Berbaki empat minggu sebelum melahirkan cahaya mata. Farah Nabilah dedahkan dia mahu buat kejutan dan dia bongkarkan sedang ceburi satu bisnes ini walaupun sedang hamil

artis

Meskipun kehamilannya sudah menjangkau usia lapan bulan, namun pelakon Farah Nabilah mahu membiarkan jantina anaknya menjadi kejutan.Berbaki empat minggu sebelum dijangka melahirkan cahaya mata pertama, wanita berusia 28 tahun itu mengakui tidak kisah soal jantina anak yang bakal dilahirkan.

Kata Farah, dia dan suaminya, Mohammed Amirul Yunus amat bersyukur dengan kehadiran zuriat sulung dan berharap proses kelahiran berjalan lancar.”Saya dan suami masih belum tahu jantina anak, sebab kami tidak kisah bayi lelaki dan perempuan asalkan dia dalam keadaan sihat.”Biarlah jadi kejutan. Barang-barang pun kami, beli yang warna neutral dan biar bayi yang beri kami kejutan.

“Gementar sebenarnya nak sambut kelahiran bayi pertama ini. Tak tahu apa yang kami patut jangka, tapi saya berpegang pada prinsip kalau ibu kitaboleh bersalin lima, enam anak, saya rasa setiap wanita pasti boleh lakukannya.”Saya juga bersyukur apabila bakal dikurniakan anak secepat ini dan berharap proses kelahiran berjalan lancar,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran pejabat pengurusan produknya di Catson Global (M) Sdn Bhd, baru-baru ini.

Siapa sangka, di sebalik kejayaan sebagai pelakon, Farah kini mencuba nasib dalam bidang perniagaan sebagai persediaan masa depan.Bagi Farah, sebagai anak seni, dia enggan terikat dengan kerjaya seni semata-mata sebaliknya, dia mahu menaikkan dirinya ke satu tahap yang berbeza.

“Apabila dah kahwin ini, banyak perkara yang perlu dihadkan. Bagaimanapun, syukur rezeki dikurniakan anak pun datang awal.”Lagipun sebagai seorang isteri, tanggungjawab saya kini banyak di rumah. Tak boleh tinggalkan keluarga.”Disebabkan itu, saya ambil langkah untuk tingkatkan diri ke satu tahap lain dan lakukan sesuatu yang baru daripada hanya fokus kepada satu kerjaya saja.

“Saya seorang yang mementingkan keluarga, jadi kalau boleh saya nak duduk rumah dan buat bisnes. Sekurang-kurangnya apabila ada perniagaan sendiri, saya boleh uruskan dari rumah saja,” katanya.Biarpun kini seronok menguruskan perniagaan makanan kesihatan, Farah yang terkenal dengan drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek itu tetap akan meneruskan karier seni lakonnya.

“Kerjaya lakonan akan tetap diteruskan, cuma selepas ini mungkin saya akan pilih telefilem atau drama yang bersesuaian.”Tapi apapun saya tetap akan cuba bahagikan komitmen yang sama rata antara dunia lakonan dan perniagaan.”Rindu sebenarnya nak kembali menjalani penggambaran. Mungkin selepas bersalin dan semuanya berada dalam keadaan terkawal, saya nak kembali beraksi di depan kamera,” katanya.

Semangat ceburi bisnes.Menyentuh mengenai ruang pejabat pertamanya, yang memilih berpangkalan di One City, Farah berkata, antara sebab utamanya adalah untuk memberi peluang kepada pihak lain memiliki ruang pejabat diimpikan.”Saya selalu ada impian untuk memiliki ruang pejabat sendiri. Malah, keinginan saya untuk menjadikannya satu kenyataan bertambah kuat selepas menjalin kerjasama dengan produk Bardox Nutri Bar.

“Idea itu terlintas dalam fikiran saya, tatkala mula bekerjasama dengan jenama Bardox ini serta bercadang membawanya ke mata dunia menjelang penganjuran Sukan Olimpik di Jepun nanti.”Meskipun inisiatif itu terpaksa ditangguhkan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan, tetapi ia tidak menghalang minat saya untuk memahami lebih mendalam mengenai jenama berkenaan.

“Akhirnya saya bertekad untuk menyebarkan manfaat dan kebaikan Bardox kepada orang ramai, termasuk ingin melahirkan usahawan baharu di pejabat yang dimiliki ini,” katanya. Menurut Farah lagi, dia akan merangka pelbagai aktiviti menarik yang bakal dilakukan bersama rangkaian ejen terpilih nanti. Ujarnya, kini semua perancangan itu masih dalam perbincangan teliti. -metro

Terkedu Farah Nabilah Dedahkan Mahu Menceburi Bidang Baru Setelah Sekian Lama Menjadi Pelakon Disebabkan Sesuatu Ini. Rupa Rupanya Ini Punca Farah Nabilah Tidak Aktif Dalam Dunia Lakonan.

BERBAKI empat minggu sebelum dijangka melahirkan cahaya mata pertama, pelakon Farah Nabilah tetap gigih menguruskan perniagaannya. Menurut Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin, 28, status sebagai seorang isteri dan bakal ibu menjadi salah satu penyebab dia mula menceburi bidang perniagaan.

Biarpun kini seronok menguruskan perniagaan tersebut namun pelakon yang mula dikenali menerusi drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek itu tetap akan meneruskan kariernya dalam bidang lakonan. Farah dijangka melahirkan anak sulungnya pada hujung Oktober.

“Apabila dah kahwin ini, banyak perkara perlu dihadkan dan syukur rezeki dikurniakan anak pun datang awal. “Lagipun sebagai seorang isteri, tanggungjawab banyak dekat rumah. Tak boleh tinggalkan keluarga. Sebab itu saya fikir, lebih baik saya upgrade diri saya dan lakukan sesuatu sebab daripada dulu hanya berlakon saja.

“Saya seorang yang mementingkan keluarga… jadi kalau boleh saya nak duduk rumah dan buat bisnes. Sekurang-kurangnya apabila ada perniagaan sendiri, saya boleh uruskan dari rumah juga. Bagi saya, dikurniakan zuriat ini pun dah sangat bersyukur.

FARAH NABILAH. PELAKON. “Kalau berlakon pun mungkin saya akan pilih telefilem atau drama yang bersesuaian tapi apa pun saya tetap akan cuba bahagikan sama rata antara dunia lakonan dan perniagaan,” kata Farah kepada mStar. Farah ditemui ketika sidang media pelancaran pejabat pengurusan produknya di Catson Global (M) Sdn Bhd di Skypark @ One City, Subang Jaya, Selangor pada Rabu.

Pada Jun lalu, Farah berkongsi berita gembira bahawa dia sedang hamil lima bulan dan berasa teruja untuk menantikan kelahiran cahaya mata pertama. Menerusi laporan mStar pada 10 Jun lalu, Farah berkata dia tidak mengalami sebarang alahan yang teruk sepanjang tempoh awal trismester pertama.

Farah dan suami tidak kisah dapat bayi lelaki atau perempuan. Dalam pada itu, Farah memberitahu dia dan suaminya iaitu Mohammed Amirul Yunus mahu menjadikan jantina bayi sulung mereka sebagai satu kejutan. “Sebenarnya saya sendiri tak tahu jantina bayi sebab tak nak tahu pun… biar jadikan kejutan. Anak pertama ini saya tak kisah lelaki atau perempuan. Asalkan bayi saya sentiasa dalam keadaan sihat.

“Bagi saya dikurniakan zuriat pun dah sangat bersyukur. Saya dan suami pun hanya beli barang-barang keperluan bayi yang sesuai untuk untuk lelaki atau perempuan,” ujarnya. Farah mendirikan rumah tangga dengan Amirul yang merupakan juruterbang sebuah syarikat penerbangan terkenal pada 20 Disember tahun lalu.

Sumber: Mstar

Lama berehat rupa-rupanya Farah Nabilah bakal jadi ibu, kini hamil lima bulan – “Menangis tak dapat makan yang saya idam kerana PKP”

AGAK menyepi daripada dunia lakonan selepas mendirikan rumah tangga Disember tahun lalu, pelakon Farah Nabilah mengumumkan kini hamil lima bulan. Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin, 28, dan suaminya iaitu Mohammed Amirul Yunus meluahkan rasa syukur dan teruja menantikan kelahiran bayi sulung mereka.

Farah dan suami teruja nak menyambut kelahiran anak pertama mereka. “Ahamdulillah, perasaan saya dan suami sudah tentu berasa sangat gembira dan teruja nak menyambut kelahiran anak pertama kami. “Saya dan suami tidak meletakkan harapan untuk dikurniakan anak lelaki atau perempuan. Bagi saya, asalkan bayi saya dalam keadaan sihat.

“Apa yang penting sekarang, saya harap peminat dapat mendoakan agar segala urusan dipermudahkan. Itu saja,” kata Farah kepada mStar. Alhamdulillah, sekarang dah okey. Bab mengidam, semua makanan saya teringin nak makan.

Terdahulu Farah berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Rabu. Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah dan mendoakan agar Farah berada dalam keadaan sihat. Dalam pada itu, berkongsi pengalaman awal trismester pertama, Farah berkata, dia tidak mengalami alahan yang teruk.

Farah dan suami berkahwin pada Disember tahun lalu. “Buat masa sekarang, saya tidak mengalami alahan yang teruk. Tapi masa trimester pertama, saya rasa geli dan tak boleh makan ayam pun. “Alhamdulillah, sekarang dah okey. Bab mengidam, semua makanan saya teringin nak makan. Waktu PKP, saya pernah menangis sebab tak dapat apa yang saya mengidam,” ujarnya. Farah dan suaminya yang juga seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan terkenal berkahwin pada 20 Disember tahun lalu.

Sumber: Mstar

Kali terakhir jumpa masa pada majlis perkahwinannya. Kali ni Farah Nabila pula tampil bongkarkan sesuatu tentang Sandra buat ramai yang terkejut.

Pelakon Farah Nabilah, 28, menyatakan kali terakhir dia berjumpa dengan Bintang Big Stage 2020, Sandra Dianne pada majlis perkahwinannya. Ketika dihubungi Gempak, Farah berkata Sandra adalah sepupunya dan dia tidak berpeluang untuk melawat sepanjang Sandra mendapat rawatan di Hospital Putrajaya.

“Kali terakhir jumpa masa hari pernikahan saya. Lepas tu dia balik Sabah. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia tersangkut dekat sana. “Saya tak dapat melawat dia dekat Unit Raw4tan Rapi. Hanya ibu bapa dia sahaja yang dibenarkan masuk. 

“Jadi saya cuma dapat gambar dan perkembangan dia dari group WhatsApp keluarga,” katanya. Tambah pelakon drama Cik Reen dan Encik Ngok Ngek mendedahkan dia sempat menitipkan kata-kata semangat untuk pelantun lagu Ku Tak Mahu Cinta itu berjuang di pentas Big Stage.

“Kami sempat berbual masa dia mula masuk Big Stage. Saya cakap dekat dia semoga berjaya. “Kami sempat berbual melalui Instagram (IG) sahaja. Tu kali terakhir,” katanya lagi. Sandra Dianne telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira pukul 1 pagi tadi setelah enam hari di unit rawatan rapi akibat kejadian tak diingini. 

Pada Sabtu lalu, Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 26, terlibat dalam satu kejadian kereta di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ketika menuju ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) bagi tujuan rehersal. Difahamkan, kejadian berlaku apabila kereta yang berada di depannya berhenti secara mengejuut. Sandra mendapat rawatan di unit rawatan rapi dan dilaporkan berada dalam keadaan teruk sejak Sabtu. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!Sumber: GEMPAK

Farah Nabilah kini isteri juruterbang, tutup 2019 dengan deretan majlis resepsi serba mewah

Terdahulu PELAKON Farah Nabilah selamat bergelar isteri kepada seorang juruterbang iaitu Mohammed Amirul Yunus, 28, dengan sekali lafaz di Royale Chulan, Damansara pada kira-kira pukul 9.04 malam, Jumaat. Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin, 27, dan Mohammed Amirul dinikahkan oleh bapanya, Datuk Saipuddin Ahmad sambil disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Daerah Petaling, Mastori Marsidi.

Pengantin perempuan menerima RM1,000 sebagai mas kahwin manakala RM77,777.77 sebagai wang hantaran berserta tujuh berbalas tujuh dulang. Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 300 jemputan yang terdiri daripada keluarga, rakan terdekat, selebriti dan media.

Berbeza daripada kebiasaan, pasangan ini mengikat pertunangan beberapa minit sebelum majlis akad nikah berlangsung. Terdahulu Farah menerima rombongan merisik daripada keluarga pihak lelaki pada awal tahun ini. Pada majlis yang bertemakan Melayu Klasik, pasangan pengantin memakai busana putih rekaan pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman dan solekan oleh Khir Khalid.

Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Daerah Petaling, Mastori Marsidi. Majlis khatam Al-Quran dan resepsi pertama bakal diadakan di Neo Event Hall, Damansara Perdana pada Sabtu. Selepas itu majlis di sebelah lelaki akan berlangsung di Grand Dorsett, Subang pada 28 Disember disusuli resepsi sebelah perempuan di Four Seasons, Kuala Lumpur pada 5 Januari.

Menerusi laporan mStar pada 23 Oktober lalu, Farah mendedahkan mereka diperkenalkan oleh rakan baiknya iaitu pelakon Izara Aishah sejak tujuh tahun lalu. Farah berkata, sikap penyabar dan pandai mengambil hati keluarga membuatkan dia menerima kehadiran lelaki berkenaan sebagai pasangan hidup.-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *