Sesuatu tak dijangka bakal berlaku. Terkini KKM lebih bersedia jika kes positif Covid 19 naik secara mendadak lagi. Ini persiapan mereka menghadapi situasi tersebut.

Semasa

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini lebih bersedia untuk berdepan dengan kenaikan mendadak kes positif wabak koronavirus (Covid-19) berbanding ketika tempoh awal penularan pandemik itu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada pengalaman dan peralatan yang ada. “Apa yang penting kemampuan KKM, kalau lihat kesiapsiagaan KKM, kita lebih bersedia dibandingkan semasa bulan tiga dan bulan empat. “Ia dari segi peralatan dan pengalaman kita merawat pesakit Covid-19 dan juga dari segi penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE) dan sebagainya.

“Jadi sekarang ini kita lihat peningkatan kes (ketika ini) tertumpu di Kedah dan Sabah,” katanya pada sidang akhbar berhubung situasi semasa jangkitan penyakit Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemampuan KKM untuk berdepan dengan kenaikan kes positif wabak Covid-19 meliputi kapasiti katil dan lain-lain peralatan. Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, KKM juga turut menghantar bantuan pasukan terdiri daripada pakar perubatan dan pegawai perubatan di lapangan untuk tindakan kesihatan awam.

Sumber: Sinar Harian

Kerajaan Selangor Umum Beberapa Langkah Hadapi Peningkatan Kes COVID-19

SHAH ALAM, 2 Okt  — Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan beberapa langkah  sebagai  persediaan negeri ini menghadapi peningkatan kes baharu penularan wabak COVID-19 ketika ini. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata langkah utama yang akan dilaksanakan  adalah saringan bersasar secara percuma untuk rakyat negeri ini yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah antara 20 hingga 26 Sept lepas. “Memandangkan kemungkinan jangkitan baharu yang berkait dari Sabah, kerajaan negeri ingin  membantu Kementerian Kesihatan Malaysia dan memudahkan pengesanan jangkitan COVID-19  dengan  mengadakan  saringan bersasar secara percuma kepada rakyat terlibat.

“Saringan itu boleh dilakukan di semua cawangan Klinik Selcare milik anak syarikat kerajaan negeri,  Selgate  Healthcare Sdn Bhd dengan membawa dokumen penerbangan pulang dari Sabah serta bukti pemastautin tetap (bil air dan elektrik) di Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Amirudin berkata individu terlibat diminta hadir ke klinik berkenaan mulai Ahad ini dengan merujuk lokasi menerusi laman web https://selcareclinic.com/our-clinics/ dan bagi Daerah Kuala Selangor, kerajaan negeri turut menyediakan aturan khas untuk saringan di dewan orang ramai pada satu tarikh yang akan ditentukan kelak. Pada masa sama, Amirudin mengumumkan bahawa waktu operasi restoran berkonsepkan bar di seluruh Selangor juga dihadkan operasinya sehingga pukul 11 malam sahaja manakala semua jenis kelab malam dan bar masih kekal dilarang beroperasi.

“Kerajaan negeri juga menggalakkan masyarakat untuk sentiasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan tidak digalakkan menganjurkan sebarang himpunan atau persidangan melebihi had 250 orang pada satu-satu masa,” katanya. Beliau berkata waktu operasi Bilik Gerakan COVID-19 Selangor juga akan dilanjutkan sehingga pukul 7 malam selain pihaknya juga menaik taraf aplikasi SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) dengan menambah baik ciri peta, semakan premis dan semakan kendiri.

Sumber: BERNAMA

Kes paling tinggi dalam sejarah Malaysia. 317 kes positif dan 121 kes sembuh serta 1 pemergian direkodkan untuk hari ini. KKM tampil beri punca berlakunya peningkatan kes

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 317 kes baru telah dilaporkan hari ini (3 Oktober 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 12,088 kes. Daripada 317 kes ini kesemuanya adalah kes tempatan dan tiada kes import.

Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 1735 kes. Manakala 29 pesakit berada di ICU dan 4 kes memerlukan bantuan pernafasan. 1 kes pemergian baru menjadikan jumlah pemergian adalah sebanyak 137 kes.121 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 10,216 kes.

Gempar kes makin tinggi setiap hari. Akhirnya KP Kesihatan dedahkan punca peningkatan kes Covid 19 yang naik secara mendadak sehingga mengejutkan orang ramai.

KUALA LUMPUR: Tindakan aktif dan agresif petugas barisan hadapan di lapangan dalam usaha mengekang penularan COVID-19 menjadi faktor peningkatan trend jumlah kes harian. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, trend jumlah dan pecahan kes baharu positif COVID-19 semalam adalah hampir sama seperti yang dilaporkan akhir-akhir ini. Perkembangan ini adalah kerana masih berlaku peningkatan kes di Kluster Tembok, Kedah yang mencatat 97 kes dan juga kes-kes di negeri Sabah yang mencatat 155 kes.

“Antara tindakan yang telah dijalankan termasuk Pengesanan Kontak Rapat (ACD) bagi kes-kes positif COVID-19; Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) Kota Setar bermula pada 11 September 2020 dan tamat pada 25 September 2020, di mana seramai 18,701 orang telah disaring, meliputi 18,614 penduduk warganegara Malaysia dan 87 orang bukan warganegara. Daripada aktiviti tersebut, sejumlah 44 orang telah dikesan positif; iaitu 43 orang warganegara Malaysia dan seorang bukan warganegara. Manakala sebanyak 18,657 lagi adalah negatif COVID-19; 18,571 warganegara dan 86 bukan warganegara.

“Saringan Bersasar di empat daerah Perintah Kawalan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di Sabah; saringan bagi pengunjung dari Sabah di setiap pintu masuk (antarabangsa dan domestik) iaitu sejumlah 13,032 individu telah disaring dan 176 kes telah dikesan COVID-19,” katanya. Selain itu, pihaknya juga telah membuat saringan ke atas kumpulan berisiko tinggi, di mana antara saringan dijalankan termasuk terhadap warga emas di rumah jagaan, saringan tahanan imigresen dan saringan petugas kesihatan. Pihaknya pada masa sama turut melakukan aktiviti survelan melalui pemantauan kes-kes Influenza-Like Illness (ILI), Severe Acute Respiratory Illness (SARI), saringan pra operasi dan lain lain aktiviti survelan di lapangan.

Sumber: Astro Awani

Selepas berlaku peningkatan kes secara mendadak harini. Lebih mengejutkan lagi terdapat tiga Kluster baru COVID 19 yang dikesan harini.

Putrajaya, 3 Oktober – Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan 3 kluster baharu COVID-19 hari ini. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ketiga-tiga kluster itu melibatkan warganegara Malaysia. “KKM ingin memklumkan bahawa terdapat 3 kluster baru dikenalpasti hari ini melibatkan dua di Kedah dan satu di Selangor,” katanya. Berikut merupakan perincian bagi tiga kluster berkenaan.

Kluster Bah Lunas (Kulim). Kes indeks melibatkan kes ke-11,471, seorang lelaki warganegara berusia 35 tahun yang pulang dari kawasan berisiko negeri Sabah. Kes dikesan posiitf pada 30 September 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah. Saringan kontak rapat dapati tiga lagi kes positif dikesan. Semua melibatkan warganegara dan dirawat di hospital sama. Hingga 3 Oktober, 112 individu telah disaring di mana 4 positif, 21 negatif dan 87 masih menunggu keputusan. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

Kluster Bah Rose (Kuala Muda). Kes indeks, 11,212 seorang lelaki warganegara 48 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah. Kes dikesan positif pada 29 September dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah. Hasil saringan kontak rapat mendapati 7 lagi kes positif COVID-19 telah dikesan. Kesemua individu positif kluster ini melibatkan melibatkan warganegara. Hingga 3 Oktober, seramai 477 individu telah disaring. Hasil saringan di Kedah (81 orang) mendapati mendapati 7 positif, 69 negatif dan 5 masih tunggu keputusan. Daripada 396 disaring di Pulau Pinang, satu daripadanya positif, 71 negatif manakala 324 masih menunggu keputusan. Punca masih dalam siasatan.

Kluster Jelok (Selangor dan WP Kuala Lumpur). Kes indeks melibatkan kes ke- 11,788, iaitu seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 27 tahun. Pesakit dikesan positif melalui saringan individu bergejala pada 1 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Hasil saringan mendapati 3 lagi dikenalpasti positif COVID-19. Semua kes baru di dalam kluster ini melibatkan warganegara dan kesemuanya dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan. Sehingga 3 oktober, 8 idnvidu telah disaring di mana 4 positif dan 4 negatif COVID-19. Punca masih dalam siasatan.

Sumber: SiakapKeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *