Akui emosi jadi masalah utama dalam bisnes keluarga. Neelofa dedahkan dia selalu keluar dari grup pada awal permulaan bisnes mereka sehinggakan dia terpaksa alami pelbagai karenah pekerja

artis

Pengacara dan usahawan terkenal Neelofa menyatakan dia dan adik beradiknya saling mempercayai dalam menguruskan perniagaan keluarga, Naelofar yang dibina sejak tahun 2014.Walaubagaimanapun, menurut Neelofa, 31, dia mengakui perselisihn faham sesama mereka sering terjadi terutamanya pada awal permulaan sehinggakan ada yang leave group.

“Isu kepercayaan bukan masalah utama kerana kami percaya antara satu sama lain cumanya cabaran perlu bermain dengan emosi.”Berselish pendapat setiap kali nak buat sesuatu, itu biasa! Tiga tahun pertama tu, leave group itu selalu.”Dekat pejabat kita bekerja, di rumah masih bercerita mengenai bisnes. Tapi Alhamdulillah apa kita lalui semakin mematangkan kita untuk menjadi lebih profesional walaupun kita bekerja sesama adik beradik,” katanya kepada Gempak.

Neelofa ditemui ketika majlis pelancaran butik terbaharu Naelofar di One Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.Tambah Neelofa, dia juga tidak terlepas menghadapi cabaran menguruskan pekerja yang bersikap tidak jujur dan amanah dalam bekerja.Namun begitu, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu bersyukur kerana setiap perjalanan yang dilaluinya itu membuahkan hasil.

“Saya masih ingat lagi, kami bermula pada tahun 2014 dengan hanya tiga orang pekerja. Tahun pertama itu memang banyak dugaan antaranya pekerja tak amanah, ambil kesempatan, mencri, dikh1anati dan sebagainya.”Kalau nak ikutkan terlalu banyak, semua cabaran kita dah lalui dan hadapi tapi saya bersyukur sebab daripada situlah kita belajar banyak benda.”Saya percaya setiap keburukan pasti ada kebaikan. Saya sentiasa berdoa supaya dapat team yang terbaik.”Alhamdulillah.. Allah makbulkan doa saya dan hari ini saya memiliki team terbaik yang membantu menjalankan jenama ini,” katanya lagi.Foto: Naelofar

Ada Juga Yang Ambil Kesempatan Sampai Begini. Sekian Lama Membangunkan Perniagaan Neelofa Dedahkan Segala Pahit Manis Yang Ditempuhi Bersama Orang Yang Sentiasa Menyokongnya.

GENAP enam tahun menjalankan perniagaan tudung di bawah jenama Naelofar, pengacara popular Neelofa berkata, dia berdepan pelbagai cabaran sejak hari pertama bergelar usahawan. Neelofa, 31, berkata cabaran dan dugaan yang dilalui sepanjang membangunkan perniagaan itu mematangkan dirinya untuk terus berdiri kukuh sehingga hari ini. “Saya masih ingat lagi, kami bermula pada tahun 2014 dengan hanya tiga orang pekerja… tahun pertama itu memang banyak dugaan antaranya pekerja tak amanah dan ambil kesempatan, menngambil duit, dikhin4ti dan sebagainya.

“Kalau nak ikutkan terlalu banyak, semua cabaran kita dah lalui dan hadapi tapi saya bersyukur sebab daripada situlah kita belajar banyak benda. Saya percaya setiap keburukan pasti ada kebaikan. “Saya sentiasa berdoa supaya dapat team yang terbaik, Alhamdulillah! Allah makbulkan doa saya dan hari ini saya memiliki team terbaik yang membantu menjalankan jenama ini,” katanya kepada mStar. Bekas pengacara program MeleTOP ini ditemui semasa pelancaran butik baharu Naelofar di pusat beli belah One Utama, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Meskipun menjalankan perniagaan bersama keluarga, Neelofa berkata cabaran tetap ada apabila mereka kerap berselisih pendapat antara satu sama lain. “Isu kepercayaan bukan masalah utama kerana kami percaya antara satu sama lain cumanya cabaran perlu bermain dengan emosi. Berselisih pendapat setiap kali nak buat sesuatu, itu biasa!

“Tiga tahu pertama tu, leave group itu selalu… iyalah dekat pejabat kita bekerja, di rumah masih bercerita mengenai bisnes. “Tapi Alhamdulillah apa kita lalui semakin mematangkan kita untuk menjadi lebih profesional walaupun kita bekerja sesama adik-beradik,” katanya.

Dalam pada itu, mengambil kira suasana pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia pada waktu ini, Neelofa berpendapat keputusannya untuk membuka butik dan melancarkan koleksi baharu, Lalia adalah satu tindakan yang wajar. “Mungkin bagi usahawan lain sekarang bukan waktu terbaik untuk tampil dengan idea seperti ini namun tidak bagi kami. “Peluang ini kami ambil dengan sebaiknya untuk menggerakkan pelan ini bersama-sama pasukan baru yang lebih dinamik, ” katanya.

Sumber: Mstar

Noor Nabila serba salah ramai salah anggap lepas video Neelofa dan Pu Riz jadi tular sebab dia. Akhirnya Noor Nabila tampil dedahkan sebab Pu Riz ada masa majlis nikah tu.

TINDAKAN Noor Nabila memuat naik video di Instastory memperlihatkan adiknya pelakon Neelofa dan Pencetus Ummah (PU) Riz sedang berbual disertai emoji hati mencetus spekulasi dalam kalangan warganet. Mengakui perkongsiannya itu tidak disengajakan, Nabila, 36, berkata, dia berasa serba salah apabila pengacara popular itu terpaksa berdepan pelbagai persoalan daripada peminat.

“Emoji cinta yang saya kongsikan di Instastory hanyalah sekadar berkongsi rasa teruja pada majlis perkahwinan adik saya. Tak sangka viral dan saya rasa serba salah pula… nak padam pun benda dah tular. “Sejujurnya emoji itu tidak bermaksud apa-apa pun, tapi orang luar sudah menyalah tafsir perkara itu. Pada majlis pernikahan itu, PU Riz hanya diundang untuk membaca doa.

“Semua tetamu mengenakan baju berwarna biru… keluarga, kawan, semua kecuali dulang boys!, ” katanya kepada mStar.Sementara itu, bekas isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad ini berkata dia menerima sesiapa sahaja lelaki yang bakal menjadi pilihan adiknya.

Dia turut mengakui selesa sepanjang mengenali PU Riz dan mengagumi ilmu agama yang dimiliki aktor filem Ada Apa Dengan Dosa itu. “Tak kisahlah sama ada PU Riz atau sesiapa sahaja. Apa yang penting, saya nak lihat Neelofa gembira dulu. Selain bahagia yang diperlukan, lelaki itu perlu bersama susah senang dengannya. Ilmu agama itu penting, dapat mendidik.

“Kami memang seronok belajar agama dengannya. Dia seorang ustaz (panggilan kepada PU Riz) yang kami boleh bergurau dan bertanya apa saja soalan. “Kami senang dengan PU Riz dan secara tidak langsung saya yang kurang ilmu ini dapat belajar sesuatu daripadanya. Keluarga kami mula rapat dengan PU Riz sejak dia menjadi imam terawih Ramadan lalu, ” ujarnya.

Pada 20 September lalu, kehadiran pendakwah selebriti PU Riz di majlis pernikahan adik Neelofa iaitu Mohd Aqief menarik perhatian warganet. Menerusi perkongsian foto dan video yang dimuat naik adik-beradik pengacara ini, Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, kelihatan memakai baju berwarna biru muda sedondon dengan pihak keluarga pengantin lelaki. Malah, Noor Nabila turut berkongsi video di Instastory miliknya meletakkan emoji berbentuk hati ketika pasangan ini sedang berbual.

Neelofa Terima Surat Terbuka Dari Bekas Kekasih PU Riz. Mengejutkan Bekas Kekasih PU Riz Bongkarkan Sesuatu. Ini Reaksi Neelofa Saat Terima Surat Terbuka Itu.

Tak sampai sebulan berita tentang pelakon, pengacara dan usahawan Neelofa bersama dengan PU Riz yang sebelum ini hangat diperkatakan di laman sosial, timbul pula cerita lain. Baru-baru ini, seorang gadis yang dikatakan bekas kekasih kepada PU Riz bernama Amal Syahmina telah memuat naik satu foto menerusi ruangan Instagram Story miliknya mengatakan:-

Secara kebetulan, Neelofa sebelum itu turut memuat naik foto atau video menunjukkan stokin yang baru dibeli.

Namun, pada 24 September Amal telah tampil menulis sepucuk surat terbuka untuk dirinya dan orang awam yang  mengambil berat tentangnya. Menurutnya, surat berkenaan ditulis supaya dirinya dapat meneruskan hidup seperti biasa selepas banyak perkara yang tidak benar telah berlegar di ruangan sosial. Selain itu, Amal menyatakan ia adalah kali terakhir dirinya memberi kenyataan selain mahu membersihkan namanya.

Menerusi surat tersebut, Amal mengakui bahawa dia bersalah kerana menuduh seseorang yang berniat untuk berubah menjadi lebih baik. Namun, menjadi seorang manusia biasa itu, dia berhak untuk berasa sedih. “Some of you are coming at me and dissing me, telling me I am not good enough. This, this is where it has to stop. You weren’t the one in a relationship with him for 5 years, you weren’t the one who grew so close to my family, and most importantly, it wasn’t you who had promised my family and me that you would marry me.”

“What is meant to you will find its way to you. I only want to wish everyone well from now on. I want a fresh start, for my own good. I am going to be happy for myself, for them. I don’t regret knowing him. He was a part of my life that made me who I am. But now, it’s time to let go. I deserve my best, he deserves his best. We’re just not each other’s best. Redha.”

Bagaimanapun, ruangan komen pada gambar berkenaan telah ditutup namun menerusi laman Twitter, ramai yang memberi sokongan terhadap gadis itu dan tidak kurang juga terdapat individu yang memuji kecantikan dan kebijaksanaan yang dimiliki.

Sumber :HotFM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *