Bahaya bila rasa diri tu bagus. Terkedu Mawar Rashid luahkan sesuatu menerusi laman Instagramnya sehingga meraih perhatian warganet. Ternyata ini yang dikongsikannya.

artis selebriti

Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid ada menitipkan pesan serta peringatan kepada diri sendiri agar sentiasa bersyukur dan merendah diri. Malah, Mawar yang kini sedang hamil anak kedua juga turut berkongsi situasi andai merasakan diri terlalu bagus hingga lupa diri.

“BAHAYA bila rasa diri tu BAGOS”. Macam mana nak dtg perasaan nak BELAJAR kalau kau pun asyik pikir kau tu bagus? “Kalau kau x belajar, sah2 kau akan sesat. Kau rasa apa yg buat, kau pikir tu betui. “Tak pun, bila kau dah berjaya, kau dah rasa diri tu bagus. Kau jd lupa sape yg ada ngn kau bila kau x tau pape.

“Biasa orang yg rasa diri dia BAGOS, mesti cepat naik, tapi cepat TURON. Jadi, always be humble. “Always mencari ilmu.. always bersyukur.. always improve diri sendiri.. always ingat jasa orang. Because.. only YOU CAN HELP YOURSELF,” katanya. Lalu, perkongsian yang dikongsikan Mawar menerusi Instagram mendapat reaksi pelbagai daripada pengikutnya.

Terdahulu, Mawar kini kian sukses menerusi produk kecantikan, Mawarose. Menerusi produk yang dijalankan oleh Mawar bersama keluarganya itu, mereka mengeluarkan produk pertama iaitu Magic Rose Lips & Cheek Cream, Mac lalu. Selain dijual secara atas talian dan menerusi stokis, Mawarose juga menampilkan kelainan kerana ia bakal dijual menerusi ‘vending machine’.

Sumber: MediaHiburan

Terkedu Mawar Rashid dedahkan sikapnya yang tidak suka membazir dari kecil lagi. Ini yang didedahkan Mawar selepas beli sesuatu yang meraih tumpuan warganet baru baru ini.

Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid mengakui tidak suka mengamalkan sikap boros ketika berbelanja. Malah, ibu hamil ini juga amat berhati-hati dan menitikberatkan soal penggunaan wang ringgit. Mawar atau nama penuhnya Wan Mawar Shaputri pada masa sama turut menambah, dia mengamalkan sikap berjimat-cermat sejak kanak-kanak lagi dan hanya mementingkan barang keperluan daripada kehendak.

This image has an empty alt attribute; its file name is 82e4e86e-daa8-4d8e-acf8-ffb41c1ca28b-244x300.jpg

“TAK SUKA ATTITUDE BOROS NIH! Mekwa ni sejenis berjaga2 on ‘spending money’, dari kecik x suke ngan attitude boros ni. “Sebab dari kecik Mekwa tahu penat susah nak cari duit.. hehe.. That’s why Mekwa beli benda yang betul2 Mekwa perlukan kan je. Hehe #kawalhawanafsu “tu yang finally beli ipad sendiri. Nak buat notes senang laa lepas ni.. x de da masalah miss placed buku nota.. Kjap buku ni hilang buku yu hilang, notes pun hilang sedeyyyhh je.

“Now dah ade ipad so semua notes boleh simpan lam satu ipad. Hehe Thank you all yang support produk @mawarosehq,” tulis Mawar. Sebagai informasi, Mawar dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob berkahwin pada 9 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac 2019. Pada Jun lalu, Mawar juga telah mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.

Sumber: MEDIA HIBURAN

Hijrah Mawar Rashid, terbuka hati bertudung

SELEPAS mengikuti kelas pengajian agama di Kelantan baru-baru ini pelakon Mawar Rashid akhirnya terbuka hati untuk menutup aurat sepenuhnya. Menurut Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 25, dia sudah lama menyimpan impian untuk memakai tudung namun akui hatinya berbolak-balik. Bagaimanapun, Mawar akhirnya menyedari tanggungjawabnya sebagai wanita Islam bukan sahaja perlu sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan tetapi juga melakukan perkara wajib seperti menutup aurat.

“Sebenarnya saya nak tutup aurat dah lama sangat. Sudah tentu sebagai wanita beragama Islam ada impian untuk jadi muslimah yang beriman di hadapan Allah. Dah lama impian ini tersimpan. “Tapi itulah… saya pun manusia biasa dan banyak kekurangan. Hati saya pun rasa berbolak-balik, sebab itu masa Ramadan saya cuba untuk berhijab tapi rasa tak bersedia lagi. “Saya tahu waktu itu hati tak kuat tapi Alhamdulillah, saya dapat hidayah selepas masuk kelas agama dan belajar lebih mendalam tentang Islam. Selama ini memang sentiasa ingat Allah tapi lepas masuk kelas, baharu saya belajar dan faham.- MSTAR

Mengejutkan Mawar Rashid muatnaik sesuatu di ig nya. Kalau syg tapi tk jaga hati buat apa. Rupa rupanya ini yg terjadi dgn rumahtangganya.

Pelakon, Mawar Rashid ada memuat naik sekeping foto menerusi laman media sosial Instagram miliknya. Di samping berkongsi swa-foto bersama suami, bintang berusia 24 tahun ini ada memberi kata nasihat untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.

“Saya percaya dengan cinta setulus hati, cinta yang memberikan kebahagiaan dan keberkatan dalam dunia & akhirat. “Dan bukan cinta yang hanya berlandaskan ‘sayang’. Kalau stakat sayang, tapi tak jaga perasaan buat apa kan? “Slalu jugak dengar orang cakap, kalau dah ‘sayang’ tu, kita kene tahan dengan sikap dia. No no. Itu bukan namanya ‘sayang’ atau ‘cinta’.

“Tu namanya merosakkan jiwa sendiri dan tak memberi peluang kepada pasangan untuk menjadi yang lebih baik. “Kalau ada salah yang tak dapat dikawal antara suami isteri tu, seeloknya pergi la cari org yang lebih arif untuk meredakan jiwa dan ‘belajar’ perkara yang sebetulnya. Just sharing. I also still new in marriage,” tulisnya.

Selain itu, bintang drama bersiri TQ Captain ini menyarankan agar setiap pasangan suami isteri harus mempunyai sikap toleransi antara satu sama lain. “Saya percaya, kalau kita cinta, kita mesti belajar untuk jadi yang terbaik kan. Kita lahir lahir bukan nye dah tahu semua benda. Banyak benda nak kene belajar. Cinta bergantung kepada dua insan.

“Samasama lindungi fizikal & mental. Sama sama adil. Sama sama menasihati. Sama sama belajar untuk menjadi orang yang lebih baik dari yang sebelum ni. “Kita ni tak ada pun yang sempurna. Sebab tu kene slalu rendah diri kepada ilmu.

“lmu sesama pasangan tu paling penting sebenarnya. Sebab partnerlah actually our biggest supporters. “Thank you Abang kerna sentiasa ingin membuktikan apa itu maksud cinta. Thank you kerna sentiasa mencari ilmu demi ‘mendidik’ orang rumah.

“Semoga Allah sentiasa berikan keberkatan dalam hidup abang. Aminnnn,” tulisnya lagi. Imbas kembali, Mawar dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob berkahwin pada 9 November 2017 dan dikurniakan satu cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac lalu. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Foto: Instagram Mawar Rashid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *