Naim Daniel masih menanti peluang untuk buat sesuatu dengan Datuk Hattan. Rupanya ini yang berlaku antara mereka sehingga mendapat perhatian warganet.

artis selebriti

Satu video daripada rancangan separuh akhir pertandingan nyanyian dimuat naik Naim Daniel di Instagram miliknya menyaksikan dia cuba bersalaman dengan Datuk Hattan. Mungkin tidak perasan dengan tangan yang dihulur oleh Naim kepadanya, Datuk Hattan terus berlalu tinggalkan pentas begitu sahaja dan diikuti oleh gelak tawa oleh penyanyi di sebelah Naim.

“Assalammualaikum Datuk Hattan, saya dengan rendah dirinya menyatakan bahawa saya masih menanti peluang untuk bersalaman dengan Datuk. “Tapi dah covid sekarang ni, kena patuh sop, tak dapatlah salam nampaknya,” tulis Naim berseloroh. Ramai warganet yang ketawa dan ada juga yang seolah bersimpati dengan nasib yang dialami oleh Naim ketika itu. Lagu bertajuk Sumpah nyanyian Naim Daniel itu muncul juara dalam Anugerah Juara Lagu ke 34 yang berlangsung pada awal tahun ini. Naim sekarang dalam rangka promosi lagu terbarunya berjudul Purnama.

Sumber: Gempak

Sebelum ini dikritik teruk dengan Azwan Ali gara gara memenangi Anugerah Juara Lagu tahun lepas. Kalini ini lain pula yang terjadi antara Diva AA dan Naim Daniel. Kisah selanjutnya disini.

Pastinya ramai yang mengingati kontroversi yang terjadi antara penyanyi terkenal, Naim daniel dengan pengacara popular, Azwan Ali atau mesra di sapa Diva AA selepas kemenangan Naim di Anugerah Juara Lagu tahun lepas. Diva AA telah memaki Naim dengan perkataan ‘jadah’ susulan tidak begitu mengenali penyanyi muda tersebut sehingga menjadi perdebatan susulan tindakan Naim yang membalas tweet yang dibuat Diva AA.

This image has an empty alt attribute; its file name is 67e6-300x137.png

Siap promote lagi. Namun, selepas setahun perkara itu berlalu dan mereka pun sudah berdamai, Naim Daniel telah memuat naik satu video bertemu dengan Azwan Ali sambil menyanyikan lagu terbaru darinya berjudul ‘Purnama’. Lebih menggembirakan lagi, Diva AA turut mempromosikan lagu Naim Daniel dengan mengajak warganet semua mendengarkan  lagu itu yang merupakan karya terbaru penyanyi berbakat besar tersebut.

Dalam kapsyen yang dinyatakan dalam video tersebut di Instagram, Naim menulis bahawa kasih dan sayang akan sentiasa menang. Ayat itu membuatkan ramai peminatnya merujuk kepada kenyataan yang dibuat Diva AA sebelum ini sehingga mencetuskan isu pada AJL yang lalu. Jangan membenci orang yang menjatuhkanmu .Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet memuji cara naim Daniel mengendali keadaan dengan tenang dan penuh budi bahasa. Dia juga langsung tidak mempunyai masalah dengan Diva AA dan kekal berdamai sehingga ke hari ini. “Terus sebarkan rasa positif.

Hubungan sesama manusia adalah sebahagian daripada kehidupan kita yang mengimpikan kesejahteraan dan kemakmuran. Kita melihat bagaimana Islam mengajar umatnya berinteraksi sesama manusia dengan cara yang baik dan akhlak mulia. Islam mengajar kita bahawa seorang Muslim yang beriman akan memegang prinsip asas di mana jika kita tidak dapat memberi manfaat kepada seseorang, maka jangan memudaratkan mereka.

Jika kita tidak dapat menggembirakan, maka jangan sedihkan mereka. Jika kita tidak dapat memuji, janganlah mengeji. Islam menekankan bahawa menggembirakan orang lain adalah satu kewajipan. Kata-kata pujangga menyebut: “Lakukanlah kebaikan kepada sesiapa sahaja. Jika kebaikan dilakukan pada orang yang betul, maka benarlah kamu. Dan jika dilakukan kepada orang yang salah maka kamu juga sebahagian daripada kebaikan.”- BHONLINE

Sumber: Oh My Media

Imej tidak berbaju. Perkongsian Naim Daiel terus menerus raih perhatian peminatnya sehinggakan ada yang tak keruan dan malah ada yang sanggup suruh padam gambar tersebut

Penyanyi Naim Daniel memuat naik sekeping foto yang memaparkan dirinya dalam keadaan tidak berbaju di Instagram.Gambar tersebut kemudian mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengikutnya terutamanya golongan wanita.Di ruangan komen, rata-rata peminatnya menyifatkan gambar yang dikongsikan Naim itu cukup sksi.

Apatah lagi, gambar itu jelas memperlihatkan bahagian dadanya yang berbulu secara dekat kepada peminatnya.”Belanja badan nampak.”Bihun ke bulu dada..eh tiba!”Tiba-tiba jerit sorang-sorang bila tengok gambar ni. “Fuhh..bulu dada mengncam. Angau jadinya,” komen sebahagian pengikutnya.

Bahkan, beberapa rakan artis juga turut mengusiknya dengan imejnya yang tidak berbaju itu.”Amboi, bulu-bulu kehidupan,” tulis penyanyi Indah Ruhaila.Pada masa sama, ada pengikut yang turut mempertikaikan tindakan peminat wanita yang seolah-olah tidak keruan melihat gambar tersebut.”Kalau laki kena cop buaya, perempuan gatal kena cop apa?

“Nanti yang perempuan-perempuan ambil gambar buat wallpaper,” komen sebahagian pengikutnya.Begitupun, Naim dilihat hanya membiarkan komen-komen tersebut tanpa memberi sebarang respons biarpun ada yang cuba memintanya memadamkan gambar ‘mengundang’ tersebut.-gmpk

Pernah Diangkat Sebagai Juara Dan Dikatakan Lupa Diri Selepas Menang. Ini Sebenarnya Yang Terjadi Kat Naim Daniel Bila Dipersoalkan Sebegitu

Diangkat sebagai Juara Lagu, Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34 pada Februari lalu, timbul cerita tak sedap didengar mengenai pelakon dan penyanyi Naim Daniel yang didkwa lupa diri dan sukar dihubungi.Naim juga dikatakan tidak memberikan respon apabila ada pihak ingin mengundang menjayakan sesi fotografi. Tampil menjelaskan perkara itu, Naim berkata dia terlalu sibuk hinggakan panggilan ibunya juga tidak dijawab.

“Saya minta maaf jika ada sesiapa merasakan saya mula lupa diri. Minta jauh daripada sikap tak sedar diri. Saya bukannya ‘kekwat’, cuma terlalu sibuk hingga terlupa membalas pesanan dihantar. Ada masa, panggilan telefon ibu sendiri pun tidak sempat dijawab.

“Insya-Allah, saya tiada masalah menjayakan sesi temuramah atau sesi fotografi. Lagi pun sudah lama saya tak berkesempatan menjayakannya kerana sibuk memberi tumpuan kepada dunia muzik. “Ada kala saya perasan pesanan dihantar dan memang berhasrat mahu membalasnya. Cuma, apabila sibuk dengan kerja, terlupa mahu membalas. Lagipun, apabila sudah terlalu sibuk, saya tak dapat memenuhi kehendak semua orang, apa lagi pesanan masuk pula terlalu banyak,” katanya kepada BH Online.

Meskipun sudah meraih kejayaan besar di AJL namun Naim berkata dia tidak pernah merasakan dirinya hebat. Ujarnya, dia berusaha keras untuk keluarga dan tidak mungkin dia mahu memburukkan namanya. “Jika sudah lupa diri tentulah pelbagai cerita negatif keluar selepas AJL, tetapi Alhamdulillah, saya masih berpijak di bumi. Seperti yang pernah dikatakan, saya berusaha keras untuk keluarga. Jadi, tak mungkin saya mahu menjejaskan periuk nasi.“Sebagai seorang artis, kejayaan diraih ini bukan atas usaha saya seorang, sebaliknya jika tiada sokongan peminat dan media, tak mungkin saya peroleh kesempatan ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *