Setelah hampir sebulan pemergian Sandra. Terkini satu syarikat ini mengeluarkan lagu terakhirnya buat peminat tersentuh hati.

artis selebriti

HAMPIR sebulan pemergian Sandra Dianne, syarikat rakaman dan pengurusan Sony Music Malaysia melancarkan lagu terakhir nyanyian dan ciptaan Sandra bagi mengubati kerinduan peminat. Menurut wakil pengurusan iaitu Vea Norman, Sandra merakam lagu berkenaan beberapa bulan lalu dan merancang untuk diperdengarkan selepas program Big Stage 2020.

“Kami selaku pihak pengurusan Sandra Dianne ingin berkongsi hasil karya penuh makna buat Sandra ini kepada semua peminatnya di luar sana. “Lagu ini menceritakan sebuah percintaan yang tergantung di tengah jalan. Sang kekasih memutuskan untuk tinggalkan pasangan tanpa ada perbincangan dan memaksa pasangannya menerima keputusan bulat-bulat. “Mesej utama yang ingin disampaikan dalam lagu ini adalah sesuatu perhubungan sepatutnya perlu dihormati kedua belah pihak. Apa saja masalah dihadapi perlukan perbincangan yang kukuh dan tidak sepatutnya ditinggalkan tanpa alasan munasabah. Jangan ambil keputusan dan memaksa pasangan terima tanpa cuba perbaiki atau berbincang, ” katanya.

Sementara itu, Vea turut berkongsi mengenai perjalanan proses penghasilan lagu tersebut yang agak mencabar kerana perlu akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). “Sandra mengatakan dia sudah menulis lagu Jelaskan sejak tahun lalu lagi. Bagaimanapun, proses rakaman hanya dapat dimulakan dan disempurnakan pada sekitar bulan Mei lalu. Dia menyerap inspirasi daripada penyanyi antarabangsa iaitu Billie Eilish.

“Prosesnya agak lama juga kerana lagu dirakam ketika PKP. Untuk susunan muzik dirakam di Kuala Lumpur manakala vokal di Sabah, berikutan kualiti rakaman tidak memuaskan produksi terpaksa menunggu Sandra balik ke Kuala Lumpur bagi merakam trek vokal semula. Bahagian itulah paling mencabar kerana dilakukan berulang kali untuk mendapatkan emosi yang paling sempurna, ” katanya.

Jelaskan sudah boleh didengari di semua platform digital bermula Jumaat lalu. Sandra atau nama sebenar Alessandra Dianne Ampuria pergi menghadap ilahi pada 11 September selepas enam hari tidak sedarkan diri di unit rawatan rapi , Hospital Putrajaya. Pada 5 September lalu, Sandra yang berusia 25 tahun terbabit dalam kejadian Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya, ketika dalam perjalanan mengikuti latihan konsert minggu keempat Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Sandra disemadikan di Tanah Persemadian Islam Kampung Kauluan, Sabah.

Sumber: Mstar

16 Sep hari jadi Sandra. Ibu terkilan Sandra tak tahu hal sebenar. Semuanya dah terlambat. Mengejutkan Ibu Sandra tiba tiba tampil bongkarkan sesuatu yg membuatkan warganet tergamam.

TANGGAL 16 September sepatutnya menjadi hari ulang tahun kelahiran ke-26 Sandra Dianne yang pergi menghadap illahi pada 11 September lalu. Namun apakan daya apabila tarikh itu menjadi hari paling sayu buat ibunya, Nur Syakinah Abdullah yang masih bersedih dengan pemergian anaknya. Syakinah mengakui perit melalui hari tersebut dengan kerinduan yang sukar untuk digambarkan. Malah, dia turut menyifatkan sepanjang hayat Sandra seorang anak yang baik dan sentiasa mendahulukan perasaannya. Tambahnya lagi, penyanyi lagu Hey Kau itu juga seorang yang pemurah dan tidak boleh melihat kesusahan yang dilalui orang lain.

“Tiada kata-kata yang dapat mama gambarkan, perasaan kehilangan mama pada hari ulang tahun kelahiran kakak. Sakitnya meratapi kehilangan, peritnya menahan sebak di dada teringatkan kakak, pedihnya kerinduan ini.

“Kakak anak mama yang taat, sering mendahulukan perasaan mama. Kakak takut jika melukakan perasaan mama meskipun kakak tidak melakukan apa-apa kesalahan. Kakak seorang yang pemurah dan sering luluh hati melihat orang lain susah. Kalau jumpa orang jual keropok kering kakak akan berhenti untuk beli sekalipun kakak tak perlu… alasan sebab kasihan. Mungkin hari tu belum ada orang yang beli jualannya… setelah kakak beli, kakak akan sedekahkan pula pada orang lain,” ujarnya.

Sandra terlibat dalam kejadian yang tak diigini pada 5 September lalu. Syakinah menulis coretan di Facebook sempena ulang tahun Sandra yang ke-26 pada Rabu, 16 September. Katanya, pihak keluarga sempat mengadakan majlis tahlil untuk di kediamannya pada Rabu.

Alangkah bahagianya sekiranya kakak sempat melihat semua ini sebelum kakak pergi. Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria pergi menghadap illahi pada 11 September lalu selepas enam hari menahan sakit di Unit Rawatan Rapi, Hospital Putrajaya.

Sandra mengalami kegagalan fungsi otak akibat kejadian yang tak diigini dia jalan raya pada 5 September lalu. Sandra ketika itu dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk latihan rancangan Big Stage 2020 terbitan Astro.

Sandra dibawa pulang dan diuruskan di kampung halamannya di Kampung Kaulan, Tuaran Sabah. Keluarga Sandra mengadakan majlis tahlil pada Rabu. Sementara itu, Syakinah gembira ramai peminat dan rakan-rakan Sandra yang menunjukkan rasa kasih sayang terhadap Sandra.

“Sungguh pun kakak sudah tiada hari ini, kasih sayang mereka (peminat dan rakan-rakan) buat kakak semakin hari semakin subur. Alangkah bahagianya sekiranya kakak sempat melihat semua ini sebelum kakak pergi. Betapa ramai yang menyayangi kakak, kerana selama hidup kakak, kakak sering merasakan diri kakak tidak disayangi, “Mama sedih dan kesal kerana semuanya sudah terlambat, namun mama tetap bersyukur sekurang-kurangnya mama tahu anak mama di sayangi dan ramai juga yang mendoakan kakak” ujarnya

Ibu Sandra Dianne dedah apa sebenarnya berlaku pada anaknya di unit rawatan rapi selepas kejadian itu.

Ibu penyanyi Sandra Dianne, Nur Syakinah Abdullah, 46, mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku kepada anaknya ketika ditempatkan di unit rawatan rapi, Hospital Putrajaya, sebelum menghadap illahi, pagi semalam. Menurut Nur Syakinah, dia melihat Sandra menggerakkan kedua-dua tangan seperti sedang cuba untuk bangkit daripada tak sedarkan diri.

“Pada dua kejadian iaitu Ahad dan Selasa lalu, Sandra dilihat menggerakkan kedua-dua tangan seolah-olah berusaha untuk sedar daripada tidak sedarkan diri. Namun, selepas dua kejadian ini, tidak ada maklum balas diberi Sandra,” katanya kepada portal BH Online.

Menceritakan kisah sewaktu hari kejadian yang tak diigini itu berlaku, Nur Syakinah berkata, Sandra kelihatan bersemangat ketika melangkah keluar dari rumah bersama sepupunya, Jessica R James Majanah, 21, yang juga bertindak sebagai pembantunya di Big Stage 2020.

Malah Nur Syakinah sempat menerima ciuman terakhir daripada anaknya itu. “Selepas mandi dan bersiap, Sandra meluangkan masa bermain dengan adik tirinya. Setiap kali sebelum keluar dari rumah, Sandra mencium tangan saya. Namun, saya tidak sangka, itu adalah ciuman terakhir daripada anak saya,” katanya.

Menyedari Sandra kelihatan murung selepas kegagalan persembahan konsert lalu, Nur Syakinah bagaimanapun memberitahu, Sandra dilimpahi kata-kata semangat daripada pihak keluarga termasuk rakan-rakannya. “Sandra sepatutnya memakai baju panjang berwarna kelabu yang saya simpan sejak tahun lalu ketika mendendangkan lagu Nuri nyanyian Ella pada pertandingan itu,” katanya.

Dalam pada itu, Nur Syakinah berharap agar telefon bimbit Sandra yang hilang dapat dikembalikan semula oleh mana-mana pihak yang menjumpainya. Menurutnya, gajet itu terkandung banyak gambar kenangan untuk disimpan. Pemilik nama penuh Alessandra Dianne Ampuria, 26, selamat diuruskan di Tanah Persemadian Islam Kampung Kauluan, Tuaran, jam 5.45 petang tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *