Belum tamat lagi isu ini. Terkini rata rata masyarakat selangor luahkan perasaan mereka selepas isu air tak selesai lagi. Ini luahan mereka.

Info Infomaklumat ISU SEMASA Semasa

Dengkil: Rata-rata penduduk di Selangor sudah penat dengan masalah ketiadaan air hingga mengganggu urusan harian mereka terutama peniaga. Kekerapan ketiadaan air menyebabkan mereka kini sudah hilang sabar angkara sikap tidak bertanggungjawab pemilik kilang atau perusahaan yang melakukan pencemaran di negeri berkenaan.

Peniaga di Kampung Jenderam Hilir, A Ramli Harun, 47, berkata, isu air sudah berlarutan sudah lama dan setiap tahun pastinya penduduk Selangor akan berdepan dengan masalah berkenaan. “Kami sudah penat, setiap tahun pasti akan berlaku isu ketiadaan air, masalah ini menjejaskan perniagaan saya. Perniagaan kami boleh terjejas, bayangkan kami sudah beli bahan mentah segar untuk masak dan jika tiada air pastinya kami tidak dapat beroperasi seperti biasa,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dan membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan. “Isu pencemaran ini bukan pertama kali dalam Selangor. Pencemaran ini memberi kesan kepada semua pihak, harap tindakan tegas dapat diambil,” katanya. Bagi seorang lagi penduduk, Salmah Katin, 63, berkata, dia berharap kerajaan negeri dapat melakukan sesuatu sebelum kejadian lebih buruk berlaku.

“Ketiadaan air memang menjadi bebanan kepada kami, tolonglah selesaikan segera,” katanya. Sementara itu, bagi penduduk Kampung Jenderam Hilir, Nor Hayati Lamyat, 46, pula berharap isu itu dapat diselesaikan segera. “Jika tiada air satu dua hari kita masih boleh terima, tetapi kalau berpanjangan dalam tempoh seminggu memang bawa masalah,” katanya.

Sumber: HMetro

Gangguan bekalan air: Pencemaran LRA Sungai Semenyih semakin pulih

KUALA LUMPUR: Tahap pencemaran di loji rawatan air (LRA) Sungai Semenyih beransur pulih selepas loji tersebut terpaksa diarahkan henti tugas sejak Ahad lalu.LRA Bukit Tampoi bagaimanapun masih menunjukkan sisa pencemaran pada muka sauk dan belum boleh beroperasi semula.Air Selangor dalam satu kenyataan berkata, ujian persampelan yang dijalankan setakat jam 8 pagi ini di muka sauk LRA Sungai Semenyih mencatatkan bacaan 0 TON tiga kali berturut-turut. Manakala LRA Bukit Tampoi berada pada tahap 1 TON.

LRA hanya boleh mula beroperasi sekiranya pencemaran di muka sauk berada pada tahap 0 TON sebanyak tiga kali berturut-turut dan tiada baki sisa pencemaran dikesan di hulu sungai.“Dalam pada itu, LRA Sungai Semenyih telah mula mengoperasikan pam air mentah pada pagi ini untuk kerja-kerja pembersihan paip air mentah dan tangki-tangki rawatan air.“Usaha untuk merawat air mentah dan menstabilkan sistem LRA akan mengambil masa selama 12 jam sebelum bekalan air boleh diagihkan kepada para pengguna,” menurut kenyataan itu.Sementara itu, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menerusi Twitter menjelaskan, pam di loji LRA Sungai Semenyih telah mula beroperasi untuk tugas-tugas pembersihan.

Susulan proses menstabilkan rawatan air dapat dilaksanakan sepenuhnya, Air Selangor akan mengumumkan jadual pemulihan air secara berperingkat bagi kawasan yang menerima bekalan dari LRA Sungai Semenyih.Penghentian tugas kedua-dua loji sejak malam Ahad menjejaskan bekalan air di 274 kawasan dan membabitkan 309,387 akaun pengguna di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.

Sumber: Awani

Gangguan bekalan air berlaku sekali lagi. Pihak Air Selangor memaklumkan tempat tempat yang terjejas di Selangor dan harap semua maklum dengan tempat yang dikehendaki.

Menerusi kenyataan media Air Selangor, pihaknya memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihentikan sepenuhnya berikutan pencemaran air mentah di Sungai Semenyih yang menjadi sumber utama ke loji-loji ini.

Penghentian loji-loji ini akan memberi kesan kepada 274 kawasan mewakili 309,687 akaun pengguna. Empat wilayah iaitu Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air.Perkara ini telah dilaporkan kepada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan tindakan lanjut akan diambil bagi mengenal pasti punca pencemaran air di Sungai Semenyih dan kawasan berhampiran. Pihak Air Selangor, turut mengaktifkan Pelan Tindakan Kecmasan (ERP) bagi mendapatkan bantuan kepada pengguna-pengguna yang terjejas.

Kawasan yang terjejas

Buat masa ini pihak Air Selangor masih belum dapat menjangkakan tempoh masa pengoperasian semula loji dan pemulihan bekalan air. Pihak Air Selangor akan memaklumkan sebarang perkembangan dari semasa ke semasa berkaitan kejadian ini kepada pengguna.Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai bekalan air di Selangor menerusi Facebook, Twitter dan laman web Air Selangor.Sumber:  Air Selangor

Dikatakan 4 Individu Ini Menjadi Punca Masalah Bekalan Air Berlaku. MB Selangor Kejutkan Orang Ramai Dengan Tindakan Yang Akan Diambil Ke Atas Pengusaha Dan Kilang Terbabit

KUALA LUMPUR, 5 Sept  — Kilang yang terbabit dalam kejadianpencemaran air di Sungai Gong, Rawang sehingga menyebabkan lebih 1.2 juta pengguna di Lembah Klang terputus bekalan air akan dirobohkan selain pengusaha diarah memulihkan tanah di situ.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata arahan itu terkandung dalam Notis Pelnggaran Syarat (7A) yang akan dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Gombak kepada pengusaha kilang terbabit Isnin ini.

“Pemilik tanah terbabit mengusahakan bengkel membaiki jentera berat. Kita arahkan pemilik untuk pulihkan tanah, roboh bangunan dan henti operasi. “Kita akan tutup kawasan itu selama tiga hingga empat bulan untuk pastikan tempat berkenaan selamat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pelaporan Penuh Situasi Semasa Berhubung Isu Pencemaran Air di Ibu Pejabat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), di sini hari ini.

Amirudin juga mendedahkan kilang berkenaan telah diberi notis henti operasi pada Mac lepas namun pemiliknya berdegiil dan kembali memulakan operasi pada Jun lalu. Bagi memastikan kejadian sedemikian tidak berulang, Amirudin berkata kerajaan negeri akan meminda Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 bagi menaikkan denda maksimum daripada RM500,000 kepada RM1 juta terhadap mana-mana individu atau premis yang terbukti menyebabkan pencemaran sumber air di Selangor.

“Kita akan bentangkan pindaan ini pada persidangan dewan undangan negeri akan datang. Pada masa sama kita harap Kementerian Alam Sekitar dan Air dapat meminda akta berkaitan,” katanya.Terdahulu, Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata pihak yang bertanggungjawab terhadap pencemaran itu akan didkwa minggu depan.

Sementara itu, Amirudin berkata Air Selangor menjangkakan bekalan air ke kawasan terjejas pulih sepenuhnya pada 6 pagi Rabu ini. Beliau turut menasihati pengguna yang kini telah menerima bekalan, agar tidak terbuuru-buuru menadah dan menyimpan air yang boleh menyebabkan tekanan air rendah, sekali gus mngganggu proses pemulihan bekalan air. — BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *