Mengejutkan Syed Saddiq menyuarakan pendapatnya mengenai Mahasiswa yang mengalami nasib tidak baik selepas kenyataan baru keluar semalam.

artis ISU SEMASA

Baru-baru ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengeluarkan kenyataan berhubung penangguhan pendaftaran secara fizikal atau bersemuka bagi kemasukan pelajar pengajian tinggi yang bakal dibuka tidak lama lagi. KPT mencadangkan kepada semua institusi pengajian tinggi untuk melaksanakan pendaftaran pelajar menerusi dalam talian termasuk aspek pengajian dan pembelajaran.

Ekoran daripada itu, Presiden MUDA iaitu Syed Saddiq menyifatkan keputusan yang dibuat KPT adalah membebankan mahasiswa yang sudah bersedia untuk meneruskan pengajian dan terjejas atas beberapa faktor yang lain. Di mana kebanyakan mereka sudah membayar deposit sewa rumah dan sudah membeli tiket untuk kembali ke kolej. Penangguhan pendaftaran

KPT menangguhkan segala aktiviti pengajian dan pembelajaran ekoran dari peningkatan kes positif Covid-19 saban hari. Peningkatan kes tersebut secara tidak langsung memberi kebimbangan kepada tenaga pengajar dan mahasiswa. Keputusan penangguhan itu dibuat adalah demi menjaga kesejahteraan pelajar dan staf akademik semua. Selain itu, KPT juga telah berkerjasama dengan syarikat penerbangan bagi memohon mempertimbangkan penjadualan semula penerbangan bagi para pelajar yang telah membeli tiket ke IPT masing-masing.

Tak boleh lupakan kebajikan mereka. Susulan daripada kenyataan yang dibuat KPT itu, Syed Saddiq mengenang akan nasib pelajar dari Sabah dan Sarawak yang telah membeli tiket penerbangan untuk pulang ke IPT masing-masing, atau mereka yang telah membuat bayaran deposit rumah sewa. Perkara tersebut bakal memberi kesan kepada semua pelajar dan berdepan dengan kerugian yang tidak seharusnya. Keselamatan mahasiswa harus diutamakan tetapi ia tidak menghalalkan U-turn demi U-turn yang membebankan kebajikan mahasiswa. Apa nasib mahasiswa dari Sabah dan Sarawak. Apa nasib mahasiswa yang telah bayar deposit rumah, yang telah bayar tiket bas, bayar tol. “Datang, tiba-tiba perlu pulang semula. Mereka wajib mendapat pembelaan yang sewajarnya dan mendapat pampasan, compensation must be adequate. Kita tak boleh lupakan kebajikan mereka. Kerana kegagalan kita, kita bertanggungjawab untuk memberikan pampasan dan compensation kepada mahasiswa yang terjejas kerana U-turn baru ini.” katanya

Selepas sahaja mengumumkan tiada aktiviti fizikal bagi pelajar IPT. Terkini Syarikat penerbangan bersetuju untuk mengubah jadual penerbangan untuk pelajar pelajar ini.

CADANGAN supaya semua institusi pengajian tinggi (IPT) menangguhkan pendaftaran kemasukan pelajar baharu dan lama dari zon merah secara bersemuka yang dijadualkan bermula Oktober ini, menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan ibu bapa dan para pelajar. Bagaimanapun, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah berunding dengan syarikat penerbangan bagi memohon pertimbangan penjadualan semula penerbangan pelajar pulang ke kampus khususnya bagi mereka yang telah membeli tiket penerbangan ke IPT masing-masing.

Menerusi kenyataan pada Jumaat, KPT memaklumkan bahawa syarikat penerbangan bersetuju menjadualkan semula penerbangan pelajar IPT sehingga 31 Disember 2020. “KPT prihatin dengan pandangan pelbagai pihak serta kebimbangan yang disuarakan pelajar, ibu bapa dan masyarakat berikutan peningkatan kes Covid-19 yang berlaku hanya selang beberapa hari sahaja dari tarikh kemasukan pelajar baharu ke universiti. “Justeru, KPT mengambil langkah proaktif berunding dengan syarikat penerbangan,” menurut kementerian itu.

Pada 27 September lepas, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad dilaporkan sebagai mencadangkan IPT menangguhkan pendaftaran kemasukan pelajar baharu dan lama dari kawasan zon merah secara bersemuka. Noraini mahu proses pendaftaran dan pembelajaran bagi kumpulan pelajar terbabit dilakukan secara dalam talian. Mengulas lanjut perkembangan itu, KPT pada masa sama mengalu-alukan keprihatinan dan kepekaan semua pihak dalam menjaga hal ehwal kebajikan dan kesejahteraan pelajar terbabit.

Mengenai pelajar IPT yang telah berada di kampus dan sedang mengikuti aktiviti akademik, KPT meminta mereka untuk kekal berada di kampus masing-masing. “Pihak IPT perlu membantu segala keperluan yang diperlukan oleh kumpulan pelajar ini,” menurut kenyataan itu. Dalam pada itu, KPT mencadangkan agar pihak pengurusan IPT menangguhkan semua program atau aktiviti yang melibatkan himpunan di dalam kampus. – Bernama

KPT Tangguh Pendaftaran Secara Fizikal Pelajar IPT Kemasukan Oktober 2020

Kes aktif  Covid-19  di negara kita kini semakin menunjukkan peningkatan yang ketara dan secara tidak langsung membimbangkan pelbagai pihak. Terkini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memutuskan untuk menangguhkan pendaftaran secara fizikal pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi kemasukan Oktober 2020. Demi keselamatan pelajar Menerusi kenyataan media KPT, pihaknya mencadangkan semua IPT untuk menangguhkan dahulu, pendaftaran secara fizikal bagi pelajar-pelajar baharu dan lama ke kampus. Pendaftaran pelajar boleh dilakukan secara atas talian begitu juga proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) sehingga pengumumam baru dibuat.

Keputusan ini dibuat bagi menjamin kesejahteraan dan keselamatan para pelajar yang menjadi keutamaan KPT. Pihak KPT turut menjelaskan jika pelajar yang sudah berada di kampus dan sedang mengikuti kelas pembelajaran, mereka ini boleh kekal berada di situ tanpa perlu pulang semula ke rumah. Penjadualan tiket pelajar. Selain itu, pihak KPT turut mengambil langkah proaktif untuk berunding semula dengan syarikat-syarikat penerbangan bagi penjadualan semula tiket penerbangan pelajar untuk pulang ke kampus. Hasil rundingan tersebut, syarikat penerbangan bersetuju untuk menjadualkan semula tiket penerbangan pelajar sehingga 31 Disember 2020. Sebarang pertanyaan mengenai pergerakan balik ke kampus serta proses PdP, para pelajar boleh terus merujuk kepada IPT masing-masing. Pihak KPT juga, turut mencadangkan supaya segala jenis perhimpunan yang melibatkan orang ramai ditangguhkan terlebih dahulu.

Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *