Kes positif covid 19 makin meningkat setiap hari. Disebabkan itu Ayda Jebat mahu kawalan pergerakan dikuatkuasakan tapi ini reaksi warganet terhadap kenyataannya.

artis Info Infomaklumat ISU SEMASA selebriti Semasa

Penyanyi Ayda Jebat memohon agar ‘lockdown’ atau mengetatkan lagi kawalan pergerakan dikuat kuasakan berikutan kes jangkitan pandemik Covid-19 di negara kian meningkat sejak kebelakangan ini. Jelasnya menerusi satu hantaran terkini di Instagram, kes jangkitan boleh meningkat sekiranya Standard Operating Procedures (SOP) tidak diperketatkan kerana masing-masing akan keluar untuk bekerja dan sebagainya.

Justeru penyanyi Mata ini turut bertanya hal sama kepada para pengikutnya di platform berkenaan. “Assalamualaikum. Dengan dukacitanya, saya mohon tolonglah lockdown atau ketatkan kawalan pergerakan. “Kalau tak lockdown atau ketatkan SOP, kes meningkat, family dan kawan kawan akan keluar selain bekerja, ke sekolah, pergi makan, jalan-jalan dan sebagainya.

“Saya risau. Saya sayang family saya dan semua. Please.. Korang rasa? I’m so sorry. Need to post this. Semoga kita semua dilindungi dari gejala ni,” tulisnya. Bagaimanapun, perkongsian tersebut mendapat reaksi pelbagai peminat. Ada yang bersetuju dan tidak kurang yang turut memberikan pandangan berhubung perkara tersebut. Malah ada di antara komen yang ditinggalkan mendapat respon Ayda.

Kami tak mampu nak hadap lockdown. Namun, dalam pada itu permohonan perintah berkurung itu mendapat tentangan daripada warganet, yang rata-ratanya tidak bersetuju kerana ia boleh menjejaskan punca rezeki dan mengundang masalah kewangan. “Takut kena buang kerja lagi”. “Kalau lockdown susah la”. ” kami pon ada keluarga jugak”. Dalam setiap keputusan yang harus dibuat pasti ada kebaikkan dan keburukkannya, diharapkan rakyat Malaysia terus mematuhi SOP dan menjaga diri masing-masing dalam usaha mengekang penularan virus.

Foto: Instagram Ayda Jebat

Sumber: MediaHiburan, Oh My Media

Kes melonjak naik lagi. Terkini 691 kes positif disahkan hari ni. Mengejutkan Dr Noor Hisham bongkarkan puncanya buat orang ramai tak senang duduk.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media Covid-19 memaklumkan bahawa terdapat pertambahan kes positif Covid-19 kepada 691 kes setakat hari ini, 6 Oktober 2020. Hal ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 13504 kes. Daripada jumlah tersebut, terdapat kes aktif.

Sehingga setakat hari ini, terdapat 87 kes sembuh. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh beralih angka kepada 10427 kes. Duka cita dimaklumkan empat kes pemergian direkodkan hari ini

Sumber: Sidang Media KKM

Pecah Rekod. Semalam 432 Kes Positif Covid 19 Disahkan. Mengejutkan KKM Tampil Bongkarkan Puncanya Buat Orang Ramai Tak Senang Duduk.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 432 kes baru telah dilaporkan hari ini (5 Oktober 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 12,813 kes. Daripada 432 kes ini 429 adalah kes tempatandan 3kes import.

Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 2336 kes. Manakala 32 pesakit berada di ICU dan 8 kes memerlukan bantuan pernafasan. Tiada kes pemergian baru menjadikan jumlah pemergian kekal sebanyak 137 kes. 57 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 10,340 kes.

Terbaru Kerajaan sudah mengenakan larangan keluar dan masuk Sabah bermula tarikh ini. Tetapi pengecualian khas dikenakan bagi golongan tertentu.

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengenakan sekatan perjalanan dari Sabah dan ke Sabah melibatkan Semenanjung, Sarawak dan Labuan bermula 12 Oktober sehingga 25 Oktober 2020. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu kenyataan media pada Selasa berkata keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira peningkatan kes COVID-19 di seluruh Sabah. Bagaimanapun, katanya, terdapat pengecualian khas diberikan kepada kes-kes tertentu yang melibatkan kes kecemasan, pemergian, perkhidmatan perlu dan lain-lain yang perlu mendapat kebenaran dari Kementerian Kesihatan (KKM). “Mereka yang telah mendapat kebenaran juga perlu menjalani ujian saringan COVID-19 oleh KKM setibanya di pintu masuk destinasi masing-masing,” katanya. Bagi pergerakan masuk ke Sabah, kebenaran diberikan kepada kategori seperti berikut:

Rakyat Sabah yang memegang MyKad kod H. Pasangan kepada rakyat Sabah yang memiliki pas imigresen Malaysia yang sah tempoh yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, Negeri Sabah, atau bukti perkahwinan dan sijil lahir anak. Pekerja bidang perkhidmatan perlu (essential service) yang mempunyai pas Imigresen Malaysia yang sah tempoh yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, negeri Sabah. Pelajar bukan rakyat Sabah yang mempunyai kad/pas pelajar daripada Jabatan Imigresen Malaysia, negeri Sabah. Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkhidmat di Sabah perlu mendapatkan cop seksyen 66(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 di pejabat Imigresen Sabah setelah masuk ke Negeri SabahPemastautin tetap Sabah yang memiliki MyPR kod H atau Kad Permit Masuk atau endosmen permit masuk dalam passport. Mereka hendaklah membuat permohonan kepada Jabatan Ketua Menteri melalui Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan untuk pertimbangan. Mereka juga akan menjalani ujian saringan COVID-19 oleh KKM setibanya di pintu masuk destinasi masing-masing.

Sebarang pertanyaan lain boleh diajukan kepada Bilik Gerakan Bencana Negeri Sabah di talian 088-369434. Dalam perkembangan berhubung operasi pematuhan PKPP, beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 363 individu pada Isnin atas kesalahan ingkar arahan PKPP. “Daripada jumlah itu, seramai 307 individu dikompaun, 56 lagi direman,” katanya. Beliau berkata antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka (144), gagal menyediakan peralatan/rekod butiran diri (129) dan gagal menjaga penjarakan fizikal (53), premis beroperasi lebih masa (17), aktiviti dalam pub dan kelab malam (15), masuk kawasan PKPDB tanpa kebenaran (dua), langgar perintah kuarantin (satu), menjalankan aktiviti perjudian (satu), dan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah (satu).Menerusi Operasi Benteng yang dijalankan pula, beliau berkata 151 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan seorang tekong ditahan. Katanya lagi, lima kenderaan darat juga berjaya dirampas.

Sumber: AstroAwani

COVID-19: Sekatan perjalanan keluar masuk Sabah dari 12 hingga 25 Oktober

Kuala Lumpur: Kerajaan mengenakan sekatan rentas negeri di Sabah bermula 12 sehingga 25 Oktober ini. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekatan itu bagi perjalanan dari Sabah dan ke Sabah membabitkan Semenanjung, Sarawak dan Labuan. Bagaimanapun, katanya, pengecualian khas diberikan kepada kes tertentu yang membabitkan kecemasan dan perkhidmatan perlu dengan kebenaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Bagi pergerakan masuk ke Sabah, kebenaran diberikan kepada rakyat Sabah, pasangan yang memiliki pas imigresen sah atau bukti perkahwinan dan sijil lahir anak, pekerja bidang perkhidmatan perlu yang mempunyai pas imigresen sah, pelajar, pekerja perkhidmatan awam Persekutuan yang berkhidmat di Sabah serta pemastautin tetap Sabah.

“Bagi pergerakan keluar dari Sabah pula, kebenaran diberikan kepada kes kecemasan dan tugas rasmi dengan mengemukakan permohonan serta mendapat kebenaran daripada KKM,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, individu yang dibenarkan keluar dari Sabah perlu menjalani ujian saringan Covid-19 oleh KKM setibanya di pintu masuk destinasi masing-masing. Katanya, sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Bilik Gerakan Bencana Negeri Sabah di talian 088-369434.

Sumber: HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *