Selepas apa yang terjadi. Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mohon maaf dan mahu muhasabah diri gara gara sesuatu ini. Ini pengakuannya kepada semua.

ISU SEMASA Semasa

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disahkan positif COVID-19 pada Isnin, sekali lagi memohon maaf di atas insiden yang berlaku. Kenyataan itu tampil selepas beberapa pihak dilihat terus mempersoalkan tindakan Menteri Agama itu yang tidak menjalani kuarantin selama 14 hari selepas pulang dari Sabah, selain menghadiri pelbagai program di beberapa negeri.

Menerusi kemas kini di laman Twitter, Zulkifli turut menyifatkan tempoh masa diberikan sebagai peluang untuk beliau bermuhasabah dan meneliti ruang penambahbaikan. “Tempoh masa yang dikurniakan Allah SWT ini memberi peluang untuk saya bermuhasabah dan meneliti ruang-ruang penambahbaikan untuk masa mendatang. “Saya dari lubuk hati yang benar-benar ikhlas, sekali lagi memohon maaf atas apa yang berlaku,” demikian katanya dalam entri tersebut, hari ini.

Walaupun perlu menjalani rawatan dan kuarantin, Zulkifli memaklumkan amanah dan tanggungjawab yang digalas oleh beliau akan terus dilaksanakan termasuk melaporkan perkembangan tadbir urus hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan. Dalam status sama, Zulkifli turut memuat naik Kad Laporan bulan Ogos agensi di bawah portfolionya“Setiap sen yang dibelanjakan bagi sebarang bentuk urusan terkait tadbir urus Islam di peringkat Persekutuan adalah amanah daripada rakyat.

“Jadual saya pada bulan Ogos, kebanyakannya tertumpu di Parlimen. Pun begitu, – Alhamdulillah – agensi-agensi di bawah saya amat memahami dan tetap menggerakkan program masing-masing dengan penuh komited,” katanya. Sehubungan itu, Zulkifli berharap Kad Laporan Bulanan tersebut dapat memberi gambaran secara umum tentang apa yang telah laksanakan setiap bulan di bawah portfolionya.

Semalam, Zulkifli menjadi pemimpin negara terbaharu yang disahkan positif COVID-19. Menerusi kemas kini di laman Facebook, beliau turut menggesa semua pihak yang mempunyai kontak dengannya untuk menjalani ujian saringan COVID-19. Pada 24 September lalu, Zulkifli dilaporkan berada di Sabah untuk menghadiri beberapa program dan pulang ke Kuala Lumpur. Selepas pulang dari Sabah, Zulkifli dilaporkan turut melawat beberapa masjid di pelbagai negeri, kebanyakannya untuk menyampaikan khutbah atau ceramah.

Sumber: Astro Awani

Memaklumkan jalani rawatan kerana disahkan positif COVID19. Datuk Dr Zulkifli kongsi berita dia terkena virus tersebut dan menyeru orang ramai yang menghadiri majlis ini untuk menjalani pemeriksaan saringan

Menerusi status Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, beliau memaklumkan sedang menjalani rawatan kerana disahkan positif Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Positif Covid-19. Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik. Saya menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang melibatkan kehadiran saya dari 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera. Saya berdoa semoga Allah SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada COVID-19. Insya-Allah.

Jelas Dr Zulkifli beliau dalam keadaan yang baik dan menyeru orang ramai untuk segera menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 jika menghadiri sebarang majlis yang dihadiri oleh beliau bermula 24 September hingga 4 Oktober. Sumber: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Baru sahaja semalam disahkan positif covid 19. Rupanya ini tempat tempat yang Dr Zulkifli pergi dan menggesa semua pihak yang mempunyai kontak dengannya untuk menjalani ujian saringan.

Seperti semua kes Covid-19 lain, pengesan kontak kini berlumba dengan masa untuk mengesan individu yang mempunyai kontak dengan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Zulkifli Mohamad sejak 14 hari lepas. Kali ini, tugas itu menjadi lebih mencabar kerana dua minggu sebelum dijangkiti, Zulkifli telah merasmikan pelbagai acara yang dihadiri ratusan peserta, merentasi beberapa negeri- jika berdasarkan hantaran di laman Facebooknya.

Negeri-negeri berkenaan ialah Sabah, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan. Beliau turut melawat Putrajaya dan Kuala Lumpur, Di tempat-tempat berkenaan, beliau dilihat memberikan ucapan di atas pentas, atau menyampaikan sijil atau bantuan dalam acara yang dihadiri ramai peserta.

Pada kebanyakan masa, Zulkifli mengenakan pelitup muka, tetapi ada ketikanya- seperti di Kampung Serusup, Tuaran ketika beliau menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan pada 24 September- pelitup mukanya diturunkan ke bawah. Lawatan ke Sabah itu merupakan titik genting. Selain kes penjara di Alor Setar, Kedah dan kes-kes yang dikaitkan dengan pendatang tanpa dokumen di Klang, Selangor, hampir semua kes di semenanjung Malaysia mempunyai kaitan dengan perjalanan ke Sabah.

Selepas pulang dari Sabah, Zulkifli telah melawat beberapa masjid di pelbagai negeri, kebanyakannya untuk menyampaikan khutbah atau ceramah. Ini termasuklah Masjid Dato Kelana Petra, Nilai, yang pada hari ini mengumumkan penutupan serta-merta sehingga pengumuman lanjut kerana “beberapa suspek pesakit Covid-19 hadir ke masjid” berkenaan. Zulkifli menyampaikan khutbah di situ sebanyak dua kali sejak pulang dari Sabah.

Masjid dan surau lain termasuklah Masjid Ulul Albab di Jerteh (25 September), Surau An-Nur di Bangi (27 September), Masjid Jamek Sultan Hisamuddin di Serdang (3 Oktober).  Selain acara-acara, menteri itu turut berkongsi gambar mesyuarat yang dihadirinya, termasuklah di pejabatnya, yang menyaksikan kebanyakan peserta mesyuarat tidak memakai pelitup muka.

Beliau turut melawat kedai makan, dan seperti pelanggan lain, dia menanggalkan pelitup mukanya untuk makan, seperti di Putrajaya (Kedai Pak Tam Sup Utara di Presint 8) dan Tuaran (Gerai Kelapa Bakar Kak Tini). Dalam pengumumannya hari ini, Zulkifli menggesa semua pihak yang mempunyai kontak dengannya untuk menjalani ujian saringan Covid-19.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata menteri-menteri kabinet dan pegawai tertinggi kerajaan turut dikenakan perintah kuarantin di rumah, selepas berlakunya kontak dengan Zulkifli dalam satu mesyuarat pada 3 Oktober.  Sidang khas MKN Covid-19, Oktober 3, 2020, kredit FB Muhyiddin Yassin. Di bawah ini, disenaraikan tempat dan acara yang dilawati atau dihadiri menteri berkenaan sekembalinya dari Sabah, berdasarkan hantaran Facebooknya:

24 September (Sabah). Menyampaikan bantuan kepada golongan yang hadapi kebakrn. – Kampung Serusup, Tuaran. Menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan sebagai sebahagian daripada program Food Bank Yapeim. – Gerai Kelapa Bakar Kak Tini. Makan tengah hari. – Kediaman Sakaran Dandai. Melawat bekas gabenor Sabah dan isterinya (gambar, atas). – Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Berlepas dari Sabah, dihantar oleh Mufti Sabah Bungsu @ Aziz Jaafar.

25 September (Kelantan, Terengganu & Putrajaya) – Dewan Jubli Perak, Kota Bharu. Menghadiri Hari Terbuka Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim). – Sekolah Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu. Menyampaikan bantuan kewangan kepada sekolah. – Masjid Ulu Albab, Jerteh. Menyampaikan khutbah Jumaat. – Kedai Pak Tam Putrajaya Sup Utara, Presint 8, Putrajaya. Minum..

26 September (Kelantan, Kuala Lumpur)
-Dewan Jubli Perak, Kota Bharu
. Menghadiri program ‘Tausiyah Khas Sempena Hari Terbuka Yadim’. – Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa. Berlepas dari Kelantan. – PPR Pantai Ria, Kuala Lumpur. Mengagihkan zakat kepada penerima, sebagai sebahagian daripada program ‘Projek Bakul Rezeki Khaira PPZ’ (bawah).

27 September (Selangor) – Surau An-Nur, Bangi. Menyampaikan kuliah (bawah). 30 September (Selangor). – Hotel Movenpick, Sepang
Menghadiri ‘Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara’ pada 30 September. 2 Oktober (Negeri Sembilan). – Universiti Sains Islam Malaysia (Usim). Melancarkan portal ‘Jom Infaq’ di Usim, Nilai. Turut menyampaikan khutbah Jumaat di Kompleks Islam Tuanku Mukhriz di universiti itu, dan mengadakan mesyuarat dengan pihak pengurusan universiti. Zulkifli Mohamad menghadiri mesyuarat dengan pihak pengurusan Usim pada 2 Oktober, 2020.

3 Oktober (Selangor)
– Jabatan Perdana Menteri
. Menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. – Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Serdang. Menyampaikan kuliah. – Dewan Muktamar Darul Quran Jakim, Kuala Kubu Bharu. Menghadiri Majlis Pengijazahan Perubatan dan Pengubatan Islam Darussyifa’ Sesi 2020 dan Majlis Penganugerahan Darul Quran Jakim. Zulkifli Mohamad menyampaikan bantuan kepada pelajar UiTM, 4 Oktober 2020.

4 Oktober (Selangor). – Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam
Menyampaikan bantuan kepada pelajar (atas).– Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Menyampaikan bantuan kepada pelajar. – Hotel Geno, Subang Jaya. Menghadiri ‘Majlis Tilawah dan Hafazan al-Qur’an KAFA Peringkat Kebangsaan 1442 / 2020’. (bawah).

Sumber: MalaysiaKini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *