Semalam direkodkan kes tertinggi dalam sejarah. Terkini kes baharu covid 19 masih kekal 3 angka. Ini punca yang dibongkarkan buat orang ramai tak senang duduk.

ISU SEMASA Semasa

KUALA LUMPUR: Sebanyak 293 kes jangkitan baharu COVID-19 direkodkan Kementerian Kesihatan, hari ini, menjadikan jumlah kumulatifnya meningkat kepada 12,381 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia membabitkan 292 kes penularan tempatan, masing-masing 269 rakyat tempatan dan 23 bukan warganegara, manakala satu kes lagi adalah kes import.

Katanya, seramai 28 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi dengan empat daripadanya memerlukan bantuan pernafasan, selain tiada pemergian dicatatkan, hari ini. Semalam, jumlah kes positif harian COVID-19 merekodkan 317 kes, satu angka tertinggi sejak virus itu menular dalam negara.

Sumber: BH Online

Gempar kes makin tinggi setiap hari. Akhirnya KP Kesihatan dedahkan punca peningkatan kes Covid 19 yang naik secara mendadak sehingga mengejutkan orang ramai.

KUALA LUMPUR: Tindakan aktif dan agresif petugas barisan hadapan di lapangan dalam usaha mengekang penularan COVID-19 menjadi faktor peningkatan trend jumlah kes harian. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, trend jumlah dan pecahan kes baharu positif COVID-19 semalam adalah hampir sama seperti yang dilaporkan akhir-akhir ini. Perkembangan ini adalah kerana masih berlaku peningkatan kes di Kluster Tembok, Kedah yang mencatat 97 kes dan juga kes-kes di negeri Sabah yang mencatat 155 kes.

“Antara tindakan yang telah dijalankan termasuk Pengesanan Kontak Rapat (ACD) bagi kes-kes positif COVID-19; Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) Kota Setar bermula pada 11 September 2020 dan tamat pada 25 September 2020, di mana seramai 18,701 orang telah disaring, meliputi 18,614 penduduk warganegara Malaysia dan 87 orang bukan warganegara. Daripada aktiviti tersebut, sejumlah 44 orang telah dikesan positif; iaitu 43 orang warganegara Malaysia dan seorang bukan warganegara. Manakala sebanyak 18,657 lagi adalah negatif COVID-19; 18,571 warganegara dan 86 bukan warganegara.

“Saringan Bersasar di empat daerah Perintah Kawalan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di Sabah; saringan bagi pengunjung dari Sabah di setiap pintu masuk (antarabangsa dan domestik) iaitu sejumlah 13,032 individu telah disaring dan 176 kes telah dikesan COVID-19,” katanya. Selain itu, pihaknya juga telah membuat saringan ke atas kumpulan berisiko tinggi, di mana antara saringan dijalankan termasuk terhadap warga emas di rumah jagaan, saringan tahanan imigresen dan saringan petugas kesihatan. Pihaknya pada masa sama turut melakukan aktiviti survelan melalui pemantauan kes-kes Influenza-Like Illness (ILI), Severe Acute Respiratory Illness (SARI), saringan pra operasi dan lain lain aktiviti survelan di lapangan.

Sumber: AstroAwani

Sesuatu tak dijangka bakal berlaku. Terkini KKM lebih bersedia jika kes positif Covid 19 naik secara mendadak lagi. Ini persiapan mereka menghadapi situasi tersebut.


PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini lebih bersedia untuk berdepan dengan kenaikan mendadak kes positif wabak koronavirus (Covid-19) berbanding ketika tempoh awal penularan pandemik itu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada pengalaman dan peralatan yang ada. “Apa yang penting kemampuan KKM, kalau lihat kesiapsiagaan KKM, kita lebih bersedia dibandingkan semasa bulan tiga dan bulan empat. “Ia dari segi peralatan dan pengalaman kita merawat pesakit Covid-19 dan juga dari segi penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE) dan sebagainya.

“Jadi sekarang ini kita lihat peningkatan kes (ketika ini) tertumpu di Kedah dan Sabah,” katanya pada sidang akhbar berhubung situasi semasa jangkitan penyakit Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemampuan KKM untuk berdepan dengan kenaikan kes positif wabak Covid-19 meliputi kapasiti katil dan lain-lain peralatan. Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, KKM juga turut menghantar bantuan pasukan terdiri daripada pakar perubatan dan pegawai perubatan di lapangan untuk tindakan kesihatan awam.

Sumber: Sinar Harian

Kes paling tinggi dalam sejarah Malaysia. 317 kes positif dan 121 kes sembuh serta 1 pemergian direkodkan pada 3 Oktober.

Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 317 kes baru telah dilaporkan hari ini (3 Oktober 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 12,088 kes. Daripada 317 kes ini kesemuanya adalah kes tempatan dan tiada kes import.

Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 1735 kes. Manakala 29 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi dan 4 kes memerlukan bantuan pernafasan. 1 kes pemergian baru menjadikan jumlah pememrgian adalah sebanyak 137 kes.121 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 10,216 kes.

Hampir menang tapi ini yang terjadi. Dr Noor Hisham beri kata kata semangat kepada Frontliners yang kini bersedia selepas kes semakin meningkat. Ini pesanannya.


Kadar jangkitan COVID-19 di negara ini kembali meningkat sejak akhir-akhir ini. Semalam adalah hari kedua mencatatkan kes tertinggi negara dengan 317 kes dan kesemuanya adalah penularan tempatan. Boleh dikatakan kenaikan kes tersebut mungkin memberi pelbagai bayangan yang tidak menentu kepada orang awam. Sebelum ini, kita hampir menang apabila kes harian yang dilaporkan hanya satu angka dalam masa beberapa hari.

Bagaimanapun, segalanya berubah apabila kes didapati merebak akibat kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah. Malam tadi, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah menitipkan sedikit kata-kata semangat buat anak buahnya yang sedang berjuang di barisan hadapan. Kepada semua petugas barisan hadapan kita, kita ada pertempran besar di depan kita. Negara kita bergantung pada kita walaupun banyak malam tidak tidur dan keletihan yang kronik. Sapulah air matamu, pandang ke depan, mari ratakan lekuk sekali lagi.- SiakapKeli

KUALA LUMPUR: “Sapulah air matamu…,” demikian ungkapan penuh bermakna yang dititipkan oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada para petugas barisan hadapan tatkala kes COVID-19 di negara ini menunjukan peningkatan, sejak kebelakangan ini.‘Jeneral Prang’ itu dalam kemas kini di laman Twitter dan Facebooknya pada Sabtu menzahirkan kata-kata semangat kepada kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam usaha menghalang penularan pandemik COVID-19. Jelas Ketua Pengarah Kesihatan itu, petugas barisan hadapan perlu cekal berdepan dengan situasi tersebut walaupun berada dalam keletihan.

“Kepada semua petugas barisan hadapan, kita sedang berhadapan dengan prang yang besar di hadapan. Negara sedang bergantung kepada kita…“Walaupun sering tidak cukup tidur dan keletihan, sapulah air matamu, bangkit dan terus berjuang (dan) ayuh sekali lagi meratakan lengkung jangkitan COVID-19,” tulis Dr Noor Hisham dalam catatan tersebut.- Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *