Kecoh bila Zizi Kirana tersilap sebut nama orang ini dalam satu rancangan terkenal. Selepas kejadian itu Zizi Kirana tekad untuk cari orang tersebut.

artis selebriti

PENYANYI lagu Eh iaitu Zizi Kirana mencari pemanggil wanita dalam program Malaysia Hari Ini (MHI) yang tersilap menyangka lagu tersebut dinyanyikan oleh Sissy Imann. Terhibur dengan gelagat spontan individu berkenaan, Zizi memberitahu dia kini sedang mencari pemanggil yang dikenali Jamaliah Mohamad dari Taiping, Perak itu.

“Saya sebenarnya terhibur dengan kakak Jamaliah ni, comel sangat sampai tersalah penyanyi. Kalau ada peluang saya nak berborak dengan kakak tersebut. “Walaupun salah penyanyi tapi tak mengapa sebab kakak ini jujur mengakui meminati lagu Eh… sampai jadikan ringtone lagi, saya sangat hargai, ” katanya kepada mStar. Pada Khamis lalu, penyanyi Sissy Imann berkongsi rakaman seorang pemanggil dalam program MHI tersalah menyangka dia merupakan penyanyi lagu Eh.

Saya mencari kakak Jamaliah yang ada dalam video ni. Tolong hubungi pengurus saya ya! ZIZI KIRANA. PENYANYI. Rakaman video itu tular di media sosial sehingga menarik perhatian warganet yang turut terhibur dengan gelagat pemanggil berkenaan.. Gara-gara itu, Zizi menerusi Instagram meminta bantuan pengikutnya menjejaki pemanggil tersebut. “Hi semua… saya mencari kakak Jamaliah yang ada dalam video ni. Tolong hubungi pengurus saya ya!, ” tulisnya. Sementara itu, Zizi memaklumkan sehingga kini dia masih belum dapat mengesan individu berkenaan.

“Sampai sekarang belum ada info lagi tentang akak tu… saya ada minta bantuan penerbit MHI untuk dapatkan nombor akak tersebut tapi sayangnya mereka tak boleh nak kesan nombor pemanggil. “Teringin nak bercakap dengan akak itu secara peribadi sebab dia seorang yang sangat ceria dan positif. Mungkin kita boleh buat kawan nanti kan?” ujarnya.

Sumber: Mstar


Aksi tarian Zizi Kirana dikritik, tak sensitif Covid-19

PENYANYI Zizi Kirana terkejut apabila mengetahui persembahannya semasa ulang tahun sebuah laman membeli-belah atas talian yang disiarkan pada malam Khamis menjadi tular di media sosial. Zizi berkata, dia menerima banyak mesej daripada penonton yang menegur aksinya kerana dikatakan keterlaluan ketika negara sedang berdepan penularan wabak Covid-19.

“Sebenarnya persembahan itu adalah rakaman dan bukan siaran langsung, ia dirakam di rumah ketika hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) minggu lalu. “Apabila bangun pagi saya terkejut terima banyak mesej, komen berbentuk kritikan dan paparan skrin persembahan saya malam itu. Saya pun hairan ada buat salah apa? “Mereka kata saya tak hormati malam Jumaat… sedangkan waktu program itu bersiaran bukan bidang kuasa saya. Ia ditentukan oleh stesen televisyen dan client mereka,” katanya kepada mStar.

Pada Khamis, program mempromosikan portal membeli-belah atas talian dikritik teruk warganet kerana menyajikan hiburan pada malam Jumaat dan dikatakan tidak sensitif dengan isu semasa. “Malam Jumaat, di saat Malaysia sedang dilanda satu wabak yang cukup dahsyat, pmergian sudah melebihi angka 20, beribu masih sakit dan dirawat… mereka menyajikan aksi terkinja-kinja untuk tatapan bagi menghiburkan rakyat! Bala apa lagi yang kalian ingin undang ke Malaysia ini?,” tulis salah seorang pengguna laman sosial. Saya hanya ikut sahaja dan semuanya mendapat kelulusan daripada mereka. Lagipun, tak ada yang keterlaluan pun dalam persembahan saya itu!

Dalam konsert itu, penyanyi lagu Eh ini menjadi salah seorang selebriti jemputan, namun foto persembahannya sahaja menjadi perbualan hangat penonton. Selain Zizi, artis lain yang turut membuat persembahan dari rumah masing-masing ialah Haqiem Rusli, Hael Husaini, Ismail Izzani, Nabila Razali, Elizabeth Tan dan Hafiz Suip. Sementara itu, Zizi berkata dia hanya mengikut panduan daripada stesen televisyen dan tarian sambil menyanyi itu merupakan salah satu bentuk cabaran dalam program berkenaan.

Zizi menyahut cabaran menyanyi sambil menari dalam program tersebut. “Ramai saja artis lain semasa program itu… tapi nama saya juga yang orang sebut! Sebenarnya menari sambil menyanyi itu merupakan cabaran yang diberikan oleh produksi kepada saya. “Saya hanya ikut sahaja dan semuanya mendapat kelulusan daripada mereka. Lagipun, tak ada yang keterlaluan pun dalam persembahan saya itu,” ujarnya.

Meskipun dikritik oleh segelintir penonton, Zizi menerima komen tersebut dengan hati terbuka dan berharap mereka memandangnya daripada sudut positif. “Cabaran itu bertujuan nak tunjukkan gaya hidup sihat. Walaupun kita duduk dalam rumah, masih boleh buat senaman ringan dan keluarkan peluh. Itu sahaja! “Saya tak berkecil hati pun dengan kata-kata warganet… saya harap penonton memandang ia daripada sudut positif dan bukannya mengkritik semata-mata,” katanya.

Sumber: Mstar

Zizi Kirana ajar budak mengaji Al-Quran, amal baca bacaan Yasin setiap malam Jumaat

DISEBALIK karakternya yang daring dan menggoda, siapa sangka penyanyi Zizi Kirana dahulu pernah bergelar seorang ustazah. Berkongsi kisahnya kepada mStar, Zizi berkata selepas tamat pengajian di tingkatan lima, dia secara sukarela mengajar kanak-kanak mengaji Al-Quran di masjid kampung halamannya di Sipitang, Sabah. “Selepas memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya mengajar budak-budak mengaji di masjid selama lebih tiga tahun. “Rumah saya memang betul-betul depan masjid, jadi saya ambil tugas mengajar adik-adik yang baru nak mengaji dan sampai sekarang orang kampung memang tahu saya dulu pernah mengajar agama.

Tiga tahun Zizi mengajar mengaji di sebuah masjid di Sabah. “Selepas mengajar mengaji, bermulalah karier saya sebagai penyanyi nasyid bersama kumpulan Zaiyan dan akhirnya menjadi penyanyi komersial seperti sekarang ini,” katanya kepada mStar. Dalam pada itu, meskipun sibuk dengan karier nyanyian, Zizi memberitahu dia tidak pernah lupa membaca surah Yasin pada setiap malam Jumaat. “Sampai sekarang saya selalu amalkan baca Yasin dengan niat sedekahkan kepada keluarga dan mereka yang sudah tiada.

“Kalau saya rasa susah nak tidur, saya buka Al-Quran dan berzikir. Ayat-ayat suci itu membuatkan saya tenang dan rasa tenteram. “Secara jujurnya, saya pun masih lagi belajar tentang agama dan doakanlah supaya saya menjadi manusia yang lebih baik selepas ini,” ujarnya. Sebelum ini, Zizi menerima pujian dan komen positif peminat apabila memuat naik foto dirinya mengenakan tudung di Instagram. Penyanyi lagu Nak Ke Tak Nak ini menyambut baik komen tersebut dan mengucapkan terima kasih atas doa dan memberitahu akan mengenakan tudung jika dirinya sudah benar-benar bersedia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *