Memaklumkan jalani rawatan kerana disahkan positif COVID19. Datuk Dr Zulkifli kongsi berita dia terkena virus tersebut dan menyeru orang ramai yang menghadiri majlis ini untuk menjalani pemeriksaan saringan

berita

Menerusi status Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, beliau memaklumkan sedang menjalani rawatan kerana disahkan positif Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.Positif Covid-19.Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik. Saya menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang melibatkan kehadiran saya dari 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera. Saya berdoa semoga Allah SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada COVID-19. Insya-Allah.

Jelas Dr Zulkifli beliau dalam keadaan yang baik dan menyeru orang ramai untuk segera menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 jika menghadiri sebarang majlis yang dihadiri oleh beliau bermula 24 September hingga 4 Oktober.Sumber: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Sibuk Uruskan Bantuan Buat Pelajar Institut Pengajian Tinggi. Lain Pula Yang Meraih Perhatian Bila Pelitup Muka Dr Zulkifli Bertulis Slogan Ini Sebagai Mesej Semangat

Rasanya semua sedia maklum, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri merupakan salah seorang peminat setia kelab bola sepak Liverpool.Hari ini, menteri agama kita ini agak sibuk menguruskan bantuan kecmasan buat pelajar-pelajar Insitut Pengajian Tinggi (IPT) yang terkndas akibat penangguhan pendaftaran fizikal pelajar baharu serta kemasukan kembali ke kampus.

Beliau kerap mengemas kini pergerakannya dalam usaha menggerakkan misi #MusaadahKhasSiswa satu demi satu menerusi ciapan-ciapan di Twitter.Berdasarkan maklumat, hari ini Dr. Zulkifli berkesempatan turun padang ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menyampaikan sendiri bantuan-bantuan tersebut kepada pelajar yang memerlukan.

Menariknya, ketika sibuk menjalankan amanah sebagai seorang menteri, dalam masa sama mematuhi prosedur operasi standard (SOP), beliau memakai topeng pelitup muka yang tertera slogan keramat Liverpool “You’ll Never Walk Alone” di depannya.Jelasnya, tujuan memakai sebegitu adalah kerana niatnya yang murni untuk menyuntik semangat kepada semua pihak.Terima kasih Dr. Zulkifli atas khidmat bakti yang dicurahkan hari ini. Ramai yang turut sama membantu menggerakkan misi bantuan ini.Benarlah, you will never walk alone.Sumber: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Selamba Dr Zulkifli Pilih Untuk Potong Rambut Di Kedai Hipster.Ini Reaksi Mengejut Dari Tukang Gunting Bila Dr Zulkifli Tanpa Ragu Datang Ke Kedainya

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkongsi gambar di Instagram yang memaparkan beliau sedang menggunting rambut di sebuah kedai hispter di Nilai, Negeri Sembilan.Menerusi kapsyen, Dr Zulkifli berkata beliau berbangga apabila melihat anak muda Muslim berjaya dalam pelbagai bidang masing-masing selain berterima kasih atas perkhidmatan menggunting rambut yang baik.

“Sesekali cuba kedai gunting rambut hipster. Saya amat berbangga melihat kejayaan anak muda Muslim dalam apa jua lapangan kerjaya yang diceburi,” katanya.Posting tersebut mendapat maklum balas daripada tukang gunting rambut dikenali sebagai Afifi yang turut mengucapkan terima kasih selain berharap dapat bertemu lagi dengan Dr Zulkifli.Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!Sumber: KLMENJERITVIDEO

Dr Zulkifli mufti pertama jadi menteri

MUFTI Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi mufti pertama di negara ini dilantik sebagai menteri.Pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah, Ijazah Sarjana Syariah daripada Universiti Ulum al-Islamiyyah wa al-Arabiyyah, Syria dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengkhususan pengeluaran Fatwa itu begitu disegani dan menjadi pakar rujuk dalam pelbagai isu agama sebelum ini.

Beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu dan Negeri Sembilan selain terbabit sebagai penasihat syariah dalam beberapa institusi kewangan.Dr Zulkifli dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan pada Jun 2014 sehingga kini.Terkenal dengan perwatakan warak dan sopan, beliau sering dikunjungi ibu bapa yang ingin memintanya supaya mentahnikkan bayi yang baru lahir.-mymetro

Keupayaan Zulkifli Mohamad Al-Bakri diyakini

KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yakin pemilihan tokoh agamawan membarisi Kabinet kali ini membolehkan urusan berkaitan agama berjalan dengan lancar tanpa dipengaruhi mana-mana agenda politik kepartian.Setiausaha Agungnya, Dr Mohd Roslan Mohd Noor, berkata tugas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama disifatkan sebagai amat berat.

“PUM mengucapkan sekalung tahniah kepada Zulkifli di atas pelantikan ini.“Tugas beliau sangat berat untuk menyatukan umat Islam dalam menghadapi isu berkaitan Islam di negara ini.“Namun PUM percaya beliau mampu menggalas tugasan ini memandangkan pengalamannya dalam urusan pentadbiran Islam sebelum ini,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, hari ini.

Mohd Roslan berkata, kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) Islam bersedia menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan.“PUM berharap Zulkifli dapat menjalankan amanah sebaik mungkin dan dalam masa sama, hubungan dengan NGO Islam dapat diperkasa sebaiknya,” katanya.

Zulkifli, 51, dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama dan di antara enam individu yang dilantik sebagai Senator bagi membarisi Kabinet Persekutuan.Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Orang-orang Ccat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis), Mohammad Faizal Che Yusof turut menzahirkan kesyukuran memandangkan tokoh agama disegani itu sememangnya akrab dengan komuniti orang kurang upaya (OKU).

“Kami memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT dengan pembentukan jemaah menteri apabila Mufti Wilayah Persekutuan turut tersenarai sebagai salah seorang ahli Kabinet.“Besar harapan kami cetusan baru mampu diperkenalkan bagi mendekatkan lagi komuniti OKU kepada Islam,” katanya.

Mohammad Faizal berkata, besar harapan warga Pertis untuk pembangunan OKU diberikan perhatian.“Portfolio agama sangat rapat dengan Pertis khususnya dan OKU secara umumnya. Cadangan kami konsep OKU Muqarabun dijadikan modul pembangunan OKU Islam.Katanya, pihaknya bersedia untuk membantu kerajaan sebagai sekretariat yang menghimpunkan NGO bagi kepentingan pembangunan sahsiah diri OKU Muslim.-bh

Dr Zulkifli hasilkan buku panduan fekah COVID-19, doa

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menghasilkan dua buku baharu bertajuk ‘Soal Jawab Fiqh COVID-19’ dan ‘Inilah Doaku’, yang boleh dijadikan panduan kepada masyarakat.

Zulkifli berkata, buku yang diterbitkan Pejabat Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) itu akan diedarkan secara percuma bagi salinan cetak, manakala salinan dalam talian dalam format PDF boleh dimuat turun di https://mira.gov.my/buku/ atau di t.me/drzulalbakri.

“Alhamdulillah dengan izin-Nya, dua buku saya iaitu ‘Soal Jawab Fiqh COVID-19’ dan ‘Inilah Doaku’ sudah disiapkan dan diterbitkan.”Buku-buku ini bukan untuk dijual dan tidak diterbitkan untuk keuntungan,” kata beliau dalam laman Facebook hari ini.Menurut laman web Pejabat Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), buku ‘Soal Jawab Fiqh COVID-19’ menghimpunkan pelbagai soalan lazim yang sering dikemukakan berkaitan hukum dan permasalahan yang dihadapi masyarakat dalam suasana wabak COVID-19 yang sedang berlaku.

Antara isu yang dikupas dalam buku setebal 191 muka surat itu adalah berkaitan solat Jumaat dan solat fardu, azan, kenduri kahwin, hukum bersalaman dan solat jnzh.”Semoga dengan penerbitan buku ini, ia dapat menjadi rujukan dan panduan yang berguna kepada masyarakat amnya dan petugas barisan hadapan khususnya dalam melaksanakan tugas menangani wabak COVID-19 ini,” katanya.

Bagi buku ‘Inilah Doaku’, ia mengandungi 35 doa yang wajar dibaca dan diamalkan, yang dihimpunkan dalam buku setebal 54 muka surat.”Ia mungkin boleh diamalkan selepas Subuh atau setiap pagi sebelum ke tempat kerja. Cukup dengan mengambil masa 10 hingga 15 minit untuk berdoa dengan doa ini,” katanya.-bh

Menteri, pemimpin harus contohi sikap Dr Zulkifli

ALOR SETAR – Menteri mahupun pemimpin kerajaan Perikatan Nasional harus mencontohi sikap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam menangani isu sebuah kilang minuman yang tidak dibenarkan beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (AMT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Saiful Wan Jan berkata, selain tegas dengan prinsip, Dr Zulkifli tidak membuat ulasan terbuka bagi mengelak kenyataan beliau disalah tafsir.Menurutnya, beliau juga dilihat tidak mencampuri peranan kementerian lain bagi mengelak kntroversi.

“Disiplin seperti ini diperlukan agar tidak wujud percanggahan pandangan seperti yang berlaku dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sebelum ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.Wan Saiful berkata, kerajaan Perikatan Nasional harus memastikan kesilapan seperti itu tidak berulang dalam pentadbiran mereka.“Beliau tidak mahu menjawab bagi pihak kementerian lain dan tidak mahu terlibat dalam kontroversi yang tidak perlu. Sikap berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan amat penting agar mesej yang disampaikan kepada rakyat tepat dan tidak bercanggah dengan pemimpin lain,” katanya.

Menurutnya, berbanding ketika era pemerintahan PH sebelum ini, menteri dan pemimpin politik sering memberi komen bercanggah kepada umum.“Ketiadaan disiplin seperti itu menyebabkan PH dilihat tidak kompeten dan caca marba. Keinginan untuk menjadi hero secara individualistik serta gagal bergerak sebagai satu pasukan menyumbang kepada kelemahan kerajaan PH,” katanya.

Terdahulu, menerusi Facebook miliknya, Dr Zulkifli menjelaskan, beliau tidak selesa untuk menjawab bagi pihak kementerian lain berkaitan sebuah kilang minuman tersebut dibenarkan beroperasi ketika PKP dikuatkuasakan.Tegas beliau, soalan berbaur kntroversi atau bertujuan mel4ga-4 dirinya dengan mana-mana pihak akan dielakkan.

Ini kerana sekiranya dijawab secara tergesa-gesa kemungkinan boleh menjatvhkan maruah seseorang.Dr Zulkifli berharap kejadian tersebut tidak berulang kerana umum mengetahui natijahnya.Bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu berkata, pendirian beliau berkaitan minuman itu adalah konsisten tanpa kompromi bahawa minuman itu adalah haram di sisi Islam.-bh

Isu Kebenaran Mengerjakan Umrah Bermula 4 Oktober Ini. Dr Zulkifli Ulas Lebih Lanjut Berkenaan Jemaah Dari Malaysia Dan Harap Semua Maklum

Susulan pengumuman tentang kebenaran mengerjakan umrah bermula pada 4 Oktober yang diumumkan oleh kerajaan Arab Saudi, isu ini telah mendapat respon pihak kerajaan Malaysia.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, beliau akan mendapatkan maklum balas sebelum memberi kebenaran kepada rakyat Malaysia untuk menunaikan ibadah tersebut.

Perbincangan juga akan dijalankan secara menyeluruh dengan pihak Arab Saudi, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum membuat sebarang keputusan.Beliau berpendapat dalam membenarkan rakyat Malaysia untuk mengerjakan umrah, prosedur operasi standard (SOP) perlu ditetapkan terlebih dahulu sebagai garis panduan untuk pihak pengurusan dan para jemaah.

“SOP dari kerajaan Malaysia ini penting bagi mengelakkan berlaku kluster baharu, selain jemaah juga perlu mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi.”Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi membenarkan kembali jemaah menunaikan umrah secara berperingkat-peringkat untuk sepanjang tahun, mulai 4 Oktober ini.

Bagi jemaah dari luar negara pula akan dibenarkan menunaikan umrah bermula 1 November dengan kapasiti hingga 20,000 orang setiap hari, lapor Berita Harian.Korang jangan excited lagi, min pun dah pasang niat nak pergi umrah tahun ni. Apa-apa pun kita tunggu dulu pengumuman dari pihak kerajaan okay!

Keputusan Telah Dibuat Setelah Tujuh Bulan Ibadah Umrah Ditangguhkan Gara Ekoran COVID19 Mula Menguasai Dunia. Kementerian Dalam Negeri Arab Maklumkan Tarikh Bermulanya Ibadah Tersebut

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi memutuskan untuk membenarkan semula perlaksanaan ibadah umrah bermula 4 Oktober ini, bagaimanapun ia akan dilakukan secara berperingkat.Keputusan itu dibuat tujuh bulan selepas ibadah umrah ditangguhkan akibat pandemik Covid-19 yang sehingga kini masih membelenggu dunia.

Menurut sumber, Persetujuan Diraja telah dikeluarkan untuk membolehkan perlaksanaan umrah dan lawatan dilakukan secara berperingkat, malah segala langkah pencegahan juga diambil :Keizinan untuk menunaikan umrah, memasuki dan mengunjungi Masjidil Haram dan Masjid Nabawi akan dilakukan seperti berikut :

Fasa 1 – Membenarkan warganegara dan ekspatriat di Arab Saudi menunaikan umrah bermula 4 Oktober ini dengan kadar 6,000 jemaah setiap hari. Fasa 2 – Membenarkan perlaksanaan umrah dan ziarah oleh warganegara dan ekspatriat bermula 18 Oktober dengan 15,000 jemaah sehari dan 40 ribu individu menunaikan ibadah sehari.

Fasa 3 – Membenarkan perlaksanaan Umrah dan ziarah oleh warganegara dan ekspatriat dari dalam dan luar Arab Saudi bermula 1 November hingga berakhirnya Covid-19 dengan 20,000 ribu jemaah sehari dan 60,000 individu menunaikan ibadah sehari.*Ketibaan jemaah dan pelawat dari negara luar dilakukan secara berperingkat dari negara bebas risiko Covid-19.

Fasa 4 – Membenarkan perlaksanaan umrah dan ziarah jemaah dalam dan luar negara pada kapasiti penuh bila berakhirnya Covid-19.Kemasukan jemaah dan pelawat akan diawasi menerusi aplikasi (Etamarna) yang akan di perkenalkan Kementerian Haji dan Umrah bagi menerapkan piawaian dan kawalan kesihatan seperti dipersetuhui Kementerian Kesihatan dan pihak berwajib Arab Saudi.

Enam Bulan Selepas Riyadh Kuatkuasakan Sekatan Perjalanan. Arab Saudi Umumkan Sesuatu Tentang Ibadat Umrah Bagi Seluruh Umat Islam Di Dunia Ini

RIYADH – Arab Saudi akan membatalkan sebahagian daripada penggntungan penerbangan antarabangsanya mulai hari ini, kata Kementerian Dalam Negeri, enam bulan selepas Riyadh menguatkuasakan larangan perjalanan berikutan pandemik Covid-19.

Warga Teluk dan rakyat asing yang memiliki permit pemastautin atau visa akan dibenarkan masuk ke Arab Saudi bemula esok selagi mereka tidak dijangkiti virus Covid-19, kata kementerian sama.Golongan yang berada dalam ‘kagetori istimewa’ termasuk kakitangan dan tentera Arab Saudi, pekerja kedutaan, pelajar dan mereka yang memerlukan rawatan perubatan juga akan dibenarkan memasuki dan tinggalkan negara itu mulai esok.

Menurut kementerian sama, Arab Saudi juga akan mengumumkan kemudian berhubung pelan membenarkan ibadat umrah secara beransur-ansur.Riyadh membekukan ibadat umrah pada Mac lalu berikutan bimbang virus Covid-19 akan menular ke kota paling suci umat Islam. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *