Sudah tular ubat untuk rawatan covid 19 sehingga ramai yang menggunakannya. Terbaru ubat antiviral covid 19 tersebut didakwa boleh menjejaskan kesihatan terutamanya pada bahagian ini.

Infomaklumat ISU SEMASA KESIHATAN Semasa

THE HAGUE: Agensi Perubatan Eropah (EMA) pada Jumaat, sedang menyiasat laporan kemungkinan kerosakan buah pinggang akut pada pesakit yang mengambil ubat antiviral, remdesivir yang dihasilkan syarikat farmaseutikal gergasi Amerika Syarikat (AS), Gilead. Agensi itu bagaimanapun mengesyorkan penggunaan ubat antiviral yang dijual dengan jenama Veklury pada Jun lalu, selepas kajian menunjukkan ia dapat mengurangkan tempoh rawatan di hospital bagi pesakit COVID-19.

“Jawatankuasa Keselamatan EMA sudah memulakan penilaian…untuk menilai laporan kelukaan buah pinggang akut dalam kalangan beberapa pesakit COVID-19 yang mengambil ubat antiviral berkenaan (remdesivir),” menurut agensi itu dalam satu kenyataan. Menurut agensi itu lagi, belum dapat ditentukan apakah terdapat kaitan hubungan itu antara remdisivir dan masalah buah pinggang.

Bagaimanapun, katanya, masalah itu memerlukan penyelidikan lebih lanjut. Mengulas lanjut, agensi itu berkata, jangkitan COVID-19 juga boleh mengakibatkan kelukaan pada buah pinggang. Menurut EMA lagi, syor untuk menggunakan ubat antiviral itu tidak berubah buat masa ini, sambil menambah kebenaran diperoleh menerusi ‘jalan pintas’ untuk kegunaan pesakit COVID-19 dengan alasan ujian lebih lanjut akan dijalankan.

Jika ada kaitan dengan masalah buah pinggang, agensi itu berkata, perubahan mungkin hanya terhad kepada risalah bagi memberi amrn kepada pengguna mengenai ubat yang kemungkinan mempunyai kesan sampingan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan remdesivir masih dalam ujian percubaan.

“Kita berhubung rapat dengan EMA dan kami mengikuti setiap penyelidikan yang mereka lakukan,” kata Pengarah Pra-kelayakan dan Peraturan WHO, Emer Cook. “Setakat yang saya faham, siasatan ini berada di tahap awal pembangunan, tetapi kami akan menghubungi dan memastikan kami membuat susulan serta berhubung dengan ujian yang sedang berlangsung.” – AFP

Terbaru akibat penularan covid 19. Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan Mutasi D614G di Sabah berpunca dari negara negara ini. Ternyata ini yang dibongkarkan KKM.

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan penularan virus Covid-19 membabitkan mutasi jenis D614G di Sabah berpunca dari Indonesia dan Filipina. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mutasi virus berkenaan yang dilaporkan di Kedah membabitkan Kluster Sivagangga, Kluster Sungai dan Kluster Tawar dengan penularan Covid-19 di Sabah adalah tidak sama.

“Kalau kita lihat di Kedah, makmal kami mengenal pasti mutasi jenis D614G membabitkan Kluster Sivagangga, Kluster Sungai dan Kluster Tawar yang dipercayai berpunca dari India. “Kajian terhadap penularan virus itu di Sabah pula mendapati ia (mutasi jenis D614G) datang dari Indonesia dan Filipina.

“Penularan di Kedah dan Sabah bukan sama, namun membabitkan D614G iaitu kumpulan sama yang berbeza ciri. Jadi, kita rasa kebolehjangkitan meningkat sedikit berbanding penularan sebelum ini,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, nilai kebolehjangkitan atau R0 (R naught) di Kedah pada peringkat awal adalah tinggi iaitu lebih daripada 2 sebelum menurun kepada 0.6, manakala di Sabah pula mencatatkan R naught pada 1.4. “(Bagaimanapun) Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna serta sekatan jalan raya, kesihatan awam dan kawalan sempadan boleh mengawal jangkitan Covid-19 di Sabah. “Di Selangor pula, walaupun tidak banyak kes direkodkan, namun disebabkan kepadatan penduduk kebolehjangkitan di negeri itu adalah pada 1.9 meskipun jumlah kes dilaporkan tidak setinggi di Sabah,” katanya.

Sumber: HMETRO

Terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO mengesahkan sesuatu mengenai virus Covid 19. Rupanya ini yang dibongkarkan kepada seluruh dunia.

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengulangi pengesahan bahawa COVID-19 adalah virus yang wujud secara semula jadi dan bukannya buatan manusia. Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, menekankan perkara itu ketika taklimat media mengenai COVID-19 dan meminta semua pihak berhenti menuding jari menuduh satu sama lain.

“WHO mempercayai kaedah sains dan bukti, sebab itulah kami mengutamakan sains, penyelesaian dan solidariti, terutama dalam isu COVID-19 ini,” katanya. Tegas beliau, banyak kajian mengenai asal-usul virus menunjukkan COVID-19 atau SARS-CoV-2, wujud secara semula jadi dan bukannya dari mana-mana institusi. Tedros mengeluarkan kenyataan itu sejurus selepas seorang saintis berjanji untuk menerbitkan bukti yang menyokong dakwaannya mengatakan virus itu bukan dari alam semula jadi, sebaliknya dicipta di sebuah makmal di Wuhan, China.

Difahamkan, Tedros mungkin merujuk kepada pakar virologi dari Hong Kong, Dr Li-Meng Yan, yang membuat dakwaan terbabit baru-baru ini dalam satu temu bual dengan Fox News, selepas berjaya melarikan diri ke Amerika Syarikat. Ahli virologi itu, yang kini dalam buangan, turut mendakwa kerajaan China dan WHO mengetahui lebih awal mengenai jangkitan daripada manusia manusia tetapi tidak mengumumkannya. Katanya, semua laporan hasil kajiannya tidak diendahkan oleh pegawai atasannya, yang juga antara pakar terkemuka bidang virologi dan imunologi global serta mempunyai hubungan rapat dengan WHO. Beliau juga mendakwa China dan WHO menyedari lebih awal mengenai betapa seriusnya kesan COVID-19 itu jika tidak dibendung segera. – AGENSI

Sumber: BH Online

WHO nafi COVID-19 buatan manusia, berpunca dari makmal

Dahulu, punca kepada penularan wabak COVID-19 masih menjadi perdebatan dalam kalangan para saintis dunia sehingga mendorong kepada beberapa teori konspirasi dari mana asal virus itu. Ini termasuk dakwaan mengatakan ia berpunca dari sebuah makmal keselamatan bio yang terletak di kawasan pinggiran di bandar Wuhan, dikenali Institut Virologi Wuhan (WIV). Biarpun begitu, pemerhati isu kesihatan global, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), menolak sepenuhnya dakwaan bahawa virus itu kononnya merupakan hasil buatan makmal.

“Semua bukti kajian yang ada ketika ini jelas mengatakan bahawa ia berkemungkinan berasal dari haiwan dan tiada bukti yang kukuh mengatakan ia dimanipulasi atau dicipta di makmal atau dari mana-mana tempat yang tidak diketahui,” kata jurucakap WHO, Fadela Chaib.Chaib, pada masa sama, menekankan bahawa selari dengan konsensus saintifik ketika ini, virus itu dikaitkan dengan kelompok ekologi kelawar. “Ramai ahli penyelidik telah berjaya mengkaji ciri-ciri genomik virus SARS-CoV-2 itu, tetapi tiada sebarang penemuan mendapati ia merupakan buatan makmal,” katanya. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *