Gara gara dituduh sesuatu ini kontrak Alvin Chong bersama satu syarikat tersebut terus dibatalkan. Rupanya ini punca perkara itu berlaku.

artis selebriti Uncategorized

Penyanyi dan pelakon Alvin Chong meluahkan rasa kecewa apabila kontraknya dengan sebuah syarikat aplikasi gara-gara gosip bercinta dengan gadis bawah umur. Gosip tersebut juga menyebabkan penyanyi Sayang Salmah itu dituduh pedofilia. “Saya kecewa disebabkan berita tidak benar dan tidak masuk akal, kontrak saya dengan sebuah syarikat aplikasi dibatalkan. “Saya tidak menyalahkan mereka tetapi saya agak terkilan kerana impak kontroversi tersebut terhadap diri saya agak besar sebenarnya.

“Bukan saya saja tapi Athalia juga tertekan dengan isu ini. Saya kasihankan dia kerana dia akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini,”kata Alvin. Alvin ketika ditemui Gempak pada Jumaat, turut menafikan mempunyai hubungan cinta dengan Athalia Deena Buawani yang juga anak kepada penyanyi Sharifah Zarina. “Tak sangka pula TikTok dimuat naik Athalia boleh menjadi isu sehingga ada yang menuduh kami bercinta.

“Kami berjumpa atas dasar kerja malah, ibu Athalia sendiri yang menghantar dia ke sana,” ujarnya. Bagaimanapun Alvin berkata dia tidak bercadang untuk mengambil tindakan terhadap individu yang mencetus kontroversi tersebut. “Biarlah, cuma saya akan lebih berhati-hati selepas ini dan jadikan perkara ini sebagai pengajaran dalam hidup saya,” katanya ketika ditemui pada sidang media tergempar yang diadakan di Universal Music sebentar tadi. Sementara itu ibu kepada Athalia mengakui menghantar anaknya bertemu Alvin atas dasar kerja. “Ya saya tahu mereka ada urusan kerja dan saya yang hantar Athalia pada hari tersebut. Saya dan anak saya tidak pernah berenggang dan saya tahu setiap aktiviti dilakukan,” katanya. Pada Sabtu lalu nama Alvin menjadi perbualan hangat di laman sosial Twitter apabila warganet membuat spekulasi dia bercinta dengan gadis bawah umur.

Sumber: Gempak

Kantoi keluar dating dengan gadis bawah umur. Sekali Alvin Chong tampil buka mulut dedahkan dia akan jawab dalam sidang media tentang isu ini.

Baru-baru ini  nama Alvin Chong menjadi sebutan sehingga ‘trending’ di laman sosial gara-gara videonya bersama seorang gadis bawah umur tular. Warganet mendakwa, Alvin kini sedang menjalin hubungan cinta dengan gadis yang dikenali sebagai Athalia Deena Buswani. Dipercayai, Athalia adalah anak kepada penyanyi Sharifah Zarina. Menerusi ruangan komen rata-rata warganet tidak bersetuju sekiranya Alvin dan Athalia mempunyai hubungan cinta kerana gadis tersebut baru berusia 17 tahun.

Penyanyi Sayang Salmah itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang reaksi mengenai isu yang tular tersebut. Sebaliknya hanya akan menjawab segala persoalan mengenai isu berkenaan pada majls sidang yang akan diadakan pada Jumaat ini.

Terdahulu Athalia memuatnaik videonya bersama Alvin di aplikasi TikTok bersama reaksi daripada ibunya. Menerusi video tersebut, Sharifah Zarina memberi reaksi positif kepada anaknya dan Alvin yang ketika itu sedang duduk di sebuah restoran.

“Oh anak aku tu bukan main…kata keluar nak belajar. Nasib baik kau keluar dengan artis handsome ya! Comel orangnya…,” kata penyanyi Langit Ketujuh itu. Dalam pada itu, Athalia juga sudah memberi kenyataan tidak mempunyai hubungan istimewa dengan Alvin sebaliknya keluar bersama untuk meluangkan masa sahaja.

Tak Nak Fikir Pasal Cinta. Alvin Chong Sanggup Dedahkan Pekerjaan Ibu Bapanya Sehinggakan Dia Dan Adiknya Menanggung Perbelanjaan Keluarganya

Alvin Chong tidak mahu memikirkan soal perkahwinan buat masa ini. PELAKON dan penyanyi Alvin Chong mengakui masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta mahupun mengambil langkah berani dengan mendirikan rumah tangga.Alvin, 29, berkata, dia tidak yakin dapat memberikan komitmen dari segi kewangan terutama ketika wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia.

“Buat masa sekarang, saya tak bersedia nak bercinta sebab tak ada siapa jangka yang pandemik ini akan jadi dan menyebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). “Saya baru saja beli rumah dua tahun lepas. Sekarang ni tengah risau samada saya masih boleh support pinjaman perumahan atau tidak,” katanya kepada mStar.

Alvin ditemui pada sidang media Sayangku Salmah yang merupakan single terbaharu penyanyi itu di Highpark Suites Experience Gallery, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.Dalam pada itu, pelakon drama Awak Suka Saya Tak ini turut mengakui pendamik memberikan kesan kepada ahli keluarganya yang kehilangan pekerjaan.

Alvin berkata, dia dan seorang adiknya yang bertanggungjawab untuk menanggung perbelanjaan keluarganya ketika ini.”Keluarga saya sekarang tak ada kerja. Ibu saya merupakan seorang pelayan di sebuah pub dan ayah saya bekerja sebagai penjaja… disebabkan PKP dia terpaksa tutup kedai sampai sekarang.

“Adik bongsu pun tak ada kerja sekarang ni. Jadi yang tanggung keluarga adalah saya dan seorang lagi adik,” ujarnya.Alvin Chong akui perkahwinan merupakan perkara penting.Bercerita tentang alasannya enggan berumah tangga dalam masa terdekat, Alvin juga berkata, perpisahan yang sering berlaku kepada orang sekelilingnya juga membuatkan dia takut untuk memikirkan tentang perkahwinan.

“Sekarang ni kalau tanya saya jika saya bersedia untuk bercinta dan melangkah ke fasa seterusnya, jawapan saya tak sebab saya tak tahu jika mental saya cukup kuat untuk berhadapan dengan keadaan semasa kalau-kalau ada gelombang kedua atau virus baru yang tersebar.

“Sekarang ni ramai yang berpisah, jadi saya nampak yang ianya sangat mudah untuk sesebuah perkahwinan itu berakhir. Kalau tak jumpa orang yang sesuai saya tak nak bazirkan masa dan duit sebab perkahwinan tu akan habiskan duit yang banyak,” jelasnya.Video muzik rasmi Sayangku Salmah bakal dilancarkan pada 28 Ogos di saluran YouTube AlvinChongVEVO.-mstar

“Tiada siapa boleh ganti tempat Emma dalam hati saya” – Alvin Chong

Alvin akui hubungan persahabatan dia dan Emma sangat rapat. GANDINGAN pelakon Alvin Chong dan Emma Maembong menerusi drama Awak Suka Saya Tak membuatkan peminat suka melihat keserasian mereka. Alvin, 29, mengakui hubungan mereka yang sancta serasi sehingga menganggap tiada siapa yang mampu menggantikan tempat Emma di hatinya.

Malah, dia meluahkan rasa terharu apabila Emma menerima tawarannya untuk berlakon dalam video muzik lagu terbaharunya, Tak Terganti.Peminat suka gandingan Alvin dan Emma dalam drama Awak Suka Saya Tak.

“Emma seorang kawan yang saya sangat rapat dan menghargai persahabatan kami. Tak ada orang boleh ganti tempat dia dalam hati saya.”Saya sangat terharu Emma terima tawaran untuk berlakon dalam video muzik saya walauapun dia tak tahu pun konsep video dan lagu itu.”Bagi saya, memang Emma paling sesuai sebab dia ada semua ciri-ciri yang diperlukan seperti ramai pengikut di laman sosial,” katanya kepada mStar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *