Disebabkan penularan wabak covid 19 semakin teruk baru baru ini. Orang ramai menyuarakan pendapat mereka sehingga trending di media massa. Ini luahan Sharifah Amani yang mendapat sambutan warganet.

artis selebriti

TANDA pagar #RakyatJagaRakyat kini menjadi trending di Twitter gara-gara kes penularan dan jangkitan Covid-19 semakin menjadi-jadi sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung di Sabah baru-baru ini. Tanda pagar tersebut dilihat sebagai luahan hati orang ramai yang terpendam. Warganet malahan selebriti tempatan juga kini secara terang-terangan menzahirkan kekecewaan mereka dengan penggunaan hashtag tersebut.

Pelakon popular, Sharifah Amani juga turut berkesempatan memuat naik ciapan di laman twitter miliknya beserta dengan sekeping fotonya semasa ditemu bual oleh media yang mana ketika itu beliau membahas isu “rakyat mempunyai kuasa”.“Ini gambar lama tapi saya tetap percaya end up macam mana pun #RakyatJagaRakyat. “Jadi, alang-alang dah marah tu jangan lupa daftar untuk mengundi pada siapa yang belum mendaftar,” tulisnya.

Sementar itu, ada juga warganet yang menggunakan tanda pagar tersebut untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang tidak mensyaratkan kuarantin 14 hari kepada semua pengembara yang baru tiba dari Sabah sekiranya hasil saringan Covid-19 kali pertama adalah negatif. Sedangkan rakyat biasa yang pulang dari luar negara selama ini perlu menjalani kuarantin 14 hari walaupun saringan pertama adalah negatif kerana terdapat banyak kes yang mana keputusan adalah positif semasa saringan kedua pada hari ke-13 dijalankan.

Baru-baru ini juga Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu pemberita di Kota Kinabalu, individu yang pulang ke semenanjung dari Sabah tidak diwajibkan kuarantin 14 hari sekiranya disahkan negatif Covid-19 semasa menjalani ujian saringan di lapangan terbang. Untuk rekod, Sabah terus mencatatkan kes harian positif Covid-19 tertinggi dengan 98 kes daripada 115 kes yang direkodkan di Malaysia. Akibatnya kini kerajaan juga telah mengeluarkan arahan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar di Lahad Datu, Kunak, Tawau dan Semporna bermula tengah malam tadi sehingga 12 Oktober depan. Sama-sama kita doakan agar kes positif Covid-19 kembali terkawal dan wabak itu juga mampu lenyap dalam dunia satu hari nanti.

Sumber: Sinarplus

Akhirnya impian Sharifah Amani jadi kenyataan apabila pelakon itu berjumpa dengan seseorang ini. Ramai artis dan rakan selebriti berikan komen selepas perjumpaan mereka itu.

Bertahun juga pelakon terkenal Sharifah Amani menunggu peluang untuk bertemu empat mata dengan bekas Menteri Belia Dan Sukan, YB Syed Saddiq. Hanya baru-baru ini pertemuan tersebut dapat dilaksanakan dan dikongsi Amani dan Syed Saddiq di Instagram masing-masing. Pertemuan tersebut lebih kepada perbincangan dan perkongsian idea untuk anak-anak muda pada masa hadapan.

Malah, dalam satu temu bual bersama Amani tidak berapa lama dahulu, dia sering membangkitkan isu-isu mengenai masa depan para pelakon, pekerja-pekerja di belakang tabir daripada penyedia makanan hinggalah kepada pengarah drama atau filem. Paling penting untuk Amani adalah supaya industri seni di Malaysia mempunyai kesatuannya sendiri bagi menjaga kebajikan pekerja-pekerja seni seperti yang diwujudkan di Korea Selatan mahupun di Amerika Syarikat. Pertemuannya bersama dengan YB Syed Saddiq juga merupakan perbualan dan perbincangan yang mahukan anak-anak muda memperjuangkan banyak perkara demi masa depan Malaysia yang tercinta.

“Akhirnya dapat berjumpa. Tuan Syed dan Cik Sharifah. I always feel uplifted after speaking to young people. Focused, driven, informed, educated, exposed and inspiring. We will be okay if they are our future. Terima kasih orang #MUDA Teruskan perjuangan mu. We are with you! Semoga dipermudahkan segalanya,” tulis Sharifah Amani di Instagram miliknya tanda puas hati. Pada masa yang sama, Syed Saddiq juga memuji dan turut dapat merasakan semangat Amani yang inginkan sesuatu yang lebih baik buat rakyat Malaysia secara khasnya dan negara Malaysia secara amnya.

“So much passion & energy for the betterment of all Malaysians. I enjoyed listening to Sharifah Amani’s advise & thoughts on moving Malaysia forward. “Malaysia milik kita semua. Yang MUDA & yang berusia. Yang Melayu, yang cina, yang india, yang iban, yang Kadazan (dll), Yang Muslim, yang Kristian, yang Hindu, yang Buddha (dll). Ini Malaysia, tanah tercinta kita semua. Orang MUDA, let’s unite for a better Malaysia,” tulis Syed Saddiq di Instagram miliknya.

Ramai artis-artis tempatan yang ternyata gembira dengan pertemuan antara Sharifah Amani dan YB Syed Saddiq itu dan masing-masing memberikan komen mereka di ruangan komen Instagram Sharifah Amani. Sharifah Amani yang lahir dari keluarga seni Syed Zainal Rashid Al Yahya dan Fatimah Abu Bakar turut mempunyai adik beradik yang berada di dalam bidang seni seperti Sharifah Aleya, Sharifah Alesya dan Sharifah Aryana.

SUMBER: GEMPAK

“Saya tiada akaun palsu untuk kutuk orang” – Sharifah Amani lantang bersuara kerana jadi diri sendiri

PELAKON berbakat besar Sharifah Amani memberitahu dia tidak pernah terfikir untuk mewujudkan akaun palsu semata-mata untuk menegur sesuatu perkara yang dianggap tidak betul. Menurut Amani atau nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 33, dia tidak akan melakukan tindakan tidak bermoral itu sebaliknya berani menggunakan akaun Sharifah Amani jika ingin berbuat demikian. “Saya hanya jadi diri saya. Saya tak pernah jual benda lain, saya hanya jual Sharifah Amani.

“Saya tiada Instagram atau Twitter palsu untuk kritik kritik orang. Kalau saya buat benda salah, nanti saya hanya akan memalukan ibu bapa saya. “Dalam kehidupan, itulah kiblat saya iaitu kedua ibu bapa saya dan Allah. Menjadi orang lain hanya akan saya lakukan ketika bekerja iaitu dalam lakonan sahaja,” katanya kepada mStar. Amani beranggapan perkataan netizen adalah negatif.

Amani ditemui di majlis pelancaran Libresse “Fit Or Not” di The Joke Factory Publika pada Selasa. Dalam pada itu, pelakon ini turut memberitahu dia begitu sensitif dan tidak gemar dengan perkataan warganet. Menurut Amani, dia menganggap perkataan warganet itu sebagai suatu komuniti yang negatif dan mampu membuat dirinya berasa tertekan. “Saya tak suka perkataan warganet itu. Ia seolah-olah memberi mereka kuasa dan membuatkan mereka berasa mereka begitu penting.

“Tapi sebenarnya tidak ya sis… Tiada orang pun yang kisah kalau anda hidup atau tidak.. “Paling penting, selagi kita tak melayan mereka, sesuatu isu itu akan lebih cepat hilang,” ujarnya. Amani enggan mengambil sebarang kritikan terhadapnya. Sementara itu, bercerita mengenai kelantangannya bersuara mengenai sesuatu isu, Amani berkata, ia bukan dibuat untuk meraih perhatian sebaliknya hanya menjadi diri sendiri. Malah, Amani menjelaskan apa yang dilakukan selama ini adalah langkah untuk mendidik warganet supaya bersikap positif.

“Saya faham itu lumrah manusia. Lebih-lebih lagi bila dengar artis ni ada video itu, video ini… “Apa yang ingin saya lakukan hanyalah berbakti kepada masyarakat. Ini adalah kerja saya dan Insyallah saya akan membawa suara untuk mereka yang tak mampu untuk bersuara. “Sama ada anda suka atau tidak, ini diri saya. Apa yang anda fikir mengenai diri saya, itu bukan urusan saya,” ujarnya. Sebelum ini, Amani pernah mencetuskan kontroversi apabila secara terbuka mengkritik pelakon Dira Abu Zahar di laman Twitter berkaitan beberapa isu berkaitan seni dan politik.- Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *