Terlalu ramai mahasiswa yang terjejas berikutan dengan arahan yang dikeluarkan di saat saat akhir. Terkini kerajaan Selangor tekad hulur tangan untuk mahasiswa yang terlibat.

Info Infomaklumat ISU SEMASA Semasa

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menyalurkan Program Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan kepada penuntut yang terkesan akibat penangguhan pendaftaran secara bersemuka bagi Insititusi Pengajian Tinggi (IPT) baru-baru ini. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata kini pihaknya sedang berusaha untuk mengumpul maklumat daripada mahasiswa yang terjejas bagi menyediakan bantuan berupa pengangkutan untuk pulang ke kampung halaman, bantuan makanan ataupun bantuan berupa pelitup muka dan cecair pensanitasi tangan.

Bantuan ini akan memfokuskan kepada tiga kategori pelajar IPT iaitu, pelajar dari Selangor yang belajar di Selangor, pelajar dari negeri lain yang belajar di Selangor dan pelajar Selangor yang belajar di negeri lain. “Pelajar yang memerlukan bantuan ini boleh merujuk kepada pautan Borang Edaran TS Care Kit (IPTS): http://bit.ly/mdekatA, Borang Bantuan Makanan Siswa Kampus Selangor (IPTA Sahaja): http://bit.ly/mdekatB dan Borang Bantuan Pengangkutan Anak Negeri Selangor: http://bit.ly/mdekatC,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata Amirudin, kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan berkenaan melalui kerjasama antaranya dengan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mahasiswa KEADILAN dan Biro Mahasiswa AMK Malaysia. “Kerajaan negeri berharap inisiatif ini dapat meringankan beban yang dihadapi oleh golongan mahasiswa yang terkesan pada ketika ini,” katanya. Pada 27 September lalu, Kementerian Pendidikan Tinggi mencadangkan semua IPT menangguhkan terlebih dahulu pendaftaran bersemuka penuntut baharu dan lama ke kampus yang dijadual bermula bulan ini selepas menterinya mencadangkan penangguhan sama membabitkan penuntut dari kawasan yang dikelaskan sebagai zon merah jangkitan COVID-19 baru-baru ini. – BERNAMA

Tak menyangka hasil kutipan berjaya mencapai jumlah yang ditetapkan dalam tempoh 3 jam sahaja. Syed Saddiq menerangkan bahawasanya sumbangan ini akan disalurkan kepada satu golongan ini

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang diasaskan oleh YB Syed Saddiq telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM51,145.92 dalam tempoh sehari.MUDA dalam satu kenyataan memberitahu, kempen #TolongBantuMahasiswa ini adalah adalah hasil kerjasama antara parti MUDA dan Pertubuhan Solidaritas. Sasaran awal mereka hanyalah mahu mengumpul RM50,000, namun mereka tidak menyangka hasil kutipan berjaya mencapai jumlah yang ditetapkan dalam tempoh tiga jam lebih sahaja.

“MUDA dengan Solidaritas akan membuat kutipan untuk mahasiswa yang terkesan. MUDA juga akan membuka talian komunikasi dengan semua mahasiswa yang terjejas dan akan bantu sedaya-upaya mencari jalan penyelesaian. Hubungi kami dengan segera. #TolongBantu”

Bantuan ini adalah bertujuan untuk membantu mahasiswa yang terjejas dengan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) semalam. Selepas pengumuman KPT dibuat, rata-rata mahasiswa kurang senang dengan arahan tersebut kerana banyak urusan yang perlu dilakukan ekoran mereka sudahpun membayar rumah sewa dan tiba di pusat pengajian.

Memetik kenyataan MUDA, proses pembayaran sumbangan kepada para pelajar yang memerlukan akan bermula pada hari ini. Buat anda yang terspit dan memerlukan bantuan kewangan, boleh hubungi nombor yang tertera dalam gambar di bawah.

Ayahnya sampai jual sesuatu berharga semata mata nak bayar yuran pengajian anaknya. Ini luahan pelajar pelajar IPT yang terjejas baru baru ini.

Belakangan ini, laman Twitter dan Facebook penuh dengan luahan rakyat Malaysia yang kecewa dengan peningkatan kes jangkitan Covid-19. Peningkatan ini berlaku selepas mereka yang mengundi semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pulang ke Semenanjung Malaysia tanpa mengamalkan kuarantin selama 14 hari. Tidak cukup dengan itu, rakyat Malaysia terutamanya pelajar pengajian tinggi seolah-olah ‘mengmuk’ selepas Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengeluarkan kenyataan penangguhan pendaftaran secara fizikal.

Berdasarkan arahan yang dikeluarkan, KPT meluahkan rasa prihatin dan khuatir dengan keselamatan para pelajar, maka Intitusi Pendidikan Tinggi (IPT) diarahkan untuk menjalankan pendaftaran secara talian sehingga pengumuman baharu dibuat. Namun begitu, tinjauan penulis di laman Twitter dan Facebook mendapati arahan KPT ini dilihat tidak diterima baik oleh para pelajar dan ibu bapa. Rata-ratanya menganggap keputusan ini adalah terlalu ‘last minute’ serta lebih merumitkan keadaan.

Banyak isu yang diutarakan oleh warganet, antaranya adalah berkenaan bil rumah sewa yang sudah dibayar dan kekurangan wang untuk pulang semula ke rumah meskipun baru sahaja tiba di pusat pengajian masing-masing. Berikut adalah beberapa luahan para pelajar yang kecewa dengan keputusan mengejut KPT.

“Ayah dah takdok duit nak bagi kakak”. Pelajar terpaksa jual telefon bimbit dan stethescope untuk perbelanjaan pengajian. Turut mengalami masalah yang sama, Aiman Psikologi juga meluahkan rasa kecewanya dengan keputusan KPT ini. Lebih memilukan, seorang pelajar berkongsikan kisah bapanya yang terpaksa menjual motosikal dan menangguh pembayaran kereta kerana mahu menampung kos perbelanjaan pengajian miliknya. Namun, segala usaha bapanya seolah-olah sia-sia apabila dia tidak dapat pulang ke pusat pengajian, ekoran arahan baru dariada Kementerian Pengajian Tinggi.

Luahan yang mendapat hampir dua ribu perkongsian itu berjaya menarik perhatian warganet, yang rata-ratanya mahu membantu pelajar itu dari segi kewangan. Pada mulanya, pelajar itu berkongsikan nombor akaun bank miliknya, namun dipadam tidak lama selepas itu selepas ditegur bapanya sendiri. “Ayah kata dah cukup, jangan amik duit oang lagi”

Semoga semuanya baik-baik sahaja buat kita semua, terutamanya pelajar pengajian tinggi yang terkesan dengan arahan mengejutkan ini. Buat para pelajar yang memerlukan bantuan dari segi kewangan, penginapan atau pengangkutan, ramai rakyat Malaysia yang sudi membantu anda.

Sumber: LobakMerah

Dikatakan Halau Pelajar Untuk Mendaftar. UITM Beri Kenyataan Berkaitan Isu Tersebut Dan Ini Keadaan Yang Sebenarnya Yang Berlaku Dan Harap Pelajar Semua Maklum

KUALA LUMPUR, 2 Okt — Universiti Teknologi MARA (UiTM) menafikan kenyataan yang mendkwa institusi pengajian tinggi awam itu telah menghalau pelajar susulan penangguhan pendaftaran secara fizikal yang berkuat kuasa hari ini. Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Azraai Kassim dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan kekeliruan yang berlaku adalah disebabkan salah faham berikutan sumber yang tidak tepat diperoleh para pelajar.

Menurutnya, UiTM telah mengeluarkan surat pekeliling berhubung arahan penangguhan pendaftaran para pelajar yang jelas menyatakan bahawa penangguhan itu dibuat semata-mata untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan para pelajar terpelihara.“Meskipun penangguhan pendaftaran secara fizikal dikuatkuasakan, ini tidak bermakna para pelajar yang mendaftar akan dihalau malah para pelajar diberi pilihan sama ada untuk pulang atau tinggal di kolej.

Jadi, saya tegas menafikan kenyataan yang mengatakan bahawa kita menghalau para pelajar seperti yang didkwa. Malahan kita mendekati para pelajar yang telah mendaftar lebih awal untuk membantu mereka susulan arahan penangguhan ini,” katanya.Bagaimanapun, Mohd Azraai berkata pihak universiti akan menjalankan siasatan terperinci berhubung aduan dan rungutn pelajar yang tular di media sosial bagi memastikan perkara itu tidak berlaku.

“UiTM tidak akan mengambil mudah dengan sebarang isu yang dibangkitkan kerana dalam suasana semasa, kita amat memahami sebarang kemungkinan, kesulitan dan kekeliruan yang timbul,” katanya.Sehubungan itu, beliau menyeru pelajar yang berhadapan dengan masalah seperti yang telah berada di kampus yang ingin pulang dan tidak pasti apa yang hendak dibuat supaya berhubung dengan bilik gerakan di kampus masing-masing bagi mendapat bantuan sewajarnya.Menyentuh isu yang mendkwa UiTM tidak menanggung segala kos penginapan para pelajar sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, beliau berkata kenyataan tersebut bukan kenyataan rasmi UiTM.— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *