Dah menangis dekat rumah dahulu. Syifa Melvin sampai menitiskan air mata dengan penghijrahan Safawi Rasid ke kelab baru. Ini kata kata Syifa buat pemain bola itu.

artis selebriti Semasa sukan

Sepang: Penghijrahan tonggak sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid ke Portugal bagi menyertai kelab utama Liga Premier, Portimonense SC bukan sahaja ditangisi keluarga dan penyokongnya, tapi juga pelakon dan ahli perniagaan, Syifa Melvin. Safawi yang juga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berlepas ke Portugal malam tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Story pelakon, Lia Natalia yang juga rakan Syifa, adik kepada Syatilla Melvin itu berkata, dia sudah lepaskan kesedihan di rumah. Video itu juga dimuat naik semula di Instagram Story Syifa. “Okay, dah nangis tadi. Dah lepas di rumah,” katanya. Dalam video lain, Lia turut menulis kapsyen ‘Aku tahu kawan aku kuat’ dan dimuat naik semula Syifa.

Lia turut memuat naik gambar mereka bersama Safawi dengan keterangan; “All the best permata negara Safawi Rasid,” tulisnya. Terdahulu, Syifa dikatakan menjalin hubungan dengan pemain berusia 23 tahun itu, namun tidak ada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua belah pihak. Penghijrahan Safwi ke sana adalah secara pinjaman selama semusim dengan kelab utama Portugal itu.

Sumber: Hmetro

Ribuan ucapan tahniah, doa iringi penghijrahan Safawi ke Portugal… pesanan TMJ paling padu! – “Jika perlu apa-apa, aku sentiasa ada… just call”

RIBUAN ucapan tahniah dan juga doa membnjiri posting terbaharu bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid. Terdahulu Safawi yang juga anak kelahiran Dungun, Terengganu memuat naik beberapa keping gambar di laman Instagram bagi menzahirkan ucapan penghargaan kepada pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan penyokongnya.

“Thank you for all the memories. I will miss JDT family and all supporters. Junjung kasih Tuanku,” tulisnya pada perkongsian tersebut. Sehingga kini perkongsiannya meraih lebih 90,000 likes dan ribuan komen yang dilontarkan warganet dan juga selebriti. Malah Tunku Ismail sendiri turut menitipkan ucapan kepada pemain skuad Harimau Malaya itu.

“All the best Pawi. Aku doa semoga berjaya. Jikalau perlu apa-apa, aku sentiasa ada. Anytime, anywhere.. just call. Jaga diri, sentiasa ingat Allah. Pintu JDT sentiasa terbuka. All the best and good luck,” tulis Tengku Mahkota Johor itu di ruangan komen. “Selamat maju jaya, Pawi! Banggakan Malaysia!,” komen pengacara terkenal, Uyaina Arshad.

“All the best,” tulis Izham Tarmizi yang juga penjaga gol kelab tersebut. Sementara itu, ada juga warganet meluahkan rasa sedih kerana tidak lagi berpeluang untuk melihat Safawi beraksi di dalam negara. “Good luck Pawi. Kami akan merindui aksi anda Liga Super Malaysia,” tulis Faiz Najmii. Safawi akan berlepas ke Portugal untuk meneruskan karier bola sepaknya di Eropah dengan menyertai Liga Premier bersama kelab Portimonense SC.

Pemain berusia 23 tahun itu akan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, malam ini. Safawi muncul sebagai pemain kedua negara yang beraksi di liga utama Eropah selepas pemain muda muda sensasi, Luqman Hakim Shamsuddin menyertai KV Kortrijk di Belgium, Ogos lalu. Safawi yang turut tersenarai sebagai penjaring gol terbaik Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sebelum ini dirisik oleh beberapa kelab berpangkalan di luar negara berdasarkan prestasinya ketika bersama dengan skuad Harimau Malaya.

Sumber: Mstar

Safawi Rasid dikatakan bakal berpindah dan bermain untuk kelab di Portugal. Lagi mengejutkan gaji yang ditawarkan kepada Safawi Rasid meraih perhatian ramai.

Safawi Rasid yang akan berpindah dan bermain untuk Portimonense SC dilaporkan bakal menjadi pemain paling mahal di Asia Tenggara, lapor Harian Metro. Semuanya jika Safawi berjaya membuktikan keupayaannya bersama kelab liga utama Portugal itu. Bukan itu saja, nilai penyerng kebangsaan itu dikatakan boleh meningkat sekali ganda selepas menempatkan diri dalam pasukan di Eropah dan menjadi perhatian kelab ternama lain di masa akan datang.

Mengikut www.transfermarkt.com, tanda harga Safawi mencecah 300,000 pound bersamaan dengan RM1.6 juta. Nilai itu juga dikatakan akan meningkat sehingga RM3 juta jika dia terus beraksi bersama kelab itu atau sekiranya dilamar kelab gergasi di Eropah.

Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah berkata ketika ini hanya Safawi saja pemain dari Asia Tenggara yang bermain di liga utama Portugal itu. Tidak mustahil, dengan kemampuan dimiliki Safawi dia boleh bersaing dengan pemain lain.

“Saya tidak menolak kemungkinan Safawi boleh menjadi pemain paling mahal di Asia Tenggara lebih-lebih lagi jika dia beraksi cemerlang bersama kelab terbabit. Jika mengikut anggaran, gaji seorang pemain Asia di Liga Portugal adalah dalam lingkungan AS$7,000 hingga AS$15,000 sebulan iaitu bersamaan RM30,000 hingga RM70,000.”

“Gaji Safawi mungkin boleh mencecah RM70,000 berdasarkan prestasi semasa, namun perkara terbabit adalah subjektif dan itu adalah jumlah yang kemungkinan Safawi peroleh nanti. Perkara utama adalah Safawi berpeluang bersaing dengan pemain daripada kelab terkenal seperti Benfica dan Porto yang sememangnya diketahui mempunyai ramai pemain ternama.”Kata Effendi, Portimonense SC adalah pasukan yang berpengaruh jadi penghijrahan Safawi ke kelab itu adalah perkara yang membanggakan negara kita.-lobakmerah

Safawi Rasid Dilamar Satu Kelab Di Luar Negara. Ini Respon Padu Dari Tunku Ismail Sultan Ibrahim Susulan Tawaran Itu Agak Luar Biasa

Safawi antara penyerng muda tempatan yang mencipta impak positif pada saingan domestik dan Asia. PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersedia melepaskan penyerng kelab itu, Safawi Rasid yang dilamar kelab Liga Premier Portugal, Portimonense SC.

Menerusi kenyataan di Instagramnya, Tunku Ismail menyatakan Safawi akan dilepaskan sebaik sahaja saingan Liga Malaysia (Liga-M) berakhir Oktober depan.“Kelab akan lepaskan selepas habis league (liga), all the best Safawi,” katanya.

Dalam pada itu, Tunku Ismail turut memberikan kredit kepada Terengganu yang berjaya melahirkan pemain berkualiti seperti Safawi.“Terengganu develop (lahirkan) Safawi, JDT turn into a superstar. Juara liga, juara Piala FA, juara Piala Malaysia dan dua tahun bermain di peringkat kelab Juara-Juara Asia. Syabas,” katanya.

Pengarah Sukan JDT, Martin Prest, kelmarin mengesahkan skuad Harimau Selatan itu menerima tawaran rasmi untuk Safawi daripada Portimonense SC dan bersedia melepaskan anak jati Dungun, Terengganu berusia 23 tahun itu.“Kelab percaya tawaran ini baik untuk JDT dan Safawi, oleh itu, kami bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.

“Bagaimanapun, kami tidak dapat mendedahkan perincian tawaran itu kerana rundingan akhir masih dijalankan,” katanya dalam hantaran di laman Facebook rasmi kelab itu, JOHOR Southern Tigers.Perkembangan Safawi itu bakal menyaksikan seorang lagi pemain negara bakal beraksi di Eropah selepas tonggak Bawah 19, Luqman Hakim Shamsuddin ke KV Kortrijk, Belgium baru-baru ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *