Terkesan dengan penularan wabak covid 19. Kini tabika dan taska yang berada dalam kawasan ini akan ditutup bagi mengelakkan pertambahan kes positif. Ini arahan selanjutnya.

ISU SEMASA

Tasek Gelugor: Mana-mana taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan taska dikendalikan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang berada di zon merah Covid-19 akan ditutup bagi memutuskan rantaian penularan wabak berkenaan. Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, arahan penutupan itu dibuat selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, sehingga kini 281 tabika dan sembilan taska membabitkan 6,699 murid di Sabah, Kedah dan Terengganu yang berada pada zon merah Covid-19 diarah membuat penutupan premis. “Mana-mana tabika dan taska yang berada di zon merah Covid-19 diarah ditutup sepertimana arahan serta nasihat yang dikeluarkan KKM.

“Penutupan tabika dan taska ini dibuat sehingga menerima arahan serta nasihat selanjutnya daripada KKM selepas keadaan kembali pulih,” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung penutupan tabika dan taska susulan peningkatan kes Covid-19 selepas menghadiri Program Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku (WINS) Dari Desa Ke Global di Dewan Rafflesia, Midtown Kubang Menerong, di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Shabudin Yahaya. Mohamad Yasid berkata, KEMAS mempunyai 11,900 tabika dan taska seluruh negara membabitkan kira-kira 200,000 murid. “Sepanjang tabika dan taska dibenarkan dibuka semula selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP), KEMAS mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. “Apatah lagi,murid yang dibenarkan hadir juga antara 30 hingga 50 peratus sahaja setiap hari bergantung pada keluasan kelas yang kita masih lagi mengamalkan sistem ini sehingga keadaan kembali normal seperti biasa,” katanya. Semalam, 287 kes baharu Covid-19 dilaporkan iaitu tertinggi setakat ini dengan 11,711 kes di seluruh negara.

Sumber: Hmetro

Terbaru disahkan 20 kanak kanak Tabika terpaksa disaring disebabkan salah seorang kakitangan disahkan positif Covid 19.

KUALA TERENGGANU, 1 Okt (Bernama) — Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Terengganu mengesahkan sebuah taman bimbingan kanak-kanak (tabika) di Al Muktafi Billah Shah dekat Bukit Besi dekat  sini ditutup bermula hari ini selepas seorang kakitangannya didapati positif C0VID 19. Pengarahnya Ahmad Fakhrul Azman Muhammad Radzi berkata penutupan premis tersebut adalah inisiatif pihaknya sendiri bagi mencegah penularan wbak itu, bagaimanapun tempoh penutupan akan bergantung kepada penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu kelak. “Hari ini juga kontak rapat kepada kakitangan tersebut telah menjalani ujian saringan C0VID 19 termasuk 20 kanak-kanak yang belajar di tabika itu.

“Sehubungan itu, kita berharap ibu bapa tidak panik kerana Kemas Terengganu telah mengambil semua langkah perlu seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Katanya buat masa ini semua tabika Kemas yang lain di seluruh Terengganu beroperasi seperti biasa. Dalam masa yang sama juga hari ini, dilaporkan Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus, Penaga, di sini, diarah tutup selama lapan hari selepas terdapat seorang guru wanita disahkan positif C0vid 19.

Sumber: OnlineMalaya

Mencemaskan bila pelajar pelajar ini terpaksa menjalani ujian saringan selepas cikgu ini disahkan positif Covid 19. Terkini ini yang terjadi kepada sekolah itu selepas guru itu disahkan positif covid 19.

Kepala Batas: Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus, Penaga, di sini, diarah tutup selama lapan hari selepas terdapat seorang guru wanita disahkan positif Covid 19. Arahan penutupan itu dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) yang berkuat kuasa mulai hari ini.

Pengarah JPNPP, Abdul Rashid Abdul Samad berkata, penutupan sekolah dibuat bagi membendung penularan pandemik C0vid 19 daripada menjadi lebih serius. “Setakat ini, sekolah itu akan ditutup selama lapan hari dan sebarang keputusan lain akan dibuat selepas kami bermesyuarat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Buat masa ini, kami belum mendapat laporan lengkap dari SK Permatang Janggus, namun dimaklumkan semua murid di situ perlu menjalani ujian saringan Covid 19, hari ini,” katanya ketika dihubungi. Tinjauan dilakukan di luar pekarangan sekolah mendapati rata-rata ibu bapa dan penjaga menjadi cemas ketika menunggu anak mereka menjalani ujian saringan C0vid 19.

Ibu bapa berada di sekolah terbabit selepas mereka menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp bahawa anak mereka diarahkan melakukan ujiann berkenaan. Ini berikutan seorang guru wanita berusia 40-an disahkan positif C0vid 19. Guru wanita itu dilaporkan tidak sihat ketika di sekolah sebelum dia pergi mendapatkan rawatan di hospital di Kedah.

Difahamkan guru wanita itu adalah isteri kepada seorang ahli pollitik di Kedah yang pergi berkempen di Sabah ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) itu, baru-baru ini. Kira-kira 600 murid di sekolah berkenaan menjalani ujiann terbabit dan mereka diarahkan kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan ujian. Situasi C0vid 19 di Pulau Pinang pada ketika ini merekodkan jumlah kumulatif 144 kes dengan 137 kes sembuh, lima kes aktif dan dua pemergian.

Sumber: Online Malaya

Terkini PM mengarahkan rakyat untuk berbuat sesuatu ini dalam menghadapi penularan covid 19 sekarang.

Pagi tadi, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan pandemik Covid-19 yang semakin menunjukkan peningkatan kes positif. Mesyuarat yang diadakan bertujuan membincangkan keadaan semasa dan langkah yang perlu diambil bagi menangani situasi yang agak genting ini. Faham kebimbangan rakyat. Namun begitu, menerusi muat naik ke laman sosial rasmi Perdana Menteri, beliau menyatakan faham akan kebimbangan masyarakat berikutan peningkaan kes-kes baharu penularan pandemik ini. Selain itu, PM turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus berusaha mengawal dan menguruskan penularan jangkitan virus tersebut sebaik mungkin. “Saya ingin memberikan jaminan dan komitmen Kerajaan untuk terus mengawal dan menguruskan penularan jangkitan virus ini sebaik mungkin.”

Masih mampu mengawal pandemik. Muhyiddin Yassin juga meminta agar masyarakat bertenang dalam menghadapi situasi penularan Covid-19 pada masa ini dan  percaya bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mampu menangani situasi semasa. “Saya ingin menyeru rakyat supaya bertenang dalam menghadapi situasi penularan Covid-19 pada masa ini.”. Saya percaya pasukan barisan hadapan negara kita khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia dan pasukan keselamatan mempunyai kapasiti dan kepakaran untuk menangani situasi ini dengan baik.”

Terus amalkan norma baharu. Di akhir muat naik tersebut, Perdana Menteri telah menyeru orang ramai supaya membudayakan norma baharu dalam kehidupan dan kekal menjaga SOP seperti yang disarankan oleh pihak berkuasa.. “Marilah kita bersama-sama membudayakan norma baharu dan mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.”

Sumber: Muhyiddin Yassin, OhMyMedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *