Baru dapat sahkan kes COVID19 melibatkan salah seorang kakitangan outlet di Pusat Beli Belah 1 Utama. Menurut kenyataan di FB mereka gunakan cara ini untuk kenalpasti individu terbabit

berita

Pusat beli belah 1 Utama sebentar tadi memaklumkan bahawa salah seorang kakitangan outlet di Pusat Perkhidmatan Mac City (Lot S330, Tingkat 2 1 Utama) telah dijangkiti COVID-19.Menurut kenyataan yang dikeluarkan di Facebook, hasil siasatan mendapati kakitangan itu tidak memasuki premis pusat beli-belah tersebut sejak 30 September lalu dan bercuti pada 1 Oktober.

“Kami telah mengesan pintu yang dimasuki olehnya ke pusat beli-belah dan Pusat Perkhidmatan Mac City dan mengesahkan bahawa suhunya berada pada bawah 37.5 Celcius. Dia kini berada di bawah jagaan hospital kerajaan,” kata mereka dalam satu kenyataan.Langkah-langkah mitigasi awal dan langkah-langkah keselamatan masyarakat juga telah diaktifkan dengan cepat untuk mengawal sebarang potensi risiko.-siakapkeli

Masih Ada Lagi Mesej Palsu Yang Tular. Terbaru Pihak Pengurusan 1 Utama Shopping Centre Keluarkan Kenyataan Berkenaan Palsu Yang Tular Di Whatssap Dan Harap Semua Maklum

Pihak pengurusan, 1 Utama Shopping Centre, telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai satu berita palsu yang tular di Whatsapp berkaitan kes Covid-19 yang didakwa berlaku di pusat membeli-belah tersebut.Berdasarkan kenyataan, pihak pengurusan sedia maklum akan kebimbangan orang ramai berhubung kes Covid-19 yang berlaku di Lembah Klang, namun setakat ini disahkan tiada kes yang berlaku di 1 Utama Shopping Centre.

”Kepada semua, kami ingin memaklumkan bahawa mesej palsu yang beredar di Whatsapp ini TIDAK BENAR. Tidak ada kes yang disahkan di 1 Utama sehingga kini,” menurut kenyataan.Pada masa yang sama, pihak pengurusan meminta orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan sentiasa memakai pelitup muka, mencuci tangan dengan kerap, mengamalkan penjarakan sosial dan mengelakkan untuk berkumpul di tempat yang sesak seperti lif dan tandas awam.Malah, pengungjung juga diminta untuk memberi kerjasama kepada pengawal keselamatan yang menjalankan tugas.Sumber: 1 Utama Shooping Centre, Siakap Keli\

Satu Mesej Tular Di Pelbagai Platform. Kementerian Kesihatan Buat Penafian Terhadap Satu Mesej Ini Dan Ini Penjelasan Dari Kementerian Kesihatan Sendiri

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan menafikan mesej tular di media sosial khususnya menerusi aplikasi WhatsApp yang menasihati orang awam agar tidak mengunjungi beberapa lokasi di ibu negara susulan peningkatan kes Covid-19 ketika ini.Dalam kenyataan dikongsi menerusi Facebook, kementerian memaklumkan maklumat tidak tepat itu telah tular di media sosial kebelakangan ini.

Menurutnya, lokasi-lokasi yang telah dilawati kes positif akan dilakukan proses disinfeksi dan nyahkuman.“Selepas proses ini, ia selamat untuk dikunjungi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).“Maklumat tidak tepat sebegini boleh menjejaskan pihak lain. Elak stigma dan dapatkan maklumat betul,” katanya.

Mesej tular berkenaan memaklumkan kluster Covid-19 dari Sabah sudah menular di Semenanjung Malaysia oleh individu yang membuat liputan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.Maklumat palsu itu turut menyenaraikan 23 lokasi di sekitar ibu negara termasuk kompleks beli-belah, bank, hospital swasta dan sekolah yang dipercayai dikunjungi individu positif Covid-19.-kosmo

Mengejutkan Individu Ini Kongsi Keadaan Terkini Lepas Mall Terkenal Ada Kes Positive Covid 19. Tk Sangka Sampai Macam Ni Sekali Keadaan Di Mall Itu.

KL Sentral adalah hab pengangkutan utama di Kuala Lumpur dan kerana ia bersambung dengan NU Sentral, banyak orang sering mengunjungi tempat ini. Pada 27 September, Nu Sentral melalui akaun Facebook mereka ada mengeluarkan kenyataan bahawa seorang kakitangan di sana telah diuji positif C0vid 19.

Oleh kerana jumlah kess terus meningkat di negara ini, semakin ramai orang menjadi lebih berhati-hati dengan menghindari tempat-tempat di mana kes-kes telah dilaporkan. Menurut pengguna Twitter @KhabirM, KL Sentral kelihatan hampir kosong dan sunyi pada waktu makan tengah hari pada 28 September.

Dalam foto yang diambilnya, hab pengangkutan awam kelihatan kosong berbanding sebelumnya. Foto diambil dari jam 1.20-1.30 tengah hari. Nampaknya, kedai makanan dan minuman yang selalu popular seperti 4fingers dan Auntie Anne’s tidak mempunyai banyak pelanggan berbanding dengan ‘waktu biasa’, di mana barisannya orang beratur cukup panjang.

Khabir juga memberitahu bahawa SOP di Nu Sentral telah diperketatkan dan mereka menguatkuasakannya sekarang.

Seperti yang disebutkan di atas, jumlah kess telah meningkat sekarang ini dan nampaknya orang Malaysia mengambil tindakan untuk kurangkan pergerakan mereka keluar dari rumah. Kami berharap bahawa setiap orang yang perlu keluar akan menjaga jarak fizikal dan menggunakan pembersih tangan bila diperlukan.

Seperti sedia maklum, baru-baru ini kes C0vid 19 telah dikesan di beberapa pusat membeli-belah di sekitar Lembah Klang. Dalam 10 hari lalu, beberapa kes dikesan sekurang-kurangnya di lima pusat membeli-belah, empat di Kuala Lumpur dan satu di Selangor. Sebilangan besar kes tidak menjejaskan keseluruhan pusat beli-belah berkenaan sebaliknya hanya premis tertentu.

Bagaimanapun pusat beli-belah berkenaan telah mengambil tindakan sewajarnya, seperti proses disinfekssi sebagai langkah pencegahann. Berikut adalah senarai insiden berkaitan pusat beli-belah terbabit dalam 10 hari lalu

The Linc KL. Pada 24 Sept, pihak pengurusan The Linc KL memamklumkan ibu bapa seorang peserta di pusat jagaan kanak-kanak di pusat membeli-belah berkenaan telah diuji positif C0vid 19. Kanak-kanak tersebut telah menghadiri program setengah hari di Trinity Kids pada 17 Sept.

Terkini KKM Umum Satu Kluster Baru Di Selangor Di Kawasan Ini. Mengejutkan Ini Rupanya Punca Kluster Baru Itu Wujud.

SEBANYAK 11 kes Covid-19 pada Isnin mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah. Demikian kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pada Isnin petang. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 10 kes tersebut dikesan di Selangor manakala satu lagi dikesan di Terengganu.

Enam daripada kes Selangor dikaitkan dengan kluster baharu yang digelar oleh KKM sebagai kluster Jalan Apas. Kata Dr Noor Hisham, dua kes indeks kluster tersebut adalah suami, 26, dan isteri, 24, yang telah pergi ke Tawau dan Semporna dari 13 September hingga 16 September.

“Kedua-dua kes indeks mempunyai gejala demam, batuk dan selesema pada 18 September dan mereka mendapatkan rawatan pada 19 September. Mereka kemudian dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang pada 24 September.

“Mereka positif untuk Covid-19 pada 26 September dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh,” kata Dr Noor Hisham. Pemeriksaan ke atas 66 individu yang merupakan kontak rapat suami isteri menemui enam lagi kes baharu, berusia antara 13 dan 60 tahun.

“56 individu lain disahkan negatif sementara dua yang lain masih menunggu keputusan ujian mereka,” kata Dr Noor Hisham. Dalam pada itu, Sabah sekali lagi mencatatkan jumlah jangkitan Covid-19 tertinggi, dengan 98 daripada 115 kes baharu di negara ini pada hari Isnin. Terdahulu, kerajaan mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar pentadbiran dilaksana di Lahad Datu, Tawau, Kunak, Semporna mulai tengah malam ini. – The Star.

Mengejutkan 4 Daerah Di Sabah Diisytiharkan Ini Mulai Harini. Tk Sangka Sampai Macam Tu Sekali Yang Terjadi Di Sabah Bila Kes Positif Covid 19 Naik Mendadak Disana.

Kuala Lumpur: Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) Secara Pentadbiran di Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna di Sabah sehingga 12 Oktober ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan berkuat kuasa mulai 12.01 tengah malam ini akan membabitkan seramai 962,661 penduduk.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 1,195 kes positif jangkitan Covid-19 di daerah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna dalam tempoh 1 hingga 27 September lalu. Katanya, daripada jumlah itu, Lahad Datu merekodkan 241 kes, Tawau (634 kes), Kunak (65 kes) dan Semporna (255 kes).

“Mengambil kira jumlah kes Covid-19 terbabit, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan memutuskan untuk melaksanakan arahan PKPDB secara pentadbiran di kawasan-kawasan ini. Pelaksanaan PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan Covid-19 dalam daerah berkenaan serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, dengan pelaksanaan perintah itu, semua penduduk di empat daerah terbabit tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPDB sepanjang tempoh perintah dikuat kuasakan. Menurutnya, bukan penduduk dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke empat daerah terbabit sepanjang tempoh perintah dilaksanakan.

“Semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan dan perkhidmatan (essentials) di empat daerah terbabit. Pengkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPDB, manakala semua laluan keluar masuk ke kawasan PKPDB ditutup,” katanya.

Menurutnya, bagi memastikan pematuhan perintah itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terbabit.

Katanya, bagi pelaksanaan perintah itu, semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa. Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu di talian 089-881255, Tawau (089-752222), Kunak (089-851222) dan Semporna (089-782020).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *