Terkedu Fazley Yaakob mula bersuara mengenai sesi persekolahan yang berjalan seperti biasa ketika penularan wabak covid 19 yang semakin meningkat setiap hari. Ini komennnya mengenai perkara itu.

artis selebriti Semasa

Susulan peningkatan mendadak angka pesakit COVID-19 semasa, penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob menggesa agar pihak berwajib menangguhkan sesi persekolahan dengan segera. Kata Fazley, situasi membimbangkan ini secara tidak langsung akan mendedahkan risiko kepada pelajar dan guru sekolah.

“Cikgu-cikgu dan murid-murid harus mula dicutikan sekolah sebelum terlambat! “Korang tak risau ke? Setuju tak apa yang saya sarankan. Dalam diam saya amat yakin ramai ibu bapa bersependapat dengan saya,” tulisnya di Instagram.

Fazley turut membuka ruang undian di Instagram Storiesnya memohon pandangan umum mengenai cadangannya. Cadang Fazley lagi, sesi persekolahan pelajar sekolah rendah harus ditangguhkan terlebih dahulu berbanding sekolah menengah yang punyai komitmen lebih besar seperti peperiksaan utama. Dalam pada itu, ada juga pihak yang menzahirkan kebimbangan terhadap punca rezeki peniaga di kantin sekolah seandainya sesi persekolahan ditangguhkan lagi.

“Habis keringlah mak cik kantin,” komen salah seorang pengguna. Namun, jawab Fazley; “Rezeki boleh dicari, nyawa Allah bagi sekali sahaja.” Ruangan komen Instagram Fazley terus dihujani pelbagai komen dan pandangan mengenai risiko semasa pelajar di sekolah harian.

Sumber: Gempak

Terkini dua lagi sekolah di Terengganu di arahkan tutup mulai hari ini. Mengejutkan rupa rupanya ini punca sampai 2 sekolah terpaksa tutup.

KUALA NERUS, 5 Okt (Bernama) — Dua buah sekolah di Terengganu ditutup mulai hari ini hingga 11 Okt berikutan terdapat pelajar dan muridnya yang disahkan positif COVID-19. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Salim Ab Ghani berkata dua sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Seberang Takir dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Seberang Takir di Kuala Nerus.

“Penutupan sekolah ini dilakukan setelah mendapat nasihat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu bagi membolehkan aktiviti disinfeksi dilakukan. “Sehubungan itu, saringan COVID-19 juga akan dilakukan terhadap murid atau guru yang menjadi kontak rapat dengan pesakit COVID-19 di sekolah tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

SMK Kompleks Seberang Takir mempunyai 765 pelajar dan 82 guru manakala SK Kompleks Seberang Takir mempunyai 817 murid dan 63 guru. Pada Jumaat lepas, SK Padang Kemunting juga di Kuala Nerus ditutup setelah seorang gurunya disahkan positif COVID-19 manakala sehari sebelum itu, sebuah taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Bandar Al Muktafi Billah Shah di Dungun turut ditutup setelah seorang kakitangannya disahkan positif wabak tersebut.

— BERNAMA

Terkesan dengan penularan wabak covid 19. Kini tabika dan taska yang berada dalam kawasan ini akan ditutup bagi mengelakkan pertambahan kes positif. Ini arahan selanjutnya.

Tasek Gelugor: Mana-mana taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan taska dikendalikan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang berada di zon merah Covid-19 akan ditutup bagi memutuskan rantaian penularan wabak berkenaan. Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, arahan penutupan itu dibuat selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, sehingga kini 281 tabika dan sembilan taska membabitkan 6,699 murid di Sabah, Kedah dan Terengganu yang berada pada zon merah Covid-19 diarah membuat penutupan premis. “Mana-mana tabika dan taska yang berada di zon merah Covid-19 diarah ditutup sepertimana arahan serta nasihat yang dikeluarkan KKM.

“Penutupan tabika dan taska ini dibuat sehingga menerima arahan serta nasihat selanjutnya daripada KKM selepas keadaan kembali pulih,” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung penutupan tabika dan taska susulan peningkatan kes Covid-19 selepas menghadiri Program Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku (WINS) Dari Desa Ke Global di Dewan Rafflesia, Midtown Kubang Menerong, di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Shabudin Yahaya. Mohamad Yasid berkata, KEMAS mempunyai 11,900 tabika dan taska seluruh negara membabitkan kira-kira 200,000 murid. “Sepanjang tabika dan taska dibenarkan dibuka semula selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP), KEMAS mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. “Apatah lagi,murid yang dibenarkan hadir juga antara 30 hingga 50 peratus sahaja setiap hari bergantung pada keluasan kelas yang kita masih lagi mengamalkan sistem ini sehingga keadaan kembali normal seperti biasa,” katanya. Semalam, 287 kes baharu Covid-19 dilaporkan iaitu tertinggi setakat ini dengan 11,711 kes di seluruh negara.

Sumber: Hmetro

Pecah rekod. Terkini 432 kes positif covid 19 disahkan semalam. Mengejutkan KKM tampil bongkarkan puncanya buat orang ramai tak senang duduk.

Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 432 kes baru telah dilaporkan hari ini (5 Oktober 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 12,813 kes. Daripada 432 kes ini 429 adalah kes tempatandan 3kes import.

Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 2336 kes. Manakala 32 pesakit berada di ICU dan 8 kes memerlukan bantuan pernafasan. Tiada kes pemergin baru menjadikan jumlah pemergian kekal sebanyak 137 kes. 57 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 10,340 kes.

Memang Cari Pasal. Sekolah Rendah Di Kepala Batas Terpaksa Ditutup Dan 600 Pelajar Kena Buat Saringan Covid 19 Lepas Seorang Cikgu Disahkan Covid 19. Rupa Rupanya Ini Punca.

Sebuah sekolah di Kepala Batas, Pulau Pinang, SK Permatang Janggus terpaksa ditutup selama lapan hari selepas seorang guru wanita disahkan positif Covid-19. Arahan penutupan ini dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang semalam kerana bimbang penularan menjadi lebih serius.

Apa yang menyedihkan, kesemua murid sekolah rendah ini perlu menjalani ujian saringan Covid-19 tersebut semalam. Menurut Berita Harian, guru wanita tersebut dilaporkan tak sihat ketika di sekolah sebelum dia pergi mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Kedah.

Difahamkan juga, guru wanita ini merupakan isteri kepada seorang ahli politik Kedah yang baru pulang selepas berkempen di Sabah untuk Pilihan Raya Negeri baru-baru ini. Ekoran ini, warganet telah menyatakan rasa tak puas hari serta kesian kepada kanak-kanak sekolah itu yang terpaksa menjalankan swab test.

Terbaru disahkan 20 kanak kanak Tabika terpaksa disaring disebabkan salah seorang kakitangan disahkan positif Covid 19.

KUALA TERENGGANU, 1 Okt (Bernama) — Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Terengganu mengesahkan sebuah taman bimbingan kanak-kanak (tabika) di Al Muktafi Billah Shah dekat Bukit Besi dekat  sini ditutup bermula hari ini selepas seorang kakitangannya didapati positif C0VID 19. Pengarahnya Ahmad Fakhrul Azman Muhammad Radzi berkata penutupan premis tersebut adalah inisiatif pihaknya sendiri bagi mencegah penularan wbak itu, bagaimanapun tempoh penutupan akan bergantung kepada penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu kelak. “Hari ini juga kontak rapat kepada kakitangan tersebut telah menjalani ujian saringan C0VID 19 termasuk 20 kanak-kanak yang belajar di tabika itu.

“Sehubungan itu, kita berharap ibu bapa tidak panik kerana Kemas Terengganu telah mengambil semua langkah perlu seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Katanya buat masa ini semua tabika Kemas yang lain di seluruh Terengganu beroperasi seperti biasa. Dalam masa yang sama juga hari ini, dilaporkan Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus, Penaga, di sini, diarah tutup selama lapan hari selepas terdapat seorang guru wanita disahkan positif C0vid 19.

Sumber: OnlineMalaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *