Terbaru Kerajaan sudah mengenakan larangan keluar dan masuk Sabah bermula tarikh ini. Tetapi pengecualian khas dikenakan bagi golongan tertentu.

ISU SEMASA Semasa

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengenakan sekatan perjalanan dari Sabah dan ke Sabah melibatkan Semenanjung, Sarawak dan Labuan bermula 12 Oktober sehingga 25 Oktober 2020.Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu kenyataan media pada Selasa berkata keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira peningkatan kes COVID-19 di seluruh Sabah. Bagaimanapun, katanya, terdapat pengecualian khas diberikan kepada kes-kes tertentu yang melibatkan kes kecemasan, pemergian, perkhidmatan perlu dan lain-lain yang perlu mendapat kebenaran dari Kementerian Kesihatan (KKM). “Mereka yang telah mendapat kebenaran juga perlu menjalani ujian saringan COVID-19 oleh KKM setibanya di pintu masuk destinasi masing-masing,” katanya. Bagi pergerakan masuk ke Sabah, kebenaran diberikan kepada kategori seperti berikut:

Rakyat Sabah yang memegang MyKad kod H. Pasangan kepada rakyat Sabah yang memiliki pas imigresen Malaysia yang sah tempoh yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, Negeri Sabah, atau bukti perkahwinan dan sijil lahir anak. Pekerja bidang perkhidmatan perlu (essential service) yang mempunyai pas Imigresen Malaysia yang sah tempoh yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, negeri Sabah. Pelajar bukan rakyat Sabah yang mempunyai kad/pas pelajar daripada Jabatan Imigresen Malaysia, negeri Sabah. Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkhidmat di Sabah perlu mendapatkan cop seksyen 66(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 di pejabat Imigresen Sabah setelah masuk ke Negeri SabahPemastautin tetap Sabah yang memiliki MyPR kod H atau Kad Permit Masuk atau endosmen permit masuk dalam passport. Mereka hendaklah membuat permohonan kepada Jabatan Ketua Menteri melalui Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan untuk pertimbangan. Mereka juga akan menjalani ujian saringan COVID-19 oleh KKM setibanya di pintu masuk destinasi masing-masing.

Sebarang pertanyaan lain boleh diajukan kepada Bilik Gerakan Bencana Negeri Sabah di talian 088-369434. Dalam perkembangan berhubung operasi pematuhan PKPP, beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 363 individu pada Isnin atas kesalahan ingkar arahan PKPP. “Daripada jumlah itu, seramai 307 individu dikompaun, 56 lagi direman,” katanya. Beliau berkata antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka (144), gagal menyediakan peralatan/rekod butiran diri (129) dan gagal menjaga penjarakan fizikal (53), premis beroperasi lebih masa (17), aktiviti dalam pub dan kelab malam (15), masuk kawasan PKPDB tanpa kebenaran (dua), langgar perintah kuarantin (satu), menjalankan aktiviti perjudian (satu), dan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah (satu).Menerusi Operasi Benteng yang dijalankan pula, beliau berkata 151 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan seorang tekong ditahan. Katanya lagi, lima kenderaan darat juga berjaya dirampas.

Sumber: AstroAwani

COVID-19: Sekatan perjalanan keluar masuk Sabah dari 12 hingga 25 Oktober

Kuala Lumpur: Kerajaan mengenakan sekatan rentas negeri di Sabah bermula 12 sehingga 25 Oktober ini. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekatan itu bagi perjalanan dari Sabah dan ke Sabah membabitkan Semenanjung, Sarawak dan Labuan. Bagaimanapun, katanya, pengecualian khas diberikan kepada kes tertentu yang membabitkan kecemasan dan perkhidmatan perlu dengan kebenaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Bagi pergerakan masuk ke Sabah, kebenaran diberikan kepada rakyat Sabah, pasangan yang memiliki pas imigresen sah atau bukti perkahwinan dan sijil lahir anak, pekerja bidang perkhidmatan perlu yang mempunyai pas imigresen sah, pelajar, pekerja perkhidmatan awam Persekutuan yang berkhidmat di Sabah serta pemastautin tetap Sabah.

“Bagi pergerakan keluar dari Sabah pula, kebenaran diberikan kepada kes kecemasan dan tugas rasmi dengan mengemukakan permohonan serta mendapat kebenaran daripada KKM,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, individu yang dibenarkan keluar dari Sabah perlu menjalani ujian saringan Covid-19 oleh KKM setibanya di pintu masuk destinasi masing-masing. Katanya, sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Bilik Gerakan Bencana Negeri Sabah di talian 088-369434.

Sumber: HMetro

Petugas barisan hadapan kongsikan kisah dan pengalaman mereka sepanjang bertugas di Semporna sehingga ramai yang mendoakan mereka.

Keadaan penularan wabak Covid-19 di Sabah sememangnya membimbangkan. Setiap hari ada sahaja berita peningkatan kes positif jangkitan di sana. Para petugas barisan hadapan bertungkus-lumus bagi memberi rawatan serta mengawal pandemik ini dari terus menular. Menerusi satu perkongsian seorang petugas perubatan yang baru seminggu bertugas di Semporna, dia telah menceritakan perjalanan mereka sebagai frontliner sejak Sabah dilanda jangkitan virus itu semula.

‘The Little Wuhan’, tak sempat makan & minum. Muat naik daripada Atfina Ibrahim telah membuatkan kita membayangkan keadaan semasa di Sabah. Tanggungjawab yang digalas oleh mereka sangat berat kerana berisiko tinggi untuk sama dijangkiti.

Frontliner pikul tanggungjawab besar. Namun begitu, Atfina mengakui kagum dengan semangat petugas muda kerana memikul amanat sebagai barisan hadapan dengan amanah sehingga keperluan diri seperti makan dan minum turut terabai demi memberikan rawatan terbaik buat pesakit. Dalam perkongsian tersebut juga, Atfina turut menyatakan bahawa tenaga kerja yang kurang mencukupi membuatkan sesetengah daripada mereka terpaksa on call 24 jam.

Sahabat di Semenanjung, teruslah jaga SOP. Pada akhir perkongsian tersebut, dia menyeru kepada rakan seperjuangan agar bersama-sama dapat membantu Semporna ketika ini. Dia juga menitipkan pesan supaya rakyat yang berada di Semenanjung terus kekal menjaga SOP dan mengikut segala saranan kerajaan kerana kita belum lagi menang menentang wabak utama negara ketika ini.

Jasa anda tidak terbalas oleh kami. Posting itu memperoleh 12,000 tanda suka dan 10,000 perkongsian dimana rata-rata warganet berasa sebak serta simpati dengan keadaan para petugas barisan hadapan yang pastinya sudah terasa letih. Mereka juga menitipkan doa dan juga kata-kata semangat buat frontliner di Sabah serta kawasan yang menunjukkan peningkatan kes agar terus tabah. Semoga urusan mereka dipermudahkan. Terus kuat doktor. Semoga Tuhan membalas jasa para frontliner

Sumber: Atfina Ibrahim

Pecah rekod. Terkini 432 kes positif covid 19 disahkan semalam. Mengejutkan KKM tampil bongkarkan puncanya buat orang ramai tak senang duduk.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 432 kes baru telah dilaporkan hari ini (5 Oktober 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 12,813 kes. Daripada 432 kes ini 429 adalah kes tempatandan 3kes import.

Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 2336 kes. Manakala 32 pesakit berada di ICU dan 8 kes memerlukan bantuan pernafasan. Tiada kes pemergian baru menjadikan jumlah pemergian kekal sebanyak 137 kes. 57 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 10,340 kes.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *