Pesanan seorang ibu kepada anak anak. Sebak Almy Nadia berikan pesanan kepada anak anaknya sebelum menjalani operasi. Ini pesanan yang dikongsikan sehingga mendapat perhatian warganet.

artis Keluarga

Pelakon Datin Almy Nadia berkongsi sepotong video yang dirakam bersama anak-anaknya sebelum dia menjalani operasi batu karang baru-baru ini. Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Intagram miliknya buat tatapan warganet. Dalam video tersebut, Almy kelihatan menangis sambil memberi pesanan kepada anaknya untuk jaga diri sepanjang ketiadaannya di rumah.

“Jangan balah-balah, jaga tingkah laku, nak berak nak kencing cakap kuat-kuat ya,” pesan Almy kepada anaknya. Sementara di ruangan kapsyen, Almy tidak mahu menulis panjang kerana hanya mahu orang ramai memahami situasi dalam video tersebut.

“Pesanan seorang mama buat anak-anak. Ini kejadian Rabu lepas, 30 September 2020, tengok sahaja video ini, letak kapsyen panjang pun bukan orang nak baca,” tulisnya. Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Almy berasa sebak melihat video itu dan mendoakan kesembuhan yang cepat buatnya. Terdahulu, menerusi laporan Gempak pada 1 Oktober 2020, suami Almy, Datuk Fizz mengesahkan Almy akan menjalani operasi batu karang dalam hempedu (pada hari yang sama) selepas mengalami penyakit itu selama sebulan. Gempak mendoakan agar semua urusan Almy dan keluarga dipermudahkan, dan semoga cepat sembuh.

Sumber: Gempak

Sebak sungguh luahan Almy Nadia dengan keadaannya dan keluarga selepas menjalani operasi baru baru ini. Ternyata ini yang diluahkannya sehingga menyentuh hati orang ramai.

Semalam pelakon Datuk Fizz Fairuz mengesahkan bahawa isterinya Datin Almy Nadia terpaksa menjalani operasi untuk membuang batu karang dalam hempedu selepas mengalami sakit selama sebulan. Pada entri di Instagram Fizz Fairuz juga dia melahirkan rasa syukur kerana operasi yang dijalankan telah selesai.

“Alhamdulillah… Dah selesai… Terima kasih atas doa semua,” tulis Fizz pada satu entri di Instagram miliknya semalam. Sementara itu di Instagram milik Almy Nadia yang dimuat naik pada 2 Oktober, dia berkongsi sekeping gambar suaminya dan menulis satu luahan hati terhadap Fizz Fairuz. “Semalam pertama kali tengok dia sedih masa kami nak masuk bilik OT, nampak ja dia kuat ,tapi dalam hati dia hanya Allah ja tahu.

“Mana nak fikir wife sakit, mana nak fikir anak-anak lagi, mana nak fikir kerja lagi, makan minum diri sendiri terabai sebab wife sakit,” luah Almy. Tambah Almy, suaminya itulah nyawanya dikala dia mengalami sakit pening, Fizz Fairuz sentiasa ada di sisi. “Nampak dia garang, tapi sebenarnya hati dia lembut sangat. Sayang, mama minta maaf sebab mama banyak susahkan sayang, mama banyak sakit, mama susahkan sayang untuk jaga mama masa sakit. Maafkan mama sayang, mama love sayang dunia akhirat.

“Mama doakan sayang murah rezeki, panjang umur. Terima kasih sayang sebab ada dengan mama masa sakit, susah senang bersama, mama sangat-sangat bersyukur. Tiba-tiba menangis sebab pengorbanan sayang terlalu besar untuk mama dengan anak-anak dan sayang banyak berkorban untuk diri sendiri. Mama love sayang. Thank you, love Fizz Fairuz,” luah Almy panjang lebar. Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11. Pada Februari lalu, Almy mengalami kehilangan anak selepas kandungannya selama 14 minggu dikatakan menghadap ilahi ketika hamil.

Sumber: Gempak

Sakit sampai berguling guling. Fizz Fairuz bongkarkan ini yang terjadi pada Almy Nadia sampai terpaksa buat operasi hari ini. Rupa rupanya dah sebulan Almy Nadia sakit macam ni.

Pelakon Datuk Fizz Fairuz mengesahkan isterinya, Datin Almy Nadia akan menjalani operasi batu karang dalam hempedu hari ini selepas menderita sakit tersebut selama sebulan. Menurut Fizz ia merupakan jalan akhir selepas mereka mencuba pelbagai perubatan lain bagi menyembuhkan penyakit tersebut. “Sebenarnya Almy dah sakit sejak sebulan lalu. Sebelum ini dia dah buat segala pemeriksaan dan diberi ubat. Ketika itu nampak seperti sudah sembuh. “Namun, tidak lama selepas itu sakitnya datang balik meskipun kita dah cuba pelbagai perubatan lain.

“Hinggalah doktor mengesahkan ia tidak boleh ditangguh lagi dan Almy perlu menjalani operasi untuk membuang batu karang tersebut pada tengah hari ini,” katanya kepada Astro Gempak. Menurut Fizz, pada mulanya dokor mengesahkan ia hanya sakit gastrik biasa sebelum berjumpa dengan doktor pakar di Hospital Ampang Puteri.

“Setiap kali ke hospital doktor hanya ingatkan ia gastrik biasa tapi dari kesakitan yang ditangguh sehingga lemah saya jadi pelik. “Saya pun meminta Almy menjalani pemeriksaan endoskopi dan doktor jumpa sesuatu dalam perutnya dan meminta ia dibuang segera untuk tidak membahayakan. “Saya minta semua doakan operasi ini berjalan lancar dan Almy selamat,” katanya lagi. Sebelum ini, Fizz yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon itu pada tahun 2014 berkongsi foto Almy terlantar di hospital menerusi Instagram (IG) miliknya.

Terkedu Fizz Fairuz ambil risiko setelah lakukan sesuatu ini kepada isterinya. Ternyata ini yang didedahkan suami Almy Nadia selepas meragui dengan doktor ketika Almy menghidap sesuatu ini.

Pelakon Datuk Fizz Fairuz akui kurang yakin dengan kata-kata doktor mengenai peny4kit yang dihidapi isterinya, Datin Almy Nadia yang dimasukkan ke hospital bulan lalu. Menurut Fizz, dia percaya dengan keputusan ujian yang dibuat, namun ada sedikit keraguan kerana doktor yang terlibat itu sendiri kurang pasti dengan keadaan sebenar yang berlaku pada sistem dalaman isterinya itu. “Almy dimasukkan ke hospital selama empat hari bulan lalu, dia telah disaspek ada batu karang dalam hempedu dan telah menjalani ujian ultra-sound dan MRI. “Pada masa yang sama, doktor kata batu-batu itu telah jatuh ke dalam ususnya. “Namun begitu, kata-kata doktor itu tidak meyakinkan saya kerana menurutnya, batu karang jatuh ke dalam usus itu adalah satu kemungkinan.

“Apabila doktor kurang yakin, secara tak langsung, ia membuatkan saya juga kurang keyakinan untuk teruskan proses rawatan Almy di hospital,” katanya kepada Gempak. Fizz berkata demikian ketika ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri Tanya Sama Pokok di Sungai Besar, Kuala Selangor semalam. Tanya Sama Pokok yang diarahkan oleh Sabri Yunus itu akan menemui penonton bermula 21 September 2020, setiap Isnin jam 9.00 malam di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107). Tambah Fizz, selepas empat hari Almy berada di hospital, dia telah membuat keputusan untuk mengeluarkan isterinya itu dan menjalani perubatan secara tradisional. “Saya beritahu Almy, saya akan ambil risiko, keluarkan dia hari hospital dan pergi berubat secara tradisional. “Saya tahu tempat perubatan tradisional yang terletak di Melaka itu kerana ada artis yang sudah kena penyakit batu karang berubat dengannya sebelum ini.

“Ketika menjalani perubatan itu, batu-batu karang dapat dikeluarkan menggunakan tangan pengamal perubatan tersebut dan ia dapat dilihat oleh mata kasar kita sendiri. “Dia hanya meletakkan tangan ke bahagian tubuh yang terlibat, kemudian tiba-tiba muncul batu-batu halus pada tangannya,” katanya lagi. Dalam pada itu, Fizz juga gembira kerana keadaan kesihatan Almy semakin baik sejak kebelakangan ini. “Alhamdulillah, keadaan dia bertambah baik, sihat dan bertenaga, siap boleh datang ke lokasi penggambaran saya yang jauh dari Kuala Lumpur untuk hantar makanan,” selorohnya.- GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *