Selepas berlaku peningkatan kes secara mendadak harini. Lebih mengejutkan lagi terdapat tiga Kluster baru COVID 19 yang dikesan harini.

Info Infomaklumat ISU SEMASA Semasa

Putrajaya, 3 Oktober – Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan 3 kluster baharu COVID-19 hari ini. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ketiga-tiga kluster itu melibatkan warganegara Malaysia. “KKM ingin memklumkan bahawa terdapat 3 kluster baru dikenalpasti hari ini melibatkan dua di Kedah dan satu di Selangor,” katanya. Berikut merupakan perincian bagi tiga kluster berkenaan.

Kluster Bah Lunas (Kulim). Kes indeks melibatkan kes ke-11,471, seorang lelaki warganegara berusia 35 tahun yang pulang dari kawasan berisiko negeri Sabah. Kes dikesan posiitf pada 30 September 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah. Saringan kontak rapat dapati tiga lagi kes positif dikesan. Semua melibatkan warganegara dan dirawat di hospital sama. Hingga 3 Oktober, 112 individu telah disaring di mana 4 positif, 21 negatif dan 87 masih menunggu keputusan. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

Kluster Bah Rose (Kuala Muda). Kes indeks, 11,212 seorang lelaki warganegara 48 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah. Kes dikesan positif pada 29 September dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah. Hasil saringan kontak rapat mendapati 7 lagi kes positif COVID-19 telah dikesan. Kesemua individu positif kluster ini melibatkan melibatkan warganegara. Hingga 3 Oktober, seramai 477 individu telah disaring. Hasil saringan di Kedah (81 orang) mendapati mendapati 7 positif, 69 negatif dan 5 masih tunggu keputusan. Daripada 396 disaring di Pulau Pinang, satu daripadanya positif, 71 negatif manakala 324 masih menunggu keputusan. Punca masih dalam siasatan.

Kluster Jelok (Selangor dan WP Kuala Lumpur). Kes indeks melibatkan kes ke- 11,788, iaitu seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 27 tahun. Pesakit dikesan positif melalui saringan individu bergejala pada 1 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Hasil saringan mendapati 3 lagi dikenalpasti positif COVID-19. Semua kes baru di dalam kluster ini melibatkan warganegara dan kesemuanya dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan. Sehingga 3 oktober, 8 idnvidu telah disaring di mana 4 positif dan 4 negatif COVID-19. Punca masih dalam siasatan.

Sumber: SiakapKeli

Kes paling tinggi dalam sejarah Malaysia. 317 kes positif dan 121 kes sembuh serta 1 pemergian direkodkan untuk hari ini. KKM tampil beri punca berlakunya peningkatan kes

Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 317 kes baru telah dilaporkan hari ini (3 Oktober 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 12,088 kes. Daripada 317 kes ini kesemuanya adalah kes tempatan dan tiada kes import.

Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 1735 kes. Manakala 29 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi dan 4 kes memerlukan bantuan pernafasan. 1 kes pemergian baru menjadikan jumlah pememrgian adalah sebanyak 137 kes.121 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 10,216 kes.

Risau lebih ramai mungkin dikesan covid 19. Rupa rupanya virus kluster bangau bangau sudah merebak secara meluas dalam kalangan komuniti di perkampungan dan daerah Semporna.

PUTRAJAYA – Ujian saringan untuk Kluster Bangau-Bangau telah diperhebatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Semporna, Sabah kerana khuatir lebih ramai mungkin dikesan jangkitan covid-19. Ini kerana KKM bimbang virus kluster itu sudah merebak secara meluas dalam kalangan komuniti di perkampungan dan daerah Semporna.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, penelitian pihaknya terhadap kluster itu mendapati trend kenaikan kadar positif kawasan itu sangat membimbangkan kerana menunjukkan trend kebarangkalian kadar j4ngkitan 65.5 peratus.

“Setakat ini 421 individu telah disaring dan 276 daripadanya disahkan positif covid-19 Kluster Bangau-Bangau. Kluster Bangau-Bangau membimbangkan kami sebab virus sudah berada dalam komuniti dan menjejaskan ramai invididu.

“Jadi aktiviti saringan dilaksanakan di kawasan itu dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) Secara Pentadbiran di Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau sehingga 12 Oktober ini,’ katanya dalam sidang media c0v1d-19 hari ini.

Menurut Noor Hisham, dalam seminggu lagi, petugas kesihatan akan meningkatkan saringan ke setiap kampung, individu dalam komuniti kampung membabitkan kluster Bangau-Bangau. Ujar beliau, mengikut penanda aras Pertubuhan Kesihatan Sedunia sekiranya kadarnya 60 peratus ke atas maka ia bermaksud ramai invidu positif dan perlu disaring.

“Sehubungan itu, kita akan mempergiatkan ujian saringan itu terhadap merekadan kes positif yang dikesan akan dikuarantin segera untuk rawatan lanjut,” katanya.- MalaysiaGazette Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : wowberita

Dikatakan Kawasan Akan Mencapai Zon Merah Sekiranya Mencapai 40 Kes Dan Semalam Heboh Kes Meningkat Mendadak. Ismail Sabri Dedahkan Keputusan Kerajaan Sekiranya Perlu Dilaksanakan PKP Atau Tidak

PUTRAJAYA, 3 Okt – Kerajaan belum bercadang untuk mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara seperti yang dibayangkan oleh ramai pihak.Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan jumlah kes jangkitan yang dilaporkan hanya bertumpu kepada kawasan tertentu dan bukan secara rawak.

“Kita tidak mengisytiharkan PKP kerana kalau kita lihat semalam, walaupun 287 kes, hari ini mungkin bertambah lagi agaknya. (Contohnya) 113 kes di Sabah melibatkan 35 dari Kluster Benteng yang berada dalam penjara, 129 kes di Kedah, 128 berada dalam pnjara.

“Kalau kita tengok seluruh negara, di negeri-negeri ini, hanya Selangor saja yang 31 kes, belum sampai lagi tahap Zon Merah iaitu 40 kes. Negeri-negeri lain satu hingga tiga kes saja (misalnya) Perlis 0 kes, Johor KL Pahang Labuan satu kes, Kelantan Negeri Sembilan dua kes dan Perak Terengganu tiga kes.“Jadi kalau kita tengok satu ke dua kes setiap negeri, jadi (ia) tidak merupakan satu perkara yang membimbangkan,” katanya dalam Sidang Media Perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) hari ini.

Tambahnya lagi, tidak ada kemungkinan untuk dilaksanakan perintah PKP di seluruh negara kerana COVID-19 masih lagi berada di sekeliling rakyat.“Esok lusa mungkin ada orang lain akan kena COVID-19 ini.“Jadi kalau satu dua kes kita akan lock satu negara, sampai bila pun negara negeri kita tidak boleh dibuka kerana PKP akan terus dikenakan di seluruh negara kerana satu dua kes ini,” tambahnya lagi.Bagaimanapun, jelas Ismail, arahan PKPP sebaliknya hanya akan dilaksanakan kepada zon kawasan yang disasarkan sahaja.Sumber: BERNAMA TV

Selangor catat kadar kebolehjangkitan lebih tinggi berbanding Sabah. Tan Sri dr Noor Hisham dedahkan punca Covid-19 berpotensi merebak lebih cepat di Selangor dan harap rakyat ambil berat dengan isu ini

KUALA LUMPUR – Selangor mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) 1.95 lebih tinggi daripada Sabah, berikutan peningkatan dalam jumlah kes harian baharu daripada dua hingga tiga kes kepada 10 ke 15 kes. Rt menunjukkan kadar secepat mana penularan Covid-19 merebak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia mengambil kira magnitud perubahan dan menunjukkan peningkatan risiko wabak yang lebih besar di negeri itu, sekiranya langkah-langkah pencegahan kesihatan awam tidak diambil.

“Nilai Rt di Sabah telah stabil walaupun masih berada pada tahap 1.29 semalam. Keadaan ini masih merisaukan kerana ia melibatkan bilang kes-kes baharu yang tinggi. “Nilai Rt mungkin akan meningkat, jika kita tidak mengambil langkah-langkah intervensi kesihatan awam yang optima,” katanya menerusi status yang dimuat naik di Facebook hari ini.

Sementara itu, nilai Rt di Kedah menurun lebih besar daripada satu (> 1) kepada 0.65 dan ia sejajar dengan kadar penurunan kes di negeri itu yang merekodkan hanya dua kes dalam tempoh empat hari. Dr Noor Hisham berkata, keadaan itu menggambarkan pematuhan terhadap prosedur operasi standard yang ditetapkan. Sehubungan itu beliau mengingatkan adalah penting untuk semua rakyat Malaysia terus mematuhi SOP serta langkah-langkah yang telah ditetapkan kerajaan sebelum ini. -Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *