Sangat mendalam nasihat Ustaz Ebit Lew sehingga menyentuh hati orang ramai. Ini tips yang dikongsikan kepada pasangan yang berkahwin bagi mengekalkan kebahagiaan dalam rumah tangga.

Amalan artis OH AGAMA tips

Memang sedih apabila perpisahan yang berlaku dalam sesebuah rumah tangga. Rumah tangga yang dibina akhirnya terlerai di tengah jalan. Mengharapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Lebih memilukan apabila sesebuah rumah tangga itu musnah angkara orang ketiga. Berikut catatan Ebit Lew untuk dijadikan panduan bersama. Sedih pilu menangis sangat bila terbaca kisah sesiapa yang isteri sedang mengandung untuk berkahwin lain. Cuba bayangkan kita diuji mak ayah kita berpisah kini. Apa perasaan kita. Jika kita dah tua ini rasa begitu. Bagaimana satu hari nanti anak yang tak tahu apa-apa itu nak faham.

Hadiah paling mahal ibubapa kepada anaknya ialah didikan agama dan contoh kasih sayang keduanya. Saya berdoa Allah selamatkan rumahtangga ini semua rumahtangga kita semua. Janganlah bina mahligai bahagia atas tangisan air mata isteri yang kita nikahi dan cintai serta tangisan anak-anak. Selalu dakwah anak muda di jalanan dan wajah anak sedih di sekolah-sekolah. Maaf sangat, selalu bila saya jumpa dari keluarga yang bercrai brai. Buat yang telah diuji teruskanlah kuat yer. Kita ada Allah. Jadikanlah ujian itu buat kita dekat dengan Allah.

ISTERI AMANAH ALLAH KEPADA SUAMI. Semoga Allah selamatkan kita semua dari hati yang tidak hidup. Hidupkan jiwa kami semua dengan takwa. Doakan yang baik jer untuk semua. Satu jer nak cakap untuk ingatan diri sendiri dan semua. Isteri ini amanah Allah. Untuk kita pimpin dan bimbing masuk syurga. Bukan kita suka kita jaga. Tak suka ceraikan. Lainlah beliau ada lelaki lain. Kita mulia dan manusia sebaik-baik kejadian..kita sayang kerana Allah..walau banyak kekurangan kita tampung dan bina sama-sama untuk redha Allah. Lihat isteri…kenangkanlah ibu kita..kenangkan anak perempuan kita..kenangkanlah..

Bahagia itu bila kita yang memberi. Bukan tuntut hak dari pasangan..dalam kata lain saling bantu membantu dan bertolak ansur..
Pernah ada seorang suami jumpa saya. Dia nak berpisah dengan isterinya. Dalam perjalanan nak berpisah. Masing-masing tak nampak baik satu sama lain. Allah sayang dia uji kita. Carilah niat awal kita kahwin. Kita kahwin nak dapat redha Allah. Bimbing dan pimpin masuk syurga. Kahwin bukan untuk dapat apa yang kita nak tapi tunaikan apa yang Allah nak..nikah itu amanah Allah. Tapi ustaz, isteri saya degil. Malas. Tak pernah nak ambil hati saya. Tak layan saya. Selalu tolak saya….dia senaraikan buruk isteri dia..

DIDIK ISTERI DEKATKAN DIRI DENGAN AGAMA. Abang kan ketua keluarga. Ada bawa isteri belajar agama? Ada buat Taklim rumah? Ada solat tahajud sama-sama? Ada doakan isteri setiap malam? Ada baca Al-Quran sama-sama? Ada mengorat pujuk dia dekat dengan Allah..wah abang,dulu cantik lawa menawan sexy semualah. Eh, tiba-tiba hari ni baru sedar segala kekurangan pasangan. Kurang saya di mana? Dah lama-lama baru cakap tipu jer semua tu? Doa pada Allah, dan tanya diri kita sebenarnya apa kita nak dalam hidup kita? Cubalah tanya?

Baik ustaz…Dia bawa isteri datang keluarga sunnah. Sehari dalam keluarga sunnah. Lepas tu bawa isteri 3 hari belajar iman. Mula buat taklim rumah. Mula makan dalam dulang berjemaah. Mula sama-sama dekat diri pada Allah..Didik isteri anak solat..bagi masa untuk keluarga..
Jumpa saya semula kata,ustaz hidup kami dah bahagia. Baru saya rasa kahwin setelah sekian lama. Kalau tahu dari mula kahwin ajak belajar agama. Belajar iman. Dekat pada Allah. Makan suap-suap. Kerana sunnah semua ajaib..Ajaibkan ustaz..

BIMBING DAN PIMPIN ISTERI. Wanita ini boleh jadi paling lembut dan menyejukkan membahagiakan. Wanita juga boleh jadi paling keras dan teramat menyakitkan. Suami tak boleh ler jadi macam wanita juga nak menangis dan menjerit tak tentu pasal. Mereka melengkapkan kita. Sebab tu kita lelaki. Sebab tu kita lelaki..Dalam Al-Quran kata ‘ArRijal’ Ar Rijal..Ar Rijal..Allah puji ‘lelaki’. Tugas kita bertenang dan pimpin isteri kita kerana Allah sampai syurga. Selamatkan diri kamu dan ahli keluarga kamu dari pi neraka…Memang lelaki dijadikan ketua maksudnya memimpin. Wanita ialah tunjang utama keluarga..Dakwah dengan kasih sayang dan kelembutan pujuk rayu. Malam menangis di depan Allah. Al-Quran puji pengorbanan wanita dan Islam sangat menjaga hak wanita. Setiap lelaki dilahirkan dari perut seorang ibu.

Sumber kredit: Ebit Lew

Jika dibandingkan dengan setiap kesenangan material yang mungkin anda perolehi di dunia ini, pastilah tiada apa yang lebih bernilai daripada keluarga bahagia. Mendirikan rumah tangga dan menimang cahaya mata merupakan impian kebanyakan individu. Namun, tidak semua rumah tangga dan keluarga yang dibina bahagia. Kebahagiaan sesebuah keluarga bukanlah tercipta dengan sendirinya sebaliknya memerlukan usaha berterusan. Oleh itu, ketahui 7 tip membina keluarga bahagia berikut untuk panduan bersama.

1. Solat berjemaah. Kebanyakan agama menekankan kepentingan keluarga dan kestabilan rumah tangga. Oleh itu, tidak hairanlah pegangan agama memainkan peranan kepada hubungan anda dengan pasangan. 2. Makan malam bersama Perkara ini nampak remeh, tetapi sebenarnya waktu makan bersama keluarga sangat penting. Percaya atau tidak, dalam satu kajian yang dilakukan di University of Michigan mendapati bahawa masa yang dihabiskan anak anda untuk makan di rumah merupakan penentu paling besar terhadap pencapaian akademik dan masalah tingkah laku. Masa makan bersama ini didapati lebih mempengaruhi anak anda berbanding faktor lain seperti tempoh masa dihabiskan di sekolah, tempoh masa belajar, tempoh masa menghadiri majlis agama mahupun tempoh masa bermain sukan.

3. Kongsi sejarah keluarga. 4. Libatkan Atuk dan Nenek. 5. Libatkan keluarga dalam komuniti. Banyak kajian mendapati bahawa keluarga yang beragama lebih bahagia. Kajian lanjut mendapati kehidupan dalam komuniti merupakan sebab keluarga yang berpegang kepada agama lebih bahagia. Komuniti seagama memberikan rasa terhubung dengan masyarakat yang berfikiran sama. Jadi, bawa anak-anak anda menyertai aktiviti di kawasan kejiranan anda. Sama ada menunaikan solat Jumaat di masjid, membantu aktiviti krban mahupun bergotong-royong untuk membersihkan kawasan kejiranan. 6. Bagi autonomi kepada anak anda. 7. Luangkan masa bersama. Selain solat dan makan bersama, sebarang aktiviti yang anda luangkan bersama dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Sama ada aktivi dalam rumah seperti mengemas rumah mahupun aktiviti di luar seperti bermusafir dan bercuti bersama-sama.- Hellodoktor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *