Selepas mencatatkan kes paling tertinggi semalam. Terbaru dibongkarkan 4 lokasi baru yang telah dikenalpasti terkesan dengan penularan Covid 19.

berita ISU SEMASA Semasa

Malaysia mencatatkan kes positif COVID-19 baharu tertinggi setakat ini dengan 432 kes pada Isnin. Menurut Kementerian Kesihatan, daripada jumlah itu, 429 kes adalah kes penularan tempatan dan tiga kes import. Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang pernah direkodkan di negara ini sebanyak 12,813 kes dan daripada jumlah itu 10,340 kes sudah pulih. Adalah dimaklumkan, tiada kes pemergian baharu direkodkan, jumlah pemergian kekal 137 kes. Pun begitu sejak tiga hari kebelakangan ini 4 lokasi baru kes Covid-19 telah dikesan.

#1 Kompleks Beli Belah 1 Utama

Terbaharu, kompleks beli-belah, 1 Utama mengesahkan seorang kakitangan Mac City Service Centre didapati positif COVID-19. Pihak pengurusan 1 Utama dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan kakitangan berkenaan tidak berkunjung ke pusat beli-belah itu sejak 30 September lalu, dan telah dimasukkan ke sebuah hospital kerajaan untuk rawatan. Jelas kenyataan itu lagi, pihak pengurusan telah menjejaki pintu masuk pekerja lelaki itu, dan mendapati suhu kakitangan berkenaan berada di bawah 37.5 darjah celsius.

#2 Media Prima

Media Prima Berhad (Media Prima) hari ini, mengesahkan seorang kakitangannya dijangkiti virus Covid-19 selepas pulang daripada membuat liputan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Dalam satu kenyataan, Media Prima memaklumkan kakitangan terbabit yang bertugas di The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital kerajaan. Justeru kakitangannya dan semua yang pulang daripada tugasan di Sabah menjalani ujian mandatori Covid-19 dan kini sedang menjalani kuarantin sukarela 14 hari di rumah.

#3 Universiti Utara Malaysia (UUM)

Universiti Utara Malaysia (UUM) menutup kampus utamanya di Sintok, Kedah berkuat kuasa serta merta sejak malam tadi susulan seorang pelajar yang baru pulang dari Sabah dikesan positif COVID-19. Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani, berkata pelajar berkenaan sebelum ini terbabit dalam latihan Pegawai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dan tiba di kampus lebih awal. Katanya, selepas jangkitan itu dikesan universiti sudah dan sedang mengambil langkah perlu untuk mengawal penularan dengan melakukan penutupan serta merta dan melarang aktiviti keluar masuk kampus.

#4 Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja nyah kuman secara menyeluruh dilakukan susulan seorang kakitangannya disahkan positif Covid-19, kemarin. Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata penutupan itu melibatkan semua kampus iaitu Kampus Gong Badak, Kampus Perubatan dan Kampus Besut selama tiga hari bermula hari ini.

Hassan Basri berkata kakitangan yang positif Covid-19 mempunyai sejarah perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terengganu menaiki kapal terbang yang juga dinaiki seorang individu yang pulang dari Sabah dan individu itu kemudian disahkan positif virus berbahaya tersebut. Susulan kes itu juga, seramai 14 kakitangan UniSZA yang dikenal pasti sebagai kontak rapat pesakit tersebut telah diletak di bawah perintah pengawasan dan kuarantin oleh Kementerian Kesihatan.

Sumber: Gempak

Baru dapat sahkan kes COVID19 melibatkan salah seorang kakitangan outlet di Pusat Beli Belah 1 Utama. Menurut kenyataan di FB mereka gunakan cara ini untuk kenalpasti individu terbabit

Pusat beli belah 1 Utama sebentar tadi memaklumkan bahawa salah seorang kakitangan outlet di Pusat Perkhidmatan Mac City (Lot S330, Tingkat 2 1 Utama) telah dijangkiti COVID-19.Menurut kenyataan yang dikeluarkan di Facebook, hasil siasatan mendapati kakitangan itu tidak memasuki premis pusat beli-belah tersebut sejak 30 September lalu dan bercuti pada 1 Oktober.

“Kami telah mengesan pintu yang dimasuki olehnya ke pusat beli-belah dan Pusat Perkhidmatan Mac City dan mengesahkan bahawa suhunya berada pada bawah 37.5 Celcius. Dia kini berada di bawah jagaan hospital kerajaan,” kata mereka dalam satu kenyataan. Langkah-langkah mitigasi awal dan langkah-langkah keselamatan masyarakat juga telah diaktifkan dengan cepat untuk mengawal sebarang potensi risiko.-siakapkeli

Dapat kenalpasti kakitangan positif COVID19. UnisZa hanya ditutup 3 hari dan ini rupanya punca satu individu tersebut disahkan positif COVID19.

KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ditutup selama tiga hari sehingga Rabu ini selepas seorang kakitangannya disahkan Covid-19 hari ini.Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, semua kakitangan UniSZA juga diarahkan untuk bekerja dari rumah sepanjang tempoh penutupan itu.

Beliau memberitahu, ia membolehkan aktiviti disinfeksi secara menyeluruh dilakukan di seluruh kampus UniSZA iaitu Gong Badak di sini; Tembila, Besut dan Perubatan, Kuala Terengganu.“Begitupun, kakitangan UniSZA yang bekerja di perkhidmatan perlu seperti keselamatan, kesihatan, kewangan, hal ehwal pelajar dan kolej kediaman dikecualikan daripada arahan bekerja dari rumah itu.

“Kebajikan semua 584 pelajar yang menghuni semua kolej kediaman UniSZA juga sentiasa dijamin. Pengajaran dan pembelajaran tetap diteruskan secara dalam talian sepanjang tempoh tiga hari penutupan kampus ini,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Hassan Basri menjelaskan, kakitangan UniSZA terlibat dipercayai terdedah dengan Covid-19 setelah menaiki pesawat sama dengan seorang individu yang disahkan positif pandemik tersebut baru-baru ini.“Kakitangan UniSZA itu menaiki pesawat berkenaan untuk kembali ke Kuala Terengganu setelah menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur manakala individu positif Covid-19 itu pula pulang dari Sabah.

“Beliau telah diarahkan untuk menjalani ujian saringan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan kini ditempatkan di Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan setelah disahkan positif Covid-19,” katanya.Dalam perkembangan sama, Hassan Basri memberitahu, seramai 14 kakitangan UniSZA lain yang telah dikenalpasti sebagai kontak rapat pesakit itu juga telah ditempatkan di sebuah pusat kuarantin di daerah ini. – K! ONLINE

Seorang pelajar pula disahkan positif COVID19. Naib Canselor UUM dedahkan punca jangkitan tersebut berlaku sehingga menyebabkan UUM tutup kampusnya di Kedah

KUALA LUMPUR: Universiti Utara Malaysia (UUM) menuttup kampus utamanya di Sintok, Kedah berkuat kuaasa serta merta sejak malam tadi susulan seorang pelajar yang baru pulang dari Sabah dikesaan positif C0VID 19.Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani, berkata pelajar berkenaan sebelum ini terbabit dalam latihan Pegawai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dan tiba di kampus lebih awal.

Katanya, selepas jangkiitan itu dikesan universiti sudah dan sedang mengambil langkah perlu untuk mengawal penulaaran dengan melakukan penutuupan serta merta dan melaraang aktiviti keluar masuk kampus.“Kumpulan ini tidak besar hanya membabitkan mereka yang terbabit dalam latihan PALAPES.

Kementerian Kesihaatan (KKM) pun sudah dimaklumkan mengenai hal ini untuk menentukan langkah seterusnya.Kami memberi kerjasama sepenuhnya dan akan ikuti semua SOP (prosedur operasi standard) yang disyorkan oleh KKM, NADMA (Agensi Pengurusan Bncana Negara) termasuk langkah kuarantiin wajib yang perlu kepada semua individu yang terbabit,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, buat masa ini, semua pelajar baharu yang mahu mendafttar tidak dibenarkan memasuki kampus sebaliknya melakukan pendaftaran dalam talian.“Sesi pembelajaran pun kita akan laksana dalam talian. Tidak ada yang dibenarkan untuk pulang ke kampus.Selepas semua redaa dan terkawal baru kita akan maklumkan semula kepada pelajar bila tarikh kemasukan ke kampus dibenarkan,” katanya.

BH turut difahamkan pelajar ini tiba di UUM pada 20 September lalu, iaitu sebelum keraajaan mengeluarkan arahan mewajibkan semua individu yang baru pulang dari Sabah menjalani ujian calittan sebaik tiba dan kuaranttin diri di kediaman masing-masing.Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM, Profesor Madya Dr Hendrik Lamsali sebelum ini memaklumkan kampus itu menangguhkan kemasukan pelajar dari Sabah sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.Katanya, penangguhan itu termasuk pendaftaran pelajar dari kawasan zon merah di negeri lain, yang dibuat berikutan peningkatan kes pandemiik C0VID 19 di beberapa negeri selain bimbng dengan risiiko keselamaatan pelajar.Sumber : BHOnline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *