan rumah tangga pada bila-bila masa sekiranya sudah sampai jodoh, penyanyi Sufian Suhaimi mendedahkan sudah pun mengikuti kursus pra-perkahwinan sebagai persediaan awal.

Ujar pelantun lagu Di Matamu itu, meskipun belum mempunyai calon isteri, namun dia sentiasa berdoa agar dipertemukan jodoh memandangkan keluarganya juga sudah memberi lampu hijau untuk dia mendirikan rumah tangga.

“Saya sentiasa bersedia untuk berkahwin, bila-bila masa sahaja. Meskipun sekarang saya akui agak selesa solo tetapi tidaklah sampai membuatkan saya tidak mahu kahwin. Rasa itu tetap ada cuma mungkin belum sampai jodoh.

“Sebagai persediaan, saya sudah pun menghadiri kursus pra-perkahwinan beberapa minggu lalu bersama dua orang rakan yang akan berkahwin tidak lama lagi,” ujarnya ketika ditemui ketika majlis penyerahan anugerah 2020 Mid Year JOOX Top Music Awards Top 5 Hits (Local) di pejabat Aries Music Sdn. Bhd., Cheras semalam. Sufian menerima anugerah tersebut berikutan single miliknya berjudul Janji menjadi salah sebuah lagu tempatan yang paling banyak didengari di platform JOOX dari Januari hingga Jun 2020.

Tambah Sufian, 28, disebabkan melihat ramai rakan yang sudah mendirikan rumah tangga termasuk teman serumah ketika zaman belajar membuatkan dirinya tergerak untuk menghadiri kursus itu pada 15 Ogos lalu. “Rakan-rakan di sekeliling sudah ramai berkahwin, cuma saya yang belum. Meskipun diri sendiri sudah bersedia tetapi perkara yang belum cukup sekiranya seseorang mahu berkahwin adalah dengan menjalani kursus.

“Kursus itu pun sebenarnya bukan sekadar untuk kita hadir kerana mahu kahwin sahaja tetapi sebahagian daripada majlis ilmu. Daripada bosan duduk di rumah kerana PKPP tanpa berbuat apa-apa, waktu itu saya fikir lebih baik ikut kawan-kawan. Boleh juga menambah ilmu agama yang pernah belajar dulu,” jelasnya. – K! ONLINE

“So sweet la korang… nampak sesuai dengan Sufian Suhaimi!” – Jasmine Suraya ulas aksi romantik dalam ICSYV

AKSI romantis pelakon Jasmine Suraya dan penyanyi Sufian Suhaimi dalam program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) yang bersiaran di TV3 pada malam Ahad lalu dapat tumpuan penonton. Mengakui teruja dapat bergandingan bersama Sufian dalam program tersebut, Jasmine berkata dia sedar ada peminat mengharapkan hubungan mereka lebih daripada seorang kawan. “Selepas program itu berakhir, ada penonton yang tinggal kan komen kata kami berdua nampak sweet… sweet ke? mungkinlah kut! Tapi tak ada apa pun, cuma kawan-kawan sahaja.

“Sebelum rakaman saya tak tahu Sufian adalah artis jemputan, selepas di set baru saya tahu. Jadi kita berbual macam biasa sahaja, borak-borak! Selepas program itu berakhir kami sambung chit chat di Instagram live buat pertama kali. “Saya akui ada peminat suka kalau kami bercinta, tapi buat masa ni saya tak terfikir tentang benda itu… saya berkawan dengan semua orang, kalau ada jodoh, adalah ya!,” katanya kepada mStar. Jasmine akui selesa berkawan dengan Sufian. Dalam episod akhir ICSYVMY, Jasmine diundang menjadi panel jemputan bersama pelakon Datuk Fizz Fairuz, Yusry Abdul Halim, Mark Adam dan Jihan Muse membantu artis jemputan menyiasat dan mencari penyanyi sebenar.

Sepanjang program tersebut bersiaran, penampilan Jasmine dan Sufian antara yang menjadi perhatian penonton lebih-lebih lagi mereka sebelum ini pernah digosipkan bercinta. Dalam pada itu, Jasmine atau nama sebenar Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 30, berkata dia selesa berkawan dengan Sufian kerana karakter ringkas dan bersahaja penyanyi itu. Instagram Jasmine dibanj1ri komen peminat yang mengharapkan mereka menjalinkan hubungan cinta. “Sejujurnya Sufian seorang lelaki yang sangat simple, baik orangnya. Dia ada karakter tersendiri membuatkan kita rasa senang nak berkawan. “Itu dari apa yang saya nampak… lagi satu, kalau kita berbual dengan dia terus rasa selesa dan tak kekok,” katanya yang mengakui masih bujang dan belum mempunyai kekasih. Sebelum ini, Jasmine pernah muncul sebagai pelakon dalam muzik video lagu nyanyian Sufian berjudul Janji yang telah dimuat naik di laman Youtube pada Februari lalu.

“Kami Sebenarnya…” – Jasmin Suraya Chin Jelaskan Hubungannya Dengan Sufian Suhaimi

Baru-baru ini, timbul spekul4si mengenai hubungan Sufian Suhaimi dan pelakon Jasmine Suraya Chin apabila penyanyi itu muncul memberi kejutan buat Jasmine dalam satu acara majlis. Bagaimanapun, Jasmine berkata dia selesa berkawan rapat dengan Sufian dan tidak kisah jika warganet mengaitkannya dengan penyanyi lagu Di Matamu itu. Malah, Jasmine mengakui ‘jatuh cinta’ dengan lagu nyanyian Sufian. “Kalau ada peminat yang nak kaitkan saya dengan Sufian, saya tak boleh berkata apa. Kami sebenarnya berkawan baik dan dia adalah penyanyi yang sangat berbakat.

“Setakat ini, tidak ada kcmn yang saya terima daripada warganet. Kepada yang mendoakan, saya ucapkan terima kasih,” katanya kepada Harian Metro. Dalam pada itu, Jasmine berkata dia yang mengajak Sufian untuk keluar makan dan mereka selesa untuk berkongsikan pengalaman cinta masing-masing. “Pada mulanya, saya mengajak dia keluar makan. Saya pun tak sangka dia akan datang dan berikan kejutan dengan menyampaikan lagu Di Matamu buat saya. “Pengalaman kami dalam percintaan sebelum ini lebih kurang sama. Jadi, kami saling berkongsi cerita,” katanya.-hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *