Tak sempat nak minum. Petugas barisan hadapan kongsikan kisah dan pengalaman mereka sepanjang bertugas di Semporna sehingga ramai yang mendoakan mereka.

Info ISU SEMASA Semasa

Keadaan penularan wabak Covid-19 di Sabah sememangnya membimbangkan. Setiap hari ada sahaja berita peningkatan kes positif jangkitan di sana. Para petugas barisan hadapan bertungkus-lumus bagi memberi rawatan serta mengawal pandemik ini dari terus menular. Menerusi satu perkongsian seorang petugas perubatan yang baru seminggu bertugas di Semporna, dia telah menceritakan perjalanan mereka sebagai frontliner sejak Sabah dilanda jangkitan virus itu semula.

‘The Little Wuhan’, tak sempat makan & minum. Muat naik daripada Atfina Ibrahim telah membuatkan kita membayangkan keadaan semasa di Sabah. Tanggungjawab yang digalas oleh mereka sangat berat kerana berisiko tinggi untuk sama dijangkiti.

Frontliner pikul tanggungjawab besar. Namun begitu, Atfina mengakui kagum dengan semangat petugas muda kerana memikul amanat sebagai barisan hadapan dengan amanah sehingga keperluan diri seperti makan dan minum turut terabai demi memberikan rawatan terbaik buat pesakit. Dalam perkongsian tersebut juga, Atfina turut menyatakan bahawa tenaga kerja yang kurang mencukupi membuatkan sesetengah daripada mereka terpaksa on call 24 jam.

Sahabat di Semenanjung, teruslah jaga SOP. Pada akhir perkongsian tersebut, dia menyeru kepada rakan seperjuangan agar bersama-sama dapat membantu Semporna ketika ini. Dia juga menitipkan pesan supaya rakyat yang berada di Semenanjung terus kekal menjaga SOP dan mengikut segala saranan kerajaan kerana kita belum lagi menang menentang wabak utama negara ketika ini.

Jasa anda tidak terbalas oleh kami. Posting itu memperoleh 12,000 tanda suka dan 10,000 perkongsian dimana rata-rata warganet berasa sebak serta simpati dengan keadaan para petugas barisan hadapan yang pastinya sudah terasa letih. Mereka juga menitipkan doa dan juga kata-kata semangat buat frontliner di Sabah serta kawasan yang menunjukkan peningkatan kes agar terus tabah. Semoga urusan mereka dipermudahkan. Terus kuat doktor. Semoga Tuhan membalas jasa para frontliner

Sumber: Atfina Ibrahim

Pecah rekod. Terkini 432 kes positif covid 19 disahkan semalam. Mengejutkan KKM tampil bongkarkan puncanya buat orang ramai tak senang duduk.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 432 kes baru telah dilaporkan hari ini (5 Oktober 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 12,813 kes. Daripada 432 kes ini 429 adalah kes tempatandan 3kes import.

Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 2336 kes. Manakala 32 pesakit berada di ICU dan 8 kes memerlukan bantuan pernafasan. Tiada kes pemergin baru menjadikan jumlah pemergian kekal sebanyak 137 kes. 57 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 10,340 kes.

Hampir menang tapi ini yang terjadi. Dr Noor Hisham beri kata kata semangat kepada Frontliners yang kini bersedia selepas kes semakin meningkat. Ini pesanannya.


Kadar jangkitan COVID-19 di negara ini kembali meningkat sejak akhir-akhir ini. Boleh dikatakan kenaikan kes tersebut mungkin memberi pelbagai bayangan yang tidak menentu kepada orang awam. Sebelum ini, kita hampir menang apabila kes harian yang dilaporkan hanya satu angka dalam masa beberapa hari.

Bagaimanapun, segalanya berubah apabila kes didapati merebak akibat kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah. Malam tadi, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah menitipkan sedikit kata-kata semangat buat anak buahnya yang sedang berjuang di barisan hadapan. Kepada semua petugas barisan hadapan kita, kita ada pertempran besar di depan kita. Negara kita bergantung pada kita walaupun banyak malam tidak tidur dan keletihan yang kronik. Sapulah air matamu, pandang ke depan, mari ratakan lekuk sekali lagi. Sumber: SiakapKeli

KUALA LUMPUR: “Sapulah air matamu…,” demikian ungkapan penuh bermakna yang dititipkan oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada para petugas barisan hadapan tatkala kes COVID-19 di negara ini menunjukan peningkatan, sejak kebelakangan ini.‘Jeneral Prang’ itu dalam kemas kini di laman Twitter dan Facebooknya pada Sabtu menzahirkan kata-kata semangat kepada kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam usaha menghalang penularan pandemik COVID-19. Jelas Ketua Pengarah Kesihatan itu, petugas barisan hadapan perlu cekal berdepan dengan situasi tersebut walaupun berada dalam keletihan.

“Kepada semua petugas barisan hadapan, kita sedang berhadapan dengan prang yang besar di hadapan. Negara sedang bergantung kepada kita…“Walaupun sering tidak cukup tidur dan keletihan, sapulah air matamu, bangkit dan terus berjuang (dan) ayuh sekali lagi meratakan lengkung jangkitan COVID-19,” tulis Dr Noor Hisham dalam catatan tersebut.- Awani

Risau lebih ramai mungkin dikesan covid 19. Rupa rupanya virus kluster bangau bangau sudah merebak secara meluas dalam kalangan komuniti di perkampungan dan daerah Semporna.

PUTRAJAYA – Ujian saringan untuk Kluster Bangau-Bangau telah diperhebatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Semporna, Sabah kerana khuatir lebih ramai mungkin dikesan jangkitan covid-19. Ini kerana KKM bimbang virus kluster itu sudah merebak secara meluas dalam kalangan komuniti di perkampungan dan daerah Semporna.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, penelitian pihaknya terhadap kluster itu mendapati trend kenaikan kadar positif kawasan itu sangat membimbangkan kerana menunjukkan trend kebarangkalian kadar j4ngkitan 65.5 peratus.

“Setakat ini 421 individu telah disaring dan 276 daripadanya disahkan positif covid-19 Kluster Bangau-Bangau. Kluster Bangau-Bangau membimbangkan kami sebab virus sudah berada dalam komuniti dan menjejaskan ramai invididu.

“Jadi aktiviti saringan dilaksanakan di kawasan itu dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) Secara Pentadbiran di Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau sehingga 12 Oktober ini,’ katanya dalam sidang media c0v1d-19 hari ini.

Menurut Noor Hisham, dalam seminggu lagi, petugas kesihatan akan meningkatkan saringan ke setiap kampung, individu dalam komuniti kampung membabitkan kluster Bangau-Bangau. Ujar beliau, mengikut penanda aras Pertubuhan Kesihatan Sedunia sekiranya kadarnya 60 peratus ke atas maka ia bermaksud ramai invidu positif dan perlu disaring.

“Sehubungan itu, kita akan mempergiatkan ujian saringan itu terhadap merekadan kes positif yang dikesan akan dikuarantin segera untuk rawatan lanjut,” katanya.- MalaysiaGazette Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : wowberita

Artikel Terdahulu : KENYATAAN  DR NOOR HISHAM SEAKAN-AKAN PKP AKAN DILAKSANAKAN SEKALI LAGI

KUALA LUMPUR – “How about all stay at home for a while again?”.Ciapan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter hari ini menimbbuIkan pelbagai persoaIan dan tnda tanya kepada semua. Ia seolah-olah memberi byangan Perintah KawaIan Pergerrakan (PKP) akan diIaksanakan semula.Menerusi ciapan itu, Noor Hisham seperti mencdangkan agar semua kekkaI berada di rumah seketika waktu.

Ia mungkin ada kaitan dengan penuIaran C0vi1d 19 yang semakin bertmbah semula sejak kebeIakangan ini terutama di Sabah. Bagaimanapun , segalanya mungkin terjwab dalam sidang medla Noor Hisham petang ini.Apapun sama-sama kita doakan yang terbaik buat semua dan negara kita.

Jika benar PKP diIaksanakan kembali , sudah pasti akan ada kebaikan dan kebrukkannya yang sndiri.Diharapkan agar pihak kerajjaan dapat mencari soIusi yang terbaik dalam menyeIesaikan masaIah wbak yang sedang meIandda negara kita ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *