Berpisah dengan bekas suami dengan sehelai sepinggang dan tanpa tuntut nafkah. Betty Benafe akhirnya bongkarkan kehidupan dia menjadi ibu tunggal kepada dua orang anak

artis

Pelakon Betty Benafe mendedahkan dia berpisah dengan bekas suaminya, Bruce Dargus dengan sehelai sepinggang tanpa menuntut sebarang nafkah. Menurut Betty kehidupannya kini sebagai ibu tunggal tidak mudah dan berharap Tuhan memberinya kesabaran dan kekuatan untuk membesarkan sepasang anaknya, Julia Claire Dargus dan Bruce Dean Dargus

“Dalam hari-hari kita melalui proses kehidupan ibu tunggal bersama anak diselangi pula dengan kes mahkamah bagi hak penjagaan yang masih belum selesai, perasaan berbaur gundah gelisah khuatir pasti ada. “Aku reda ya Allah atas apa pun yang kau tentukan. Aku manusia biasa yang serba kekurangan mengharapkan kekuatan kesabaran dan bimbingan dari yang Esa. Kau tahu apa yang terbaik untuk waris-waris syurga ku. 

“Keluar dari perkahwinan sehelai sepinggang tanpa menuntut apa apa nafkah mutaah dan lainnya.. Yang aku harapkan kedamaian ketenangan hati dan fikiran agar aku boleh menerajui bahtera keluargaku dengan selamat dan dalam keredhaan Allah,” katanya.Betty meluahkan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya, @bettybenafee.

Pun begitu, Betty kecewa kerana masih ada pihak yang cuba menjatuhkannya.“Bagi yang di luar, penghsut atau yang suka memanaskan manusia lain untuk terus bermush, tu.. Bila nak berhenti? Tak akan faham perjalanan hidup orang lain,” tegasnya.Mengulas lagi mengenai kehidupannya sebagai ibu tunggal, Betty akui banyak tanggungan dan tanggungjawab yang perlu dipikul sendiri.

“Hidup dengan anak-anak yang di bawah umur 6 tahun, dua-dua bersekolah dan saya pula bekerja sendiri sepenuh masa, lagi- lagi dalam waktu pendemik wabak corona. “Saya perlu tanggung sendiri bila anak sakit, hospital, tuition, hidup di ibu kota besar, jauh dari keluarga pula,” katanya lagi.Dalam masa yang sama Betty turut memberi bayangan dia membenarkan anaknya menerima lawatan dari suami meskipun tidak pernah mempersoalkan tentang nafkah anak.

“Anak bebas berhubung melalui telefon, video pada bila- bila masa kecuali hari sekolah dan waktu tidur“Tiada had untuk bertemu anak atas belas kasihan yang di pinta oleh Allah walaupun wang nafkah anak yang aku tak persoalan bulan bulan hingga mahkamah selesai. “Sabar sabar sabar… Itu yang aku ingatkan pada diriku. Aku hadapi hidup ini dengan senyuman kerana rezeki Allah tak pernah salah alamat.“Aku tidak mengeluh malah aku bersyukur atas ujian Allah ini yang menjadikan aku manusia yang lebih kuat dan sabar serta fokus. Alhamdulillah,” tambahnya.Betty dan suami berpisah pada 10 Julai 2019 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.-mstar

“Jodoh kami tak panjang” – Betty Benafe berpisah dengan Bruce Dargus

TUJUH tahun melayari bahtera rumah tangga, pelakon Betty Benafe mendedahkan dia kini sudah berpisah talak satu dengan suaminya, Bruce Dargus pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru.Betty atau nama sebenarnya Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe, 40, berkata dia reda dan menganggap ada hikmah disebalik kegagalan perkahwinan itu.

“Sebenarnya saya sudah berpisah pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru dan kami berpisah pun dengan cara baik.Betty seakan memberi bayangan mengenai dirinya menerusi status dimuat naik pada hari dia berpisah“Kalau ikutkan saya tak nak berkongsi dan tak nak mengulas lebih lanjut mengenai perkara ini tapi takut nanti ada berlaku ftnah, saya terpaksa beritahu.

“Saya percaya ada hikmah disebalik apa yang terjadi dan dia (bekas suami) seorang pasangan yang baik tapi antara kami sudah tiada keserasian dan jodoh kami tidak panjang,” katanya kepada mStar.Betty pada hari perpisahannya ada memuat naik status di laman sosial meluahkan rasa syukur dan percaya pada aturan yang disusun Allah.

Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi drama Spa Q memberitahu biarpun masih bersedih dengan perpisahan itu, namun kehidupan perlu diteruskan seperti biasa.Menurut Betty, dia juga menganggap apa yang terjadi memberi peluang untuk dia berubah menjadi lebih baik dan memberi tumpuan sepenuhnya pada keluarga dan perniagaannya.

Betty masih menunggu keputusan mahkamah mengenai hak penjagaan anak-anaknya.“Kehidupan tetap perlu diteruskan walau apa pun yang terjadi. Tapi bagi saya, mungkin ini juga merupakan peluang untuk saya mencari keredhaan Allah.”Sekarang ini fokus saya hanya pada anak-anak dan keluarga. Selain itu saya juga sibuk menguruskan tiga perniagaan iaitu agensi pelancongan, produksi dan pusat latihan motivasi,” ujarnya.

Betty dan Bruce Dargus mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2012.Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan anak perempuan bernama Julia Claire Dargus, 6 dan anak lelaki, Bruce Dean Dargus yang kini berusia empat tahun.-mstar

Wanita tak sengaja pechkan pinggan mangkuk, Betty Banafe terharu pengurus pusat beli-belah tak melnting – “Situasi itu sangat menyedihkan…”

Pelakon Betty Banafe berkongsi kejadian di sebuah pusat membeli-belah yang memberi kesedaran kepada dirinya tentang bantuan Allah ketika dalam kesusahan.TERLIBAT dalam kejadian yang menyentuh hati, pelakon Betty Banafe berkongsi kejadian yang dilalui di pusat beli-belah apabila seorang wanita tua tidak sengaja melnggar rak pinggan mangkuk dengan trolinya sehingga pcah.

Betty atau nama sebenarnya Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe, 41, berkata dia berasa sedih melihat situasi itu kerana pelanggan lain yang berada di situ hanya melihat dan tidak menghulurkan bantuan.”Hari ini semasa saya berjalan di pusat membeli-belah, tiba-tiba saya terdengar bunyi barang pech.

“Saya jalan ke satu lorong dan ternampak beberapa orang sedang memerhati seorang wanita tua yang terlnggar rak pinggan mangkuk dengan trolinya. Banyak yang jath ke lantai dan pcah.Betty Banafe terharu dengan tindakan pengurus pusat membeli-belah yang bertindak secara profesional terhadap kejadian tersebut.

“Wanita itu yang kelihatan malu terus melutut dan kutip serpihan yang hncur… sementara suaminya koyakkan kod bar dan cakap yang mereka perlu bayar semuanya.”Situasi itu sangat menyedihkan. Wanita itu tak sengaja buat silap, dan semua mata memandang dia,” tulisnya.

Bagaimanapun, ketika pelakon drama Spa Q ini ingin membantu wanita tersebut, mereka didatangi oleh seorang lelaki yang merupakan pengurus tempat itu yang memberitahu mereka tidak perlu membayar ganti rugi pinggan mangkuk yang telah pech kerana pihaknya mempunyai insurans untuk kejadian seperti ini.

“Bila saya melutut disebelahnya untuk tolong dia, seorang lelaki datang kepada kami dan menyuruh kami untuk tinggalkan serpihan yang pcah itu.Betty berharap umat Islam sentiasa muhasabah diri dan bergntung sepenuhnya kepada Allah dalam apa jua keadaan.“Dia kata pihaknya akan bersihkan dan meminta maklumat wanita itu supaya dia boleh ke hospital dan dapatkan rawatan untuk luka di tangannya, ” ujarnya.

Rentetan kejadian itu, Betty meminta pengikut Instagramnya agar muhasabah diri dan membayangkan jika mereka sedang berada dalam situasi sama di mana kesusahan dan kesedihan mereka hilang dengan bantuan Allah.Betty turut mengingatkan umat Islam bahawa segala dosa dan kesalahan yang dilakukan pasti diampunkan jika mereka meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah.

Allah akan sembuhkan hati anda.

“Kepada anda yang sedang baca posting ini, saya mahu anda pejamkan mata dan bayangkan jika Allah sedang lakukan perkara sama kepada anda.”Mengutip serpihan hati anda yang telah hncur daripada semua kesalahan dan tamparn yang dilmparkan kepada anda sepanjang hidup ini.”Allah akan sembuhkan hati anda dan semua dosa dan salah yang anda pernah lakukan akan diampunkan”, ujarnya.-mstar

Betty Benafe Umum Jantina Anak Dalam Program TV

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Betty Banafe akan mendedahkan jantina kandungannya yang sudah masuk minggu 18 dalam sebuah program televisyen yang akan diumumkan dalam masa terdekat ini.Betty atau nama sebenarnya Betty Ibtisan Abu Bakar Banafe, 34, berkata, program yang turut disertai oleh pelakon Yasmin Hani itu akan memfokuskan kepada ibu yang pertama kali mengandung.

“Buat masa ini saya ingin merahsiakan dahulu jantina bayi saya kerana akan membuat pengumuman itu menerusi program tentang ibu hamil yang akan disiarkan dalam masa terdekat ini.”Program itu juga akan memfokuskan saya dan Yasmin sebagai ibu yang pertama kali mengandung selain memaparkan perjalanan dan cabaran sepanjang kehamilan,” jelasnya kepada mStar Online.

Betty dan suaminya, Bruce Darghous yang berdarh kacukan England dan Lebanon berkahwin pada 8 Disember 2012.Dalam perkembangan sama, Betty berkata, sejak mengandung suaminya menjadi seorang yang penyayang dan sangat menitikberatkan tentang kesihatan dan keselamatan dirinya.Jelas Betty, suaminya juga melarng dia keluar daripada rumah sekiranya tidak mempunyai sebarang urusan selain menyuruhnya berehat dengan cukup.

“Pada awal kandungan dulu saya akui memang lemah dan tiada tenaga sehingga saya kehilangan berat empat kilogram dan ia cukup merisaukan suami.”Walaupun sekarang sudah kembali bertenaga dan mampu membuat kerja tetapi suami sering menyuruh saya berehat dan tidak melakukan kerja-kerja berat,” katanya yang dijangka bersalin pada Disember depan.

Sementara itu, Betty berkata, dia tidak bercadang untuk berehat sepanjang tempoh kehamilannya dan akan terus menerima tawaran selagi terdaya.Jelas Betty, dia sudah terbiasa dengan rutin hariannya yang sibuk dan enggan menjadikan berbadan dua sebagai alasan untuk dia berehat.”Selagi saya kuat, saya akan bekerja. Lagipun saya dah biasa bekerja dan memang tidak boleh duduk diam. Suami juga benarkan saya kembali bekerja cuma perlu berhati-hati dan menjaga kesihatan,” jelasnya.Betty juga baharu sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah telefilem untuk siaran TV9 selain tampil dengan single berjudul Tak Sengaja-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *