Mengejutkan ada lagi kluster baru dikenal pasti selepas kes melonjak tinggi pada harini. Rupanya ini punca muncul kluster baru itu.

berita Infomaklumat ISU SEMASA Semasa

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan kluster baru di Perak dan Sabah iaitu Kluster Batu dan Kluster Ramai-Ramai. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Batu dikenal pasti di Taiping, Perak yang mana hasil saringan dalam kalangan kakitangan dan ahli keluarga sebuah kem tahanan.

Menurutnya, hasil saringan mendapati sebanyak tujuh kes dikesan positif Covid-19 semalam dan mereka semua dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak. “Sehingga jam 12 tengah hari ini, sejumlah 860 individu disaring iaitu tujuh positif, 182 negatif dan 671 masih menunggu keputusan.

“Kluster Ramai-Ramai dikenal pasti di Sandakan, Sabah yang mana kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-12,161) adalah seorang pemandu bas dan mengalami gejala sakit tekak dan demam bermula 27 September lalu,” katanya pada sidang media hari ini. Dr Noor Hisham berkata, kes dikesan positif Covid-19 pada 3 Oktober dan dimasukkan ke Hospital Dutchess of Kent, Sandakan, Sabah untuk rawatan.

“Susulan itu, saringan kontak rapat dijalankan dan 19 lagi kes positif Covid-19 dikenal pasti. Semua kes positif ini membabitkan warga negara Malaysia. “Mereka dimasukkan ke Hospital Dutchess of Kent untuk rawatan,” katanya. Beliau berkata, sehingga jam 12 tengah hari ini, sejumlah 166 individu disaring iaitu 20 dikesan positif Covid-19 dan 146 individu masih menunggu keputusan. “Punca jangkitan masih dalam siasatan,” katanya.

Sumber: HMetro

Kes melonjak naik lagi. Terkini 691 kes positif disahkan hari ni. Mengejutkan Dr Noor Hisham bongkarkan puncanya buat orang ramai tak senang duduk.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media Covid-19 memaklumkan bahawa terdapat pertambahan kes positif Covid-19 kepada 691 kes setakat hari ini, 6 Oktober 2020. Hal ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 13504 kes. Daripada jumlah tersebut, terdapat kes aktif.

Sehingga setakat hari ini, terdapat 87 kes sembuh. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh beralih angka kepada 10427 kes. Duka cita dimaklumkan empat kes pemergian direkodkan hari ini

Sumber: Sidang Media KKM

Pecah Rekod. Semalam 432 Kes Positif Covid 19 Disahkan. Mengejutkan KKM Tampil Bongkarkan Puncanya Buat Orang Ramai Tak Senang Duduk.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 432 kes baru telah dilaporkan hari ini (5 Oktober 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 12,813 kes. Daripada 432 kes ini 429 adalah kes tempatandan 3kes import.

Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 2336 kes. Manakala 32 pesakit berada di ICU dan 8 kes memerlukan bantuan pernafasan. Tiada kes pemergian baru menjadikan jumlah pemergian kekal sebanyak 137 kes. 57 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 10,340 kes.

Terkini Puchong Catat Kes Lagi. Terkini Penduduk Dari Apartment Sri Anggerik 1 Pula Disahkan Positif Covid 19. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Punca Buat Orang Ramai Tak Senang Duduk.

Macam yang korang semua tahu, Selangor merupakan negeri ke-3 yang mempunyai kes tertinggi selepas Sabah dan Kedah. Baru-baru ini pula, menurut posting yang dikongsikan oleh Puchong TODAY di Facebook, seorang penduduk dari Apartment Sri Anggerik 1 pula telah disahkan positif Covid-19 semalam.

Perkara ini disahkan sendiri oleh pihak pengurusan apartment tersebut. Pihak pengurusan dengan ini memaklumkan bahawa salah seorang penduduk dari Blok B telah dijangkiti Covid-19 pada 5 Oktober dan pesakit tersebut telah dipindahkan oleh KKM dan sedang menjalani rawatan.”

Sumber: Property Guru

Dalam notis yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan ini juga, mereka turut memberitahu yang proses sanitasi telah pun dijalankan di kawasan apartment tersebut seperti tangga, koridor dan tempat awam di semua blok bagi memastikan keselamatan penduduk lain terjamin.

Selain itu, pihak pengurusan turut menasihati penduduk di sana untuk mengamalkan SOP yang telah disarankan oleh kerajaan, menjaga kebersihan dan elak dari bersentuhan atau berkumpul di tempat-tempat sesak.

Dua lagi kluster baharu dapat dikenalpasti. KKM dedahkan dua kluster terbaru berpunca dari dua negeri ini dan harap semua sedia maklum

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti dua lagi kluster baharu Covid-19, hari ini, yang dilaporkan di Sabah dan Selangor. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu itu ialah Kluster Kau Sing di Tawau, Sabah dan Kluster Embun di Hulu Langat, Selangor.

Beliau berkata, kluster Kau Sing membabitkan kes indeks seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun yang dikesan positif melalui saringan individu bergejala pada 25 September lalu sebelum dimasukkan ke Hospital Tawau, Sabah.”Susulan itu, saringan kontak rapat dilakukan mendapati enam lagi kes positif dikenal pasti. Daripada tujuh kes terbabit, lima kes adalah individu tempatan dan dua lagi kes membabitkan individu bukan warganegara yang sudah dimasukkan ke Hospital Tawau untuk rawatan.

“Sehingga 12 tengah hari tadi, seramai 27 individu disaring dengan tujuh individu didapati positif, manakala sembilan individu dikesan negatif dan 11 individu masih menunggu keputusan. Punca jangkitan kluster ini masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.Bagi Kluster Embun pula, Dr Noor Hisham berkata, kes indeks membabitkan kes ke-11,147 iaitu seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang dikesan positif Covid-19 melalui saringan individu bergejala pada Selasa lalu sebelum beliau dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

“Susulan itu, saringan kontak rapat dilakukan mendapati empat lagi kes positif dikenal pasti dengan semua kes membabitkan individu warganegara yang sudah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.”Sehingga 12 tengah hari tadi, seramai 52 individu disaring bagi kluster ini dengan lima individu didapati positif, manakala 21 individu dikesan negatif dan 26 individu masih menunggu keputusan. Punca jangkitan kluster ini masih dalam siasatan,” katanya.-metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *