Selepas PM menghadiri mesyuarat khas MKN berkenaan Covid 19 pagi tadi. Terkini PM mengarahkan rakyat untuk berbuat sesuatu ini dalam menghadapi penularan covid 19 sekarang.

ISU SEMASA Semasa

Pagi tadi, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan pandemik Covid-19 yang semakin menunjukkan peningkatan kes positif. Mesyuarat yang diadakan bertujuan membincangkan keadaan semasa dan langkah yang perlu diambil bagi menangani situasi yang agak genting ini. Faham kebimbangan rakyat. Namun begitu, menerusi muat naik ke laman sosial rasmi Perdana Menteri, beliau menyatakan faham akan kebimbangan masyarakat berikutan peningkaan kes-kes baharu penularan pandemik ini. Selain itu, PM turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus berusaha mengawal dan menguruskan penularan jangkitan virus tersebut sebaik mungkin. “Saya ingin memberikan jaminan dan komitmen Kerajaan untuk terus mengawal dan menguruskan penularan jangkitan virus ini sebaik mungkin.”

Masih mampu mengawal pandemik. Muhyiddin Yassin juga meminta agar masyarakat bertenang dalam menghadapi situasi penularan Covid-19 pada masa ini dan  percaya bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mampu menangani situasi semasa. “Saya ingin menyeru rakyat supaya bertenang dalam menghadapi situasi penularan Covid-19 pada masa ini.”. Saya percaya pasukan barisan hadapan negara kita khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia dan pasukan keselamatan mempunyai kapasiti dan kepakaran untuk menangani situasi ini dengan baik.”

Terus amalkan norma baharu. Di akhir muat naik tersebut, Perdana Menteri telah menyeru orang ramai supaya membudayakan norma baharu dalam kehidupan dan kekal menjaga SOP seperti yang disarankan oleh pihak berkuasa.. “Marilah kita bersama-sama membudayakan norma baharu dan mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.”

Sumber: Muhyiddin Yassin, OhMyMedia

Gempar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ada mesyuarat khas bersama MKN pada pagi ini mengenai Covid 19. Ini maklumat selanjutnya tentang perkara itu.

Putrajaya: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara berkenaan Covid-19 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Mesyuarat itu antaranya dihadiri oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin serta menteri-menteri berkaitan.

Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Affendi Buang. Semalam, Malaysia mencatatkan 287 kes baharu Covid-19, iaitu jumlah kes harian tertinggi pernah direkodkan sejak permulaan pandemik itu di negara ini.

Ismail Sabri, Dr Noor Hisham antara yang hadir… PM pengerusi mesyuarat khas MKN berkaitan Covid-19. SAH! Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi Sabtu mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan Covid-19 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Mesyuarat itu antaranya dihadiri oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin serta menteri-menteri berkaitan.

Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang. Pada Jumaat, Malaysia mencatatkan 287 kes baharu COVID-19, iaitu jumlah kes harian tertinggi pernah direkodkan sejak permulaan pandemik itu di negara ini. – Bernama

Kes naik mendadak lagi. 287 kes positif disahkan semalam. Mengejutkan KKM bongkarkan puncanya buat orang ramai tak senang duduk.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 287 kes baru telah dilaporkan hari ini (2 Oktober 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 11,771 kes. Daripada 287 kes kesemuaadalah kes tempatandan tiada kes import.

Tertinggi, Kedah (129), Sabah (113), Selangor (31). Dua kluster baharu di Selangor, Seri Anggerik (Hulu Selangor) dan Seri Setia (Gombak). Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 1540 kes. Manakala 22 pesakit berada di unit rawatan rapi dan 4 kes memerlukan bantuan pernafasan. Tiada kes pemergian baru menjadikan jumlah pemergian kekal sebanyak 136 kes. 81 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 10,095 kes.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *