Gempar kes makin tinggi setiap hari. Akhirnya KP Kesihatan dedahkan punca peningkatan kes Covid 19 yang naik secara mendadak sehingga mengejutkan orang ramai.

ISU SEMASA Semasa

KUALA LUMPUR: Tindakan aktif dan agresif petugas barisan hadapan di lapangan dalam usaha mengekang penularan COVID-19 menjadi faktor peningkatan trend jumlah kes harian. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, trend jumlah dan pecahan kes baharu positif COVID-19 semalam adalah hampir sama seperti yang dilaporkan akhir-akhir ini. Perkembangan ini adalah kerana masih berlaku peningkatan kes di Kluster Tembok, Kedah yang mencatat 97 kes dan juga kes-kes di negeri Sabah yang mencatat 155 kes.

“Antara tindakan yang telah dijalankan termasuk Pengesanan Kontak Rapat (ACD) bagi kes-kes positif COVID-19; Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) Kota Setar bermula pada 11 September 2020 dan tamat pada 25 September 2020, di mana seramai 18,701 orang telah disaring, meliputi 18,614 penduduk warganegara Malaysia dan 87 orang bukan warganegara. Daripada aktiviti tersebut, sejumlah 44 orang telah dikesan positif; iaitu 43 orang warganegara Malaysia dan seorang bukan warganegara. Manakala sebanyak 18,657 lagi adalah negatif COVID-19; 18,571 warganegara dan 86 bukan warganegara.

“Saringan Bersasar di empat daerah Perintah Kawalan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di Sabah; saringan bagi pengunjung dari Sabah di setiap pintu masuk (antarabangsa dan domestik) iaitu sejumlah 13,032 individu telah disaring dan 176 kes telah dikesan COVID-19,” katanya. Selain itu, pihaknya juga telah membuat saringan ke atas kumpulan berisiko tinggi, di mana antara saringan dijalankan termasuk terhadap warga emas di rumah jagaan, saringan tahanan imigresen dan saringan petugas kesihatan. Pihaknya pada masa sama turut melakukan aktiviti survelan melalui pemantauan kes-kes Influenza-Like Illness (ILI), Severe Acute Respiratory Illness (SARI), saringan pra operasi dan lain lain aktiviti survelan di lapangan.

Sumber:

Kes paling tinggi dalam sejarah Malaysia. 317 kes positif dan 121 kes sembuh serta 1 pemergian direkodkan untuk hari ini.

Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 317 kes baru telah dilaporkan hari ini (3 Oktober 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 12,088 kes. Daripada 317 kes ini kesemuanya adalah kes tempatan dan tiada kes import.

Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 1735 kes. Manakala 29 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi dan 4 kes memerlukan bantuan pernafasan. 1 kes pemergian baru menjadikan jumlah pememrgian adalah sebanyak 137 kes.121 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 10,216 kes.

Selepas berlaku peningkatan kes secara mendadak harini. Lebih mengejutkan lagi terdapat tiga Kluster baru COVID 19 yang dikesan harini.

Putrajaya, 3 Oktober – Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan 3 kluster baharu COVID-19 hari ini. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ketiga-tiga kluster itu melibatkan warganegara Malaysia. “KKM ingin memklumkan bahawa terdapat 3 kluster baru dikenalpasti hari ini melibatkan dua di Kedah dan satu di Selangor,” katanya. Berikut merupakan perincian bagi tiga kluster berkenaan.

Kluster Bah Lunas (Kulim). Kes indeks melibatkan kes ke-11,471, seorang lelaki warganegara berusia 35 tahun yang pulang dari kawasan berisiko negeri Sabah. Kes dikesan posiitf pada 30 September 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah. Saringan kontak rapat dapati tiga lagi kes positif dikesan. Semua melibatkan warganegara dan dirawat di hospital sama. Hingga 3 Oktober, 112 individu telah disaring di mana 4 positif, 21 negatif dan 87 masih menunggu keputusan. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

Kluster Bah Rose (Kuala Muda). Kes indeks, 11,212 seorang lelaki warganegara 48 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah. Kes dikesan positif pada 29 September dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah. Hasil saringan kontak rapat mendapati 7 lagi kes positif COVID-19 telah dikesan. Kesemua individu positif kluster ini melibatkan melibatkan warganegara. Hingga 3 Oktober, seramai 477 individu telah disaring. Hasil saringan di Kedah (81 orang) mendapati mendapati 7 positif, 69 negatif dan 5 masih tunggu keputusan. Daripada 396 disaring di Pulau Pinang, satu daripadanya positif, 71 negatif manakala 324 masih menunggu keputusan. Punca masih dalam siasatan.

Kluster Jelok (Selangor dan WP Kuala Lumpur). Kes indeks melibatkan kes ke- 11,788, iaitu seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 27 tahun. Pesakit dikesan positif melalui saringan individu bergejala pada 1 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Hasil saringan mendapati 3 lagi dikenalpasti positif COVID-19. Semua kes baru di dalam kluster ini melibatkan warganegara dan kesemuanya dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan. Sehingga 3 oktober, 8 idnvidu telah disaring di mana 4 positif dan 4 negatif COVID-19. Punca masih dalam siasatan.

Sumber: SiakapKeli

Persoalan langkah penutupan sekolah akhirnya terjawab. KP Kesihatan memaklumkan sekolah akan ditutup sekiranya sesuatu ini berlaku dan harap semua ambil berat akan isu ini.

PUTRAJAYA, 3 Okt – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa langkah penutupan sekolah belum disyorkan buat masa ini.“Jadi kita lihat sekarang ini kalau sekolah tersebut ada jangkitan, contohnya dulu Kluster Tawar ada seorang guru yang terlibat positif, guru tersebut kembali ke sekolah dan jangkitan berlaku, barulah kita akan tutup sekolah.“Tapi setakat ini kita tidak syorkan penutupan sekolah. Aktiviti boleh berjalan tapi kena berhati-hati (dan) patuh kepada prosedur operasi standard (SOP),” katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 hari ini.Sumber: KKM

Terkesan dengan penularan wabak covid 19. Kini tabika dan taska yang berada dalam kawasan ini akan ditutup bagi mengelakkan pertambahan kes positif. Ini arahan selanjutnya.

Tasek Gelugor: Mana-mana taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan taska dikendalikan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang berada di zon merah Covid-19 akan ditutup bagi memutuskan rantaian penularan wabak berkenaan. Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, arahan penutupan itu dibuat selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, sehingga kini 281 tabika dan sembilan taska membabitkan 6,699 murid di Sabah, Kedah dan Terengganu yang berada pada zon merah Covid-19 diarah membuat penutupan premis. “Mana-mana tabika dan taska yang berada di zon merah Covid-19 diarah ditutup sepertimana arahan serta nasihat yang dikeluarkan KKM.

“Penutupan tabika dan taska ini dibuat sehingga menerima arahan serta nasihat selanjutnya daripada KKM selepas keadaan kembali pulih,” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung penutupan tabika dan taska susulan peningkatan kes Covid-19 selepas menghadiri Program Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku (WINS) Dari Desa Ke Global di Dewan Rafflesia, Midtown Kubang Menerong, di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Shabudin Yahaya. Mohamad Yasid berkata, KEMAS mempunyai 11,900 tabika dan taska seluruh negara membabitkan kira-kira 200,000 murid. “Sepanjang tabika dan taska dibenarkan dibuka semula selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP), KEMAS mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. “Apatah lagi,murid yang dibenarkan hadir juga antara 30 hingga 50 peratus sahaja setiap hari bergantung pada keluasan kelas yang kita masih lagi mengamalkan sistem ini sehingga keadaan kembali normal seperti biasa,” katanya. Semalam, 287 kes baharu Covid-19 dilaporkan iaitu tertinggi setakat ini dengan 11,711 kes di seluruh negara.

Sumber: Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *