Gara gara tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan ketika penularan covid 19 sekarang. Individu ini terus ditahan dengan polis di sebuah restoran makan.

ISU SEMASA Semasa

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bergelang merah jambu ditahan kerana tidak mematuhi syarat kuarantin Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKKP) COVID-19 di Bandar Tasik Puteri, Rawang dekat sini, malam tadi. Lelaki berusia 52 tahun dan tinggal di Bandar Tasik Puteri itu ditahan ketika makan di sebuah restoran oleh sepasukan anggota polis pada jam 7.30 malam susulan aduan diterima daripada orang awam. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata semakan mendapati lelaki berkenaan mendapat arahan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menjalani kuarantin di rumah bermula semalam sehingga 16 Oktober ini.

“Lelaki itu sudah menjalani ujian saringan COVID-19 selepas tiba dari Kota Kinabalu, Sabah dengan satu penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) semalam dan keputusan ujian masih belum diterima. “Justeru kita tahan dia kerana tidak patuh perintah pengawasan dan pemerhatian bagi kontak jangkitan penyakit COVID-19 mengikut Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Bejangkit 1988,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, proses remn terhadapnya akan dijalankan hari ini dan ia akan dibuat di sebuah bilik khas yang disediakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak. Katanya, siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan sebarang perbuatan yang dilakukan menyebabkan merebaknya penyakit yang membahayakan kepada nyawa. Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988/ Peraturan 11 Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) (No 8) 2020.

“Perbuatannya yang tidak mematuhi arahan menjalani kuarantin jelas boleh menggusarkan masyarakat sekitar. “Justeru kita nasihatkan orang ramai supaya mematuhi perintah menjalani kuarantin seperti yang diarahkan pihak KKM bagi memastikan keselamatan mereka, keluarga mereka serta orang lain,” katanya. Arifai berkata, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati tidak patuh perintah kuarantin. Dalam pada itu, tular beberapa gambar, semalam menunjukkan sepasukan anggota polis menjalankan pemeriksaan ke atas suspek di hadapan sebuah restoran di Bandar Tasik Puteri.

Sumber: BHONLINE

Terdahulu tular aksi instafamous ini memakai gelang pink ke restoran. Ini respon Chazynash susulan dikritik teruk atas perbuatannya itu

Personaliti media sosial, Chazynash tidak kisah dengan kritikan diterima selepas tular video lakonan memakai gelang pink di tempat awam.Menurut Chazynash, dia tetap akan terus berkarya walaupun tidak disukai oleh segelintir pihak.”Jadi kepada pengunjung-pengunjung baru, selamat datang ke Instagram saya. Jangan segan-segan ‘follow’ saya. 

“Tak suka video saya, nak kritik, kritik lah. Apa jadi pun, saya tetap akan terus berkarya. Terima kasih kepada semua yang sokong, alhamdulillah syukur.”Nak cakap pasai isu sensitiviti, ampa pi 7E tolong la pakai sentiasa ‘mask’. Masuk kedai runcit walaupun sat ja, tolong la ‘scan’ mysejahtera. “Ampa pi cucuk duit kat bank, tolong jaga jarak 1 meter. KITA JAGA KITA! Baru betul. Sekian,” tulisnya di Instagram (IG).

Entri yang hampir mendapat 25,000 liked (tanda suka) itu turut memuat naik foto bersama pelakon dan pelawak Zizan Razak.
Video menimbulkan kontroversi itu turut mendapat perhatian daripada Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Memetik laporan Astro Awani, Ismail Sabri berkata individu berkenaan membuat kesalahan kerana mempunyai niat untuk menpu orang ramai.Justeru, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap individu yang tidak bertanggungjawab itu.Terdahulu tular aksi instafamous itu yang memakai gelang pink di sebuah restoran hingga mencetuskan panik dalam kalangan warganet.-gmpk

Instafamous Anggap Gurauan Pakai Gelang Pink Di Temapt Umum. Ismail Sabri Tampil Beri Penjelasan Dan Tindakan Susulan Perbuatan Individu Terbabit

MANA-mana individu yang mempersendakan gelang pink yang diketahui umum hanya untuk mereka yang menjalani kuarantin adalah dianggap sebagai satu kesalhan kerana menpu orang ramai.Perkara itu ditegskan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada sidang media petang Selasa.

“Kalau dia tu betul-betul dikuarantin, keluar dengan pakai gelang tentu saja dia akan dikenakan tindakan.“Kalau dia tidak dikenakan kuarantin, tapi pakai gelang, dia juga men1pu menggunakan bahan atau peralatan daripada Kementerian Kesihatan untuk tindakan tertentu bertujuan tertentu dan tujuan dia adalah menpu orang ramai. Dia pun salah melakukan perkara tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai terdapat individu-individu termasuk influencer yang mempersendakan gelang merah jambu atau tag kuarantin, dengan tujuan untuk membuat guravan atau pr4nk kepada orang awam.Video Chazynash memakai gelang merah jambu di sebuah restoran mencetuskan kontr0versi.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan berhubung perkara tersebut.“Terserah kepada polis untuk ambil tindakan.“Saya harap kita perlu bertanggungjawab. Jangan kita menjadikan ini sebagai bahan mainan atau ketawa. Ini melibatkan isu nyawa, isu yang besar.

“Jadi, jangan menganggap ini perkara yang boleh dibuat lawak, dimain-mainkan kerana kesannya adalah amat besar,” katanya.Sehubungan itu, beliau memberi peringatan kepada semua pihak supaya melihat pandem1k Cov1d-19 sebagai perkara yang serius dan bukannya sesuatu yang boleh dijadikan bahan gur4uan.

Terdahulu, dilaporkan seorang personaliti media sosial mencetvskan kontr0versi apabila memuat naik video menunjukkan dia memakai ‘gelang pink’ ketika makan di restoran.Instafamous berkenaan yang lebih dikenali sebagai Chazynash kemudian tampil membuat permohonan maaf bahawa video tersebut hanyalah lakonan dan bukannya pr4nk di tempat awam.Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!Sumber: MSTAR

Kementerian Kesihatan tetapkan lima warna gelang berbeza untuk kuarantin

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan menetapkan lima warga gelang berbeza untuk dipakai individu yang perlu menjalani kuarantin mengikut stok dan kawasan pemantauan. Selain gelang berwarna merah jambu, gelang berwarna putih, biru, merah dan kuning turut dipakaikan kepada individu yang menjalani tempoh kuarantin. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pemakaian warna gelang kepada individu yang perlu dikuarantin tertakluk kepada stok di kawasan setempat dan penentuan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Katanya, PKD akan menulis nama, tempat dan tarikh saringan dilakukan pada gelang berkenaan sebelum dipakaikan kepada individu terbabit untuk menjalani tempoh kuarantin. “Gelang kuarantin adalah tanda yang dipakaikan kepada individu di bawah pengawasan seperti kontak rapat kes positif, pengembara baru pulang dari luar negara atau individu berada dalam Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) Secara Pentadbiran. “Individu yang dipakaikan gelang kuarantin ini tidak boleh keluar rumah sehingga tempoh kuarantin tamat, kecuali bagi ketua keluarga. Gelang kuarantin itu hanya boleh dipotong oleh pihak PKD selepas tempoh kuarantin tamat.

“Sekiranya ada individu dengan gelang kuarantin berada di kawasan umum, ia perlu dilaporkan kepada polis bagi melindungi masyarakat daripada risiko jangkitan COVID-19,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut mengucapkan terima kasih dengan keprihatinan masyarakat melaporkan kepada pihak berkuasa apabila menyedari kehadiran individu dengan gelang kuarantin di tempat umum. “Individu yang ingkar arahan ini boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat. Kepatuhan individu yang dipakaikan gelang kuarantin untuk kekal berada di rumah sangat dihargai kementerian,” katanya.

Sumber: BHONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *