Bila semakin tular kontroversi anaknya ada hubungan dengan Alvin Chong. Kini Sharifah Zarina tekad untuk awasi pergerakan Athalia kerana takut sesuatu ini terjadi.

artis selebriti

KUALA LUMPUR: Nama penyanyi Langit Ketujuh, Sharifah Zarina terheret dengan kontroversi membabitkan kisah percintaan Alvin Chong dengan gadis bawah umur yang juga anak sulungnya, Athalia Deena Buswani. Bukan mahu membela anaknya, tetapi Sharifah Zarina bangkit bersuara ketika gosip mengenai Alvin dan Athalia mula mendapat perhatian warganet. Bagaimanapun, penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu dituduh cuba menangguk di air keruh dan mencari publisiti murahan.

Zarina berkata, dia hanya mahu mempertahankan maruah anaknya, sekali gus menegakkan kebenaran. “Saya tahu setiap pergerakan Athalia. Saya menghantar dan mengambilnya di sekolah kerana tak mahu anak menaiki pengangkutan awam. “Begitu juga membabitkan projek usaha sama dengan Alvin, saya tahu aktiviti mereka, malah saya juga menghantar dan mengambilnya di lokasi dengan penyanyi itu. “Segala-galanya sudah dijelaskan, kerjasama mereka hanya berpaksi urusan kerja dan profesional. Memang tiada hubungan peribadi seperti yang didakwa. Athalia akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tidak lama lagi,” katanya kepada BH Online. Zarina berkata, dia tidak kisah jika anak-anak mahu mengikuti jejak langkahnya bergelar selebriti. Namun, apa yang lebih utama, mereka perlu mengutamakan pelajaran. “Saya tak melarang sekiranya anak-anak berminat dalam dunia seni. Seperti Athalia, saya memaksanya belajar bermain piano. Jika ikutkan, anak ketiga, Alfenriz Habeeb lebih menunjukkan minat dalam nyanyian, tetapi anak kedua,

Ariana Deena mempunyai suara lebih sedap berbanding lain. “Athalia pula suaranya tidaklah sedap mana, tetapi masih boleh menyanyi dan diasah bakat. Bagaimanapun, popularitinya dalam Instagram agak hebat kerana jumlah tontonan video dan tanda suka tinggi. Saya sendiri kalah dengan apa diraihnya. Athalia memang minat menyanyi, tetapi kena tunggu habis SPM,” katanya. Dalam perkembangan lain, Sharifah Zarina berkata, minatnya dalam dunia nyanyian masih belum pudar. Kali terakhir muncul dengan single Pernah Bahagia, tahun lalu.

“Dunia nyanyian tetap dalam hati, cuma tawaran masih berkurangan dalam situasi COVID-19 ini. Jadi, saya alih perhatian dan meneruskan survival dengan melakukan perkara lain. “Saya baru dilantik menjadi jurucakap produk kecantikan, Xanzwhite Skincare,” katanya.

Sumber: BHONLINE

Ank bawah umur kantoi keluar dating dengan Alvin Chong. Sekali Sharifah Zarina tampil bersuara jawab tentang dakwaan ank bercinta dengan Alvin. Mengejutkan sampai macam ni respon Sharifah Zarina.

Penyanyi Sharifah Zarina tidak menghalang anaknya Athalia Deena Buswani untuk berkawan dengan sesiapa asalkan tahu menjaga diri dan menjaga nama keluarga. “Saya tak kisah anak saya nak kawan dengan sesiapa pun, yang penting dia pandai jaga diri dan jaga nama baik keluarga,” katanya.

Bagaimanapun ketika diminta mengulas dakwaan anaknya sedang menjalin cinta dengan pelakon dan penyanyi Alvin Chong, penyanyi Langit Ketujuh itu lebih selesa jika persoalan tersebut dijawab empunya diri.
“Jika tanya saya, tiada komen tentang ini, ‘I reserved my comment’ tentang perkara ini. Saya rasa Alvin pun akan buat sidang media Jumaat ini.

“Rasanya lebih baik jika kita tunggu Jumaat nanti. Kita dengar apa yang mereka nak cakap sebab saya tak mahu komen lebih-lebih,” katanya ketika dihubungi Gempak. Terdahulu, Athalia, 17, memuat naik videonya bersama di aplikasi TikTok bersama reaksi daripada ibunya.

Sharifah Zarina menerusi video tersebut memberi reaksi positif kepada Alvin dan Athalia, sehingga mencetuskan tanda tanya di kalangan warganet. Malah reaksi yang ditunjukkan Sharifah Zarina menggambarkan seolah-olah dia ‘merestui’ hubungan anaknya dengan penyanyi Sayangku Salmah itu.

Namun, warganet pula memberikan pandangan berbeza terhadap Athalia dan Alvin sekiranya benar mereka sedang menjalin hubungan istimewa. Apatah lagi usia Alvin sudah mencecah 30 tahun manakala Athalia pula masih di dalam kategori remaja bawah umur.

Gara gara dituduh sesuatu ini kontrak Alvin Chong bersama satu syarikat tersebut terus dibatalkan. Rupanya ini punca perkara itu berlaku.

Penyanyi dan pelakon Alvin Chong meluahkan rasa kecewa apabila kontraknya dengan sebuah syarikat aplikasi gara-gara gosip bercinta dengan gadis bawah umur. Gosip tersebut juga menyebabkan penyanyi Sayang Salmah itu dituduh pedofilia. “Saya kecewa disebabkan berita tidak benar dan tidak masuk akal, kontrak saya dengan sebuah syarikat aplikasi dibatalkan. “Saya tidak menyalahkan mereka tetapi saya agak terkilan kerana impak kontroversi tersebut terhadap diri saya agak besar sebenarnya.

“Bukan saya saja tapi Athalia juga tertekan dengan isu ini. Saya kasihankan dia kerana dia akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini,”kata Alvin. Alvin ketika ditemui Gempak pada Jumaat, turut menafikan mempunyai hubungan cinta dengan Athalia Deena Buawani yang juga anak kepada penyanyi Sharifah Zarina. “Tak sangka pula TikTok dimuat naik Athalia boleh menjadi isu sehingga ada yang menuduh kami bercinta.

“Kami berjumpa atas dasar kerja malah, ibu Athalia sendiri yang menghantar dia ke sana,” ujarnya. Bagaimanapun Alvin berkata dia tidak bercadang untuk mengambil tindakan terhadap individu yang mencetus kontroversi tersebut. “Biarlah, cuma saya akan lebih berhati-hati selepas ini dan jadikan perkara ini sebagai pengajaran dalam hidup saya,” katanya ketika ditemui pada sidang media tergempar yang diadakan di Universal Music sebentar tadi. Sementara itu ibu kepada Athalia mengakui menghantar anaknya bertemu Alvin atas dasar kerja. “Ya saya tahu mereka ada urusan kerja dan saya yang hantar Athalia pada hari tersebut. Saya dan anak saya tidak pernah berenggang dan saya tahu setiap aktiviti dilakukan,” katanya. Pada Sabtu lalu nama Alvin menjadi perbualan hangat di laman sosial Twitter apabila warganet membuat spekulasi dia bercinta dengan gadis bawah umur.

Sumber: Gempak

Kantoi keluar dating dengan gadis bawah umur. Sekali Alvin Chong tampil buka mulut dedahkan dia akan jawab dalam sidang media tentang isu ini.

Baru-baru ini  nama Alvin Chong menjadi sebutan sehingga ‘trending’ di laman sosial gara-gara videonya bersama seorang gadis bawah umur tular. Warganet mendakwa, Alvin kini sedang menjalin hubungan cinta dengan gadis yang dikenali sebagai Athalia Deena Buswani. Dipercayai, Athalia adalah anak kepada penyanyi Sharifah Zarina. Menerusi ruangan komen rata-rata warganet tidak bersetuju sekiranya Alvin dan Athalia mempunyai hubungan cinta kerana gadis tersebut baru berusia 17 tahun.

Penyanyi Sayang Salmah itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang reaksi mengenai isu yang tular tersebut. Sebaliknya hanya akan menjawab segala persoalan mengenai isu berkenaan pada majls sidang yang akan diadakan pada Jumaat ini.

Terdahulu Athalia memuatnaik videonya bersama Alvin di aplikasi TikTok bersama reaksi daripada ibunya. Menerusi video tersebut, Sharifah Zarina memberi reaksi positif kepada anaknya dan Alvin yang ketika itu sedang duduk di sebuah restoran.

“Oh anak aku tu bukan main…kata keluar nak belajar. Nasib baik kau keluar dengan artis handsome ya! Comel orangnya…,” kata penyanyi Langit Ketujuh itu. Dalam pada itu, Athalia juga sudah memberi kenyataan tidak mempunyai hubungan istimewa dengan Alvin sebaliknya keluar bersama untuk meluangkan masa sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *