Terima bantuan wang tunai bernilai RM30491.93 dari peminat wanita di Singapura. Ini respon Ebby Yus dengan bantuan ini dan mereka saling berhubung sehingga ke hari ini

artis

Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak, Ebby Yus mendedahkan dia pernah menerima bantuan wang tunai bernilai RM30,491.93 daripada peminat wanita dari Singapura ketika menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.Bagaimanapun, dia pada awalnya tidak sedia menerima bantuan kewangan berkenaan dengan bertindak menghubungi wanita itu bagi tujuan ingin menolak secara baik.

“Pada awalnya, dia menghubungi pembantu saya dan menyuarakan hasrat untuk memberi sumbangan itu kerana tahu mengenai keadaan kesihatan yang saya alami.”Ketika itu, kita semua tak dapat bekerja kerana PKP. Jadi, apabila dimaklumkan oleh pembantu, saya sendiri menghubunginya dan menjelaskan bahawa keadaan kesihatan saya sudah kembali pulih. 

“Saya katakan pada dia, mohon sumbangkan doa pun sudah mencukupi. Namun, dia mendesak untuk tetap memberikan sumbangan kerana seluruh keluarganya meminati saya,” katanya kepada Harian Metro.Ebby berkata, dia juga curiga dengan tindakan wanita itu memandangkan banyak kes ‘sc4m’ berlaku ketika PKP lalu.

“Saya rasa sangsi juga kerana takut jika itu adalah ‘scmmer’ kerana dia meminta nombor akaun bank. Tapi, bila difikirkan semula, dalam akaun saya pun cuma ada dalam RM40 saja, jadi tak rugi pun kalau saya bagi.”Tak lama selepas itu, sejumlah wang bernilai SGD10,000 (RM30,491.93) masuk ke dalam akaun saya. Saya macam susah nak percaya, tapi bila diperiksa berkali-kali, memang benar,” katanya.

Tambah Abby, individu itu umpama kiriman daripada Allah untuk membantunya.”Allah menghantar individu ini, yang bagi saya sangat berhati mulia dan ikhlas. Kalau bukan kerana situasi pandemik sekarang, saya dah ke Singapura untuk bertemu dengannya sekeluarga.”Jadi, sejak dari itu hinggalah ke hari ini, kami sering berkomunikasi menerusi telefon,” katanya.Terdahulu, Ebby ditemui pada majlis pelancaran Beras Ashraffi yang juga menjadi satu lagi projek usaha sama antara dirinya sebagai penyelaras dengan pemilik Pondok Motivasi Hamlatul Qur’an, Ustaz Dr Mohd Ashraf Suarin.-metro

Ebby Yus terima tawaran kedua, peminat wanita pula mahu derma buah pinggang!

Jika sebelum ini peminat lelaki, kali ini peminat perempuan pula mahu derma buah pinggang.PELAWAK Ebby Yus mendedahkan dia menerima tawaran kedua daripada individu tidak dikenali yang meluahkan hasrat untuk mendermakan buah pinggang kepadanya.Ebby atau nama sebenar Muhammad Yunus Abdul Rashid, 55, berkata kali ini dia dihubungi oleh seorang wanita yang turut menyatakan hasrat yang sama.

“Seminggu sebelum puasa saya ada terima satu panggilan daripada seorang wanita yang berniat nak derma buah pinggang.”Tapi buat masa ini belum ada sebarang perbincangan lanjut kerana hal ini bukan perkara mudah dan banyak proses, cumanya saya kagum dengan niat dia itu.Ebby Yus sibuk dengan pelbagai program televisyen pada bulan Ramadan ini.

“Iyalah, nak derma buah pinggang ini bukan boleh main-main atau buat gurau-gurau,” katanya kepada mStar.Ebby Yus ditemui semasa pelancaran TV3 Grand Bazar Ramadan Raya 2019 yang diadakan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu.Pada Januari lalu, pelakon yang menderita pelbagai jenis sakit termasuk buah pinggang bocor, jantung, drah tinggi, gastrik, masalah saraf dan prostat sejak beberapa tahun lalu terkejut apabila menerima tawaran seorang peminat lelaki yang mahu mendermakan buah pinggang kepadanya.

Kesihatan Ebby Yus semakin baik.Individu berkenaan meluahkan hasrat tersebut menerusi ruang komen Facebook berhubung artikel tentang keadaan kesihatannya yang dilaporkan oleh sebuah portal berita.Bercakap mengenai perkembangan kesihatannya, Ebby memberitahu masih belum ada keperluan untuk dia menjalani operasi pemindahan buah pinggang.

“Buat masa ini doktor kata tak perlu lagi dan tak cadangkan kerana keadaan saya belum ditahap yang terlalu teruk.”Saya masih teruskan pemeriksaan dan rawatan cumanya tak perlu dialisis atau apa-apa lagi. Alhamdulillah kos perubatan pun kurang sedikit daripada dulu,” ujarnya.-metro

“H1na ke orang macam saya kahwin dengan wanita muda?” – Ebby Yus terkilan komen negatif dikatakan tak layak untuk Zizi Kirana

.PELAKON Ebby Yus memberitahu dia sudah memaafkan warganet yang melemparkan kritikan terhadapnya gara-gara foto perkahwinannya dengan penyanyi Zizi Kirana tular di laman sosial.Ebby, 55, bagaimanapun mengakui terkilan apabila ada segelintir waragnet yang mengatakan dirinya tidak sesuai untuk berkahwin dengan wanita yang lebih muda.”Sebenarnya saya tak sangka boleh jadi macam ini tapi tak apa saya dah maafkan mereka sebab waragnet akan komen apa sahaja yang mereka nampak.Peminat menghantar mesej peribadi di Instagram Zizi.

“Saya tak ada masalah dengan semua komen. Cuma pada saya, berdosa ke h1na ke orang macam saya ini dah tua, tak ada rupa kahwin dengan wanita muda dan cantik?”Jadi satu dosa ke kalau memang benar saya dijodohkan dengan wanita muda dan cantik?” kata Ebby ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Foto Ebby dan Zizi mengenakan busana pengantin dan bersanding di pelamin mengundang salah faham dalam kalangan warganet di laman sosial.Malah ada juga segelintir mereka yang meluahkan rasa kecewa Zizi memilih Ebby sebagai suami yang dianggap sudah tua.Menerusi laporan mStar pada Rabu, Zizi menjelaskan foto tersebut dirakam ketika mereka menjalani penggambaran sketsa komedi J.K.K yang akan bersiaran pada Oktober depan di TV3.

Ebby memberitahu dia masih bujang.Dalam pada itu, pelakon filem This Is Pilah ini menegaskan statusnya masih bujang dan sehingga kini dia belum mempunyai kekasih.Ebby bagaimanapun memberitahu dia tidak mampu untuk menolak ketentuan Allah sekiranya ditakdirkan berkahwin dengan wanita muda dan mempunyai rupa paras yang cantik.

“Saya masih lagi bujang, belum berkahwin dan belum ada kekasih. Bagi saya, kalau ditemukan jodoh dengan wanita muda, tiada istilah menolak atau terima.”Tapi saya cuma tidak mampu menolak ketentuan Allah yang sudah mengaturkan segalanya. Kalau sesuatu perkara itu baik, kenapa perlu untuk menolak?,” ujarnya.Tags/Kata Kunci:-metro

Simpati pendritaan Ebby Yus, pelawak bersatu hati cari dana

TERKESAN dengan berita keadaan terkini Ebby Yus yang mendrita akibat komplikasi jantung dan buat pinggang, pelawak Ajak (Shiro) memberitahu sedang dalam usaha mengumpulkan dana bagi membantu meringankan beban pelakon senior itu.Ajak atau Mohamad Hanafi Razak, 33, berkata, dia juga sudah mengutarakan idea itu kepada rakan pelawak yang lain dan rata-rata bermurah hati untuk menyumbang.

“Ebby Yus bukan sahaja seorang pelakon dan pelawak berbakat besar malah sudah kami anggap sebagai mentor yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami generasi baru.Ebby pernah dimasukkan ke hospital pada 2017 kerana mengalami lemah jantung.“Apabila mendapat tahu tentang keadaannya terus kami terpanggil untuk membantu maka timbul idea untuk mengumpul dana daripada rakan-rakan seperjuangan dalam bidang komedi.

“Kami mungkin tidak ramai tetapi Insya Allah apabila kami bersatu hati ia pasti dipermudahkan,” katanya kepada mStar Online.Dalam pada itu, Ajak turut memberitahu dia juga akan menyumbangkan sebahagian wang kemenangannya menerusi pertandingan Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) minggu lalu untuk disalurkan kepada Ebby.

Malah kata Ajak, dia juga terharu apabila rakan-rakan seperjuangan dalam MLM2018 seperti Taman, Zero dan Bocey turut berniat melakukan perkara sama.Juara MLM 2018… Shiro membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000.Pada pertandingan itu, Ajak bersama Shahrol menjuarai pertandingan itu dan membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi.

Baru-baru ini, media melaporkan Ebby atau Muhammad Yunus Abdul Rashid, 55, sudah setahun tidak bekerja akibat jantungnya kembali lemah selain masalah buah pinggang bocor.Untuk rekod, Ebby pernah menjalani operasi pintasan jantung pada 1998 selain dimasukkan ke hospital sekitar 2015 dan 2017 akibat masalah sama.-metro

“Kak salah pilih calon suami ke?” – Peminat kecewa Zizi Kirana dan Ebby Yus bersanding di pelamin

PELAKON Zizi Kirana tidak menyangka foto bersama pelawak Ebby Yus bersanding di pelamin dengan pakaian pengantin mengundang salah faham dalam kalangan warganet.Menurut Zizi, dia dihujani pelbagai komen dan mesej peribadi daripada peminat yang ingin mendapatkan kepastian mengenai hubungannya dengan pelawak tersebut.

“Kelakarlah! Tiba-tiba ramai mesej yang tanya betul ke saya dengan Ebby Yus dah berkahwin dan ada peminat yang meluahkan rasa kecewa serta mengharapkan supaya perkara itu tidak benar.”Abang Ebby (Yus) pun terkejut apabila foto itu tular di media sosial dan tak sangka ia akan menjadi perbualan peminat, sebenarnya gambar itu dirakam semasa kami menjalani penggambaran sketsa komedi untuk siaran TV3.

“Saya dengan Ebby Yus dah macam abang dengan adik, dia pun lawak orangnya. Tak ada lah bercinta-bercinta ni!,” katanya kepada mStar.eminat kecewa Zizi Kirana dan Ebby Yus bersanding di atas pelamin.Menerusi Instastory, penyanyi lagu Siapa Yang Bap Bap ini berkongsi luahan rasa kecewa peminat apabila melihat foto dia bersama Ebby Yus lengkap berpakaian pengantin berwarna hijau.

“Adakah ini benar sister? Katakan tidak please… Saya kecewa!”Kak Zizi tak salah pilih calon suami ke? Macam atuk-atuk je,” tulis warganet melalui mesej peribadi.Peminat menghantar mesej peribadi bertanyakan kesahihan gambar tersebut.Masih mencari lelaki yang sesuai untuk dijadikan suami, Zizi berkata dia tidak kisah jika dipertemukan jodoh dengan lelaki yang lebih berusia.

Malah, dia menerima dengan hati terbuka jika ditakdirkan satu hari nanti dia berkahwin dengan lelaki setaraf usia datuknya.”Saya tak kisah kalau dah dijodohkan dengan orang lebih berusia atau dah pangkat-pangkat bapa atau datuk saya.Zizi sedang mencari calon suami yang memenuhi ciri-ciri pilihan.

“Masalahnya, tunggu yang bujang pun tak jumpa-jumpa lagi. Macam mana tu? Soal jodoh ini terbuka, jika dia bertanggungjawab, beriman dan mampu membahagiakan saya… saya terima,” ujarnya yang kini muncul dengan lagu baharu berjudul Mintak Lagi.Menerusi laporan mStar pada 2018, Zizi atau Nur Fazelah @ Zizi Mohd. Tahil, 32, menyenaraikan ciri-ciri bakal suami mestilah mempunyai pendapatan minimum RM5,000 selain bebas daripada bebanan hutang.

Dalam senarai sama, Zizi juga mencari calon yang lancar membaca Al-Quran selain bukan kaki mbuk dan sosial serta tidak mengamalkan pergaulan bebas.Dari segi rupa paras pula, Zizi tidak meletakkan syarat seorang lelaki itu perlu berwajah kacak namun baginya cukup sekadar sedap mata memandang dan sanggup berbuat apa sahaja deminya dan keluarga.-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *